Ini gambar anak aku no 6, Nur Ikhlas and no 7, Safiya Nur Shahadah

Taman dan Pondok aku - Mungkin di sinilah tempat aku menghabiskan saki baki hidup ini
.
Inilah rumah aku. Rumah yang tak seberapa tapi boleh lah aku hidup bahagia dengan isteri dan anak-anak tersayang. Kalau nak rumah besor lagi tak adalah. Itu pon hutang bank selama 13 tahun. Adalah beberapa ribu lagi nak di langsaikan. Takut hidup penuh hutang. Kalau mati dalam berhutang amalan tak sampai ke langit. Itulah yang aku belajar. Kalau hidup di kelilingi hutang aku akan di pandang hina siang dan malam. Ini sabdaan Nabi S.A.W. Sebab itu Nabi mati tinggal sebiji tamar. Satu contoh kehidupan yang sebenar. Tapi kerna nafsu dunia aku rela berhutang. Hai hutang bila nak habis ni.
Dulu rumah kecil sikit, tapi baru buat renovation. Adalah habis kat 40 ribu ringgit. Tapi aku rasa murah sangat dan semua orang kata murah. Sekarang dah beso skit jadi selesalah orang nak mai rumah dan anak-anak pon bolehlah duduk dengan selesa. Kalu nak beli rumah lagi rasanya tak adalah. Semua ni keperluan aje. Bila mati semua tinggal.
Dulu tu garden luas gak tapi dah kecilkan. Macam macam konsep aku buat....dari Bali......English....French....tapi last-last rombak balik. Buat semula. Rasa ringkas skit kot. Selalu pegi ke Sungai Buluh beli pokok. Memang pantang nengok pokok pokok baru ade aje nak di beli. Di samping tu aku ada jugak propogate pokok-pokok yang di beli untuk di letak di dalam rumah. Aku tak suka bunga plastik....rasa keras dan janggal. Bab-bab nak beli pokok bunga memang aku tak kedekut. Sekarang dok buat koleksi pelbagai jenis pokok Kemboja. Ada warna merah, pink, oren, kuning and putih. Warna kuning aku beli kat Bali. Balik cucuk alhamdulillah hidup. Dulu pokok-pokok Kemboja tu dah beso tapi masa renovation terpaksa tanam semula. Bila dia berbunga rasa harum semerbak di depat Gerbang Bali aku tu.....kalu orang tua-tua dah tentu dia kata bau harum pontianak.....hehehehe...

Ni bunga warna merah campok kuning. Aku beli masa tu 15 ringgit satu pasu kat Sungai Buluh. Senang jaga pokok Kemboja ni. Kasi baja skit hiduplah dia. Kalu nak tanam...cucuk aje dalam tanah insyaallah hidup. Kalu nak tanam pokok atau nak ada garden kena rajin. Kalu malas tak payahlah. Last last pokok mati rumput yg penuh dalam pasu. Tapi kalu garden ada kan nampak menawan.


Ewah...tu anak aku dok posing. Nampak tak pokok teratai tu?? Dulu susah sangat nak berbunga...terkemut-kemut. Tapi bila dah letak tengah panas betol dan cukup cahaya matahari dan di letak baja teratai dari Thailand tu...barulah daun dia membesar dan berbunga. Tapi kadang ada jugak budak2 nakal yang datang nak petik.....termasuk lah anak aku dua orang dalam gambar tuh.


Tu dia...nilah bunga dia...cantikkan.....kadang yang menjadi musuh utama adalah katak dan nyamuk. Tapi tak apa jugak sebab kalu katak bertelur dalam tu dan ada berudu aku tangkap dan kaut kasi ikan kelah aku makan...nymmmmmmm lazat nye. Ada sekali inspector kesihatan mai periksa nyamuk.. mujurlah tak ada...Tapi letak juga ikan dlm tu supaya nyamuk tak ada. Pasu leper ni aku beli yang rejek kat jalan Kuala Kangsar, Ipoh harga 60 ringgit satu. Anak2 anak aku terpaksa bersesak dalam kereta dek pasu leper ni. Selalu Nisabalqis lah yang tarik muka muncung.


Ni anak aku si Syamim and Hadi dok posing. Hadi darjah 4 and Syamim darjah 2. Anak ke4 dan ke5. Nampak tak foot steps tuh.... Mula pening gak nak design...so dapat idea...letak green pebbles yang beli kat Jalan Ipoh. Sementara konkrit nak kering aku suruh anak2 and isteri aku pijak untuk bentuk acuan tapak kaki. Jadi ok jugak. Teruk juga lah pakcik pakcik Indon tu nak tunggu....Bukan apa semoga menjadi kenangan yang kekal abadi. Dalam pasu pasu besar tu mana ada ruang aku tanam Japanese Roses yang beranika warna. Bila waktu pagi semua mengembang dengan cantik. Ada jugak makcik makcik yang nak ngendeng. Tulah manusia semua nak free aje....hhhmmmmmmmm.


Tu dekat penjuru depan rumah. Tanam pokok halia bara merah dlm pasu beso. Sekarang dah berbunga and memang cantik. Di sebelah kiri ada halia bara yang warna pink. Depan tu pokok heliconia 'sexy pink'....lambat betoi dia nak berbunga.......ingat balik ni pon dia belum kuar bunga lagi. Loteh gak dok menunggu. pokok-pokok pam tu adalah untuk dalam rumah. So from time to time bawa keluar dressing balik. Tapi jangan letak direct to sunlight nanti daun lecur. Kalau nak rumah nampak cantik dan elegant aku rekomen tanam pokok yg prominent skit and pakai pasu beso. Jangan guna pasu kecil-kecil.


Ni Ikhlas...masih lagi layu sebab baru balik dari Kuantan....dia duduk atas foot step tu....Sekarang dah pakai mutiara kapet. Elok skit and tak payah nak potong. Kat Sungai Buluh murah sekarang. Tapi kena panas sentiasa dan jgn biar air bertakung sebab daun dia cepat reput. Sekali sekala kena buat patchwork kat mana yg kurang rumput.


Tu pasu aku beli kat kedai second hand. Harga 40 ringgit. Guna untuk basuh kaki sebelum masuk ke rumah. Tu ada pokok buluh. Aku dapat free kat Sungai Buluh sebab tuan dia buang. So aku kutip buat elok2 balik dan sekarang dah merimbun...memang cantik...ada juga nampak unsur Japanese. Dekat pintu gerbang tu ada pembuka pintu aku beli kat Bali. Murah aje.....Cari kat kedai hardware sana. Penat driver tu cari untuk sampaikan hajat.


Di atas pintu gerbang ni aku tanam pokok bunga kertas. Sekarang tak nampak anggun lagi. Tapi bila dah matang daun dia akan berjuntai kebawah dengan warna putih dang pink. Biar dia berjurai. Sebelum tu ingat nak tanam climbers aje tapi rasa tak praktikal sangat. Tapi bila balik mesti amik tangga panjat dan letak baja secukup nya.


Tu pasu kolam teratai. Bunga dia warna pink. Anak aku Shahadah lambat lepa akan pegi situ dok main air dan tangkap ikan. Aku letak beberapa ekor ikan guppy. Sekarang dah banyak ikan ikan tu beranak. Pokok teratai tu pon sampai takut nak tumbuh lagi dek ganasnya anak aku tu. Semalam call my wife dia kata pokok teratai tu dah beso. Lega rasa. Sebelum tu ada plan nak buat pancutan air. Aku beli ukiran ikan emas dari batu gunung berapi di Bali. Punyalah berat dok ngusung dekat 10 kilo. Pancutan air tu akan kuar dari mulut. Tapi kerana ruang agak sempit terpaksa batal kan.........lain kali lah pikir lagi...


This is my front house. Dulu tu garaj kete tapi dah rombak habis sebab nak ruang. Yang cun dok dukung anak aku tu anak buah. nama dia Zulaika dan masih belajar. Dulu dia gemok betoi...bila remaja dah tersedar angin sume dah kuar......Renovation rumah ni aku kasi my friend, arkitect prepare conceptual, with my ideas and combine with his......oklah.... So sekarang kereta parking di panas terik mentari......dok pikiaq juga nak buat garaj tu...mungkin buat pegola ajelah....pas tu tanam pokok anggur jadi kan shed...apa macam bagus takkk....bila berbuah nampak buah dok terjuntai aje kan.

That is my wife.....kita nak kuar jalan...tetiba si syahadah ni mengamuk....terjatuh plak.....hhhmmmmm biarlah candid skit.......Sebenarnye aku ada gantung wind cime kat atas tu....semua beli kat Bali....sesekali bila angin bertiup terasyik plak dengan bunyi bunyian tuh....aduh syoknya.......terutamanya bila waktu zohor..........

Inilah serba ringkas cerita my garden and house.......tapi kalu nak tips hal tanam pokok boleh lah nak kasi....Dalam hidup yang paling penting rajin....kalau rajin semua boleh jadi...tapi kalu dah malas tu tak dapek din nak menolong lagi......

Comments

Unknown said…
nisa, barang dah sampai? nanti gantung wind chime tu ek. heheheh
Helena said…
nice house nisa, such originality.... salam tu your wife...

Popular posts from this blog