Yahoooo...... Aku Balik Esok
Insyaallah esok aku akan keluar dari kem. Lusa aku akan berangkat ke Bangkok. Pagi Jumaat aku akan bertolak ke Kuala Lumpur and insyaallah akan tiba KLIA about pukul 1 tengahari. Aku dah siap suruh wife aku tunggu di sana and lepas tu terus ke Alor Gajah untuk ambil anak teruna aku dari hostel. Sabtu pagi tu ke puduraya pula untuk hantar mak mertua aku balik kampung. Dia nak balik awal sebab banyak kenduri katanya. Lepas tu aku terus ke Low Yat untuk cari apa yang patut dan untuk tidak buang masa.
.
Nampak gaya hajat nak ke Chatukchak Market tak kesampaian lagi. Insyaallah di lain waktu atau on the way balik nanti. Lagi pun kat Bangkok ada kacau skit. Aku rasa ada hikmah aku tak jadi ke sana. Kemas??? Dah..... Kali ni tak beli apa apa pun cuba kopiah yang nak di hadiah pada member member. Sampai rumah banyak demand yang perlu di penuhi. janji dengan TAGAS nak jumpa. Aku rasa aku jemput dia datang rumah aje lah. So boleh amik kopiah sekali. Untuk EQ....mana dia detail nak poskan kopiah tuh???
.
Cuti kali ni tak lama cuma 2 minggu saja. Pejam celik pejam celik dah nak balik ke sini semula. Itu pun kalau umur panjang. Pasal projek?? Alah....lupakan dulu buat sementara waktu and aku akan pastikan cuti ni tak ada siapa yang mengganggu. My cuti is my privacy and my cuti is my holy...holy...day. Ingat tu.....
.
For my beloved blog followers, nak ikuti perkembangan terkini kenalah tunggu aku jejak tanah Malaysia dulu ok... Buat dua hari ke depan nampaknya tak ada artikel baru lah ye...... Apa apa pun kalu korang pandang wajah aku yang cuka tuh ( macam kodi kata dlm chat room) kira melepas rindu lah ye.... Bye.......
Comments
Cuti sekolah memang seronok sebab dapat berkumpul sengan semua anak anak...tak jln mana mana pun. Bila anak anak dah besar depa dah malas jalan sebab seronok dok rumah berintenet
Nanti saya update kisah ubai