
Rumah Ku Syurga Ku??? Hari ini bila aku buka Yahoo News. terpapar beberapa buah rumah yang termahal di US. Salah satu rumah adalah seperti yang terpapar di dalam gambar di atas. Hhhhmmm...cantik dan menarik sekali. kalau aku jutawan atau hartawan mahu juga aku miliki rumah yang sebesar itu. Halaman yang luas, di hiasi dengan berbagai bagai pohon. Rumah yang mempunyai bilik yang banyak, sememangnya sesuai untuk orang yang mempunyai keluarga yang besar macam aku. Tiap tiap ahli keluarga akan memiliki bilik peribadi sendiri. . Untuk memiliki rumah sebegini indah dan cantik memang lah mustahil untuk aku miliki. Sampai mati pun aku rasa tak dapat nak kumpul jutaan ringgit untuk memiliki rumah sebegini. Melainkan ada insan yang sayang pada aku yang ingin memberi wasiat harta pusaka karun dia kepada aku. Kalau nak cari wang dengan titik peluh aku sendiri memang aku boleh menjadi Mat Jenin yang selalu mimpi di siang hari hatta sambil panjat pokok kelapa pun boleh bermimpi. . Itu baru nilai rum...