Posts

Image
KLCC Park Pada 6th June aku bawa anak anak aku ke KLCC Park. Pagi lagi selepas breakfast kami lima beranak siap dan terus nak menuju ke KLCC. Niat pertama adalah untuk bertandang ke kenduri Pakdin. Kira lepas penat lelah mandi manda dengan perut yang lapar barulah best untuk makan kenduri. SO sampai saja kat KLCC tu semua dah excited nak mandi manda. Tapi dalam perjalanan tu nampak sepi saja dan bebudak semua sibuk main kat playground. Aku dah mula cuak dah mesti ada benda yang tak kena ni. Bila tiba aje dekat tempat mandi manda tu kami semua kesal tak terkata. Memang anti climax....... Rupa rupanya di tutup untuk maintenance. Apa pasal tak advertise kat jalan jalan utama kalau dah tau tempat public cam ni di tutup. Tension juga lah anak anak aku. Last last depa main buaian aje lah. Malaysia....Oh...Malaysia..... Bila ko nak berubah haaa...
Image
New Skate Board Untuk Ikhlas aku rasa dah dua tiga skate board aku beli untuk Ikhlas. Tapi bukan yang mahal punya but yang murah. Aku beli di Bintang and Tesco adalah dalam harga RM40 dan RM50. Dah jadi apa aku pun tak tahu. Bangkai pun tak dak. Balik baru ni dia komplen sebab dia punya koman tak seperti Hadi punya. Sebab tu dia kurang cekap untuk bermain. Aiyooo....perluke bagi alasan macam tu Ikhlas?? So nak bagi fair tu anak anak aku dan dia aku pun belilah yang baru dan canggih kat Midvalley dalam harga RM350. So bila dah dapat puas dan senyum lebar saje lah. Sekarang dalam rumah pun nak main skate board.
Image
Taman Metropolitan Kg Batu - Hari Pertama Hadi bersama sama dengan skaters dia. Seronok sungguh budak budak ni sampai tak mau balik. Maklumlah baru pertama kali berada di arena ni. Bukan senang nak datang tau. Kalau nak tunggu aku, lambat lagi lah. Cuba ajak ayah kawan yang lain untuk bawa korang pulak. Anak anak zaman sekarang demand masa dan keperluan sangat tinggi. Kadang kita sebagai parents pun tak terdaya untuk penuhi. Tengok keadaan lah. Tapi kita kena selalu didik anak anak erti pengorbanan supaya mereka rasa sayang dan bersyukur dengan apa yang di miliki. Dan perlu di ingat yang kita bukan anak anak orang kaya yang perlu di belai sentiasa. Lompat lah tinggi tinggi kalau dah berani. Patutnya Hadi kena ada safety gears baru selamat nak bermain. Kalau dah ada pakailah. Kalau jadi apa apa kan susah nanti. Main mian jugak tapi jangan lupa belajar dan pelajaran adalah perkara utama dalam hidup tapi yang tersangat penting adalah amalan agama. Sembahyang mesti jaga walau di mana berad...
Image
Hantar Safwan Balik Asrama Bila mana aku hantar Safwan balik ke asrama MRSM Alor Gajah, aku rasa seronok sangat memandu di dalam suasana kampung Alor Gajah. Suasana sunyi dan nyaman dan di kelilingi oleh dusun dusun buah buahn. Seperti yang aku ceritakan pada artikel yang lalu, suasana sunyi sebenarnya sudah tiada lagi banyak golongan muda di kampung. Yang ada cuma golongan warga tua yang masih setia menghuni kampung. Dulu ada juga orang yang nak mengerjakan sawah atau tanah. Tapi sekarang petak petak sawah dah terbiar. Tak ada siapa lagi yang mahu mengerjakan. Anak anak muda sudah merantau ke kota untuk mencari rezeki. Mungkin sekali sekala barulah mereka pulang. So nak salahkan siapa??? Aku??? Hmmm.....aku memang tak biasa bersawah tapi aku memang biasa dengan kehidupan kampung yang hijau. Anak anak aku??? Entahlah tapi aku selalu ceritakan perihal kampung di zaman kanak kanak agar mereka dapat menilai kehidupan yang penuh harmoni.
Image
Main Skate Board : Taman Metropolitan Kampung Batu Bila aku nengok Hadi main skate board dengan kawan kawan dia kat rumah kedai kesian pulak. Yelah tempat yang sempit and tak selesa. Jadi sebelum aku balik aku dah berjanji untuk bawa mereka ke sana. Aku kata mungkin dua kali shaja aku akan ke sana. So that day (Thursday morning) aku terus bawa mereka ke sana and sempat juga aku ke KL seorang diri untuk selesaikan keperluan aku. OKlah janji depa happy and selesa untuk bermain di arena yang sebenar. Aku rasa kerajaan patut buat lebih banyak tempat riadah seperti ini. Indirectly tak ramai lah mat rempit sebab remaja dan budak budak ada tempat yang banyak dan sesuai untuk beriadah.
Image
Graffiti Kalau ko orang nengok gambar contengan dinding ni menarik tak?? Menarik kan and grafiti ni di German memang legal. Aku pernah menulis di dalam blog aku pada mula mula dulu. Pernah sekali semasa aku bergaya untuk di ambil gambar di Berlin, aku telah di datangi oleh sepasang wartawan yang menunggu dengan penuh sabar untuk menemuduga aku. Setelah selesai bergambar mereka pun bertanyakan perihal grafiti ni pada pendapat aku. Wow dengan relek nya aku pun menjawap bahawa grafiti ni adalah suatu seni yang cukup unik sekali and aku appreciate dengan usaha percuma mereka. Mereka terus tersenyum dan pada malam tu wajah aku siap terpampar pada kaca TV. Tulah famous nya aku...hehehehe. Sebenarnya gambar gambar di atas aku rakamkan pada parking terbuka dekat bukit bintang. Aku memang tertarik dengan hasil kerja tersebut. Rupa rupanya grafiti ni dah ada nilai komercial and siapa nak oder boleh hubungi pada number yang tertera di dinding. Bagus juga tu.....
Image
Kenduri PakDin . Pada 6 hb June lalu aku pegi kenduri PakDin. Tapi bukan PakDin yang kawin tapi anak teruna dan anak dara dia yang kahwin. Buat serentak senangkan. Belanja jimat dan masa pun jimat. Yang paling penting tak pening kepala dua kali. Aku adalah tetamu yang terawal sampai pada majlis tersebut. Orang kata , makanan pun belom di hidangkan lagi. Kalau bab kenduri aku memang suka pergi awal awal le[pas tu terus balik. Sebelum tu dah janji dengan Quzi dan Shakir. Bolehlah jumpa member member lama Peremba. Ok jom kita lihat apa adegan adegan kat sana. Sibuki PakDin dan Mak Andeh melayan tetamu. Biasalah dalam bab kenduri ni orang pompuan lebih sibuk dari orang lelaki. Orang lelaki kasi duit aje dan yang lain tu orang pompuanlah uruskan. Buat kenduri ni kalau tak kena gaya boleh histeria. Mana takut tetamu tak sempurna makan. Mana pengantin tak sampai sampai. Mana group kompang yang tak datang datang. Tapi kalau aku la nak buat paling simple. Ewah...cakap aje... Nengoklah nanti. Si...
Image
Beli Kasut Skate Board Untuk Hadi The next day after aku arrived Malaysia aku pun bawa Hadi dan Ikhlas untuk beli kasut dan skate board baru. Dah lama Hadi idamkan kasut tu tapi aku kata nanti dulu. So sebab dah lama janji dengan dia aku pun bawa lah depa ke Midvalley mega mall untuk shopping benda alah tu. Aku kata pilih lah sendiri and belilah yang berpatutan sebab Hadi semakain membesar. Kalau beli yang mahal nanti kejap aje dah tak muat. Kena beli lagi. So dia pilih punya pilih dia ambiulah yang dia berkenan tu.
Image
Home Leave Agak lama aku dah tak update blog ni. Sejak balik ke Malaya nak update blog pun tak ada mood. Dah lah cuaca semakin membara dan aku yang tak sihat sejak balik bercuti. Walaubagaimana pun dlm keadaan malas atau tak ada mood ni aku paksakan juga diri ni untuk update apa apa ynag patut. Anyway aku akan ceritakan apa apa aktiviti aku sepanjang cuti 3 minggu ni. . Setibanya aku di KLIA, wife aku dah setia menunggu. Selalunya aku suruh wife aku tunggu di stesen minyak petronas and setelah aku clear luggage aku, aku akan call and tunggu di gate 8. Senang skit. Aku keluar je terus wife aku sampai. Tak payah nak tunggu lama lama tepi jalan drop passenger. Kadang kadang bila ada polis lagi leceh sebab tak boleh tunggu lama. . Aku terus masuk beg aku yang besar gajah dalam bonet dan terus masuk ke kereta dan memandu ke selatan, Alor Gajah untuk mengambil anak aku Safwan pulang bercuti. Sebenarnye badan aku ni masih lagi terasa kurang sihat sejak balik dari Istanbul hari tu. Cuaca di Ma...
Image
The Linnet Bird - Linda Holeman 'India, 1839: Linny Gow, a respectable young wife and mother, settles down to write her life story. To outside appearances Linny is the perfect colonial wife: beautiful, gracious, subservient. But appearances can be very deceptive..... An unforgettble book, richly descriptive and mesmerising from the start, The Linnet Bird is the spellbinding tale of the journey of Linny Grow - child prostitute turned social climber turned colonial wife turned adventures. Frequently disturbing, often moving and always entralling, it is that rare thing: a story that will stay with you for ever.' . Alhamdulillah aku dah habis baca buku ni. Sepanjang trip ni sedar sedar aku dah habis baca lima buah buku. Average aku habiskan setiap buku selama 15 hari. Kira oklah kan. Sekarang aku dah mula baca buku yang baru. At least in the flight aku dapat katam buku tu walau aku doubt gile boleh selesai sebab tulisan dia mak datuk kecil beno. Aku memang enjoy baca buku fiction....
Image
Semoga Bonda Sihat Sejahtera Sejak dua tiga hari ni talian talipon memang bengong. After 7 pm aje mesti tak boleh nak call lagi. Talian terus engaga. Aku call wife aku beberapa kali tetapi tetap gagal. Aku pun dah give up. Aku selalu call wife pada tengahari lepas lunch and after about 7 pm waktu sini sebab masa tulah wife aku free dari urusan harian dan anak anak. Oleh kerana masih gagal untuk call wife aku, aku keluar dan borak dgn Shah and Pokku. Lepas tu aku kembali ke bilik. Selalunya aku akan biarkan computer aku on 24 jam. jadi YM tu memang nampak online. . Bila aku pulang ke bilik aku nampak ada message dari anak aku yang berbunyi, 'Ba, Tok Pah pengsan. Ambulance datang hantar ke hospital'. Berderau darah aku bila aku baca message tu. Aku pun terus jwap message anak aku tanyakan keadaan Bonda aku. Tapi anak aku kata belum dapat berita terkinai. Aku terus capai talipon dan cuba call wife aku lagi tapi tetap gagal. Hhhmmmm....... Aku cuba remain cool aje tapi dalam kepala...
Image
Sunflower Seed Aku rasa di sini orang yang kuat makan kuaci adalah aku dan Pokku. Kira bekalan kuaci tak pernah habis. Tapi kalau pertandingan makan kuaci selayaknya Pokku yang menang. Dia 24 jam akan bersama kuaci. Waktu tidur tak tau pulak dia gonyeh kuaci atau tidak. Aku makan kuaci masa menonton movie sahaja. Baru ada rasa feel dalam panggung wayang. Lately aku jarang beli local kuaci tapi aku selalu beli kuaci from Turkey yang dah pack cantik cantik tapi harganya lebih mahal. Kuaci dia memang sedap dan berkualiti. Dulu banyak orang local, kaum wanita jul kuaci di depan bazar. Tap sekarang sudah tiada sebab di larang oleh polis. Mungkin sampan kuaci tak terkawl lagi bila ramai orang asyik mengunyah kuaci dan kulit di buang merata rata. . Dalam gambar tu aku sedang menadah plastik sementara makcik tu menghitung bilangan cawan yang di sukat. Aku beli sepuluh manat aje tapi Pokku beli sampai 30 manat. Aku kalau beli yang local kuaci mesti mai kat makcik ni sebab kuaci dia besar besar.
Image
Bila Summer Menjelang Bila summer menjelang memang best. Terutamanya tak payah nak pakai baju baju yang tebal tebal. Bilik pun tak payah nak pasang heater lagi. Pasang aircon pulak. Bila ke bazar paling best bila jalan jalan kat psar sayuran dan buahan. Macam macam buah ada. Aprikot, peach, epal and paling best cute plum macam dalam gambar. Aku pun beli setengah kilo untuk makan dalam bilik. klau kat kantin asyik buah epal aje. Itu belum lagi tiba musim buah anggur. Masa tu lagi best. Insyaallah bulan depan jenuh la makan buah anggur pulak.
Image
Yakka Mesti korang tak tahu ap mksud 'Yakka' ni. Mesti korang tertanya tany apa benda ni. Ni bukan benda makan atau untuk di masak. Dan juga benda ni bukan untuk guna bawa kereta. Semua tekan korang tu salah. Yakka ni adalah emroidery tradisi orang sini untuk jadikan perhiasan pada baju. Ia di jahit pada bahagian leher sebagai awan larat pada baju. Sebenarnya ada berbagai bagai bentuk dan patent. Rupa rupanya Yakka ni ada perbeaannya bergantung kepada suku masyarakat di sini. SO aku pun beli lah tiga untuk wife dan anak anak dara aku buat di hias pada jubah mereka untuk pakaian raya. Mesti lain dari yang lain dan pastinya kalau orang tengok mesti mereka hairan. Apa apahal sapa sapa nak order pun boleh. Tak mahal mana pun sebab di buat dengan mesin. Lainlah kalau di jahit tangan.
Image
Safwan Call Aku Hari tu aku tidur lena with dreamless night. Tetiba talipon aku berdering. Bila sampai pada deringan ke empt aku terus bangun dari katil and capai talipon. Mula tu ingat nak ignore saja. Tapi takut pula ada emergency call. Kadang anak aku İkhlas dan Syahadah yang call aku walaupun dah lama mereka tak call aku. Aku pun jawap bagi salam dalam keadaan separuh sedar. Tetiba suara anak aku Safwan muncul. Aku terus tersentak dan mata aku terbuka luas. Anak aku tanya adakah aku sihat. Aku kata sihat saja and aku terus tanya bagaimana dengan exam. Dia jawap ok aje. Aku convince dengan dia sekarang sebab dia dah totally berubah kepada anak yang lebih disiplin dan focusnya pada pelajaran pun semakin baik. Kemudian dia mengucapkan salam untuk siapkan diri ke kelas. Aku kata ok and nanti aku akan ambil dia bila aku sampai ke Malaysia pada hari Sabtu nanti. Aku terus menilik pada jam tangan aku dan dapati sudah pukul empat pagi. Apa lagi terus tunggu untuk solat subuh saja.
Image
My New Project Aku dah started my new project almost a week ago. Rasanya cepat aku buat kali ni walau aku buat part time aje. Kalau nak siap dalam masa 10 hari lagi memang impossible sebab aku tak ada banyak masa. Aku buat pun apabila kerja selesai selepas pukul 6.30 petang. Mungkin aku dah terror buat jadi masa yang aku ambil agak pantas untuk siapkan. Minggu depan lepas Jumaat aku akan berangkat pulang ke Malaysia tanah tumpah darah yang tercinta. Aku akan lupakan buat sementara waktu projek aku ni dan aku akan lepak selepak-lepaknya dengan famili aku nanti. Sambung semula selepas balik ke sini kembali insyaallah. Tapi design ni nampak best sebab seakan akan real.
Image
Fedora - The Godfather Hat Setiap kali aku akan ke Istanbul, mesti Pokku akan kirim topi fedora ni. Aku akan car juga sampai jumpa. Pertama kali aku dah jumpa tapi bukan cashmere type tapi more to linen. Aku contemplating nak beli atau tidak. Finally aku beli juga dan beri pada Pokku. Tapi aku tahu yang Pokku tak puas hati sebab tak seperti yang di maksudkan. kali kedua aku ke Istanbul dia pesan lagi. Tapi aku jumpa pada kedai kedai buat pakaian dan alat polis dan askar. Aku dah jumpa and harap kali ni betul lah seperti yang di idamkan tu. Tapi bila aku tunjuk kat Pokku dia kata lain sikit. . Sebab apa lain? Dia kata topi tu boleh di penyet penyet dan di tindih tindih and akan kembali ke bentuk asal. Dia kata dia jumpa satu kat duty free shop KLIA kedai Dunhill tapi harganya mahal mencecah seribu ringgit. Aku kata kalau takat nak letak atas kepala sampai beribu wat ape. Tapi kalau duit dah melimpah ruah apa salahnya. Anyway duit tu habis jugak kan. So aku ke Istanbul lagi, tapi aku den...
Image
Plague Ship - Clive Cussler Aku dah selesai baca buku ni dua hari lepas. Komen?? Biasa sahaja tapi kena penuh imaginasi sebab ada adegan aksi gak. Yang pening kepala tu bila the writer elaborating the detail of the ship with special terms and vocab. Pening gak deng nak imagine and faham. Anyway jenuh jugalah buka dictionary untuk dapat the actual meaning. Yang pelik tu apasal nak kena serang the virus (biological weapon) kat kapal and why to destroy the member of Responsivist. Unless the attack channel to the real enermies. Oklah setakat nak penuhi masa aku yang terluang. . Tak mungkin aku nak baca buku writer ni lagi sebab aku rasa style cerita dia sama saja. Tapi kalau nak bandingkan dgn cerita James Patterson lebih kurang sama tapi JP better kot.
Image
My Little Girl Pagi tu aku bangun awal lagi. Lepas mandi aku terus bersarapan. Pastinya aku akan bersarapan sampai kenyang sebab aku nak ronda ronda cari barang sementara menunggu flight aku malam nanti. Aku terus jalan turun ke arah Blue Mosque. Walaupun dah banyak gambar Blue Mosque, tapi aku rasa seperti satu perkara yang wajip kalau datang ke İstanbul. Sebaik aku melangkah untuk masuk ke kawasan masji, aku ternampak this little girl sedang menggalas bakul. Aku ingatkan tong sampah. Rupa rupanya pasu bunga. Malangnya pokok bunga dah tak ada pun. Sebab spring dah sampai ke penghujung. . Aku rasa memang sesuai untuk tanam pokok tulips, defodil, pansies, pertunia dan pokok poko berbawang yang lain. Kalau di tanam rapat rapat apabila berbunga pastinya nampak macam real aje bunga bunga tersusun seperti dalam jambangan. So aku ingat aku pun nak buat macam tu. Baik nanti aku nam rombak garden aku yang sekangkang kera tu. Aku nak tukar style skit. Idea memang dah ada dalam kepala. So kalau ...
Image
Travelling From Ankara To Istanbul . Perjalanan memakan masa selama 4 setengah jam mengikuti highway. Kira sama saja masa kalau aku nak balik kampung menuju ke Utara. So bukan aku yang drive tapi member aku. Boleh lah aku ambil kesempatan for short nap sebab badan aku tak berapa sihat serta badan masih lagi rasa keletihan. Aku pun kurang pasti Tuneel ni kat mana and nama apa tapi yang aku pasti tunnel ni sangat panjang hampir 4km. Kira jenuh jugaklah nak melepasi. Tai tunnelni ada dua arah yang berasingan dan di suikan dengan 3 lane sahaja. Berehat sebentar di tepi highway aku ambil gambar rumah yang cute ni. Nampak kehijauan dan menarik sungguh. kalau musim luruh apabila warna daun bertukar warna dari hijau ke perang dan orang bertambah menarik lagi pemandangan. Sepanjang perjalanan kami di kelilingi oleh bukit bukit yang menghijau. kalau nak kata hutan forest macam kat mesia tak adalah. Sekali sekala nampak seperti ladang gandum. Dan ada juga terdapat wood yang daun masih muda baru k...