Posts

Image
Masjid Masjid di Ashtrakhan, Russia Tiga hari lepas aku dapat email dari member aku Tuan Haji Azizan Yahya Lama dah dia tak email aku tetiba tetera email dia kat board. Aku pun bukalah akan isi kandung. Dia hantar gambar gambar masjid di sana sebanyak empat buah. Sekarang Tuan Haji dah tinggal di sana sampailah projek siap. Kalau tak silap adalah dalap setengah tahun lagi. Dia kata dia kat sana sorang aje. Sunyi. Tak apa kalau sunyi banyak benda boleh buat untuk hiburkan hati tu. Boleh buat sembahyang sunat banyak banyak. Mengaji Quran dan banyak lagi. Dan lagi satu boleh ko lapang kan masa untuk improve masakan ko...hehehe. . Ashtrakhan ni terletak terkeselatan Russia. Jadi ramai jugalah orang orang Islam. Mereka pengikut mahzab mana entah lah. nanti Tuan Haji tolong jelas sikit. Azizan, at least masjid masjid tu menjadi saksi ko dah pergi berdakwah di sana. Keje Safety Engineer tu sambilan aje kan. Aku kalau merantau ke mana pun perkara perama aku akan mencari masjid dan aku cuba ber...
Image
Sheraton Hotel and Resort, Abu Dhabi . Aku tiba abu Dhabi pada tengah malam. Aku dah book hotel awal lagi untuk elak daripada tak dapat tempat tinggal langsung. Aku book from the internet. Harga hotel memang mahal mahal. mengalahkan hotel di Malaysia. Oleh kerana transit aku lama sampai 16 jam, aku rasa kena juga cari hotel. Aku book termasuk breakfast sekali. Senang dan mudah. Tak perlu lagi risau untuk penuhi perut yang lapar. Lepas shower aku siap dan turun ke tingkat 1, Flavour untuk sarapan. Aku masuk dan terus ronda ronda dulu mnyusuri menu satu persatu. So jom makan. Apa lagi nak tunggu tunggu kan... Bila kenyang tak payah lagi nak cari makan untuk lunch. Burbbb...... aaa...baru kenyang. Kalau ikut nafsu nak saja belasah lagi tapi kalau makan banyak nanti mudarat pulak.......
Image
Beraya Di Kedai Che Nas This is my friend Che Nas. Aku dah kenal dia şebih 20 tahun. Pertama kali aku berjumpa dengan dia di Dewsbury dia terus jemput aku ke rumah dia di Portsmouth. Masa tu aku baru lagi first year dan masih lagi janggal dengan suasana UK. When time comes aku dah beberapa kali ke tempat dia dan lepak lepak di sana. Raya baru ni sementara nak ambil anak dara aku aku singgah sekejap di kedai Che Nas. Sekarang dia dah ada kedai jahit sendiri kira macam butik gitu. Aku lepak lama juga sambil menikmati tomyam yang dia baru masak dan masih panas serta kueh kole kacang. Perut aku masih lapar pada masa tu so aku sental semahunya. Best sedap....... Banyak benda yang kami borak sampai tak kering gusi. Aku puas dan seronok sebab tak perlu lagi bicara soal kerja dan projek. Aku rasa fikiran aku lapang dan tenang bila aku berbıcara dengan Che Nas. Inilah kedai member aku yang terletak di Batang Kali. lama dah nak datang cuma baru baru ni saja berkesempatan. Aku rasa lepas raya dia...
Image
Malam Tu Kami Bergambar Baju Hadi minta tolong paksu belikan sebab aku cari tak ada saiz. Bila lah dia nak cepat membesar. Adah pun cuma pakai baju kak Mim sebab masih lagi baru dan anggun. Bukan senang nak arrangekan depa bergambar bila anak anak dah ramai. Penat nak kasi instruction sana sini. nampak janggl pulak Yusuff tanpa baju melayu. Wife aku tak sediakan nak buat macam mana. Next year mesti kena buat juga satu pasang. Baju melayu untuk Ubai dan Safwan aku cari kat Jalan Tunku Abdul Rahman. Oklah nampak banyak choice. Harga pun tak adalah mahal sangat. Aku suka warna merah gelap untuk Ubai tpi dia pilih warna choklat. Oklah tu.
Image
Raya Lagi . Setiap kali hari raya dan selepas balik dari kampung aku akan tanya anak anak aku kalau depa nak jmput kawan kawan mereka datang beraya. Aku dan wife akan fix kan satu hari untuk mereka menjemput semua kawan kawan mereka. Finally kami decided untuk buat open house untuk kawan kawan anak anak aku pada hari Jumaat, 25th Sept selepas solat Jumaat. Kawan anak aku Safwan ramai yang datang. Ubai macam biasa tak jemput kawan dia datang tahun ini. Last year ramai juga yang datang. Boleh kata semua mereka telah bersekolah ke tempat lain selepas keputusan PMR tahun lepas. Jadi kesempatan hari raya ada masa yang sesuai untuk mereka kembali berjumpa. Inı pulak kawan anak aku Balqis. Tak ramai yang datang tapi muka yang sama pada setiap tahun.
Image
Kawan Kawan Beraya di Rumah Aku Seronok bila Che Mat and Zul dapat datang beraya kerumah aku dengan keluarga. Meriah sungguh. Macam macam cerita keluar. Yelah dah lama tak jumpa, cuma over the sms aje kan. So macam macam nostalgia keluar. Semalam masa aku kat Ikea Mat kata nak datang. Aku kata no hal. Dia kata nak ajak Shamsuria sekeluarga sekali. Aku kata ok sebab aku tak ada no Shamsuria. And at the same time aku jemput semua member anak anak aku datang lepas sembahyang Jumaat. . Then aku jemput Zul datang. Bolehlah buat doa selamat skit. Tiba tiba Che Mat call balik pada pagi Jumaat tu kata tak jadi datang. Apa lagi aku dan Zul terus tashkil datang jugak sebab semua dah prepare. Luckly Zul datang before sembahyang Jumaat. Lepat solat baru semua da kumpul kat rumah. Aku tak suka buat open house sebab tak sempat nak berbual dengan member member and tak terlayan. Elok kita buat smal gathering baru lah best. Puas bersembang. . Hari tu wife aku masak pistachio rice or aromat...
Image
Balik Kampung . Perkara yang palng seronok dalam hidup apa bla balik kampung dan dapat bertemu kedua orang tua. Anak anak aku pernah bertanya mengapa perlu balik kampung? Aku jawap sebab untuk hiburkan hati Atok dan nenek. Juga untuk melaksanakan tanggungjawap sebagai seorang anak dan seorang hamba Allah. Aku jawap lagi, selagi Atok dan nenek masih hidup, kita akan tetap balik kampung. Beruntung benar pada mereka yang ada kampung. Seingat aku dari kecil, tak pernah aku rasa beraya dı kampung. maklumlah dulu transpot memang susah dan parents tak ada kenderaan. lagi pun ayah aku kerja polis mana ada cuti yang bersesuaian. Dalam hidup ini kit kena jadikan contoh yang baik untuk membesar anak anak. Didikan yang baik pada mereka insyaallah akan menghasilkan sesuatu yang baik. Tapi kita kena selalu beringat bahawa hidup di dunia ada ganjaran dan balasannya. Bila balik kampung aku suka lihat sawah bendang sekeliling yang terbentang luas. Rasa damai di jiwa. Tiada kesibukan dan hidup adalah at...
Image
My Beloved Mummy This is my mummy. Setiap kali aku balik Malaysia mesti ziarah mummy. Di sini pun aku selalu talipon dia to ensure that dia sihat. Mummy tinggal seorang sebab mummy kata lebih selesa tinggal di rumah sendiri. Sekali sekala mummy ziarah juga kita orang walau sebentar. Alhamdulillah my sister and brother tinggal tak jauh dari rumah mummy and walau apa hal senang nak jengah dan bantu mummy. AKu sentiasa doakan mummy sentiasa sihat dan masih kuat untuk beramal ibadat. Ini gambar aku dengan my brother (abang). Walau dia abang, aku kelihatan lebih besar dari dia...hehehehe. Mungkin sebab aku anak bongsu kot jadi lebih besar dari adik beradik aku yang lain. Kami ada hobi yang hampir sama tapi aku tak berkesempatan untuk sambung semula hobi aku tuh. maklumlah duduk di bandar and rumah yang sekankang kera apa yang boleh nak buat. So sekarang aku lebih tumpukan pada indoor hobi aku aje. Kalau nak ke rumah Datuk K pun dah tak jauh tapi tahun ini tak adalah lagi rumah terbuka Datuk...
Image
Menternak Burung . Seronok kalau bela burung ni. Terutama bila bangun bagı asyik mendengar siulan burung. Kalau tınggal d bandar tak adalah dapat nikmati siulan burung. Aku pernah bela burung Javanese sparrow, finch and banyak lagi. Lastly casualty saja bıla aku kerja kat Copenhagen. Tak ada siapa nak urus. Masa beli pun sebab anak aku Hadi yang nak sangat bela burung. Masa kecil pun aku memang suka bela burung termasuklah abang aku. Sekarang abang aku masih membela burung dan di komersil kan. Aku cuba lah support dia mana yang patut dan cuba cari baka burung yang baru bila aku ada di KL. Raya baru ni aku sempat lihat projek kecil abang aku tu. Harap harap berjayalah projek dia tu. Kalau sapa nak tau inilh dia Love Bird. Kalau yang paruh berwarna merah dan mata bercelak tu lebih mahal. Mahu mencecah lebih RM1oo. Tapi kalau yang paruh putih murah sikit. Yang aku hairan apasal tak ada colour red sebab yang ada cuma biru, hijau dan kuning sahaja. This budgies. Dulu burung ni tak mahal san...
Image
Night Sins and Guilty As Sin - Tami Hoag Baru habis baca dua novel ni. Sampai rasa cam termengah mengah aku nak habis kan. cerita dia macam ni... Night Sins . When eight-year-old Josh Kirkwood disappears' the whole community of Deer Lake is stunned. Crime is not something that happens in their neighbourhood. Worse still is the frightening possibility thst Josh's disappearance was planned by a desperate warped mind-for all thst is found at the crime scene is Josh's duffer bag and a note; 'ignorance is not innocence but SIN'. For Agent Megan O'Malley, the investigation is the first test of whether she can cut it in the all-male world local police. And as the hurt takes on an ominous intensity someone is watching, preparing the next move in a terrifying and deadly game....... Guilty As Sin . The abduction of eight-year-old Josh Kirkwood sent shockwaves through the small community of Deer Lake. Even now' after the arrest of a suspect and Josh's safe return...
Image
Perasan Ke Aku Ni.....Hehehehe Dengan mempunyai anak yang ramai dan membesar dan jadual kerja dan masa yang hectic aku rasa cukup penat. Bila penat terasalah diri ini dah tua. Uban pun dah nampak sana sini. Bagus jugak bila terasa diri tua dan ada nya tanda tanda ketuaan pada diri. Yang penting bila diri dah rasa tua terasa jugaklah nak lebih kan iman dan amal sebagai persediaan. Bila lihat cermin tu kedutan dah nampak sana sini dan kulit dah tak kenyal lagi. Yelah tua bukan ada ubat. Tapi ramai orang takut tua dan sanggup berhabisan untuk terus kelihatan muda. Mengapa kita perlu takut....... Kuat kan amalan dan iman nanti bila masuk syurga sentiasa dalam keadaan muda dan kalau kentut pun bau wangi. . Sejak aku balik raya baru ni ramai orang jumpa aku dan tegur aku nampak muda nya. Ketawa aku. Mau kembang semangkuk di buatnya dan mujur tak jatuh dari kerusi. Tapi bukan kembang semangkuk lagi tapi dah sebesen. Tadi masa sarapan dengan member aku, tetiba aku dengar salam. Aku toleh kiri ...
Image
Orange Cheese Cake and Chocolate Moist Cake Ini dia cheese cake yang wife aku buat from the book that I ordered. Memang sedap. Family aku memang suka. Lain kali kalau member member nak datang rumah boleh lah buatkan untuk korang dapat nikmati bersama. Ada banyak lagi resepi cheese cake yang belum diterokai. Nanti kita cuba lagi. Nengoklah esok ke atau sebelum aku balik nanti. . Wife aku dah terror buat Dark Chocolate cake resepi dari buku Sainsbury yang aku beli masa aku student dulu. Sedap. Buku tu pun dah remuk redap. Nak kena gam balik sebab dah hampir terburai. Tapi cake ni resepi dapri kakak ipar aku yang di kukus. Sedap memang sedap. Wife aku dapat resepi tu masa hari raya dan terus buat. Memang jadi dan kami semua habis makan. Sebenarnya kek kek tu di buat untuk meraikan birthday anak aku Ikhlas yang ke 7.
Image
Koleksi Novels by Jeffery Archer Seperti yang aku jelaskan dlm blog aku yang lepas, the first time I read his novel was The Prisoner of Birth. Memang best and took me only a week to finish. After that aku rasa nak cari koleksi buku buku dia. Tapi aku cuba cari cerita dia yang di filemkan aku tak jumpa pun. Pelik juga, tak seperti Stephen King and John Grisham and lately cerita My Sister's Keeper by Jodi Picolt. Mungkin aku tak browse habis. Selalunya well known writter ni buku depa mesti do filemkan. Tapi selalunya apa yang di tulis dalam buku lebih detail and 'trill' dari dalam filem. . Ok berbalik kepada buku buku karangan Jeffry Archer ni, aku mula mula niat nak cari buku second hand kat central market je. Tapi bila aku jalan jalan di The Curve kat Mutiara Damansara, aku singgah kat The Bourders and terserempat offer untuk buku buku Jeffery Archer. Apa lagi aku terus sambar la. Beli tiga satu free. Bestkan...... Bila aku nak start baca entahlah tapi aku rasa on the way b...
Image
Happy Birthday NurIkhlas Semalam, on the way to Alor Gajah untuk hantar anak aku Safwan balik hostel, kami singgah ke Lowyat. Ikhlas dan Ubai ikut sama temankan aku. Lepas tu nak singgah ke rumah adik angkat aku Mejar Azman kat Senawang before ahead to Alor Gajah. Selesai saja shopping kat Lowyat untuk beli anti visus for Pokku and external HD untuk aku kami singgah ke Bukit Bintang untuk pekena McD. At the same time untuk celebrate bday Ikhlas yang ke 7. Sukalah dia tu dan sempat aku beli kereta control untuk dia. Aku order untuk aku BigMac and for them aku order double cheese burger. Puas aku makan McD balik kali ni. Untuk Shah aku makan untuk hang aje lah..heheheheh
Image
Anak Bongsu Aku - Hafiz Nur Yusuff Inilah anak bongsu aku Yusuff. Nak ada adik lagi ke???? HHmmmm...entahlah tak boleh nak cakap. Alam roh ni susah nak predict sebab hanya Allah saja yang tahu. Bila aku outstation dialah orang yang paling aku rindu selain dari wife aku dan anak anak yang lain. Nak cakap masih tak pandai tapi dia faham apa yang kita arahkan. Tapi lambat lepa aje mesti dia duduk depan computer and buat apa yang patut macam orang dah pandai. Sebab dia tiru apa yang abang dan kakak dia buat. Bila aku cium aje dia mesti dia marah sebab dia geli dan rasa tajam pada janggut aku. Hehehehe....... Rumah aku memang riuh rendah sebab abang dan kakak suka menyakat dia. Tapi dia ni boleh tahan juga nakal dan rebel dia.
Image
Baju Kurung . Bila tiba hari raya, aku suka sangat dengar lagu raya yang bertajuk 'Baju Kurung Biru'. Tak jemu jemu aku dengar. For previous hari raya aku selalu sediakan dua pasang untuk anak dara and wife aku. Sure aku yang beli dan pilih mana kain yang aku berkenan. Last year sempat juga aku tolong jahitkan manik manil labuci untuk mereka. Tapi tahun ni memang tak sempat. Kalau nak buat bukan senang and lama pulak nak sulam satu satu. Lagi pun aku berada cuma seminggu aje sebelum raya. Mana nak selesaikan segala urusan rumah dan layan anak anak aku. Next year kena program betoi betoi. What will I do ialah siapkan baju tu awal awal and aku boleh siapkan kat bilik aku di site. Sebab waktu malam ada banyak masa terluang skit untuk bereskan segala personal projek projek aku. Last Thursday masa jalan jalan dengan anak aku Hadi and Safwan kat The Curve and Ikea sempat juga aku membelek belek baju kurung tu dengan pattern pattern yang cantik. Bila aku belek pada harga saja...mak da...
Image
Sembahyang Sunat Hari Raya . Tahun ni aku tukar program skit. Selalunya aku akan sembahyang sunat hari raya di rumah mertua aku. Itu tradisi aku setiap raya. Tapi tahun ni kami sekeluarga sembahyang sunat aidil fitri di rumah my mother. Pagi pagi semua dah bangun. Oleh sebab aku sebagai anak bongsu and paling ramai anak, akulah orang yang paling riuh untuk siapkan anak anak aku. Yang dah besar oklah boleh urus sendiri tapi yang kecil kecil tu kena juga belek belek. Sembahyang raya pukul 9.00 pagi kalau tak datang awal nanti tak dapat tempat kat dalam. Kalau sembahyang jemaah sama ramai macam sembahyang raya atau jumaat bagus juga kan. Orang dah ramai ada dalam masjid cuma aku masih terhegeh hegeh dok jalan. Sure tempat dah tak ada. Sebenarnya aku terkantoi pagi raya tu sebab aku tertinggal baju melayu aku. Apa lagi sebab tak ada baju yang sesuai aku terpaksalah bakai T-shirt hardrock. Family aku dan anak anak aku semua gelak and kutuk kutukkan aku. Nak buat cam mana dah terlupa. Tulah ...