Posts

Image
Selesai Sudah Akhirnya Hari ini anak aku Ubai rasa lega sebab SPM dah selesai. Lepas ni boleh rehat rehat dan lepak lepak kot. Aku pun dah penat berdoa untuk kejayaan dia tapi walau pun penat aku akan terus berdoa sehingga keputusan dia keluar pada awal bulan March tahun depan. Pertama sekali aku kata pada dia, terus register untuk ambil lesen kereta dan motor. Senang nanti nak bantu umi untuk hantar adik tuition dan arrange keperluan rumah. . Dulu aku pernah tanya dia, bila habis periksa nak buat apa. Dia jawap nak kerja dekat fast food macam McD atau Pizza Hut. Bila aku fikirkan blik ku tanya dia lagi. Apa kata Ubai tolong Umi kat rumah dan Ba akan bagi gaji. Mula mula tu dia tak nak. Mungkin dia ingat semua tu kerja orang pompuan. Tapi setelah dia fikir berkali kali baru dia setuju untuk bantu wife aku kat rumah. Yelah dok rumah semua boleh jaga. Solat senang. Makan senang. Badan tak penat nak tunggu bas. Yang paling penting dapat banyak pahal bantu umi di rumah. . Aku kata kalau na...
Image
Mengapa Aku Blogging Aku memang suka menulis. Dulu aku ada dairy yang aku tulis kisah perjalanan aku semasa aku mengembara ke India, Pakistan dan Bangladesh. Dairi tu aku miliki semasa aku masih di sekolah menengah lagi. Sampai sekarang dairi itu masih tersimpan rapi di dalam bilik aku tapi banyak yang telah di makan anai anai. Tapi aku masih terus menyimpan dairi tersebut. Kalau ada masa aku akan download kan dalam blog aku ni mana kisah kisah yang aku dah tapis. Hehhehehe..... Yelah mana boleh semua rahsia hidup kita nak di istiharkan. Betul tak. . Aku telah di perkenalkan Blog ni oleh member aku Ghaz semasa aku di Sudan. Biasa lah...; selalunya orang yang di intro tu akan lebih ketagih blogging dari senior yang mengajar. Betul tak?? Bila aku register dengan www.blogger.com aku terus memilih title 'What A Wonderful World' sebab aku suka sangat lagu ni dan liriknya yang memberi seribu makna. Lagi pun aku enjoy dan suka travel around the globe dan aku rasakan bahawa hidup ini b...
Image
Episod Terakhir AlKisah Mazlan Pet Pet Lan ni baik orang nya (nak kena jek skit), kalau nak minta tolong semuanya ok. Memang tak menghampakan. Selalu jemput orang makan kat bilik dia. Kalau masuk dalam bilik dia macam kedai runcit. Semua ada. Tapi orang yang paling bertuah adalah Madi. Nak tau pasai apa kenalah tanya dia dan Lan. Aku sekali sekala tumpang juga makan kat bilik dia tapi tak lah hari hari. Sekali sekala aku ajak juga dia mai makan kat bilik aku tapi taklah selalu. Beruntung benolah wife dia dapat Lan ni sebab susah nak cari hubby lagu ni. Lan aku puji hang, kembang sikit sikit dah lah nanti ghelah seluaq pulak. Lepas tu dia ni banyak harta. Sana sini ada bendang. Kira tujuh keturunan pun makan tak habis. Kira hebat dari Mahsuri. Kalau nak kata Mahsuri tu orang tulin Langkawi, tapi dia ni lagi pure dari tuh. . Semalam aku ajak dia ke Bazar lepas zohor. Driver belum sampai lagi. Dalam 15 minit tunggu baru nampak Safar masuk dalam kawasan kem. Dari luaq aku nampk macam tak a...
Image
Biskut Dan Kopi Kaw Sekarang bila musim sejuk macam ais batu ni selalu saja rasa lapaq. Jadi kena ada banyaklah bekalan makanan dalam bilik. Dinner pulak awal sangat, pukul 6.00 petang sampai pukul 8.00. Tapi kalau ambat pegi kira tinggal seredak ajelah. Jadi, mau tak mau kena juga ada bekalan sampingan. Tapi kalau dalam bilik aku, mcm orang Kedah selalu kata,' segala tok nenek ada '. Jadi kalau member member mai nak lepak kat bilik pun ada benda nak ajak makan. Sebenarnya kalau orang selalu ziarah kita, rezeki murah tau. Saidina Ali kalau orang tak datang bertandang ke rumah dia walau satu hari dia akan gelisah sebab rahmat dari Allah tak datang ke rumah dia. Sebab tu kalau ada peminta sedekah datang ke rumah dia, dia akan layan dengan sebaiknya sambil memberi makan. Tapi ramai orang yang tak tahu akan keberkatan ini atau pura pura tak tahu...hehehehe. Tak apalah lain orang lain ragamnya. Petang tadi aku beliah biskut yang dlam gambar tu sebagai bekalan untuk minggu ni. Aku p...
Image
Nak Beli Ke Blazer Ni Dua minggu lepas aku saja lepak kat kedai orang Turki ni kat Bazar. Macam biasalah kalau dia nampak aku mesti dia panggil aku 'Mullah'. Lepas tu dia akan mainkan surah AlQuran dalam handphone dia. Dia ingat aku ni orang alim beso kot. Pada hal janggut aje lebat. Hehhehehehe.... . Tapi dalam kedai dia ada banyak blazer dan winter coat yang cantik cantik. Aku masuk dalam dan nampak blazer yang dalam gambar tu modern dan anggun gitu. Berkenan jugak dan rasa macam nak beli aje. Kalau aku pakai mau orang ingat aku ni baru berumur dalam 33 tahun. Kira macam umur jejaka di syurga la konon. Tapi kalau nak beli pun aku ingat nak beli blazer aje tanpa seluar. Yang aku berkenan tu sebab dia ada outline stitch kat luar dan nampak fit and poket pulak di potong senget. Perghhh..... Tapi aku tak beli pun... cuma perasan skit. Tapi tak tahulah kot kot nanti terbeli pulak. . Aku selalu kata kat member member aku, bila dah kerja penat tu eloklah belai diri banyak banyak. Ra...
Image
My collection of Idioms Sekarang baru aku terfikir yang aku perlu ada satu buku for my collection of idioms. Tadi sementara aku dok record my collection of vocab, baru aku tersedar yang aku perlu juga improvise my idioms. Bila ke Bazar aku pun carilah buku tulis 80 mukasurat untuk jadikan catatan. Tapi yang bestnya cuba korang nengok buku tulis orang sini, memang menarik sebab ada berbagai bagai jenis gambar. Orang kata bila buka aja buku tulis nak buat keje sekolah rasa segar semacam aje sebab pandangan pertama adalah pada gambar yang menarik . Aku rasa buku latihan sekolah sekolah di Malaysia pun perlu berubah kepada pandangan yang lebih ceria. Bukan setakat gambar lambang sekolah berlatar belakangkan warna coklat dan kelabu sahaja. Nampak sangat suasana yang suram. Nak naik semangat pun tak dak mood. Korang setuju tak pada pandangan aku ni?? kalau setuju atau tak, tolong komen, at least aku dapat buat bancian percuma untuk gomen.
Image
My Additional Kitchen Utensils Aku baru balik dari bazar. Hari ini aku pergi lewat lepas zohor tak seperti selalu di awal pagi. Kalau tidak memang liat aku nak pergi. Since my own project dah banyak yang dah siap, so aku dah ada banyak masa untuk luangkan ke bazar. Ada dua beberapa perkara yang aku nak bereskan. Pertama aku nak beli satu lagi pot untuk aku buat tomyam atau gulai ke. Pan yang sebelum tu aku beli untuk memudahkan aku nak masak telur dadar dengan mushroom and peas ke atau nak goreng mee laksa atau mee kungfu ke... Tehn beli pisau baru yang lebih robust. Senang nak potong dan tebal. Tak seperti yang ada sekarang nipis melayang and merbahaya. Aku rasa dah complete kitchen utensil aku and sekarang nak kena ada rak baru. Senang nak simpan barang barang dapur. Yang tu nanti member aku akan arrangekan sapa lagi kalau bukan Lan atau PK..hehehehe...
Image
From Stove Straight To The Table Semalam aku rasa tak berapa sihat aje. Mungkin nak kena ubah selera kot. Rasa perut meragam masa aku pergi solat Jumaat lagi. Mujurlah boleh control gitu. Sebenarnya sembahyang jumaat dah di dirikan di Kinyali; site kita orang. Tapi aku masih sembahyang di Turkmenbashi sebab nak singgah ke bazar sekejap. Banyak juga benda yang aku beli. Mushroom sudah jadi satu kemestian, chocolate, grapes;masih ada lagi walau dah sejuk macam ni dan nuts. . Petang pulak terasa nak makan nasi goreng cina dengan cendawan dan udang. Best jugak . Apa lagi aku pun pegi cari udang lepas tu lepas maghrib terus masak. Sedap jugak makan panas panas tambahan pula pada waktu dingin sebegini. Aku pun jemput member aku untu sama sama menikmati masakan aku ni. Kalau korang nengok gambar nasi goreng aku tu mesti korang terliur jugak kan.
Image
Omar Untuk Ali Dulu masa Lia beranak anak lima, ramai orang nak ambil Omar. Tapi aku tak kasi. Masa tu aku sayang sangat pada Omar dan ingat nak bawa ke Malaysia. Kebetulan Omar bulu panjang dan muka pun agak semi flat dan banyak ikut emaknya Lia. Tapi sekarang Omar sudah ada tuan baru iaitu Ali. Sebelum tu Ali tak termasuk dalam list pun. Tapi entah macam mana Ali selamba aja minta Omar dari aku baru baru ni. Selepas di timbang telek aku pun setuju beri pada Ali. Semalam Ali datang untuk ambil Omar. Sempat jugalah aku ambil gambar mereka berdua. Sekarang cuma tinggal Kak Long aka Zara sahaja dengan aku.
Image
Sejuknye......... Kalau aku tanya korang sume, apa paling best nak buat pada waktu dingin hingga ke tulang hitam ni?? Korang ada jawapan ka?? Hehehe...jawapan dia adalah makan...makan..dan terus makan. Sebab bila sejuk kita cepat lapar sebab makanan dalam perut cepat di bakar untuk panaskan badan. Tapi makanan apa yang best sangat nak makan? Bagi aku bukan nya nasi atau mee goreng. Tapi yang paling best nak makan adalah pisang goreng, kopok leko goreng atau cempedak goreng ke. Lepas tu minum dengan kopi cap kapal api kaw. Perghh...... mesti terangkat. . Masa aku balik beberapa trip yang lalu aku bawa keropok mentah sampai 6 kilo. Tu dia banyaknya. Mula mula tu aku malas sangat nak goreng. Kalau nak makan minta chef tolong masakkan. Bila aku dah beli satu dapur untuk masak masak baru rajin nak goreng. Bila makan panas panas barulah terangkat. Siap pack dalam balang lagi. Hari tu malas sangat nak goreng aku panggil Lan mai kat bilik aku untuk goreng. Siap dia tapau satu balang lagi. Lan ...
Image
My New Sweater Tu dia.......... Cantik tak?? Aku beli semalam. Bukan apa seronok nengok ada design baru. Duit ada belilah skit untuk membelai diri. Keje kuat kuat pas tu pekin dan kemut pun tak guna jugak kan. Duit bukan boleh bawa mati pun...hehehehe...berfalsafah skit. Kontrak baru ni aku belum lagi claim for winter clothing. Aku ingat nak claimlah dalam bulan ni atau bulan depan. Tapi di sini tak banyak choice sangat nak beli winter clothing seperti di Europe. Aku ingat lagi masa aku di Vienna, banyak sangat choices untuk beli winter clothing. Tapi masa tu tak terfikir sangat sebab dah nak balik ke Malaysia for good. Tapi kalau beli pun tak rugi jugak. Manalah tau nanti nak honeymonn dan romantik romantik dengan wife pegi tour Europe kan.......
Image
Aktiviti Selepas Sembahyang Raya Lepas breakfast aku dah siap nak bertolak ke masjid. Aku pergi jemput Rizal. Lepas tu aku ke bilik Lan. Bila buka pintu tu aku nampak muka Lan dan Madi yang tersengeh sengeh. nengpk je depa tersengeh dah tau dah jawapan depa dua. Tapi depa masih lagi kata, ' Tak pa hang pi dulu lah, nanti kami pi.' Faham sangat dengan kata kata dan maksud tuh. Lepas tu aku call bahzin berkali kali tapi tak jugak jawap talipon aku nih. Hhmmm...mesti solat raya atas katil. hehehehe..... Macam ni lah bila pagi dah dingin and gelap lagi walau pun dah dekat pukul lapan. . So aku dengan Rizal terus naik kereta Byram untuk ke Masjid. Sembahyang pukul 9.10 pagi dan orang semakin ramai datang ke Masjid. Di sini panggil Qurban Byram. Cuti sampai 4 hari. Tapi sambutan macam biasa aje. Dlam perjalanan dah nampak orang sedang melapah kambing walau belum pun bermula sembahyang raya. Lepas saja sembahyang aku ambil keputusan untuk beraya di Bazar aje. Kedai buka macam biasa da...
Image
Selamat Hari Raya Korban Untuk Semua Umat Islam Esok semua orang akan meraikan Hari Raya Korban. Aku dah call family and my mother ucapkan selamat hari raya. Tapi di sini bukannya raya esok tapi pada hari Sabtu. Tahun lepas pun sama juga. Orang dah raya baru kami sini nak raya. Nak buat macam mana sebab raya decided by ketua negara dia. Aku pun kena doa banyak pada dia agar Allah curah kan hidayah dan petunjuk supaya dia dapat mentadbir negara ini seperti mana yang Allah kehendaki. . Raya Haji ni bukan sekadar suka suka nak beraya tapi yang paling penting adalah penghayatan dan ertinya pengorbanan yang sebenar. Yang paling penting adalah pengorbanan. masa, diri dan harta benda untuk mensyiarkan sinar Islam keseluruh alam. Semoga semua manusia kenal dan dapat beriman pada Allah yang Maha Esa dan cuga Pencipta segala makhluk. . Family aku tak balik beraya di kampung sebab wife aku tak sihat sejak kebelakangan ni. Harap anak anak saja untuk menolong dia di dapur. Kalau aku ada pastinya ak...
Image
How To Secure Your Egg Kami di beri beberapa straws, a piece of paper and tapes untuk usahakan supaya telur yang di beri di balut dan apabila di jatuhkan setinggi 3 meter tidak akan pecah. Aku pernah dah buat benda alah ni masa team building pada projek yang lalu. Masa tu telur pecah jugak. Semua team telur pecah. So sekarang cuba lagi. Sebelum bermula kami siap berdiskusi lagi bagaimana cara yang paling baik untuk elak dari telur pecah. . Dua orang di pilih dari setiap kumpulan untuk menguruskan telur tersebut dan di tutup kedua dua mata mereka. AKu jadi tukang ambil gambar dan pemberi arahan bersama sama member aku yang lain. So kami decided the best way to achieve is by wrapping the egg with the straw around it and finally we wrapped with a paper like a candy. With the remaining tapes we wrapped the egg completely . . So we are the last group to be tested and when came to our turn, and the egg was dropped, the end wrapped just acting like a spring and safe the egg from crushing. Wow...
Image
Games Yang Melucukan . Dalam projek aku ni banyak sangat ragam dan budaya. Nak satukan hati, fikiran dan matlamat kadang sangat mencabar. Sebab tu lah buat gak team building tu. Jadi banyak game yang funny2 di buat. Aku pun join jugak dan menang jugak hadiah. Game ni memang kelakar. Adakah patut di kepitnya hidung dan telinga orang tuh. Aku rasa tak sanggup betoi. Macam badut je. Pas tu nampak bodoh semacam. Aku cuma amik gambar aje. Patutnya amik bulu ayam dan kodek kodek dalam lubang hidung and telinga baru la best. Biar dia bersin dan terpelanting semua sepit sepit baju tuh. Kan..kan..kan... Ni game ape tah. Tapi dia silangkan badan bebudak tuh dan jadi macam meja. Patutnya aku pegi duduk kat tengah tengah tu nengok boleh tahan ke tak. Ye tak ye gak kan.... Ni pulak dia tutup mata dan ada pilot dok beri arahan. Nampak senang tapi susah beb. Ada banyak lagi ni tapi aku dah malas nak tulis.
Image
Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu . Dalam dakapan senja Ku renungi sinar matamu Berat rasa melepaskan Dikau pergi Dingin hembusan bayu Lemah longlai langkah kakimu Banyanganmu kian jauh dari mata Korang tau tak sapa yang menyanyikan lagu yang sungguh syahdu tu?? Betullll..... memang Uji Rashid. Penyanyi favourite aku. Sebenarnya aku bukannya nak jiwang jiwang pada hari ini. Tapi aku rasa agak sedih dan terkilan sebab aku terpaksa berpisah dengan Lia. Aku terpaksa buat satu keputusan yang amat berat. Orang kata berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Aku terpaksa hadiahkan Lia pada tuan yang baru. . Sebelum aku buat keputusan tersebut aku telah bermesyuarat dengan PK dan juga isteri aku. Finally aku ambil keputusan untuk berikan Lia pada keluarga angkat yang baru. Sayang memang sayang tapi apa boleh buat. Aku harap dia akan mendapat lebih perhatian darı Tuan dia yang baru. Ada banyak sebab aku terpaksa lepaskan Lia. Pertama sekali aku tak berdaya lagi menahan nafsu Lia yang sentiasa...
Image
Cuba Teka Siapa Kami... Ni salah satu game yang agak menarik dan funny. Tapi rasa macam bodoh semacam pun ada jugak. Apa yang di buat ialah, dua orang telah di panggil dan memelih empat orang yang mereka paling kenal dan rapat. So boss kita orang terpilih dan memilih kami dan termasuklah aku antara 4 orang yang di pilih. Kami telah di bungkus macam hantu bungkus dan kepla kami di tutup dengan beg putih. Kalau nengok gambar macam KKK pun ada jugak. Yang ter expose cuma hidung dan telingan. SO boss kita kenalah identify telnga siapa dan hidung siapa. Bukang senang tu. Keliru juga nak teka. Tapi kalau bab bidung memang senang nak teka kan.....
Image
Jom Makan Makan Ni makan semasa coffee break. Cuba you all nengok bagaimana depa potong buah tu. Ada apa komen tak???? Hhmmm...nipis melayang. Bukn macam kita bisa potong. Mungkin nak jimat kot. Tak terasa apa ap pun bila masuk kerongkong. Sina kalau nak beli pisang, sebutir dekat RM1.30. Mahal bukan main. Kalau kat Mesia lambk je sebiji sebiji. Ni makan masa lunch. Kat sini aku berpantang sikit kalau makan. Aku cuma makan ikan sahaja kalau ada apa apa function di luar sana. Entahlah aku masih ada lagi perasaan was was. Elok juga kalau macam tu. Bukan apa takut kalau kalau susah sangat doa nak di perkenankan. Jadi lebih baik aku berlapar dan sabar. Mujur ada pilihan lain kan.. Seronok aku nengok member aku ni enjoy his food. Dia tak kisah sebab makan pi lah banyak mana pun badan tetap tak naik.
Image
Team Building- 21st November 2009 Semalam bemula Team Building setelah agak setahun lebih merancang. Mula mula tu memang agak malas nak pergi sebab aku rasa rugi nak korbankan week end aku. Lemah juaga semagat nak pegi. Since everything dah arrange gagahkan diri untuk pergi. Saampai saja kat hotel, check in dan terus but program. Yang best tu aku dapat file dan buku tulis yang cover dia sungguh unik. Macam biasalah kan program dalam team building ni. Acara pertama kami di bahagikan dalam kumpulan bertig untuk describe our similarity and differences. Gang aku Bahazin and Janudin. Lepas siap semua aku pun presentlah macam gambar aku tu. Konon konon macam lecturer lah.... . And aku sempat beritahu yang aku suka writing and reading and one day after the project I would like to be a fiction write. Kira pukul canang gitu. Bukan apa sesaja nak pressure diri sendiri supaya serious. Lepas tu si facilitator yg bernama Tom tu (American) approaches aku dan tanya cerita yang macam mana aku nak tuli...
Image
Member Aku Mazlan Pet Pet Inilah member aku Mazlan Pet Pet. Masa aku nak tangkap gambaq ia tu, dia kata, 'Nanti sat, biaq aku buang topi dulu'. Lepas tu dia upaq remoih baru nampak macam Shah Rukh Khan. Tapi kalau orang nengok dari jauh takut orang tersilap ingat Mat Bangla Citagong mana terlepaih kat sini. Bila aku ke bilik dia tu nengok dia masak sambil pakai kain pelikat teringat aku pergi ziarah mamak mamak yang sewa di bilik bilik semasa aku tinggal di PJ Old Town. Tulah nak cari duit kan banyak benda yang kita korban dan terkorban. Jadi isteri isteri kena ingat sama.... suami datang sini serious bekerja bukan serious cari biniiiii..... Hehehehehe...... Itu belum lagi aku cerita pasai kembaq siam dia yang tak serupa dan tak sama. Lan, Aku nak pantun kat hang. Hang dengaq..... Hitam hitam sitampuk manggis, Walau pun hang hitam tapi senyum hang tetap manis....... Kalau hang tak percaya pegi tanya sarah... So aku pun ambil kesempatan ini untuk bergambar dengan Shah Rukh Khan ...