Posts

Image
Lepak Lepak di IKEA Semalam kami ke IKEA. Tak ada shopping apa pun sebab dah banyak aku spent. Bawa anak anak aje jalan jalan sebab depa dah puas duduk di rumah. Nak harap wife aku bawa mereka berjalan jalan maklum saja lah dengan anak kecil yang ramai di rumah. Dia sendiri tak kuasa nak berjalan ke mana mana kecuali ada hal yang tersangat penting. kalau ikut kan hati memang seronok nengok barang barang di sini tapi barang dah banyak sangat kat rumah. melainkan rumah aku mempunyai bilangan bilik dua kali ganda. Tapi rasanya rumah aku sekarang pun dah cukup luas. Nak cari depa pun kadang tak jumpa.....
Image
Bag For My Sister Ni pula beg untuk my sister. Aku tak kasi free la yang ini tapi kasi discount 50%. Kira oklah tuh. Bukan murah beb...mahal tau. Oleh kerana dia tak bagi tahu mana yang dia nak, aku ikut undian dalam blog aje lah. So aku pilih color graynampak anggun skit. Boleh dia pakai masa kenduri lusa tulat ni. Tak apa aku akan tolak dari duit dia yang masih ada kat aku. Semoga dia berpas hati dengan beg ni tapi itu harga tak mahu di ingat ingat.......... kalau tidak nak melaram pun boleh ketaq tangan...
Image
Bags For My Beloved Wife Ini dia beg yang aku beli untuk my wife. Cari punya cari beg ini juga yang aku berkenan dan minat. Bila balik aku tanya kenan tak? Dia kata ok je. Ok je??? Hmhmhmhmh...... Yelah untuk dia pun kita kena hadiah jugak sebab sabar dan taat mendidik dan manjaga anak anak aku sepeninggalan aku di perantauan. Brand memang tak koman PRADA. Nak cari barang barang macam ni memang susah di tempat selain dari Istanbul. Di china pun ada tapi PVC. Tu yang tak sedap tu. Esok kami balik kampun hopefully wife aku melaram lah masa balik dan makan kenduri. Tapi tak adalah nak jadi macam anak mami jarum kan. pakai gelang sekerat siku bila makan goncang goncang biar sume orang dengar? Padahal zulian aje tuh....heheheheh
Image
Ole Ole Dari Istanbul Inilah ole ole yang aku beli dari Istanbul khas untuk diri aku sendiri. Harganya jangan cakaplah...tapi aku berpuas hati. Sebenarnya aku tak terfikir pun nak memiliki satu. Tapi bila dah terpandang rasa teringin pulak. Itulah orang kata bila dah penat berkerja diri sendiri pun nak kena belai juga. At least memiliki apa yang kita idamkan. Kalau dah penat kerja rasanya tak baik nak pekin atau berjimat cermat. Bukan nya membazir tapi sekadar hadiah untuk diri sendiri. Untuk member aku Che Mat, tak terinign ke ?? Tu la, aku ajak ko, ko tak nak....
Image
Best Nye Dapat Balik Rumah m Aku tiba di rumah tepat pada pukul 9.30 pagi. Sebelum tu anak teruna aku Ubai setia menunggu aku di Airport. Ingatkan dia datang dengan adik adik yang lain' rupanya seorang diri. Tak apalah..... Ubai ni memang seorang anak yang baik tak kalau suruh apa pun tak pernah membantah. Sampai dirumah rupa rupanya mereka dah buat acara birthday Yusuf yang tertangguh tu sebab menantikan kepulangan aku. Banyak belon yang bergantungan di sana sini menjadikan suasanan yang berwarna warni. Sememangnya rumah aku ni berbagai bagai rona. Selepas aku siap mandi dan berpakaian comel kami pun bergambar beramai ramai sambil mengisi perut yang sangat lapar. Apa lagi belasah laksa kegemaran aku la....
Image
A Trip To Istanbul Hari Khamis pagi aku belah dari site nak ke Ashgabat. Flight pukul 10.45 pagi and hopefully aku tiba di Ashgabat pada pukul 11.45. Tiba saja Murad sudah setia menanti aku. Rasa best sangat sebab driver manjadi milik aku seorang. Tak payah nak rebut rebut and bebas nak ke mana mana. Perut rasa dah sangat lapar. Lagi pun masa breakfast makan ala kadar sebab dah tak ada selera nak makan. Maklumlah orang nak bercuti panjang. Aku terus ajak Murad ke Mil Bazar untuk lunch and lepas tu baru nak balik ke Staff House. . Aku singgah juga sekejap di Yimpas untuk beli bekalan makan. Jam 7.30 Murad semula untuk dinner and kami ke Turkish restoran. Makan biasa saja and harga ok. Environment pun kira ok. Lepas tu aku balik and pesan pada murad untuk datang ambil aku jam 3 pagi untuk ke Airport. 2.30 aku dah bangun and siapkan diri. Barang dah kemas awal. Aku bangun, rupanya Yus and Haji Din sedang berdebgkur dalam bilik. Oh ya...depa tiba lewat semalam dan masa tu aku dah nyenyak t...
Image
Apa Aku Nak Buat Ta....da..... Itu lah jet yang aku sewa untuk balik ke Malaya. Nape?? Tak percaya??? Hehehehe..... Sebenarnya aku dah listkan banyak benda yang aku nak buat. Kadang tu list panjang berjela jela tapi sedikit aje yang dapat laksanakan. Walau bagaimanakan kita cuma merancang and Allah yang tentukan. Ok jom follow the list yang aku nak buat pada masa cuti ni. 1. Bayar yuran tahunan BEM. Ni kalau lewat kena denda lagi ni... 2. Shopping barang barang kelengkapan sekolah anak anak. Aku dah pesan kat wife aku dok relek aje kat rumah. 3. Buka akaun anak anak aku 4. Beli netbook untuk Shamim 5. Beli sepasang baju salinan pengantin untuk anak saudara aku yang akan nikah pada bulan 3 tahun depan. 6. Beli fabrik untuk ajar anak dara aku buat patchwork quilt. Yang ni memang kena cari masa and semangat untuk siapkan. Satu lagi buat smocking dress untuk Hana. 7. Baiki mesin jahit. Kalau wife aku dah hantar baiki relek la skit keje aku. 8. Nak call tuan rumah kat sebelah umah aku tu. ...
Image
Balik Kampung...... Esok pagi aku akan keluar dari Camp sebab nak balik bercuti. Lega rasa. Maklumlah nak balik bercuti dan jumpa keluarga yang tercinta. Keluarga yang sentiasa menanti kepulangan aku ni. Best betol. Tiket aku pula one way. Tiket nak datang semula ke sini pun aku tak ada. Entahlah mereka dah beli atau belom. Aahhhh....malas nak fikir. Kalau depa tak beli, pandai pandailah hantar kat aku. Banyak benda benda yang mudah sokmo being made extremely complicated. ku pun susah nak fathom dengan depa ni. Kebetulan contract aku pun langsai hujung bulan ni. Contract baru entah bila muncul entahlah. Kalau menarik boleh difikirkan untuk sambung dan kalau tak menarik relek kat umah ajelah. Tengoklah rezeki macam mana. Kadang kita setuju lain tapi on paper tukar jadi lain pulak. Hhmmmm.... Nampak gayanya blog aku terhenti buat seketika la. Insyaallah hari Ahad aku akan tiba di Malaya from Istanbul..... Jalan jalan cari makan dulu lah kannnn.....
Image
Project No 3 Baru tadi waktu lunch aku siapkan. Aku rasa exhausted sangat nak habiskan yang ni. Bukan apa, aku terpaksa berkejar dengan masa yang aku peruntukkan. Lusa dah nak balik Malaya. kalau tak siap nak bawa ke Malaysia alamatnya tak tentu boleh siap. Lepas tu dalam syok dok menjahit, satu benang tak cukup. erpaksa tunggu Pokku baik dari Malaya bawa benang yang aku pesan. Balik ni kena pegi framekan pulak. Nak gantung kat mana tak tahulah tapi yang pasti kalau member aku nak beli mesti aku akan jual. Jangan malu bertanya ye....
Image
The Girl Who Kicked he Hornets' Nest Buku ni dah lebih dua minggu aku habis baca. Aku bawa bersama sama masa aku bercuti ke Istanbul. Nak habiskan buku ni rasa macam termengah mengah. Mana taknya tebal nak mampus lepas tu tulisan kecil kecil pulak. Patutnya aku baca buku yang dua duah tu dulu baru sedap ikut cerita ni. Tapi aku ersilap. Aku beli buku siri yang terakhir. Bolehlag nak ikut cerita. Tapi the earlier history aku tak tahu lah. Kena agak agak. Satu lagi masalah nya buku ni di tulis oleh seorang swedish. jadi semua tempat, jalan, nama dan sebagainya semuanya swedish. Jenuh aku nak sebut dan ingat. Yelah cerita ni pun berkisarkan negara Sweden. Kalau orang nak baca bagus gak sebab Salander ni sebijik macam Assange yang menjadi cerita sensasi sekarang sebab seorang hacker computer yang handal. Rupanya hackers ni mempunyai community mereka sendiri.
Image
Happy Birthday Yusuff Assalamualaikum Yusuff. Apa khabar sekarang. Ba doa dan harap semoga Yusuff sentiasa happy and tak nakal nakal. Umi selalu bilang yang Yusuff selalu suka kacau Hana terutamanya apabila Hana sedang tido. Ba tahu sebenarnya Yusuff sayang Hana dan bukan nak kacau atau ak suka Hana kan. Hari ini 3hb December, genap usia Yusuff 3 tahun. Semoga Allah memberkati kehidupan Yusuff hingga ke akhir hayat. Apa yang Yusuff mahu? Mestilah kek gambar altraman kan. Umi dah beritahu Ba tapi Umi kata birthday Yusuff akan di raikan pada 12hb December pada hari Ba tiba di rumah. Umi dah plan macam macam nak buat. Yusuff mest nak surprise Ba kan.... Tak apa nanti Ba pun ada something untuk surprise kan Yusuff yeee....
Image
Russia And Qatar Semalam satu benda aku tak buat sebab mengikuti rancangan terus menerus untuk pemilihan venue World Cup 2018 and 2022. Kalau Malaysia nak bid aku rasa macam angan angan Mat Jenin je. Baru baru ni lawan dengan Indon pun kena belasah 5-0. Memang memalukan saja. Bila pasukan bolesepak Malaysia nak meningkat entahlah. Berbalik pada bid semalam, sebelum keputusan di umumkan aku dah rasakan yang Russia and Qatar akan di pilih. Aku sebenarnya tak angkat pot langsung sapa yang berjaya bidding tu. Bila ku congak congak balik rupanya tahun 2018 ada 8 tahun lagi and 2022 ada 12 tahun lagi. Masyaallah masa tu aku dah tua rupanya. Kalau jodoh anak anak aku awal mungkin aku dah ada cucu. Alamak....rasa macamtak sanggup aje nak meniti hari tu. Tapi apa nak buat setiap yang muda akan tua dan yang hidup akan mati. Semoga kita cepat sedar akan kehidupan akhirat and cepat bertaubat untuk ke sana.
Image
Troy Alhamdulillah, akhirnya niat di hati nak ke Troy di makbul juga. AKu pun sebenarnya tak berapa tahu sejarah Troy sebelum aku datang melawat. Cerita Troy yang di lakonkan oleh Brad Pit pun aku tak nengok lagi. At least klau dah nengok movie tu tahu lah skit pasal sejarah dia. Sebelum aku bertolak dari hotel,and sedang menunggu bas, aku tanya receptionist tu best ke Troy ni? Dis kata tempt tu best and dia brief aku sedikit sejarah pasal tempat tu. Lastly aku tanya,'Dah ke sana ke?' Rupanya dia orang local pun tak pernah ke sana. Memang kelakar. Sama lah dengan aku. Dah tinggal KL dah 20 tahun muzium pun tak pernah pegi. Yang aku ingat melawat muzium masa aku darjah 4, aruah ayah aku bawa kami sekeluarga ke Kuala Lumpur. Masa tu tahun 1975. Lama kan... Anyway mujurlah ada minah Fillipina yang cun tu tolong ambil gambar aku. Troy ni bukan yang original punya. Troy ni di bina oleh seorang local architect pada tahun 70an based on the historical info and imaginasi dia yang tersen...
Image
Hari Raya Haji Rasa nak ketawa pun ada juga. Mulanya nak celebrate kat Istanbul. Dah berangan nak sembahyang raya di Blue Mosque. Rasa dah malas nak beraya di sini lagi and dah nak lupa kisah raya di sini sejak dua tahun lalu. Rupanya Turki celebrate raya Haji pada 16th Nov. Pas tu cuti sampai 4 hari. Di sini pulak raya pada 17th November. Jadi conclusion nye melepas hari raya tahun ni. Aku raya neither here nor there....Hhehehehe. Barulah jadi Lebai Malang...
Image
Street Vendor . Kalau korang darang ke sini, korang akan nampak banyak street vendor. Mereka menjual dengan tenang tanpa berasa perasaan takut dari majlis bandaran untuk menyita barangan mereka. Mungkin mereka sudah di beri lesen untuk menjual. Apa yang menarik perhatiaan aku adalah kereta sorong mereka adalah sama and menarik. Ada yang jual chestnut, jagung, berbagai2 pastri and bread. Bukan itu sahaja, ada juga mereka yang menjual baju, beg, topi dan berbagai bagai lagi di kaki kaki lime, di celah celah bangunan dan di merata tempat yang sesuai untuk mereka melakukan aktiviti begini. Malah mereka mereka ini kadang kadang menjadi tumpuan pembeli samaada pelancung atau orang tempatan. Secara tak langsung dapat membantu peniaga peniaga kecil untuk mencari rezeki. Sebenarnya ini adalah sebahagian dari budaya mereka and well blended dalam industri perlancungan. Aku rasa kita memang tak kreatif untuk majukan industri perlancungan. Bila aku banyak mengembara aku jumpa banyak benda benda yan...
Image
Nak Beli Leather Jacket?? Seperkara lagi yang boleh memabukkan kalian ketika bershopping di Isanbul adalah koleksi koleksi leather jaket. Berbagai bagai fesyen yang menarik. Harga kena pandai tawar and lebh kurang USD100 t0 USD150. Itu bergantung kepada jenis kulit dan design. Aku kalau ke sini mesti gatal tangan nak beli. Kadang memang aku terpaksa pijak nafsu ranap ranap semoga cabaran nak shopping akan terus terbantut. Macam aku katakan pada tulisan yang lepas, nak tawar menawar memang menyakitkan dan memerah tenaga. Aku kalau nak pujuk depa kasi harga murah aku terus sapu pipi penjual tu dan dia terus cair. Finally dapat juga harga yang aku minta. Tapi kalau depa tu berlakon saja aku tak tahulah. Tapi itulah reality sebenar shopping kat sini. Lainlah kalau shopping di the mall yang telah ada fix price.
Image
Macam Nak Beli Je Masa aku lalu di Spice Bazar ada kedai jual peralatan garden and benih pokok. Aku nengok bebawang pokok tulip, defodil and sebagainya banyak sekali. Terasa macam nak bel je bawa balik Mesia dan tanam. Resultnya tahu sajalah. Sama ada terus kojol atau tak keluar bunga langsung. Pokok pokok ni sesuai di tanam sekarang sebab bebawang atau bud tu nak hibernate buat seketika. Tulips and all those buds akan keluar berbunya selalunya selama sebulan bermula dari awal April sehingga awal May. Lepas tu dah tak ada lagi dah. So sesiapa teringin nak menatap bunga bunga ni eloklah ke Europe pada bulan bulan tersebut. . Eh apa dah jadi dekat rumah salji di Bukit Cahaya, Shah Alam. Aku pernah ke situ dah lama dulu masa tu anak aku Kizz baru umur 4 tahun. Kira lebih 10 tahun yang lalu. Masa aku masuk tu ada banyak sangat bunga bunga ni....
Image
Jalan Jalan Cari Makan Aku kalau travel, bila tiba bab makan memang aku simple. Tapi kalau bab nak masak memang aku complicated skit. Aku boleh makan apa saja asalkan halal. Kalau tak jumpa nasi seminggu pun aku tak loghat sangat macam setengah orang. Bagi aku janji perut kenyang and boleh telan dah kira cukup baik. Tapi kalau anda datang ke sini, Istanbul, makanan memang mahal kalau nak di bandingkan di Malaysia. Itu sebab kita convert. Tapi sebenarnya lebih kurang aje. Cuma satu aje perlu berhati hati. Nanti aku ceritakan pada bahagian akhir coretan aku ni. Ini dia daging kebab. Ayam ada dan lembu pun ada. Ikut suka hati mana nak pilih. Aku memang suka makan kebab ni. Kalau makan dengan salad dan di hidang di dalam pinggan comfirm harga dia 10 Lira. Tapi kalau makan doner kebab atau dorum kebab cuma 2 hingga 3 Lira sahaja. Itu pun kalau take away. Tapi kalau makan di restoran sebab ambil masa tempat duduk harga boleh naik. Macam kami minum kopi secawan 5 Lira. Pada hal 2 atau 3 Lira ...
Image
Siapakah Si Dia İtu??? Gambar tu adalah makwe baru aku dari Jepun. Aku berkenalan semasa dalam perjalanan ke Troy. Nama dia mayumi Itsuwa. Percaya ke??? Ni yang kelakar aku nak cerita skit. Masa aku decided nak ke Troy seorang diri sebab dua member aku tak nak ikut, aku dok fikir fikir macam mana aku nak bergambar. Tak kan nak ambil gambar sendiri kot. Kita pun nak kasi posing yang cun cun jugak kan. Mau tak mau aku kena suruh orang tolong ambil gambar aku. Kalau depa snap tak cantik pun sabar ajelah. . Masa aku naik feri, aku tercari cari sapa yang nak aku suruh ambil gambar aku. Masalah bahasa memang dah biasa. Akibatnya kita cakap lain depa understand lain. Inilah apa yang berlaku pada aku. Sebenarnya aku nak ambil scenery kat belakang tu sebab ada marina. Aku ternampk ada tiga minah Jepun ni and aku terus minta mereka tolong ambilkan gambar aku. Oleh kerana depa tak faham english aku pun bagi hand gestures aku sekali. Aku nampak mereka macam hairan semacam. Lepas tu Mayumi ni terus...
Image
Hadiah Untuk Anak Anak Teruna Aku Bila datang ke Istanbul ni, perkara yang paling best adalah shopping until until you dropped, selain dari melawat tempat tempat dia yang ternyata menarik. kalau nak melawat tempat tempat di sini kena beri masa. Dan perkara yang paling best nak shopping adalah leather goods. Tapi kena tawar macam nak keluar anak tekak sebab barang kat sini tak ada price tag. kalau ada pun tah apa apa harga dia. Memang mengarut. So kena pandai and experience untuk tawar menawar. . Aku beli barang di atas untuk anak teruna aku. Nanti depa pilihlah mana satu yang mereka nak. Selain tu aku ada beli juga jeans levis yang ciplak. nak masuk gambar tak sempat tapi memang menarik and murah. Cuma RM40 sahaja. Dompet di atas cuma RM25 to 50 setiap satu and leather belt cuma RM50 setiap satu. Itu pun kena cari tempat yang murah. Kalau mahal pun berbaloi sebab susah nak cari kat Mesia. Satu pesanan...kalau nak shopping di sini beli lah barang yang murah dari Mesia atau barang yang u...