Buatlah Yang Terbaik
.
Bila Ba buka simpanan dan himpunan gambar gambar lama, tersedar seketika cepatnya hari berlalu dengan silih berganti. Ba belek semula gambar gambar Abang dan Hadi semasa kita sama sama menonton perlawanan hoki di Bukit Jalil. Waktu tu Abang masih bersekolah rendah. Kita pergi beramai ramai. Masa tu Ba masih ada banyak masa untuk bersama sama dengan kamu semua. Insyaallah awal bulan depan bila Ba balik kita ronda ronda lagi. Tapi mana destinasi kita kali ini ye......
Comments