Posts

Showing posts from February, 2011
Image
Semangat Tak Perlu Pudar Last week aku call my wife. Setelah selesai celoteh pasal anak anak, dia kata ada berita sedih. Terus tersentap jantung aku. Ada berita apa pulak ni. Rupanya pokok bonsai bunga kertas aku patah sebab semalam ribut kuat melanda. Terperanjat aku di buatnya. Ingatkan siapa pula yang mati. Rupanya pokok tu patah di perdu. Bukan satu tapi dua pokok yang berlainan warna bunga. Sebenarnya sedih pun ada sebab pokok tu aku dah belai dan jaga dari kecil dan sekarang umur dia pun dah 15 tahun. Bukan senang nak dapat pokok yang dah besar macam tu. Apa nak buat semuanya ketentuan Allah taala. Tak apa....balik ni kita cari pokok baru dan bonsaikan semula. Semangat mesti kuat dan jangan biarkan dia padam.
Image
Mahalnya....... Last year aku engage a lawyer untuk tukar nama hak milik rumah kepada nama isteri aku. Punca utama aku berbuat demikian sebab aku nak keluar duit EPF aku pada akaun dua untuk membeli sebuah property lagi. Aku bukn nak beli property mewah pun. Sebab aku rasa jumlah akaun 2 pun ada banyak, klu aku keluarkan pun aku boleh beli property tu cash tanpa hutang. baru ni lawyer dah setel and hantar bill. Aku beritahu lawyer tu aku nak document semua siap pada bulan march ni sebab aku nak balik and nak setel semua payment. Semalm aku pun talipon lawyer and tanya status. Dia kata duty setem sebanyak sekian jumlah. Aku terdiam sahaja sebab mahal nyeeeeeeeeee.................
Image
Pagi Tadi Salji Turun Malam tadi tetiba aku terasa dingin. Aku jarang guna selimut apabila tidur. Bukan apa, sebab malas sangat nak lipat bila bangun pagi. Normally aku on kan heater yang agak comfortable and terus tidur. Sebelum subuh aku dah rasa sejuk. Nak capai selimut malas so aku cover diri ku dengan banal yang besar. Tapi masa terasa dingin di tepi. Apabila alarm aku berbunyi aku pun bangun dan mandi untuk ke surau untuk sembahyang subuh. Sekarang subuh pukul 6.47 pagi. . Bila aku buka saja pintu bilik rupanya salji turun dengan sederhna lebat dan penuh menutupi bumi. No wonder lah aku rasa sejuk lain macam. Walau pun snow masih turun tapi rasanya dah tak jakun lagi. Kalau boleh pergilah snow ni cepat cepat. Malas rasa nak berbungkus badan dengan baju yang tebal tebal. Rupanya selepas tiga jam snow pun berlalu dan mahari kembali muncul kembali. Perhaps inilah snow terakhir pada tahun ini.
Image
Jom Makan Laksa Johor Hari ini aku masak Laksa Johor sebab Hj Hisham nak makan. Hari isnin lepas dia siap pegi beli spegeti and sardin. Jadi pagi pagi lagi aku dah siap buat kuah. Kalau nak buat perfect Laksa Johor memang dah dapat la sebab bahn tak berapa lengkap. So kita main aci godak aje dengan bahan bahan yang ada. Aku call Pokku ajak dia makan sama sama. Kami dah janji untuk makan pada pukul 6 petang. Hri ini satu hari aku tak makan nasi. Mungkin selera dah kurang sebab nak balik bercuti dah. Aku makan banyak juga sampai terasa mengantuk macam ular sawa batik kekenyangan. Rupanya masih ada lebihan and aku suruh aje Hj makan dengan Gajah.
Image
The Girl With The Dragon Tattoo - Stieg Larsson Aku baru selesai baca buku ni. Patutnya aku baca buku ni dulu tapi aku dah tersongsang. Baca siri ketiga dahulu. Tak apa those events and scenes boleh sambung sambung and kait kait. I got no problem with that. Just to tell you guys, have a chance to read this book. It is a very very unique write up. Memang aku suka cerita ni. Unfortunately this author already left this world in peace. If not probably he might continue another millennium series. Sekarang aku baca the millennium II and hopefully to finish it within this coming week. Kiranya aku dah mencapai milestone atau target aku sendiri.
Image
My Silver Plated Forks Hari ini aku ke bazar. Tapi tak seperti selalu aku pergi waktu pagi. Lepas solat zohor aku ajak Wak ke sana. Ada beberpa perkara yang aku nak beli. Pertama sekali aku nak beli kismis hitam sebab nak bawa balik ke Malaysia. Keduanya, nak beli sayur untuk garnish Laksa Johor. Yang lain lain tu keperluan biasa sahaja. Masa nak balik aku ternampak seorang nenek Russian sedang kemas barang jualan dia. Hari pun semakin gloomy and nak hujan. Jam dah pukul 3.15 petang. Tetiba aku terpandang garfu koleksi aku tu. Dia kata satu cuma 5 manat. Aku minta tawar dan dia beri 4 manat. Aku beli lima bilah sebagai tambahan koleksi aku.
Image
A Special Letter Last week, my wife received a letter from PLKN. From the hand written she could conclude that the letter was from Safwan. Never we could imagine that he would write a special dedicated letter to both of us. As far as I know, we never receive any letter from our children before. Letter seems to be very official and bizarre for them. They more keen to send sms, email, YM and lately the face book. This is how the letter was addressed to us. The wordings were so simple but it was so touching Dear Umi and Ba, I just want to tell you that I love and miss you so much. Please forgive me for what I have done wrong and I will never hurt you again. I will be a good obedient son and love you so much. Thank you, Safwan After my wife finished reading, she never realize the tears rolling down her cheeks. I still believe the letter is the best sentimental approach to express our sincere love. To Safwan, Our love to you never perish and will flourish forever.
Image
Trust Me - Lesley Pearse Aku baru selesai baca buku ni minggu lepas. Kira aku baru habis dua buku trip kali ni. And I just started buku baru and hopefully by end of this month aku dah habis baca. Ceria ni tak adalah best sangat atau thrill. Orang kata besa besa aje. Ceritanya tentang anak yatim and child abuse by churches so call sisters and brothers. Cerita macam ni kita dah biasa dengar tentang brothers sodomise or sexual abuse to the altar boys. Yelah asyik terperap dalam church aje and tak tahu tentang dunia luar langsung. Sex ni bukan boleh tahan tahan. Ia perlu di lepaskan. Jadi kalau dah tak nikah and asyik bersama sama dengan young males yang comel comel, sure nafsu tak boleh di kawal lagi. Benda macam macam ni kalau tak berhati hati boleh jadi pada sesiapa sahaja. Sebab tu kami kat sini kalau dah dok lama sangat tak balik balik kena lah puasa selalu dan jaga pandangan. Hehehehehe..........
Image
Nescafe Lemak - Jom la cuba... Malam ni balik saja dari surau aku dok fikir apa nak buat. Aku erus ke kantin dulu untuk ambil roti dan fresh milk. Lauk semalam masih ada lagi dan ok juga bedal dengan roti. Susu pula apa aku nak buat? Aku dah ada idea. Aku buat nescafe lemak. Sedap juga tu. Apa lagi aku terus ke dapur aku and masak susu. nak kurang lemak aku tambah air sikit. Sementara dok menunggu susu mendidih elok aku bua kerja lain dulu. . Mendidih aje susu setelah 5 minit aku pun campak serbuk nescafe and masukkan gula secukup rasa. Jangan manis sangat sebab umur semakin meningkat nih. Siap aje tarus aku tuang dalam mug aku yang besar tuh. Waduh....baunya sungguh harum semerbak. Kalau aku masukkan crushed cardamon mesti lagi sedap dan aroma. Kalau korang nak cuba boleh la.
Image
A Fruitful Life Aku dah siapkan project aku ni agak lambat sebab benang tak cukup. Dan aku rasa penat sangat buat project ni kali ini. Dulu dalam masa tiga minggu dah siap. Ini dekat sebulan baru nak siap. Ahad ni member aku bawa benang dari Malaysia insyaallah akan siap sepenuhnya. Sekarang dah mula design baru. Aku pun tak tahu sampai bila aku nak berhenti. Rasanya selagi aku dapat manafaatkan masa lapang aku di sini dengan sebaik baiknya aku tak akan berhenti. Ada beberapa design yang dah siap aku akan letakkan di rumah aku sendiri. Sure kakak aku kata rumah aku dah jadi galeri. Tak apalah....inilah jiwa orang orang seni.
Image
Perkahwinan Melayu Klasik Itu gambar kak aku yang bakal terima menantu tak lama lagi.....hehehe. Sekarang sibuk dia pegi memanggil dengan mak aku. Hujung bulan ni aku balik. Sebab utama aku kena balik awal adalah sebab anak buah aku nak nikah. Kakak aku minta aku balik juga. Yelah aku kan pak saudara yang paling kepoh kalau ada hari kenduri. Lagi pun nak tolong juga apa apa yang patut. Sebelum tu kakak aku dah cemar sebab anak dia mungkin terperangkap di Egypt. Aku pun risau juga sebab kenduri akan di adakan pada 5th March. Kalau anak dara stranded tak dapat balik tinggal kenduri lah sahaja. Alhamdulillah last week dia dah cabut awal awal dengan tiga orang kawan dia. Mujur ada ustaz yang tolong uruskan mereka balik, dah dah selamat tiba di rumah. Nak balik ke sana entah bila pula tak tahulah. . Berbalik pada cerita kenduri ni, aku sendiri fobia tengok suasana kenduri. Banyak benda yang harus di lakukan sebelum dan selepas kenduri. Belanja kenduri tak payah lah cakap. Kalau kenduri anak
Image
Bila Nak Berambus???? Hidung tak mancung, pipi tersorong sorong. Kalau orang dah tak suka belah ajelah. Inılah yang orang kata muka tebal. Dia seorang punya pasal habis semua orang susah. Sebenarnya memang ramai manusia manusia yang bersifat seperti pakcik ni. Kalau aku nak listkan kat sini memang banyak. Bukan senang bila dah berkuasa untuk turun dari takta. Duit dan harta dah banyak tapi bila dah dapat sifat qarun, harta bergudang pun tak cukup. Rantai dah penuh leher pun tak cukup. Gelang dah penuh ke siku pun masih tak cukup. Alahai bukan senang untuk buang cınta dunia kalau dalam hati tak ada cinta pada Pencipta. Harta benda bukan boleh masuk kubur pun. Hanya iman dan amal soleh sahaja yang akan dibawa bersama kain putih. Rasanya dua tiga hari lagi belah lah mamat tu. Yang seangkatan dengan dia tu tak sedar sedar diri lagi ke??? Siapakah mereka itu??? Cuba saudara saudari teka.......
Image
My Wife's Birthday Today is my wife's birthday. I have no special gift to present for her. Yeah..unfortunately. Rasa bersalah juga diri ini. Tapi sayang dan cinta aku yang tak berbelah bagi masih tetap utuh di hati aku ini. Rasanya dia lah manusia yang paling kenal hati budi aku. Dan dia jugalah penyimpan rahsia rahsia aku...hehehehe. Walau pun tak ada hadiah tapi anggap ajelah hadiah beg tempoh hari sebagai hadiah hari jadi in advance ye.... Semoga you sentiasa berada di dalam keadaan sihat selalu dan mendapat kekuatan untuk beribadat. Orang kata mengingati usia ni samalah seperti mengingati hari hari tua. Semoga kita sama sama meniti hari hari hadapan dengan penuh takwa dan tabah.
Image
Anak Teruna Aku Demam Sejak dua hari lepas anak teruna aku Ubai demam. Wife aku kata, temperature tinggi sangat. Sudah dua kali pergi jumpa doktor. Aku pun risau juga takut suhu tak turun turun. Selalunya bila Ubai balik, dia yang banyak membantu wife aku untuk kesana dan kemari. Oleh kerana dia dah demam semua wife aku kena uruskan sendirian. Mungkin sebab cuaca di sana pun tak menentu, tu pasal demam. . Hari ini wife aku ke Bidor untuk ambil anak aku Safwan balk bercuti dari PLKN. Kali ini wife aku terpaksa ke sana tanpa Ubai. Shamim yang tolong jaga Sarah sementara wife aku memandu. Memang Shamim rajin sangat menjaga Sarah kalau nak di bandingkan dengan yang lain. Wife aku bertolak pagi lagi dan waktu lunch baru tiba di rumah. Masa tu lah baru nak bergegas ke dapur dan masak. Nak masak di awal pagi memang tak sempat. Mana nak siapkan Sarah dan mana nak melayan kerenah Yusuff yang erlu seribu kesabaran. . Aku tersangat menghargai pengorbanan Umi tanpa berkeloh kesah dan komplen.