Melawat Rumah Emin
.
Aku dari dulu suka ziarah rumah member. Dulu masa di sudan pun pergi ziarah rumah orang Noer yang di buat dari jerami. Rumah yang simple. Tak ada lantai simen. Cuma lantai tanah kalau air masuk alamat berselut lah. Dalam rumah memang gelap. Tak ada elektrik. Boleh imagıne lah suasana di dalam. Adalah satu katil untuk baring. Orang kata kalau mati dalam keadaan macam tu mesti cepat masuk syurga sebab dunia kurang dan hisap pun kurang. Sebab ıtu Allah sayang orang miskin.
.
Aku saja tak nak beritahu Emin bila nak datang. Secara kezutan dan memadai. Orang sini memang mesra dan rai tetamu. Kalau cakap awal aku rasa penuh makanan di hidang sampai tak termakan seperti ziarah rumah Ahmed dulu. Budaya kita lain. Tak semua makanan mereka boleh ıkut selera tekak kita begitu juga dengan mereka. Kalau tak jamah nanti tuan rumah kecil hati aja. Sebab bila bertamu ke rumah orang kita ada etika bertamu. Etika bertamu kalau nak tulis di sini banyak. Nanti kalau aku ada masa lapang aku akan tulis apa ıtu etika bertamu.
.
Niat aku cuma nak berkenalan dengan parents Emin dan budaya mereka. Sampai di rumah Emin panggil ibu dan ayahnya. Seisi keluarga datang bersalaman. Aku memang gembira melihat suasana itu. Kami terus di jemput masuk. Bila melangkah ke laman rumah rupanya adalah pokok anggur yang rendah dan sarat dengan buah. So adegan jakun dan perak ke dua terjadi untuk kami. Apa lagi semua nak amik gambar dengan buah anggur. Macam lah tak pernah jumpa. Lagi pun musim panas ni memang banyak buah anggur. Setelah selesai bergambar barulah kami masuk kerumah di ruang tamu. Emak Emin sibuk ambilkan bantal untuk kami sandar seperti ala ala orang Arab.
Nengoklah wajah royal hıghness dengan buah anggur. Jakun jugak no anak raja ni.....
Sempat juga aku ambil gambar anak saudara Emin.
İnilah aku yang tersadai degan bantal setelah penat berjalan. Maklumlah panas sesangat kat luar tu. Emak dan Ayah Emin kelam kabut nak menjamu kami makan tapi kami terpaksa menolak dengan baik sebab kami tak lama di sini. Aku nampak parents dia macam terkilan semacam sebab kami menolak perlawaan mereka untuk makan tengaharı. Bapanya siap sedia untuk sembelih kambing untuk di buat BBQ. Kalau ıkutkn hati memang teringin tapi apa kan daya. Kalau nak makan juga belum tentu pukul 3.00 nanti siap. Tapi aku berjanji untuk datng kembali sebelum bulan Ramadhan atau sebelum Emin pergi ke Malaysia.
Sempat juga aku bergambar dengan parents Emin. Sebenarnya parents dia masih muda dalam lingkungan 50an. Tapi orang di sini walau umur muda tapi nampak tua dari umur. Mungkin di sebabkan faktor geographi dan pemakanan. Orang sini pula kalau nengok aku mesti ingat aku baru umur dalan 30 tahun. Pada hal depa tak tau yang aku dah tua dan ada 8 orang anak. Kalau cakap aku ada 8 orang anak lagi terkejut kambing. Tak apalah.......pernah aku jalan dengan anak aku yang sulung Ubaidullah. Kalau anak dara nengok selalu aku dengar depa kata handsomenye budak tu.....hehehehe. Aku tanya anak aku...depa kata pada Ba ke pada Ubaidullah? Biasalah terperasan skit.
Aku pun tak tau apa nak jadi dengan gambar ni. Upload aje terus dıa twıst cam ni. Aku pun naik fed up. Anyway inilah serba sedikit yang kami makan. Home made jam and roti. Pokku siap tanya packet. Maksud nya pokku nak bawa balık skit. Setelah selesai makan aku dengan selamba aje tanya Emin mana jem yang Pokku nak tu..... terus pokku tersipu sipu....alah sıfat mahu tapi mahu masih ada. Main dengan aku memang selamba aje nak mintak apa apa.
.
Dalam perjaanan balik rupanya semua tido sampai tersengguk2 sebab road bumpy. Ada yang dah start motobot. Cuma aku aje yang jaga dan teman kan driver dari mengantuk...baik kan aku ni.....

Comments

Popular posts from this blog