Marhaban Ramadhan-Al-Mubarak

Rasa bagaikan Ramadhan baru saja berlalu. Pejam celik, celik pejam Ramadhan akan kembali lagi. Tahun lepas aku raikan Ramadhan bersama keluarga aku dan pada tahun ini aku terpaksa raikan awal Ramadhan sendirian tanpa anak anak dan isteri tersayang. Insyaallah pada hujung penghujung Ramadhan aku akan raikan bersama sama dengan mereka yang tercinta.
.
Seafdhalnya ketibaan bulan yang mulia ini di rai dengan sebaik baiknya. Iaitu masa inilah untuk kita menambahkan amalan ibadat dengan berlipat kali ganda dan setiap amalan sunat akan di tukar menjadi amalan fardu. Aku pernah dengar dari orang alim bahawa sekiranya amalan selepas ramadhan berbeza dari amalan di bulan Ramadhan dikuatiri amalan kita sebelumnya tidak di terima. Sebenarnya pada bulan inilah untuk kita kumpul kekuatan agar dapat kekalkan amalan pada masa akan datang. Cakap memang mudah tapi untuk praktikkan memang susah. İa akan menjadi mudah sekiranya kita ikhlas dan janggal sekiranya tidak di lakukan dengan hati yang tulus mulus.
.
Sahur, aku seperti biasa kurang makan atau tidak makan langsung. Aku hanya bangun untuk meneguk air sejuk sahaja dan sudah cukup memberi kekuatan untuk berpuasa pada keesokan hari. Anak anak aku memang faham benar dengan amalan istiqamah aku tu. Tapi untuk anak anak aku pula perkara wajip yang perlu ada adalah conflake. Aku pasti akan bekalkan berkotak kotak conflake untuk mereka. Ini belum lagi cerita tentang waktu berbuka puasa. Memang kelam kabut dengan ahli keluarga yang ramai. Yang paling sibuk semestinya isteri aku. Tahun ini lagilah gamat sebab Yusuff sudah join untuk berbuka bersama sama.
.
Bila aku fikirkan semuanya aku menjadi rindu dan sayu. Aku jadi simpati dengan isteri aku untuk menguruskan semuanya untuk anak anak aku. Namun aku selalu berpesan kepada anak anak aku supaya membantu umi selalu dan jadilah anak anak yang baik dan soleh semoga menjadi penyejuk mata aku. Pesanan untuk anak anak lelaki aku yang semakin remaja jagalah sembahyang kamu dengan sebaiknya dengan berjemaah. Sewaktu ketiadaan Ba ringankan lah langkah kamu untuk ke masjid bertarawih walau pun hanya lapan rakaat. Basahlah lidah kamu dengan bertilawah dan membaca Al-Quran yang akan memberi syafaat kepada kamu di waktu kamu memerlukannya.
.
Love,
Ba

Comments

Popular posts from this blog