Salam Perantauan Aidil Fitri

Aku nak lapurkan berita ini seawal mungkin tapi sebab internet kat bilik problem aku terpaksa tangguhkan untuk menulis hari ini. Sebenarnya gambar di atas telah di ambil pada dua hari yang lepas. Zamri lah yang arrange kan untuk aturcara gambar bergambar ni. Dia email pada semua warga Malaysia untuk sessi bergambar sebab nak hantar pada media Malaysia untuk siarkan dalam ruang ' Salam Aidil Fitri dari Perantau'. Kalau nak tau mana satu Zamri tu lihat lah dalam gambar row no2 paling kiri. So kalau ada naka anak dara mana yang berkenan dan ada hati nak berkenalan dengan zamri boleh lah hantarkan komen anda di sini dan saya akan jadi orang perantaraan. Kat sini orang tak panggil dia Zamri tapi panggil Jack....tapi kalau dua kali pandang saling tak tumpah bagaikan 'Zombie'...hhehehehe...hang jangan marah no...kalau hang marah bertambah henseng.
.
Tapi yang aku kesian dan khalat adalah pada nasib si Bob. Elok orang dah selesai barulah dia sampai. Belinangan air mata dia jatuh bercucuran. nak buat macam mana dah nasib ko selalu malang. Bila Rusdi nengok Bob terus Rusdi kata mujur la Bob lewat datang kalau tidak tak cukup ruang nak masuk dalam gambar.....Hhhmmmmm. Dei Rusli apa lah hang ni...mentang mentang hang dah ada gigi baru yang bersinar sinar tu hang x syen no. Untuk Bob aku nasihatkan banyak banyak lah bersabar di bulan yang mulia ini. Aku nampka ko pun dah makin ramping macam biola. Depa kata apa kat hang nanti posa depa dapat kat hang. hang dah nak balik raya beberapa hari aja lagi. bergembiralah hendaknya.
.
Aku nak huraikan nama satu persatu dalam tu aku pun tak larat nak tulis di sini. Tapi pada sesiapa yang nak berkenalan untuk di jadikan suami atau boy pren sila letakkan nama anda di dalam ruang komen ini. Untuk pengetahuan korang semua, walau pun tak henseng tapi depa ni kaya kaya. Kira macam jutawan segera felda la...hehehehe

Comments

Popular posts from this blog