Berakhir Sudah Snow
Snow sudah berhenti. Rasanya tak akan turun lagi. Tapi kuasa Allah tak siapa yang tahu. Aku macam biasa saja. Snow atau tidak bagi aku biasa sahaja. Apa yang aku fikir sekarang cuma , biarlah masa cepat berputar semoga aku dapat balik dengan secepat mungkin. Aku rindukan keluarga aku...anak anak dan isteri yang tercinta. Juga bonda yang tersayang. Rasa bagaikan tak rela lagi untuk berpisah pada sekian lama. Ewah...ewah..nak emo emo pulak.... Hehehehe.... Aku masih strong lagi hidup di sini. masih kental dan masih gagah...sekali sekala rindu pada keluarga adalah perkara biasa. Orang kata, mereka yang berbintang Gemini ni kuat senangat betul ke??? betul lah kan macam aku ni...hehehe......
.
Hari ni aku seharian lepak kat bilik. Buat apa yang patut. Masa dok rehat atas katil selepas penant baca buku cerita Prince of Tide mata aku terlelap. Tetiba kedengaran orang ketuk pintu bilik aku. Rupa rupanya Rizal datang nak download gambar masa sbow tempoh hari. Lepas tu aku suruh dia ambil gambar aku berposing depan banglow cute aku ni. Rasa cukuplah snow kali ini. Rasa macam sengsara juga nak berjalan. Silap langkah boleh jatung terguling sebab licin. Tadi nasib baik aku tak tergelincir kat surau. Kalau tidak jatuh macam nangka busuk aje.
.
Hari ni dua movie aku belasah. pertama sekali aku menonton cerita CSI and then cerita Cast Away. Nak menulis tak mula mula lagi. Bilalah mood nak datang. Ingat dah ak tulis malam ni tapi dok asyik dok borak dengan Abe terus tertangguh lagi. Tak apalah dalam minggu ni juga aku pastikan untuk start to write. Harap harap niat aku ni akan tercapai juga.
Comments