Baju Raya
Raya memang lambat lagi tapi kena buat persediaan dari awal. Terutamanya bila nak tempah baju kurung anak anak perempuan aku. Selalunya dua bulan sebelum raya tempahan dah tak di terima. Untunglah bagi orang yang pandai buat baju. Masa ini lah masa untuk mencari duit. Bagi aku nak buat baju kurung bukannya susah pun. Gunting straight dan jahit straight. Cuma aku tak ada masa aje. Aku ingat lagi masa aku buat sendiri baju 'Kurta' dengan Che Nas. Pakai mesin jahit tangan aje. Tapi boleh la juga pakai walau pun nampak rambu ramba. Finally member aku Khurshid, British Pakistani suruh kakak dia buatkan untuk aku. Free lagi.
.
Ok balik pada baju raya ni. Seperti biasa pakaian raya untuk anak anak dan wife, aku yang sediakan. Semua fabric aku yang beli ikut taste aku sendiri. So cuti akan datang pada bulan June aku terpaksa bereskan bab beli pakaian raya untuk family. Untuk aku pula, aku tak pernah shopping untuk baju raya sebab kalau nak beli pakaiaan baru bila bila pun boleh beli. Jadi banyaklah benda nak buat pada cuti nanti.
.

Selain dari baju kurung ada juga aku sediakan pakaian 'gaun' untuk anak anak perempuan aku. Terutmanya yang masih kecil. Sudah beberapa tahun aku sediakan sendiri baju 'gaun' untuk anak perempuan aku pada hari raya. Baju tu adalah 'Smocking Dress'. Pada blog yang lalu aku ada ceritakan bagaimana aku mula buat baju tersebut. Siapa pun tak ajar aku tapi aku cuma berguru dengan megazine sahaja. Hasilnya memang cun seperti di dalam gambar di atas. Kalau nak jual pun lebih RM200. Fabric sahaja semeter mahu RM30 kurang kurang 4 meter and imported. So untuk bekalan hobi aku pada next trip, aku akan sediakan bahan bahan untuk buat smocking dress untuk pakaian raya Syahadah. Aku belum pasti samaada aku nak buat the complete dress atau cuma smockng saja kat sini. Masalahnya aku tak ada mesin jahit. Kalau aku beli pun no problem sebab aku boleh siap kan pada waktu malam. And aku boleh buat bisness jual pada member member aku yang ada di sini. Ye lah member member kat sini kaya kaya jadi mesti tak berkira punya.
.
Aku dah nengok mesin jahit second hand yang di jual kat bazar. Tak adalah mahal sangat. Lebih kurang USD 100 sahaja. Tapi untuk aku complete kan baju ni mungkin aku terpaksa bawa pleater aku sekali. Tu yang leceh. Atau aku pre-pleat semua fabric2 tu. Walau bagaimana pun aku akan tetap buatkan untuk anak aku semoga pada hari raya nanti dia akan kelihatan cantik seperti Cinderella.........

Comments

Popular posts from this blog