Naib Johan Daerah Hulu Selangor

Anak aku dan pasukan bolasepak SMBSB dah lawan bola pada hari Rabu lepas. Oleh kerana merek layak ke suku akhir, erlawanan di sambung pada hari Khmis berikutnye. Kalau aku ada sudah tentu aku sama sama pergi memberi sokongan dan bantun apa yang patut pada pasukan anak aku seperti tahun tahun yang lalu.
.
Sebelum tu aku ada jumpa cikgu Asruzi masa hari pendaftaran murid murid tingkatan satu pada awal tahun. Aku habaq, kalau nak lawan bola tolong beritahu and aku cubalah sponsor apa yang perlu. Sebelum perlawanan tu anak aku message aku. Katanya Ba nak sponsor berapa? AKu kata nanti minta dengan Umi dan minta Umi uruskan. Aku dah beritahu wife aku berapa yang patut di beri. Seperti biasa aku kata pada anak aku Ubai, tolong inform team semua, siapa dapat jaring kan gol akan dapat ganjaran RM5 bagi setiap gol.
.
Setelah selesai perlawanan petang tu anak aku message lagi katanya mereka menjadi naib johan daerah. OKlah tu ada peningkatan. Mereka kalah dengan MRSM di perlawanan akhir 2-0. Permainan terpaksa di hentikan sebab hujan lebat dan kemenangan di beri pada MRSM. Esok tu anak aku tak kesekolah sebab badan terlalu penat dan lengoh. Tapi aku beritahu lagi setelah selesai seua sukan, tiba masa untuk tumpu pada pelajaran 100% sebab Ubi nak ambil SPM.
.
Gambar di atas aku cari kat internet. Saja letk gambar Christiano Ronaldo sebab anak aku minat sangat dekat dia and MU.

Comments

Anonymous said…
congrats 2 ubai..♥ ♥ ♥
Abu Ikhlas said…
sapa tu....peminat Ubai ke????

Popular posts from this blog