Umrah Bersama Chemat

Pagi pagi (Sabtu) kami telah bersiap sedia untuk berumrah dari rumah Chemat. Selepas breakfast kami pun bertolak menuju ke Mekah yang mengbil masa selama 45 minit. Sepanjang perjalanan aku tidur saja sebab mengantuk sangat. Sayup sayup kedengaran Chemat dok talbiah...... Aku pun dengan longlai menyahut talbiah itu.

Selepas selesai parkingg kereta kami pun terus ke Masjidil Haram untyk berumrah. Orang tak berapa ramai pagi tu dan waktu 9.00 pagi adalah waktu yang amat sesuai untuk berumrah sebab ramai warga haji telah meninggalkan mekah. Setelah selesai kami bertemu di D'Saji untuk makan seketika. Chemat tanya aku nak ke masjid Rajhi tak untuk zohor dan terus ke Taif dan Jabal Rahmah. Aku agakbkeberatan sebab nk bal8k cepat kw hotel. Tapi atas dorongan Chemat dan isteri aku pun setuju.

Kami sempat menunaikan zohor di masjid Rajhi, masjid yang kedua terbesar di Mekah. Kebetulan ada pula pameran 99 nama Allah yang sangat hebat. Sistem visual memang menarik bersama sama dengan firman Allah dari Al Quran.

Di kawasan masjid pula di hiasi dengan deretan lanskap pohon pohon kurma.

Comments

Popular posts from this blog