Amalkan Memberi Salam
Hari ini aku nak cerita perihal memberi salam. Sepanjang hidup aku, orang yang ringan mulut untuk memberi salam adalah orang Turkmenistan. Rasa penat nak jawap. Nak buat macam mana kalau tak jawap berdosa pulak sebab menjawap salam itu wajip. Baik lelaki mahu pun perempuan. Baik tua mahu pun muda. Waktu pagi tepat pukul 8.00 pagi aku dah ada di ofis. Kadang bila anak anak dara clerk masuk aje opis terus toleh ke arah aku memberi salam. Aku dengan tersipu-sipu jawap lah salam mereka itu. Aku terfikir juga adalah baik kiranya amalan ini dapat di lakukan di tanah air aku sendiri. Rasanya rakyat negara aku berat mulut skit nak beri salam. Aku doakan salam yang di beri akan memberi mereka kekuatan untuk kuat dan amalkan kalimah Allah. Semoga Allah makbulkan doa aku.
.
Di pintu masuk ofis ada terdapat message undangan perkahwinan. Nama anak teruna tu kalau tak silap Abdullahyev. Maksudnya nama mereka mereka ini telah di rusiakan dari arab. Kalau nama member aku katakan Azam...dia mungkin akan bertukar Azamov....Azamuyev...Azamutov. Ini adalah possibility yang boleh terjadi. (Azam kalau hang baca jgn marah no...aku cuma bagi contoh aje). Kalau nama tu ala ala jawa lain skit sebab dah hampir nama tu...cuma tambah 'v' aje d belakang. Contohnya......hartono...akan jadi hartonov. Kalau orang pompuan pulak akan di tambah 'kaya' di belakang (bukan kaya roti tau) atau 'va'. Contohnya kalau nama dia Ana...jadilah nama baru dia 'Anakaya' atau'Anava'. Contoh yang paling senang islah nama pemain tennis tu.....'Hantukova'...'Hantu' tu dari perkataan melayu dan 'kova' tu dari perkataan rusia so jadilah nama cam tu.
.
jadi sekarang ni sapa nak cuba cuba nak rusiakan nama anak anda...cuba cuba lah nama yang aku syorkan....mana tau ada yang berkenan....hehehehehe......selamat mencuba tips hari ini...
Comments