General Election 2008
.
Aku adalah salah satu rakyat Malaysia yang paling rugi kerana tak dapat mengundi. Tapi tak apalah sebab undi pos pon tak ada di sini. kalau ada ok jugak. Patutnya undi pos yang sebanyak 200 ribu lebih tu selayaknya di hantar pada kami di perantauan ni. Baru boleh dikatakan SPR benar benar bertanggungjawap.
.
Aku nak jadi nueral saja dalam menulis blog ini. So member semua jangan nak tuduh tuduh no sebab undi itu adalah rahsia. Kita boleh berbeza pendapat dalam politik tetapi kita tidak boleh berbeza tanggungjawap dalam menunaikan amanah yang Allah berikan.
.
di dalam blog aku kali ni aku cuba bentangkan gambar gambar yang aku ambil sebelum aku meninggalkan negara. Bukannya nak berkempen tapi nak beri tahu kenapa terdapat sepanduk sepanduk sebegini, sebab terdapat sejarah silam yang tersangat unik untuk di mengertikan oleh segenap lapisan masyarakt. Gambar gambar ini aku ambil di sekitar Bandar Sungai Buaya dan Kampung Sungai Buaya rawang yang juga parlimen kawsan Rawang.
Mengapa penduduk mengatakan begini? Sebab sehingga sekarang masalah peneroka felda Sungai Buaya tidak ketahuan nasib mereka. Sudah tiga penggal, wakil rakyat dan ahli parlimen janjikan untuk selesai masalah mereka tetapi sehingga sekarang tidak tertunai. Dimanakah janji janji tersebut? Tanah penduduk di sini telah dijual untuk membangun kawasan perumahan yang aku duduk. Di belek dan di teliti setiap peneroka akan menjadi jutawan segera malangnya kehidupan yang semakit terhimpit menyebabkan mereka sudah kecewa.
Suasana kempen di Kampung sungai buaya. Gambar ini aku ambil berdekatan dengan masjid.
Sepatutnya seramai 300 keluarga lebih peneroka akan mendapat imbuhan jutaan ringgit tapi sampai sekarang tak dapat. Malah dari 300 keluarga lebih itu kalau tak silap sudah 150 ketua keluarga telah kembali kerahmatullah tanpa menikmati wang jutaan ringgit yang di janjikan. Tambah sedih lagi terdapat juga keluarga yang terpaksa mencari besi buruk dan kotak buruk untuk di jual dan memberi anak cucu makan.
Aku memang kesian pada mereka ini umpama menanti bintang untuk gugur. Tapi orang yang telah menipu peneroka ini terlepas begitu sahaja tanpa sebarang perasaan bersalah. yang pelik dan memalukan masa berkempen baru nak tunjuk muka kembali.
Masa aku beli rumah pun sebab di janjikan interchangelah dalam proposal masa menjual rumah. Berbondong bondonglah orang datang untuk membeli. Maklumlah kawasan ini akan di develop kan oleh sebuah reputable developer. Malang sekali habuk pun tak ada sampai sekarang. Tapi apabila tiba musim mengundi datanglah YB2 ni menjanjikan interchange.
Patutkah rakyat menolak sekiranya seribu janji di mungkiri. jadi nak salahkan siapa? Cuba saya tanya awak semua sapa yang perlu kita undi sekiranya peristiwa begini terjadi di kawasan anda ? Perlukah untuk kita percaya janji manis bagai madu mereka lagi??
Rasanya penduduk kampung ni dah cukup hilang sabar. Aku rasa memang rugi sebab tak dapat kongsi kepanasan waktu general election. Tapi aku masih ingat lagi kata kata kawan aku begini bunyi nye " Kalau nak tahu layak atau tidak awak untuk menjadi YB, tiap tiap pagi cuba jelerkan lidah ke cermin. Kalau nampak lidah bercabang maka memang selayaknya untuk menjadi YB tapi kalau tak nampak bercabang maksudnya tak layaklah untuk menjadi YB"
.
Apa apa pun undilah sengan bijak dan akhir kata selamat mengundi.

Comments