A Visit To Ahmet's House
.
Ahmet orang local sini. Dia kerja apa aku tak pasti di sini tapi dialah yang jaga makan dan minum waktu supper. Selalu dia bekalkan roti yang di buat oleh isterinya. Bila aku ke surau Ahmet mesti ada dan kalau dia awal, dia lah yang azan. Baik, akhlak mulia dan beriman. Aku respect sungguh dengah kecekalan dia walau pun hidup dialam suasana sebegini. memang aku tabik dan hormat pada Ahmet. Kadang aku jadi malu sebab akhlak aku mungkin tak semurni dirinya.
.
Suatu hari aku ajak Haji dan Azam ( macam three stooges plak) untuk pegi rumah Ahmet. Setelah semuanya set aku pun bagitau Ahmet and set an appointment. Aku pun risau jugak sebab dengsan gaji dia yang alah kadar nanti terpaksa beralas perut untuk menjamu kami makan. Pada hal kami hanya mahu ziarah biasa sahaja. So kita set hari Sabtu lepas zohor untuk kerumahnya.
.
Mula kami ke bazar sebab Hj nak beli kasut. Maklum sekarang dah semangat nak bersukan dan Azam pulak sibuk nak beli jaket. Aku rasa dia ni pantang nengok jaket mesti nak beli. Rasa dia dah addicted dengan jaket. Tak palah. Aku selalu kata kat depa apa yang kamu makan dan pakai itulah hak kamu dan juta juta dlm bank Allah punya. Lagi pun elaun satu hari dah boleh cover. Aku tak beli apa pun cuma beli coklat dan biskut untuk anak anak Ahmet.
.
Bila kami masuk kawasan flat dekat simpang tu Ahmet dah menunggu. Kebetulan pada masa itu ada ramai orang sebab ada jenazah kematian. Rumah ahmet di tingkat tiga. Aku cuba imagin bagaimana rumah dia. Bagaimana kehidupan dia dan macam macam yang bersarang di kepala. Ahmet terus membimbing kami kerumahnya. Setelah seketika kami di izinkan masuk. Rupanya rumahnya sangat simple. Aku terkedu sebentar. Ada toilet, bilik air, stor dan ruang tamu. Tiada bilik. Bila masuk, isterinya sedang siapkan makanan di dapur yang di lindung dgn tirai. Jaga aurat aku rasa. Kemudian anak anak kecil keluar menjenguk kami yang hidung penyet penyet ni. Tapi Azam kata hidung dia tinggi sebab dia ada darah mamak kapal karam...heheheh...azam ko jgn marah no. Kalau wife ko baca blog aku harap dia senyum sokmo.

Ini lah rumah falt tersebut yang di bina masa pemerintahan Rusia. Very simple and fit for purpose. Selepas komunis kecundang projek pembinaan rumah rakyat ini pun terhenti. Tapi dalam keadaan zuhud macam ni pun satelit disc pun sebesar tingkap.....

Inilah anak saudara Ahmet. Bila aku masuk saja rumah dan lihat anak ini terus aku dukung. Aku rasa sayang dan sayu lihat wajah anak ini. Tetiba dia jadi takut dan nak menangis......yelah orang mana lah tetiba aje datang dukung......Terkenang anak anak aku di rumah. Mahu saja aku jadikan menantu aku.......kalau Allah izin...comel sungguh.
Inilah Ahmet dengan anaknya Inagul. Anak perempuan dia seorang lagi ke sekolah. Bijak anak ini menolong ayah nya hidang makanan. Baru umur dua tahun lebih.....entahlah bila lihat anak anak yang comel ini hati aku terus sayu........berbagai benda yang aku fikir dan tafsirkan....
Inagul malu malu kucing siam untuk mendekati aku
Itulah dia wajah hensem Haji yang memiliki darah jawa 99.9%. Bumiputra ke Haji ni...tapi rendang yang dia bawa tu ok gak..aku yang makan banyak. Kalau balik jangan lupa bawa lagi. Gaya mesti mau ada. Itu sapa lagi kalau bukan si Azam...sejak aku di sini rasanya setiap tulisan aku ada aje nama Azam.... Dia perasan aku jual nama dia...hhhmmmm...tak pa lah cek oi....janji hapi hapi...

Cubalah lihat makanan yang di jamu...penuh meja. Aku rasa dia korbankan seluruh gaji bulanan dia untuk beli barang barang ini untuk raikan tetamu. Aku pun tak ada sifat macam ni. Semoga Allah terus memberi berkat pada kehidupan Ahmet sekeluarga.

Comments

Anonymous said…
abu,
cerita sikit ape yg di jamu dek ahmet tu, pickles buat kelubi ke tu?

hidangan utama tu ape? yg di hias dlm salad garden tu..
Abu Ikhlas said…
Me,

Alahaı, sını mana ada buah kelubı...ıtu buah zaıtun la...kelat kelat masam gıtu sebab dah dı jeruk....dlm salad garden tu adalah ıkan yang dıkukus.....darı caspean sea...ıkan apa entah tapı rasa macam ıkan sıakap aje...org sını makan dıa tak complıcated cam orang mesıa.....
wonderbats said…
Saya suka makanan dia orang terutamanya nasi ploh, masakan azeri juga sedap. makan kat deniz cafe pun boleh tahan .. hai bila lah lagi dapat pergi sana lagi ..

Popular posts from this blog