Banyaknya Pilihan
.
Hari ini aku keluar lagi. Aku nak beli kelengkapan baru sebab ada orang nak kasi aku anak kucing...heheheh. So aku ada temanlah untuk bermain dalam bilik. Aku beli besen untuk dia ke toilet dan bekas makanan. Pasir aku boleh ambil di sebelah banglo aku ni. Pasal nak bersih no hal sebab ada cleaner datang tiap tiap hari. Lagipun di sini aku memang banyak masa sebab masa untuk keluarga tak ada lagi. CUma masa untuk aku talipon sahaja.
.
Esok aku akn beritahu Albina yang aku dah sedia terima kucing yang dia janjikan. Aku nampak bersemangat ..harap harap tak adalah hangat hangat tahi ayam. Semalam masa aku ke pet shop bila nengok budgie to teringin juga nak beli. Boleh juga borak borak dengan dia bila boring di bilik. Sebenarnya nak kata boring tak adalah jugak. Dalam bilik pun banyak benda yang nak di buat. Nak blogging lah, baca novel la, nak menjahit lah. Boleh dikatakan memang pack. Kalau ke ofis itu lain cerita pulak. Lepas tu nak bersenam dan main table tennis la...hhhmmm.
.
Di town Turmenbahsi ni reasonable jugak suasana dia. Macam macam ada. Aku seronok datang bila week end sebab boleh nengok budaya dia orang dan memahami diri mereka sama. So apa lagi jom kita nengok apa yang ada....

Inilah bazar tu. Macam macam ada dan murah murah. Kalau ikutkan hati semua nak tapi kena jaga nafsu sama....DUlu masa dok di Sudan kedai apa satu tak ada. Duit memang tak luak langsung tapi di sini semua nak....
Yang warna grey tu adalah halwa sesame. Sedap tapi manis sangat. Dulu masa student selalu aku beli.Di dalam nya ada di campur dengan pistachio, walnut, almond and banyak lagi. Terdapat banyak varieties.
Coklat timbang memang banyak dan murah. Satu kilo dalam 3 to 4 USD only. Berbagai rasa dan perisa tetapi kena jaga jaga takut tak halal. Banyak yang di campur dengan liquor. Kalau di Malaysia 100gram pon dah dekat RM10. Selalu bila balik Malaysai benda ni lah yang aku beli untuk anak anak aku. Tapi kena tanya lah tuan jual mana satu halal.


Tinggal di camp ada tukang masak. jadi tak payah lagi susah payah untuk ketagih masakan melayu. Tapi kalau tekak terasa nak jadi orang Italy tu no hal sebab berbagai bagai jenis pasta ada. Macaroni, spegeti, dan macam macam lagi. Timbang aje. Kadang breakfast chef buat spegeti gorang mamak.....okla..
Candy ni nampak mengar terliur dengan warna dan bentuk. Kalau bawa anak anak aku mesti di borongnya. Halal atau idak entahla tapi benda cam ni selalu di campur geletin.
Tu dia ...berlambak lambak pumpkins. Bila nengok aje nak saja aku suruh chef masak bengkang pumkin. Tapi kesian plak chef nanti asyik nak melayan nafsu makan kita pulak. Kalau buat sayur lemak pun sedap lepas tu ada pulak ikan goreng dan sambal tumis petai...mesti terangkat dan berpeluh...perggggg......

Comments

Neny said…
Abu, syok la site u gi keje ni. Siap boleh request lagi kat chef nak mkn apa. Company cam u keje ni best la, kebajikan staff dijaga.

Org kat situ Islam ke? Tau ke diorg makna halal/haram?
Abu Ikhlas said…
neny,
mmg boleh request tapi buat ke idak entah la.....baru nak cuba cuba. Kita keje dgn carigali jadi ok la. Org sini majority islam dan berbagai etnik tapi thap islam hanya allah yg tahu....mmg sedih...sebab tu kawan saya kata allah hantr i ke sini untuk dakwah....berat tanggungjawap ni

Popular posts from this blog