Waktu Yang Sementara

Suatu hari aku ke bazar. Aku lihat seorang wanita tua menjual kuaci bunga matahari. Lalu datang seorang lelaki tua datang untuk membelinya. Aku jadi sayu. Tiba tiba hati aku terdetik untuk mengambil gambar mereka. Lalu aku teringat bahawa suatu masa aku kan begini kalau di panjangkan umur. Aku tak sesegar dan sekuat seperti waktu muda. Aku terus fikirkan lagi, adakah masih ada harapan untuk aku meneruskan hidup hingga ke hari tua. Bagaimana kah suasana meniti hari tua.......seribu pertanyaan dan harapan.
.
Orang alim umpamakan hidup dan mati bagai buah kelapa. Belum tentu yang tua akan gugur dahulu, malah kemungkinan yang muda dan putik akan gugur dahulu. Tak semestinya manusia akan jumpa Ilahi apabila meniti senja tetapi mati tak mengenal waktu.
.
Beberapa hari lalu rakan sekerja di sini kehilangan adik lelaki. Di beritahu bahawa adiknya kemalangan semasa menunggang motosikal. Ahad lalu kami sama sama membaca tahlil dan yasin untuk arwah semoga di golongkan bersama sama orang yang beriman iaitu di tempatkan di syurga yang tiada akhirnya.
.
Tadi selepas azan isyak sementara menunggu Imam datang aku pun bertanya sahabat aku. Sudah berapa lama di sini? Dia menjawap sudah dekat tiga bulan. Tapi baru pertama kali dia pulang ke Malaysia setelah tujuh bulan di sini. Lalu aku tanya lagi. 'Dah keluarga ke?'. Dia jawap sudah. Lau aku balas, 'Wow dahsyat tu boleh tahan'. Lalu dia membalas kembali katanya, 'Saya cuma perlu ingatkan diri ini bahawa dunia ini sementara'. Aku terus terkedu sebab tak sangka jawapan sebegitu. Aku jawap,'Baguslah kalau selalu ingat begitu'. Selalunya orang yang berfikiran begini adalah manusia yang tak takut mati dan tiada cinta dunia.....Entah bilakah aku akan mendapat hakikat sebegini..........

Comments

Popular posts from this blog