Thursday, March 29, 2007





Bolasepak - Under 15 Sekolah Menengah Bandar Sungai buaya

Semalam aku ambil cuti untuk join pasukan bola sekolah anak aku. Pagi pukul 7.45, kami bertolak ke Stadium Mellinium Kuala Kubu. Memakan masa agak 30 minit perjalanan. Kami ikut jalan belakang dari Bukit Beruntung.


Team anak aku ada 18 orang termasuk simpanan and ada tiga cikgu ikut serta iaitu Cikgu Kamal, Saiful and Istiaq. Dari awal aku siap beli tiga katon air 100PLUS. Dalam kerete aku ada anak aku Ubai, dan kawan-kawan dia Fais, Awin and Zul. Zul ni aku panggil Gerald sebab muka dia macam Steven Gerald pemain Liverpool. Sampai di sana, urus setia dah mula tugas untuk memulakan perlawanan. Aku cakap kat semua murid murid tuh suruh kencing atau berak siap siap kalau gementar. Nanti tercirit plak masa main...hehehehe. Ikut jadual mereka akan main pada perlawanan ketiga. Lambat lagilah tapi matahari semakin naik nih. Sebelum perlawanan bermula mereka sempat buat warming up dulu di ketuai oleh kapten pasukan, Daud. Dia main back and last man. Bagus permainan dia nih. Masa tuh aku ajak Cikgu Saiful cari pisang untuk beri tenaga pada mereka.

Semua sekali ada 4 kumpulan dan setiap kumpulan ada empat sekolah. Jadi perlawanan yang memakan masa satu hari suntuk. Sekolah anak aku bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah selaku tuan rumah, Sekolah Menengah kenbangsaan Syed Mashyor dan Sekolah Menengah kebangsaan Bukit Sentosa. Kalau dilihat pasukan sekolah lain aku rasa kalau dari segi imej sekolah anak aku lagi terserlah dgn baju Chelsea serba biru. Sebelum perlawanan kami berbaris beramai ramai dan mengambil gambar untuk kenangan dan untuk aku masukkan dalam blog aku.
Bila kami balik saja perlawanan dah bermula melawan SMBS. Alamak masa tuh nampak lembab sangat main. Aku rasa depa ni masih gementar. Siap aku jerit kat Fais, kalau asik lembik aje kensellah jadi menantu uncle. Kawan kawan semua ketawa. Anak aku main sebagai midfield. Agak 10 minit perlawanan bermula anak aku Ubai jaringkan satu gol. Aku selalu pangil dia Cristiano Ronaldo dengan gaya dan rupanya yang hensem tuh. Malam tu aku dah janji kat Ubai kalau dapat score gol, satu dapat Rm10 dan aku cakap kat semua team kalau dapat score satu gol RM5. Aku nampak permainan mereka boleh tahanlah. Cikgu Istiaq dan Kamal kat luar padang masih terjerit jerit memberi arahan dan sebagainya. Sama jugak lah dengan cikgu cikgu dari sekolah lain.

Perlawanan kedua dengan SMKAP. Mereka pon dah menang satu perlawanan dan akan berentap dengan sekolah anak aku selepas ini. Cikgu Istiaq sibuk dok pasang stategi baru. Bila perlawanan bermula, serangan boleh tahan jugak dan dlm minit kelima SMKBSB, sekolah anak aku dah dapat bolos satu gol oleh Hafiz. Kami panggil dia Drogba sebab dia penyerang dan hitam orang nya. Selang sepuluh minit lagi Amir pulak menjarangkan satu lagi gol. Sekarang waktu untuk bertahan pulak dan bila wisel penamat, keputusan akhir 2-0. SMKBSB dah mendapat 6 mata penuh dan menjadi pendahulu kumpulan.
Waktu pun dah pukul 1 tengahari dan masa tuh budak budak dah lapar dan terus makan nasi. Lepas tu kami bawa mereka ke masjid untuk mandi, sembahyang dan beristirehat buat seketiga sementara menunggu perlawanan akhir pada pukul 3.30 petang. Aku pon dah letih dan hampir terlelap dalam masjid. Ramai orang masa tu sebab ada juga pertandingan kawat kaki sekolah sekolah. Dulu masa Ubai masuk pertandingan kawat kaki aku pun ikut serta. Masa tu Ubai darjah 5.

Pukul 2.30 aku pun arah semua siap untuk ke stadium kembali. Masa tu ubai pulak hilang selipar. Puas dia cari tak jumpa. Aku kata jom beli selipar baru aje. Ubai ni anak aku yang paling taat dan tak pandai nak sakitkan hati aku. Kalau aku cakap apa pun dia tetap taat mendengar tanpa sebarang komen. Pernah aku tanya dia pernah tak kecik hati dengan Ba. Dia kata tak ada. Aku harap itulah jawapan ikhlas dari dia. Dia lain dari anak aku yang nombor dua, Safwan. Dia ni tak suka di tegur-tegur sebab dia suka buat hal sendiri.
.
Sampai di stadium ada dua perlawanan di teruskan sebelum perlawanan yang terakhir. Oleh kerana SMKBSB sudah tempah keperlawanan separuh akhir Cikgu Istiaq cuma membariskan pemain simpanan sahaja . Tapi mereka telah membuat kejutan dengan membelasah SMKSM 3-0. Dua jaringan di jaring oleh Hafiz dan satu oleh Akmal. Esok perlawanan separuh akhir. Mujurlah aku tak kerja and bolehlah bersama mereka lagi. Dan esok jugalah aku akan beri RM5 pada setiap penjaring gol agar mereka lebih bersemangat lagi untuk mencipta lebih banyak gol. Sekolah mana menanti aku tak pasti. Tapi rasanya MRSM atau Sains.Apa apa pun esok aku cuba kasi motivasi skit untuk membina semangat mereka kembali.

.



Aku rasa anak anak muda sebegini suka di dampingi dan di sayangi. Mereka kadang kadang tersisih dari kasih sayang ibubapa. Jadi mereka tetap akan membalas balik kasih sayang pada sesiapa saja yang memberi. Aku harap pada masa akan datang lebih ramai lagi ibubapa yang sanggup meluangkan masa untuk anak anak dan sekolah dan bukannya sibuk mencari harta dunia tanpa menjaga perasaan anak anak itu sendiri.
.
sekian, wassallam