Tuesday, April 27, 2010

Cucur Kembong


Malam ni lepas sembahyang maghrib aku masuk ke dapur buat cucur kembung. Nak buatnya tak susah mana pun. Resepi ni aku belajar dari Bonda dua hari lepas. Rasa macam dah tau tapi nak kepastian aku pun tanya Bonda.
.
Nak buat dia macam ni. Ambil empat sudu besar penuh tepung. Kemudian masukkan satu sudu besar gula dan satu sudu teh serbuk yis. Then masukkan air suam secukupnya. Kira macam kita bancuh cucur udang gitu. Lepas itu biarkan selama setengah jam dan sedia untuk menggoreng. Bila nak goreng mesti pakai deep fry and fry until golden colour. Ahahaha...lepas tu apa lagi...hidanglah untuk di makan. kalau nak makan cicah dengan kari ikan atau jem pun boleh. Kira ikut selera. Atau nak makan begitu saja.
.
Bila aku balik kampung dan kumpul dengan abang dan kakak kakak aku, selalu aku suruh mak aku buat cucur kembung ni. Selalunya kami makan selepas waktu isyak. Bonda akan hidangkan cucur kembung ni bersama sama dengan kopi kow dan kari ikan yang berkuah pekat. Bonda aku ada style tersendiri untuk tuang cucur ni yang mana aku sendiri tak mahir. Aku tuang pakai jemput jemput di hujung jadi saja. Bila makan lepas tu apa jadi??? hahahaha...susahlah kita orang nak tido makan sembanglah sampai dini hari.

Sunday, April 25, 2010

Wild Daisy

Sebenarnya aku pun tak tahu apa nama bunga ni. Tapi nampak macam bunga daisy saja. Bunga ni banya tumbuh liar di sekitar camp aku. So nampak macam cantik aje aku pun tebas dan letak dalam bekas air. Sampai bila dia nak segar entahlah. Bila aku lihat bunga bunga ni di dalam bilik teringat aku masa aku kat Uni dulu. Masa aku final year aku tinggal di campus. Bila tiba musim bunga aku akan jalan jalan tepi pagar and in the wood untuk pangkas bunga bunga dephodil and tulips. Bunga bunga ni aku kutip dan letak dalam bilik aku. Tak ketinggalan aku suka petik pokok ivy yang tumbuh merayap di tanah untuk aku hias dalam bilik. Tapi di sini tak ada banyak pilihan bunga bunga untuk di petik sebab kawasan ni kering kontang macam gurun. Bezanya cuma ianya mempunyai empat musim.
Photo Session

Wah aku pun dak bergaya juga kan. Walau pun angin sejuk bertiup menderu deru tapi tetap maintain cool... nak bergambar katakan.

Siap lagi bergaya di depan Caspean sea. bukan senang nak dapat posing macam tu. Aku pun suruh driver tu ambil gambar. Rupanya mamat tu tak tekan betul betul dan tak dapatlah gambar yang kami gayakan. Hampeh... Aku pula lupa nak chek balik. Buat penat kita orang bergaya aje.

Gambar ni best sebab ada gambar president untuk di buat kenangan.

Finally kita orang pergi ke Awaza untuk bergambar gambar. Yelah chef chef semua dah nak balik ke malaysia for good bulan depan. Kira macam nak melepaskan geram sebab susah sangat nak dapat lepak lepak. Bila nakke Bazar aku pun tumpang sekaki hari ni. Minggu depan ada sekali lagi dan dua minggu lagi mungkin date terakhir mereka untuk santi santi.
My New Blazer

Kalau tak silap aku my last blazer aku beli masa aku buat Master kat UK. Kalau di hitung mau dekat 20 tahun yang lalu. pernah aku suruh wife aku check dalam almari and wife aku kata dah berlubang dek di gerit lipas. Aduh........ Hari ini aku pergi intai intai kat kedai. Mula mula niat tak nak beli pun. Window shopping dah la. Tapi bila dah nampak blazer yang aku berkenan tu terus terasa nak beli. Aku tak mahu satu suit, cuma baju sahaja.
.
Mula mula aku ke kedai kat hujung tu tapi tak ada saiz and banyak choice. lepas tu aku pergi ke kedai pakcik tua tu yang dulu suka kasi aku dengar bacaan Al Quran dari handphone dia. Aku memang berkenan blaze satu tu dah dah cuba pun. memang aku nampak hensem...hehehehe. Aku pun tawar tapi dia nak jual kat aku sampai USD90. Aiyoo...mahalnye...adakah patut. Aku kata nanti dulu. Lepas tu aku ke kedai satu lagi dan jumpa blazer yang lebih kurang sama aje dgn yg di jual oleh pakcik tadi. Tawar punya tawar dapat juga USD55. Aku terus beli lah. next trip bila nak balik Malaysia bolehlah aku melaram. Atau melaram kat opis pun ok gak. Jaket jaket yang banyak tergantung dalam almari nampaknya aku kena bawa baliklah.
Stocking For Someone Special


Macam biasa, apabila tiba di Bazar aku akan lalu di kawasan barang barang lama. Aku akan cari barang barang yang unik untuk aku beli dan kumpul. Hari ini aku terjumpa beberapa pasang stocking yang di jual oleh Russian lady. Dia kata dia buat sendiri. Aku ambil dan belek memang unik skit. Masa wife aku lahirkan Yusuff, Che Mat hadiahkan dua pasang stocking pada aku yang di kait oleh kakak dia. Aku rasa sampai sekrang hadiah dari Che Mat masih tersimpan rapi atau wife aku dah hadiahkan pada orang lain. Aku pun tanya taht lady berapa harga? Dia kata cuma 5Manat sahaja. Aku pilih dan ambil yang seperti gambar di atas. Bila nak balik aku terfikir untuk beli sepasang lagi tapi malangnya that lady sudah pun meninggalkan Bazar.
Sedapnya Jam tuuu....

Hari ini aku ke Bazar lagi. Shopping apa yang patut. Salah satu hobi aku adalah shopping. Tak kiralah apa apa barang pun..... seronok. Aku nampak fruit jam banyak di jual di dalam bekas bekas yang besar. Aku tak tanya pun berapa harga tapi nampak macam sedap sangat. Especially blueberry jam. Strawberry jam pun memang sedap. Bila spring menjelma seperti sekarang, banyak home made jam akan di jual si sana sini. Yang best sekali apabila grapes akan mucul lagi. Satu kilo pun boleh habis dalam masa satu jam.

Saturday, April 24, 2010

Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor


Hari Ahad ni adalah hari mengundi untuk memilih MP baru daerah Hulu Selangor. Kalau korang nengok depa berdua, siapakah yang korang pilih??? Aku??? Aku akan pilih orang yang bijak dan mesra rakyat. Aku tak akan pilih orang yang cakap tak serupa bikin. Soal party aku ni neutral ....hahahaha.
.
Aku tinggal di sini pun terasa banhang mengundi tu. Cuma aku tak dapat sertai mereka aje. Tiap tiap hari aku call wife aku tentang perkembangan terkini. Macam biasa wife aku memang tak angkat pot. Aku dah suruh register untuk undi....tak juga daftar. Hmhmhmhmmh..... Tapi dia kata ramai orang ketuk pintu untuk jumpa dan macam macam nak depa cerita. Sampai dapat surat khabar free lagi. Aku pun talipon member aku yang banyak info. Dia kata tiap tiap hari BN buat kenduri. Boleh gantung periuk di buatnya. Kalau selalu macam ni kan bagus. Member aku kata lagi the one and the only one. Tak ada lagi dah peluang macam ni. masa sekarang nak apa pun dapat. Dapat ke???? janji biasa la....yang terjadi adalah janji palsu.
.
Tapi aku kesian dengan orang felda...dah banyak kali kena tipu pasal duit jual tanah mereka tu. Pukul canang sana sini dapat 50K seorang. Rupanya dapat 1K aje. 49K lagi kalau BN menang. Kalau macam tu mana dia keikhlasan. Terang terang aku nak cakap sebab aku pun dah muak. Orang kasi kita ambil tapi kalau nak pangkah, sendiri mau ingat......
.
Untuk Penduduk Sungai Buaya semua aku ucapkan selamat mengundi dan undilah dengan bijak sebab undi itu hak anda.
A Malay Toddler With Blue Eyes

Hari ini aku baca paper. Itu pun setelah beberapa hari tak dapat baca sebab internet slow macam siput. Kira slow dia kalau mandi, guling guling, tidur, makan dan sebagainya belum tentu internet down load dah habis. Memang tension. Tapi nasiblah blog aku tak ada masalah pulak nak down load. Kira selagi blog aku tak terusik kira selagi tu aku boleh hidup. Kalau tak baca paper pun tak apa lah. Kira macam tu.
.
Back to berita tadi. Best nye dia dapat mata biru kan. Memang jadi perhatian seluruh kampung dan juga seluruh Malaysia. Kalau nasib malang nanti orang boleh datang minta jampi jampi pulak. Kira jadi macam tok bomoh pulak.
.
Tapi aku nak cerita pasal experience aku sendiri masa aku masih sekolah menengah. Aku suka mandi di satu tempat yang kami panggil Sungai Kunyit yang terletak pada kaki gunung Jerai, gurun. Aku selalu pergi dengan adik angkat aku Budin and seorang member aku. Bila nak ke situ aku terpaksa melalui kebun getah yang kami panggil KebunTengko. Di situ juga terletak kediaman penduduk India. Ada sekali tu aku melalui tempat kediaman tu aku terserempak dengan beberapa kanak kanak India. Aku pun terkejut aku melihat mata mereka memang biru. Aku hairan dan bertanya mengapa terjadi begitu. Mak atau bapak awak orang putih ke ? (Walaupun mereka tak putih tapi hitam). Lepas tu si abang suruh aku lihat mata adik dia yang dia kata mempunyai mata kucing. Aku pun terus pantang. Rupanya adik dia mempunyai satu mata berwarna hitam dan satu mata berwarna biru. Memang aku tersangat kehairainan.
.
Sekarang bila aku balik kampung, Kebun Tengko tu dah lama pupus. bebudak tu dah besar dan mungkin sudah berumah tangga. Tapi masa tu tak ada seorang reporter pun yang angkat pot. kalau aku nak menjadi seorang yang angkat pot nak saja aku pegi sana semula mencari bebudak tu dan ambil gambar letak kat blog aku.....hehehehe.

Thursday, April 22, 2010

Lalat Oh Lalat


Lalat oh lalat mengapa engkau banyak sangat? Bila muncul sahaja spring and summer maka jumlah lalat akan bertambah. Balik saja ke bilik perkara pertama adalah berperang dengan lalat. Pemukul lalat aku dah hampir berkecai. Aku ada bukan satu tapi tiga. Jenuh aku bantai sampai depa mati. Yang aku paling pantang tok nenek bila aku mula nak tidur dia pun terbang hinggap di badan. Tapi kalau dalam serombong kapal pun nak masuk, itu sudah melampau. Orang kasi betis nak paha. Apa lagi aku pun berperang habis habisan dengan depa. Kalau ke kantin pula lagi banyak. Rasanya boleh tangkap buat goreng masak kicap.
No 9


Tahun ini no 9 sangat significant. Sebab apa?? Kalau di terbalik kan boleh jadi number 6. Teringat pula cerita P Ramlee pasal keluarga 69. Tapi aku bukan lah seperti keluarga 69 tu. Aak pun masih membesar. Tapi aku tetap rasakan no 9 sangat bermakna pada tahun ini. Pernah aku teka bahawa number 9 tak akan muncul lagi tapi rupa rupanya no 9 menjadi number yang sentiasa di nanti. Nantilah aku terangkan apa significantnya no.9.

Sunday, April 18, 2010

Mind Your Language


Korang kenal tak sapa mamat ni? nama dia kalau tak silap aku Barry dalam sitcom Mind Your Language yang di siarkan oleh RTM masa aku kecil lagi. Seingat aku masa tu aku masih sekolah rendah. Aku rasa sekarang ni dia dah tua dan menjadi atuk. Aku ingat lagi gelagat anak murid dia from China, Pakistan, India, Bangladesh, France etc. Memang kelakar habis. Kalau you all nak cari sitcom cite ni masih ada di kedai kedai jual CD and DVD.
.
Sebenarnya sampai sekarang aku masih belajar untuk memperbaiki bahasa Inggeris aku. Aku selalu kata kat anak aku, kita kena belajar apa benda pun sampai ke hujung nyawa. So far dah banyak vocab aku dah hafal walaupun kadang kadang terlupa. Sekarang dok hafal legal terms pulak. bukannya aku nak jadi lawyer buruk tapi senang bila nak buat contractual letter. Bila orang baja baru teruja sikit dengan surat surat kita. Now aku refresh balik grammar aku ni. kadang tu silly mistakes pun boleh tersasul. Bukan tak tahu tapi tulis dalam keadaan tak sedar. jadi aku rasa tak rugi untuk ulangkaji semula. Baru baru ni memebr minta aku ajar dia untuk improve bahasa Inggeris. Aku dengan rela hati mengajar member aku and at the same time aku buat revision balik.
.
Satu lagi aku kena prepare my english writing standard kalau aku masih nekad untuk keluarkan buku aku tu dalam bahasa inggeris. Aku nak orang baca rasa best semacam aje. Tak adalah rasa plain and mual aje untuk baca nanti. Hehehehe....azam tu biarlah tinggi and semangat tu biarlah kuat . orang orang tua kata kalau genggam bara api biar sampai jadi arang. Tak ke gitu.........
Mana Satu Pilihan Hati

Anak sulung aku dah dapat beberapa tawaran untuk sambung belajar. First of all aku tak kasi dia masuk matrik sebab kalau buat matrik belum tentu dia boleh buat course yang dia minat. Kalau tak cukup point memang dapat course tah apa apa. Kalau malas belajar fail pun boleh jadi. Anak aku result bolehlah. Ada juga beberapa A's. Bila nengok style dia belajar dan keupayaan dia aku rasa elok buat diploma dulu. At least dapat course yang dia suka atas pandangan dan nasihat aku....hehehehehe.
.
Sekarang dia dapat offer kat UniKL buat diploma electrical and electronic engineering. Offer from GMI buat diploma Process Instrumentation and Control and kat Politeknik buat electrical engineering. Cuma diploma kat Uitm and UTM belum berjawab. Kalau ikut firasat aku, nak aje aku suruh dia buat Diploma kat GMI. Lepas tu cuba arrange untuk belajar kat German atau UK. Entahlah nak sangat nengok anak aku belajar kat oversea gak.. Tapi ongkosnya pak bagaimana ya...... Itulah aku kena bekerja keras untuk sekolah mereka semua. Duit yang di kumpul ni pun untuk sekolah mereka saja..... Ada apa apa pandangan korang tak pasal pilihan anak aku tuh???? Apa pun aku suruh dia istikarah untuk dapat buat keputusan yang terbaik. Bukan dia aje, tapi aku pun akan istikarah juga sebab yang baik tu datang dari Allah.
My Private Room



Ini lah bilik bujang aku yang berukuran 10' x 20'. Di dalam bilik inilah aku bertapa, aku bermunajat, aku mencurahkan segala berasaan aku dan di dalam bilik inilah segala rahsia dan aktiviti aku tersimpan. Bilik ini menjadi satu tempat untuk aku hiburkan hati dan bermuhasabah....waduh...melankoli gitu. Yelah kalau tidak kat mana lagi nak lepak santai santai.... Kalau silap tempat nak bersantai boleh jadi lain pulak. Ooopppsss...satu lagi dan bilik inilah yang menjadi dapur aku untuk aku layan perut aku.
.
Hari ini, Ahad aku tak kemana. Malas dan nak belai diri sahaja di bilik. Nasi briani semalam bersama curry bombay masih ada. Aku habiskan saja makanan itu untuk hari ini. Aku ada banyak aktiviti yang perlu aku langsaikan. Kejap lagi aku nak mula design the floral arrangement untuk embroidery aku tu. Dah lama tersadai di dalam laci. Kalau masih bertangguh alamatnya tak akan siap. Yang aku paling risau sekarang aku belum lagi menulis plot cerita yang sudah ada. Aku masih rasa belum cukup bahan untuk aku garapkan. Tambahan pula nak tulis dalam bahasa Inggeris. Orang kata kita kena mula dengan langkah pertama dan langkah seterusnya akan menyusul.
.
Bila dok sorang sorang macam ni especially boring boring mula ingat orang orang yang tersayang di sana. Aku pun mula menghitung hari. Tapi untuk sampai ke penghujung, kadang tu terasa teramat lambat bagai siput menyusur. Selagi apabila bangun pagi masih ada mentari kira hidup ini akan tetap di teruskan.... Betul tak???

Friday, April 16, 2010

Chef Dah Resigned

Chef-chef kita orang dah berhenti. Bukan seorang semuanya sekali. Adalah tu benda yang tak kena. Bukan senang jadi chef ni. Masak sedap macam mana pun mesti ada yang masih nak komplen. Apatah lagi kalau masak tak sedap. Lepas tu pulak apa apa hal atau problem, depalah yang jadi kambing hitam legam. Tak pasal pasal di sabitkan masalah. Penduduk Malaysia kat sini ramai. Bukan semuanya asal dari Kelantan aje. Tapi dari berbagai bagai negeri. Kalau semuanya dari Kelantan senang. Masak lemak budu aje semua kira ok. Tapi penduduk sini mempunyai cita rasa makanan yang berlainan. Jadi bukan senang nak puaskan hati semua orang. Ada yang suka asam pedas dan ada yang suka masak lemak. In fact ada yang tak makan meat langsung. Makan seafood aje. Jadi selera berbeza beza.
.
Dalam keadaan manusia yang berbeza selera apa tah lagi makan FREE, maka ramai yang komplen. Tambahan rasa duit dah berguni macam raja so komplen makin amarah lah. Bila lah manusia ni nak belajar bersyukur. Yang pasti manusia hanya pandai bersyukur bila dalam keadaan susah dan daif. Jarang manusia yang mewah menikmati sifat syukur. Kalau tuan dan puan baca kish hidup KARUN baru dah dapat ambil pengajaran. Aku pun minta di jauhkan dari di rapati atau mengalami sifat sifat KARUN. Bila dah makin ramai orang, kira macam makan kenduri la...iaitu nasi kawah dan gulai kawah. Aku senang aje kalau nak ikut tekak selera aku, aku masak aje sendiri. Minta daging ke, ayam ke kat chef masak aje simple2. Janji aku tak komplen. Macam Nabi, kalau tak suka diam dan tak komplen. Nak masak penat oooo....apatah lagi bila penat orang asyik komplen.
.
Cuba balik rumah, kalau wife masak tak sedap, cuba complen dan mengamuk........ tahulah bini nak jawap. Malas aku nak cerita panjang. Tapi hakikatnya aku akan miss dia orang sebab banyak tips masak memasak aku belajar dari depa gak. Walaupun aku masak tu lebih sedap dari Chef Wan...hehehehehehe. Sendiri mau ingat noooo......
Wallet Aku Hilang



Selalunya bila aku dah siap nak ke ofis ada tiga perkara aku akan tentukan aku bawa bersama ke ofis. Pertama sekali my PDA hand phone. Keduanya my wallet and ketiganya my own vocab notebook. Sekarang ada satu lagi iaitu buku Legal Terms Dictionary for non-lawyers. Jadi aku akan pastikan semuanya tersedia di atas meja. Bila balik ke bilik waktu lunch aku akan keluarkan PDA aku dan wallet. Macam biasa aku akan letak di atas meja. Bila nak ke ofis semula aku akan ensure that aku collect them and put into my pocket.
.
Hari Selasa lepas bila aku siap nak ke ofis semula lepas lunch aku dapati wallet aku dah tak ada. Puas aku cari serata tempat dalam bilik tak jumpa juga. Aku perasan yang aku ada keluarkan dari poket aku dan letak atas meja. Macam mana boleh tak ada. Aku check juga di bawah katil dan serata penjuru. Tak juga jumpa. Tak kan ada toyol masuk dalam bilik masa aku having a short siesta? Tak mungkin. Aku masih terfikir fikir lagi. Mana aku letak? Lepas tu aku terfikir mungkin aku terletak di atas meja ofis selepas aku balik dari site.
.
Lepas aku selesai zohor di surau aku terus bergegas ke ofis. Cari semula di atas meja dan laci tapi tak juga jumpa. Aku panic tapi tetap cool. Aku relek aje. So aku balik semula ke bilik aku. Cari lagi seluruh alam mana aku letak. Bila aku tak jumpa finally aku decided cool dulu lah. Aku benda benda macam ni memang aku keep quiet. Malas nak kepoh dan tuduh tuduh. Kalau betul hilang nak buat macam mana kan? Dah bukan rezeki. Duit dalam tu adalah lebih kurang USD550, RM500 and Thai Baht 2000. Kalau hilang maksudnya aku dah tak ada duit. Aku balik semula ke ofis and finally member aku kata my wallet ada pada Abe Omar aku. Syukur alhamdulillah. Rupanya wallet aku terjatuh masa aku di kabin kat site.
.
Sebenarnya baru baru ni aku ada kehilangan USD400. Tak payah lah aku cerita panjang kat sini. Rupanya duit tu bukan hak aku kot. Mungkin ada saki baki zakat aku masih tertangguh. Sebenarnya memang ada pun, yang aku nak langsaikan balik ni. Walaubagaimana pun aku masih berpegang pada prinsip aku iaitu apa yang kita makan dan pakai, itulah hak kita. Juta juta dalam bank semua tu hak Allah. Kita cuma pemegang amanah aje. Mati nanti semuanya akan di tinggalkan. Bawa kain putih dan janggut aje.

Sunday, April 11, 2010

Ahad untuk Rehat Dan Riadah
.
kalau nak ikut kat hati malas aku nak keluar ke town. Lebih baik lepak kat bilik lagi bagus and boleh siap kan projek projek aku yang terbantut. Tapi ada beberapa perkara yang aku nak kena buat dan barang yang aku nak kena beli. Rasanya nak stok barang untuk bulan ni. For next two week rasanya tak perlu lagi nak ke Bazar.


Ini permandangan bazar kering yang menjual barang keperluan harian. macam aku cakap dulu, harga pisang memang mahal. Tapi nak makan beli jugaklah. Bukan apa, senang nak ke toilet pepagi sebab tiap tiap hari banyak sangat makan daging dan kambing sampai rasa macam nak sembelit....hehehehehehe. Korang jangan imagin sangat nanti tak lalu nak makan pulak.

Sejak seminggu ni wife aku terpaksa kejut aku pada pukul 5.15 pagi. nak tau pasai apa?? PDA aku, internal speaker rosak pulak. Baru aje beli. Tetiba rosak pulak. Tension gua di buatnya. Tadi aku beli satu alarm clock untuk kejutkan aku. Sudah dua hari aku miss subuh berjemaah. Rugi ooooooo.........

Can food ni aku beli sebab nak buat cucur jagung dengan ikan bilis. mayonis tu untuk aku cicah bersama dengan chili sos. Sedapkan bila goreng garing rangup dan di makan pada waktu malam. Tapi nasi mesti kena kurangkan. baru boleh jaga badan skit. Olive tu dah jadi wajip makan pada tiap tiap minggu. Satu tin satu hari boleh habis.
Bertambah Lagi Koleksi Aku
.
Hari ini aku dapat dua lagi koleksi cristal. Satu tu aku boleh guna untuk letak potpuri atau gula gula ke......atau duit syiling ke... Harga tak mahal cuma RM15 sahaja. Sebenarnya dah lama aku nak beli dari an old Russian lady ni. Sampai sekarang aku nampak macam orang lain tak berkenan aje. Mungkin rezeki aku and aku terus beli. Bila balik bilik aku ingat nak letak lah gula gula kopiko. Tapi nampak gaya aku letak buah pun ok juga.



Tapi bila aku letak pisang aje nampak terjuntai keluar semacam aje. Rasa macam tak stable plak. Tak apalah nanti aku letak lah benda lain pulak bila aku sudah kenyang makan pisang tersebut. Next trip aku bawa balik aje kot.



Ini pula kendi biru yang baru aku nampak. Nampak comel aje aku terus beli. Harga RM7 sahaja. Murah kan. Aku ingat kendi kendi yang aku dah kolek ni nak letak dan susun pada dapur aku. lebih elok kalau aku letak pada my window sill. mesti nampak country gitu. hehehehe...... Next week aku nak ke bazar lagi sebab aku dah order kopiah yang hand made tu kat makcik kat bazar. Yang ada tu tak mah sebab besar. Bagus juga kalau aku beli satu untuk ayah mertua aku.
Jom Mengundi Di Hulu Selangor

Masa aku balik hari tu MP Hulu Selangor meninggal dunia. Jadi dua minggu lagi akan ada hari mengundi and aku pun tak tahu sapa akan menang. Yang aku tahu pada undi yang lalu, kawasan aku memang hard core skit. Campur tolak rupanya kawasan aku ni menjadi tempat yang mana pengundi inclined to undi pembangkanag dan menyebabkan BN kalah pada Parlimen. Hhehehehe..... Semua orang tahu kenapa dia kalah sebab...jeng..jeng...jeng....
.
Semalam aku call wife aku. Wife aku kata banyak pak menteri dan mak menteri turun padang kat kawasan aku untuk mengih simpati dan menagih undi. Apa dia orang ingat kita orang ni seperti lembu cucuk hidung ke. janji banyak dah tabur tapi tinggal janji aje. Nak buat interchange lah.... nak kasi itu lah...nak kasi ini lah....habuk pun tarak akhirnya.
.
Baru ni masuk paper plak kata nak buat interchange lagi. Apa kata buat dulu dan kasi nampak depan mata baru kita boleh nego... tak ke gitu....

Friday, April 09, 2010

Lagu Lama Lama



Malam ni aku sibuk dok librarykan lagu lagu yang ada dalam simpanan MP3. Satu satu aku buat. Dari lagu Elton John, Lionel Richie sampai lah ke lagu lagu pop Melayu yang aku memang minat satu ketika dulu. Jadi aku kumpul semua lagu lagu yang aku rasa best sangat dari tahun 70an sampai lah ke lagu lagu yang popular di sekitar 80an. Aku rasa lagu lagu yang syahdu syahdu macam ni dah tak ada lagi. Zaman berubah music pun berubah jugak. Aku pilih empat lagu lagu terbaik dari penyanyi tersebut dan aku pindah ke media player. Nak tau penyanyi mana??? Of course la Kak Pah, Uji Rashid yang suara manja, Azlina Aziz dan tak terkilan lagu lagu Noorkumalasari. Lagu Francesca Peter, Salamiah Hassan, Sanisah Huri dan beberapa lagi penyanyi wanita yang lain. Jadi kalau boring boring dok dalam bilik layan ajelah lagu lagu ni. Yang tak best tu kalau dok dengar selalu rasa nak balik aje..huhuhuhuh....

Wednesday, April 07, 2010

Alhamdulillah Kaki Dah OK

Semalam my father in law bawa anak aku ke hospital Sungai Buluh untuk jumpa doktor. Rasanya dah tiga minggu kaki anak teruna aku berbungkus. Finally doktor kata kaki dah ok dah tak perlu berbungkus lagi. Cuma doktor nasihatkan semoga latih kan kaki untuk berjalan dan tak bisa buat kerja yang berat berat sebab tulang masih belum lekat pada muscle. Aku rasa lagi dua bulan baru pulih sepenuhnya. Aku rasa kali ni tak perlu lagilah main bola. Carilah permainan lain yang tak perlu berebut bola ramai ramai.

Aku pun terkejut akan berita kematian Din Beramboi sebab dia tu jiran aku. Walau rumah aku agak jauh dari rumah dia. Anak dia yang sebaya anak aku beritahu bahawa mereka akan berpindah dari sini dan kembali ke Kepung. Aku doakan agar rohnya di satukan bersama dengan orang orang yang solih dan di tempatkan di syurga.
Innocence - David Hosp


Attorney Scott Fin has returned to the tough Charlestown streets of his youth, where he ekes out a living from any legal work he can get. But noting has prepared him for a case as twisted as the one he now faces.

Fifteen years ago a doctor and illegal immigrant Vincente Salazar was convicted of a brutal attack on a female undercover cop. Now he finds support in his claim for a new trial and Finn is the only one able to fight to find the truth.

Allying himself with maverick detective Tom Kozlowski, Finn uncovers a web of deception and corruption that stretches from Central America to Boston's suburbs which could threaten the security of the nation. Before Finnand Kozlowski know it, it will be their lives that hang in the balance as they search desperately for the thin line between guilt and innocence.

Another story similar style and plot like typical novels by John Grisham. Nevertheless, he manage to plot his story in the way the suspense really biting your nerves. Little bit confusion here, why didi they aimed to track down the Slazar family in particular quite unclear. But the rest of it is acceptable.

Sunday, April 04, 2010

My Garden
.

Banyak benda yang aku rancang untuk aku laksanakan bila balik rumah. Tapi tak semua yang terlaksana. Salah satu rancangan aku adalah nak kemas kinikan garden aku yang seluas kankang kera atau nak make over. Malangnya hajat tak kesampaian jugak. Tapi bunga teratai aku ang berwarna pink dan putih berkembang seolah olah meraikan kepulangan aku. Bunga kemboja pula dengan banyak sekali berbunga dan bertaburan ke bumi. Yang ni aku terlupa untuk ambil gambar.
.
Selalu bila balik aku tak akan lepaskan peluang untuk menjelajah Sungai Buluh walau dalam jangka masa yang singkat. niat untuk aku propogate pokok pokok yang kecil untuk hanging pun tak sempat. Itulah yang dikatakan mood mengatasi segalanya. Kadang masa dah ada tapi mood manafikannya. Nampak gaya kena bust planning yang baru pada cuti yang akan datang. Tak di nafikan, next time the same old reasons will happen.
Fashion Mall, Bangkok
.
Visit Bangkok memang best. macam macam ada. Cuma aku tak berpeluang untuk ronda sepuas hati sebab masa tak mencukupi. Nanti aku datang semua bila ada banyak masa baru best untuk ronda ronda. And nak ziarah tempat tempat yang exotic pon ok juga. Di Fesyen mall ni menjual secara whole sale atau biasa tapi berbagai fesyen yang ada. Cuma butik pakaian lelaki akan kurang. Nak window shopping semua sekali rasa tak larat badan nak melayan.

Ini berbagai bagai cincin yang di jual. memang sesuai untuk di pakai kalau jadi artis. Agaknya Sharifah Aini dan Siti shopping di sinilah kan.

Ini pula anting anting. macam macam jenis. Aku rasa kalau pakai kejap kejap ok la. kalau pakai selalu mahu cuping telinga jadi panjang sampai dua tiga inci. jadi macam porang bidayuh pulak. No wonder ramai orang suka shopping di Bangkok untuk di jual di Malaysia.

Ini pula eksesori berbagai jenis gelang yang di buat dari kau kalau aku tak silap. Aku rasa gelang gelang ni ada dua function. Satu untuk bergaya dan satu lagi adalah untuk tujuan keselamatan. Kalau orang serang boleh baling gelang tersebut ke muka. kalau baling pada anjing pun slap hari bulan anjing tu pun boleh mati.

Ini pula berbagai jenis design t-shirt yang sangat menarik dan colourful. Aku tak beli apa sangat pun sebab beg dah berat. kalau nak beli on the way balik ke Malaysia sudah pasti beg aku akan penuh dgn barang barang dari Bangkok.

Pakaian trendy macam ni sapa yang nak pakai aku pun tak tahu. Tapi ini sebahagian dari shop lot yang mempamerkan barang keluaran mereka.


So barang siap nak ke bangkok memang berbalaoi kalau nak shopping dan berniaga. naik pula tambang urah Air Asia. Tapi Air Asia hanya boleh bawa 15kg aje. Aku terjumpa juga dengan beberapa anak anak dara muslim siam kat sana. Ingatkan orang malaysia sebab wajah orang Siam seacuan dengan orang Malaysia.

Saturday, April 03, 2010

Jalan Jalan Cari Makan di Bangkok
.
Nak makan di Bangkok memang susah kalau tak tahu nak cari makanan halal. Sana sini tak halal. So agak masalah gak lah nak cari makan ni Bangkok. mungkin bagi orang yang dah biasa pergi tak menjadi masalah. Tapi yang menjadi perhatian aku adalah gerai tolak ang ada seperti di dalam gambar. Gerai tolak ni ada banyak terdapat di kaki lima samada di depan shopping compleks. Nampaknya tak menjadi masalah untuk mereka menjaja. Jadi aku pun intai intailah kalau ada makanan yang halal untuk di makan.

Dari banyak banyak makanan yang di jual aku rasa jagung rebus nilah yang paling tepat untuk aku makan. Aku beli satu aje pada mulanya. Dia potong isi lepas tu di letaknya shreaded coconut and di tabur garam dan gula. Bila rasa aje best jugak jadi aku beli lagi satu untuk kenyangkan perut aku yang sedang lapar. nak buat macam mana nak makan yang lain dah tak ada dan tak sempat.

Minah ni jual air minuma yang di botolkan. Aku beli satu air mineral dan lepak bersila di depan complex ni dan terus menjamu jagung rebus yang aku beli tadi. Best jugak lepak lepak sambil pandang pandang orang lalu lalang di sini.



Bila aku tengok penjaja penjaja yang berbaris rapi di depan shopping complex and di pinggir kaki lima aku rasa macam bagus juga. Pasal apa tak dapat di jalankan seperti ini di KL ye?? Cuba buat depan SOGO ke atau depan KLCC ke. Tapi buat lah dengan sempurna dan ada concept sikit mesti best kan. Rasa macam unik aje. Tapi kalau buat macam ni di depan SOGO mahu DBKL datang dan angkut gerai bergerak ni naik lori. Kadang senang nak cari duit, tatapi di sebab kan kerenah birokrasi, ianya membuatkan manusia susah untuk mencari rezeki.
Centre Point Hotel - Bangkok
.
Sebenarnya nak cari accomodation di Bangkok tak adalah susah. Nak booking kat internet pun rasa tak perlu sangat. jika kita keluar sahaja dari airport pergi ke bebe3rapa kaunter yang tersedia di luar dan boleh book mana mana hotel yang kita suka. nak 5 star ke, 4 star ke atau 2 star ke, semuanya ada. Tambang teksi dari aorport ke bandaraya Bangkok tak mahal sangat, cuma dalam RM40 aje. Di bawah ni adalah gambar gambar ang aku ambil masa di hotel. Aku suka hotel ni. Clean and siap ada tempat masa. memang sesuai duduk dan bawa family. Bangkok nak cari halal food agak susah jadi boleh bawa makanan sendiri dan masak. Sungguh mudah.



Ini semua gambar si luar. Aku tak sempat ambil gambar kat swimming pool. Suasan nyaman dan green. Sama aje macam kalau kita tinggal di hotel kat Bali.



Ini gambar di sekitar lobi. Hiasan furniture dan segala bentuk susun atur memang traditional. Tapi kalau dia mainkan music traditional aku rasa lagi ada feel kot. Sedap ke music traditional Thai? Aku rasa mungkin macam menora dan mak yong aje kot.



Ini pula gambar gambar di dalam bilik hotel. Selesa kemas dan lapang. Berbaloi aku rasa dengan harga RM235. Lain kali kalau datang lagi ke sini aku rasa elok tinggal di sini. Terletak di town centre and bersebelahan dengan IT complex and Complex fesyen yang terbesar di Thailand.