Sunday, April 27, 2008

My Latest Product

Im glad that I managed to complete this design within three weeks. I think I have broken my own record. Dulu tu kalau nak siap memang ikut mood dan ambil masa. But since I already put the dead line to finish this project finally I got through. Lega rasa. Now I m able to concentrate my reading and finish up the other 2 more novels. Next intention is to improve my painting skill. Niat di hati dah lama nak improve my painting skill and learn right from basic from artis ke sesapa ke. Tapi tak ada masa lagi untuk membenarkan aktiviti painting ni. Nak tulis buku pun rasa macam mood tak datang datang lagi. Bila nak datang entahlah. Rasa elok juga kalau dapat ambil short course ke untuk belajar creative writing. Mana tau nanti dah pencen dan tua dok kat meja and tulis mengenai pengalaman hidup dan buku fiction a become a famous wrıtter as I intended. Semalam I saw Paolo Coelho was interviewed in the Al Jazeera. I did not listen to the detail because I was engrossed dengan my stitching. This Thurday aku dah nak balik ke Malaysia bercuti, pegi opis kejap dan renew pasport. Memang busy sangat rasanya. Anyway balik ni kena frame kan dan siapa nak beli boleh lah book awal awal. Harga murah aje...hehehe

Crystal From Republic Czech

Ni koleksi terkini. Sekarang aku dah pandai cari barang di CBS. Kalau orang tak pandai cari barang memang susah nak appriciate. So jalan punya jalan dengan mata dok mencangak cangak ke sekeliling tetiba aku nampak this old russian lady jual benda alah ni. Aku tanya berapa? Dia cakap russian lebih kurang 200Manat. Aku congak dan kira baru dalam RM30. Dia kata dari Prague. Aku tahu sebab aku dah kesana. Tapi masa di sana aku tak beli satu apa pun crystal sebab mahal sangat. jadi benda ni mungkin second hang murahlah. Jadi koleksi aku la. Silap silap dah tak cukup dispaly cupboard aku tu. Terdapat satu kendi dan tujuh buah gelas. Mungkin lapan gelas semuanya tapi satu dah pecah sebab tu dia jual. So jenuh lah aku kendong benda alah ni dalam kotak. kalau member aku Che Mat tu nengok mesti dia jeles lagi....hehehehehe.....kan aku dah kata nak buka kedai antik.....

Caps For My Boys
Hari ni macam biasa kami ronda di bazar. Pada hal kalau nak shopping kat mesia pon ok gak tapi dah gatal tangan macam macam nak beli. Tak boleh langsung nengok barang barang. Masa jalan tu tetiba nampak topi. Aku tanya Pokku, nak beli tak. Bila tanya harga baru dalam RM6.00 aje. Design cantik. Itu kalau ikut rate lama. So aku pun beli tiga dan pokku beli empat. So kita minta kurang dapat lah 60 Manat dari harga asal 65 Manat. Sekarang pun cuaca dah panas eloklah kalau nak pakai masa main tenis tu. Barulah ada tanjak macam Leyton Hewit. So balik ni aku harap anak anak aku suka lah nak pakai.

Romario - Our New FamilySetelah aku ambil BoBO aku rasa bersalah pulak sebab BoBo tak ada teman. Walau bagaimana pun BoBo setai bermain dengan aku. So after mesyuarat dengan Pokku kami decided untuk ambil adik BoBO seekor lagi untuk menjadi teman dia. So kalau aku ke ofis BoBo tak sunyilah sebab ada teman. Bila sampai di kaeasan camp subcontractor kami nampak Romario dok berehat bersama yang lain. So Pokku terus capai Romario. Rupanya ada lagi dua adik adik BoBo bersama dengan ibunya.
Pada mulanya susah juga untuk beri nama seperti BoBo. Iaitu mudah dan menarik. Selepas fikir punya fikir aku pun beri lah nama yang ala Latin skit iaitu Romario. Kalau nak short aje boleh panggil Roma. Masa sampai di bilik aku dia malu-malu kucing turkmen. Pada hari kedua barulah dia dah mula merapati aku. Tapi pada hari pertama tu dia masih tak pandai ke toilet. Siap kencing di bawah meja aku. Aku ingatkan air apa. Bila lihat muka selamba dia aje baru aku tau dia kencing. Lepas tu kena kurung dlm bilik airlah untuk train kencing. Sekarang dah ok. Lepas makan aje BoBo dan Romario pergi ke toilet bersama untuk qada hajat.
Orang mesti ingat aku pelik..hehehe..tapi tak apalah sayang binatang apa salahnya. nanti kalau balik Malaysia mesti aku merindui mereka pulak. Setiap hari aku terpaksa salin pasir di toilet mereka ni. Pasir aku kutip di sebelah banglo akulah. Cuma dok memikirkan macam mana kalau aku balik cuti ni?? Nak kena minta cleaner tolonglah tapi aku percaya Pokku mesti setia mennguruskan bebudak dua eko ni......Tak apa ko jadilah ayah angkat depa tu....

Karnival Sukan - Preliminary Round
.
Hari Sabtu semalam, 26hb May kita start sukan kita ala liga. Ada 5 acara di lakukan. Untuk pusingan pertama ni Team Hijau akan berdepan dengan team Kuning manakala Team Merah akan bertemu Team Biru. Semuanya bersemangat beno untuk menang. Zamri dah mula perang psykologi kononnye tapi team lain ada strategi tersendiri. mari kita lihat apa yang berlaku semalam.
Sebelum sukan di mulakan briefing di berikan mengenai jadual dan undang undang. Baju semua tu beli sendiri sebab sponsor yang di janjikan belum kunjung tiba. Bila nak dapat entahlah...mungkin dekat hari sukan kot...harap harap janganlah seperti menunggu bintang untuk jatuh keriba.......Encik Raja...cepat cepatlah semua orang dah semangat ni jgn anti climax dah sedih nanti semua peserta.

Ini perlawanan pertama volley ball. Aku main kejap setakat cukup korum. Mana penah main. Kalau main hoki ke...golf ke...kriket ke...pandai la aku main. Tapi orang local semangat dan pandai main. Sungguh sungguh depa main. Setiap kali pasukan Biru dapat point mesti pasukan Merah macam bengang semacam...hehehehhe...relek la bukan dapat hadiah apa pun ...piala tempurung belum tentu dapat...Anyway pasukan Biru beats Merah 2-0 bagi pasukan lelaki dan perempuan. Hhhhmmmm...macam ratah sayur aje..... Pasukan Kuning pun kena ratah dek pasukan Hijau 2-0 untuk lelaki dan perempuan. Zamri mesti hot ni...sebab dah habis suara sokong pasukan kuning dia tu.


Pasukan wanita pun main gak. Tapi tak cukup korum so terpaksa amik seorang orang lelaki. Bila sever bagi servis aje kalau lepas net mesti tak dapat return kalau org pompuan jadi receiver. Pas tu pulak kadang tu kalau org pompuan serve peratus tak lepas pun banyak mesti kasi point pada opponent. Finally nak selamatkan dari kecundang dua lelaki main sesama aje sebab nak selamatkan pasukan sendiri. Aku ketawa macam nak pecah perut.....nasib lah.... Yang best tu penonton pun siap interfere umpire tak puas hati sampai dia jadi unstable...hehehehehe

Acara pool kalau orang lelaki main kira cepat lah skit. Tapi bila orang perempuan main terkial kial. Siap ada penonton guide lagi sebab nak habiskan game. kalau tak coach mau nye tamat dlm masa sejam. jenuh tu nak menunggu. Tapi awal awal lagi kita dah kata untuk ladies no skirt please..... Untuk Snooker ni pasukan Merah tewaskan Biru 4-2. Mana kala kuning pula menang keatas Hijau 6-0.....Eh betoi ke ni.....

Hijau kalahkan pasukan Kuning bagi acara table tennis. Kira tak rugilah Haji praktis siang malam pagi petang. pas tu siap invest lagi beli bat baru lepas satu...satu... Aku rasa semalam dok perasap kemian kot. Smash kilas Haji menjadi betoi. Hamdan tak mampu nak balas lagi terus menyerah kalah...... Tapi aku kesian kat Wak sebab dah berlatih berhari hari dengan aku tapi bila main aje terus ketaq lutut lutut dan kantoi....tulah kuning stand for Kantoi.....Ni mesti Zamri marah aku lagi...Pasukan Biru pula tewaskan pasukan Merah 4-1...kira masa main tu tak kuar peluh langsung....

Aku saja aje suruh si Jalal tu jadi pengadil bila bebudak pompuan ni main. Aku nengok dia macam nak kuar anak tekak dok bagi instruction. Mesti tension tahap gaban. Manakan tidak sebab 4 gadis pingitan tu tak pernah pun main pingpong. Main belasah aje.....Aku rasa kalau berterusan si Jalal tu jadi pengadil lastly pengsan kat meja tu aje.....Oklah Jalal.....saja nak kasi can kat hang. Tapi kalau nengok bebudak ni main leh pecah perut ketawa...

Ni pasukan Merah menentang pasukan Biru. Bagus bebudak ni main dan cukup sengit. Saling membalas gol. Akhirnya Biru menang 8-7. Ni satu lagi bukan pemain aje boleh influence pengadil tetapi penonton kat luar pun dua kali lima jugak. Azam main gak dlm dua minit terus pancit.....oklah janji ada semangat sukan
Aku di sini sebagai repoter dan manager pasukan biru. Sibuk sana sini dok ambil gambar. Tahniah pada pasukan Biru dan pusingan seterusnya kita belasah pasukan lain pulak ok....Kalau tak sayur pun a piece of cake pun sama jugak la tu.
Lihatlah aksi mereka ni. Skil bagus tapi nampak pantas betoi depa main.
Inilah tetamu terhormat VVIP Wak di tengah , Lan yang macam Amitab Bachan tu dan Fuad.
Ini pasukan kuning sedang menentang pasukan hijau dalam acara bola tampar. Kesian Zamri kesana kesini sorak pasukan dia tapi akhirnya kecut kantoi jugak. Tak apa next month jumpa pasukan kita pula ye....
Inilah team Biru dan Merah untuk acara volleyball sebelum perlawanan di mulakan.
Semangat semua tu......
Ni aku sempat juga ambil gambar perlawanan futsal antara pasukan Hijau dan Kuning. Selepas selesai aje aku tanya Zamri apa dia keputusan? Dia kata Kuning menang 3-2. Tapi bila aku tanya Saleh dia kata mana ada. Hijau belasah Kuning 11-2. Aku pun bingung ni...aku tanya Haji lagi. Haji jawap menang 10-3. Pas tu aku tanya pengadil .....yang seronok tu dia pon dah lupa....agaknya 10-3 kot. Sebenarnye aku dah tau tapi saja aje nak menyakat si Zamri tu...heheheheh...jgn marah no...kalau marah nanti aku doa ko dapat two more wives....heheheh
Para penonton futsal. Sorak lah kuat kuat pasukan korang tu...
Keputusan muktamat ialah Biru membelasah merah 4-2 dan Hijau membalon Kuning 5-1

Wednesday, April 23, 2008

BoBo

Semalam aku pergi mengambil BoBo dari ibunya. Aku pegi dengan Pokku. Masa kami mencari Zara lebih kurang sebulan setengah yang lalu. Kami terjumpa BoBo yang baru di lahirkan. Semasa tu ibu BoBo menyusukan mereka empat beradik. Mata pun belum celik lagi pada masa itu. Jadi kalau sudah memang di takdirkan tak dapat jumpa Zara, maka aku akan ambil satu dari empat anak kucing ini. Saudara BoBo yang lain bewarna putih dan dua ekor lagi bewarna putik dengan tompok hitam.
.
Semalam saudara BoBo yang putıh sudah tiada dan di beritahu bahawa sudah di ambil orang. So masa sampai tu BoBo terus lari daripada menyusu. Dia memang terasa yang kemungkinan aku akan mengambil dia. Aku bawa BoBo pulang selepas waktu kerja dan bawa terus ke bilik. Aku berikan dia makan susu dan ayam yang aku ambil dari cafeteria. Susu dia minum dengan lahap tetapi ayam cuma di hidu. Kemudian dia terus meow sekuat hati. Aku rasa dia mencari ibunya.
.
Semalam sambil aku membaca buku di atas katil, aku sama sama bermain dengan BoBo. Rasa seperti dia sudah serasi dengan aku. Mula mula BoBo seperti terasa malu tetapi kemudiannya dia terus bermain dengan aku sambil mengigit jari dan baju aku. Aku beri dia bola pingpong untuk dia terus main di atas katil.
.
Jadı sekarang ni adalah teman untuk berbual di dalam bilik dan alhamdulillah dia sudah pandai ke toilet sendiri.

Sunday, April 20, 2008

Nak Beli Blazer Pun Ada
Hari ini aku ambil gambar gambar blazer. Banyak gerai yang menjual di sini. Ada dari China. Ada dari Turki dan ada juga dari Italy. Aku tak berapa gemar blazer sebab aku tak reti nak pakai. Lagi pun aku mana la ada majlis majlis rasmi. Aku hanya macai terhormat saja mana bergaya nak pakai benda cam ni. Tie yang ada dlm koleksi aku pun hanya pakai masa pegi interview cari keje aje.

Kalau nak beli blazer ni yang penting kena ukur di badan sendiri. Barulah rasa sesuai tau tidak. Cuma si peniaga ni hang kan aje dgn hanger. So nampak tak cantik lah. Cuba letak pada manequin ke maru lah ada ummphhhh. Patent macam macam ada. Yang fit ada...straight cut ada. Yang belah satu di belakang ada dan belah dua pun ada. Pendek kata siap duit ajelah.
Bebudak sini banyak yang beli blazer ni. Ada yang kata beli untuk bapak dan ayah mertua untuk ke masjid. Kelakar pulak ke masjid nak paki blazer. Tak ke pelik.... Hehehehe. Tapi aku kata kat depa alah korang beli nak pakai jumpa Tok Kadi la tu.... memang sesuai sangat. Macam cerita P Ramlee Madu Tiga tu la. Tetiba aje pakai sampin nak makan kenduri. Orang lelaki memang pandai auta kan.
Berbalik pada blazer ni..harga dia murah sangat bergantung pada kain. Normally kalau buatan Italy mahal sikit tapi kalau dari China lebih kurang USD40-USD60. Silk lagi. Aku nengok kod yang Amin beli dulu tu. Siap kilat kilat baru USD40 siap dengan seluar. Kalau nak cuba suai padan bukannya susah di bazar ni. Ada kontena di sediakan. Sedang aku dok ambil gambar tetipa pakcik ni gairah suruh aku ambil gambar dia. Suka bukan main. Ye lah aku dok sibuk ambil gambar kod kat kedai dia kena la ambil gambar dia sama. Tu lah kalau org kata sini tak ada apa memang silap......duit boleh habis . Aku selalu ingat bebudak di sini " Duit yang anda pakai dan makan itulah hak anda semua tapi yang juta juta dalam bank semua Allah taala punya." So tak boleh la nak kedekut dan tak boleh juga nak membazir.....kena lah berbelanja dengan berhemah.

Siapa Nak Beli Curtain??
.
Di sini bukan nya tempat glamer nak shopping. Kalau nak glamor shopping pegi la ke Paris ke, Milan ke atau London. Feshen, kasut, dan segala tok nenek ada di sana. Orang kata tempat orang orang kaya buang duit. Tu kira shopping aje. Belum kira hotel dan makan lagi. Kalau campur semua memang mahal. Lainlah orang kaya tempat macam ni adalah tempat buang duit. Orang kata buat tuju anjing aje duit tu sebab dah banyak sangat.
So orang kata lagi yang suka dok shopping moping ni adalah mak datin dan datin seri. Aku tak taulah seri dia sampai macam mana tapi aku rasa memang betoi pun. Masa aku di Istanbul di beberapa kedai, especially kedai kapet peniaga siap pandai cakap melayu dan siap tunjuk kad datin dan puan seri. Alahai hebat dan gah nya depa shopping.
Aku pula kalau nak shopping pun untuk isteri dan anak anak aje. Tambahan anak anak aku yang berderet deret tu lagi lah calculative nak shopping. Sebab duit ni kena set priority dan tak perlu membazir. Kalau perlu aje belanja. Kalau macam ni syaitan akan merana.
Di London ada satu kedai jual bunga ros poselin. Nama kedai tu apa entah kalau tak silap kedai tu nama Shah Jahan. Kalau pegi mesti nampak muka toya orang melayu. Tersipu sipu bila jumpa sesama melayu. Biasalah Londoner....memang fobia bila jumpa melayu. Orang Brunei pun sama naik melimpah dalam kedai tu.
Aku ingat lagi masa first year belajar kat sana pegilah situ beli bunga pocelin untuk mak aku. Beli sedikit aje. Student...mana lah ada duit. Kita beli runcit runcit tapi kalau mak datin siap borong pukal. Banyak betoi duit depa. kita masa tu nak kuar 10 Pound pun ketaq tangan. Dua tiga taun lepas tu pulak orang gila beli bunga tulip. Termasuk aku..beli untuk mak aku. Tapi bunga tulip tu sekarang dah tak ada lagi di rumah sebab di kecah dan di rabak oleh anak anak aku masa depa kecel kecil dulu. Especially Ubaidullah. Siap dia ambil buat penyapu lagi.
Di negara ni sapa kata tak happening shopping?? Sapa yang mai sini mesti kendong balik langsir. Ada yang beli 20m dan ada yang beli sampai 40m. Aku rasa bukan hanya tingkap aje di pasang langsir. Silap hari bulan pintu toilet pun di pasang..hehehehe.....
Di sini langsir di import dari Turki. memang cantik. Langsir yang aku maksudkan adalah day light curtain. Langsir lain biasa aje. Sulaman dia sarat di bawah dan di tengah. Drop dia sampai 2 to 3 meter memang panjang. kalau sliding door tinggi atau tingkap yang tinggi memang elok. Kalau sliding door pendek kena potonglah sikit. Yang lebih tu tak ape boleh buat sauk ikan ..... hehehe.
Aku dah beli masa mula mula datang. Sikit saja aku beli. Tapi tahun ni mungkin nak beli sikit untuk persiapan hari raya. Cewah........Elok nak letak di ruang tamu aku tu. Tadi pegi town ingat nak beli aje tapi mahal pulak compare dengan di bazar. Tambahan pula USD dan jatuh dan Manat dah naik maka langsir ni makin mahal.
Aku pernah ke Metro Jaya depan KLCC dan belek belek kainlangsir untuk sliding door. Terkejut berok aku sebab harganya kurang lebih RM1300. Tak percaya aku. Sapa lah nak beli. Kalau sliding door biasa kodi kodi nak pakai dlm 5 meter aje.

Tapi di sini langsir yang aku tunjukkan ini memang murah Kalau beli 6m untuk sliding door baru dalamRM250 ringgit bergantung pada design dan jenis kain. So sapa nak order boleh aku belikan. Tapi kena ambil untung la sebab nak kena pau dek kastam dan berat nak memikul. Tapi memang berbaloi.
Masa mula mula nikah tu aku rajinlah jahit menjahit langsir di rumah. Tapi sekarang wife aku dah tere dah pasai jahit menjahit ni. Aku cuma bagi idea aje macam mana nak buat dan design. Dalam gambar ini bunga sulaman yang dapat di lihat tu adalah di sebelah tengah . Di bawah sarat dengan design embroidery yang seakan sama dengan embroidery renda langsir yg dapat di lihat tu.
Kalau tak silap aku la. day light curtain biasa aje pun dah dalan RM12 lebih. Itu pun plain aje. Kalau ada design yang biasa biasa pun dah lebih RM20. Lepas tu the drop pun kontot aje. So kalian semua selamat berjamu mata ye.......

Dah Letih La Tu........


Hari ini selepas aku main table tenis lebih kurang pukul 9.30 pagi, aku, Malik dan Haji ke Bazar. Dah week end jadi dari pada duduk tak tentu arah di bilik baik kita keluar jalan jalan. Nak beli kudapan apa yang patut, nak tukar duit dan beli barang apa yang patut. Lastly cuci mata...hehehehe. Jangan salah anggap no...kami tak nakal...baik baik. Tanbahan Haji ada di sisi mana boleh nakal nakal. Malik dah nak balik Mesia Jumaat ni jadi dia nak cuci mata la nak beli barang barang untuk family tersayang la.
.
Setelah selesai kami pegi minum kejap di restoran russian tu. Biasala minum kopi, tea dan bun. Makanan lain mana la ada. Lepas tu kami ke kedai curtain saja saja ronda. Mana tau ada yang nak beli untuk hari raya.
.
Bila balik saja aku punhairan seketika apasal senyap aje fortuna kami ni. Dah tak ada suara manusia lagi. Aku toleh ke belakang nengok Malik dok berangan ke Malaysia maklumlah nak balik. Tetiba aku terdengar seperti enjin motobot. Aku pun toleh la ke sebelah kira rupa rupanya Haji dah lama belayaq.......hhhmmmm....mesti teramat letih la tu. Maklumlah semalaman semalam Haji dok bertahajud. Jadi pagi ni mengantuk la. Gambar atau tu aku suruh malik ambil dan aku ambil gambar bawah............alahai tenang nye....
Winter Socks

I bought 4 pairs of winter socks at Bazar today. I will present all of them to my daughter Nisabalqis. She can use it when she goes to bed in her hostel. Her hotel resided near the hilly area and covered with thick mist from night until morning. It is very cold and the socks will assist her to remain warm through out the chilly night. If she wishes she can present them to few of her closest friends. The socks are local made with many designs and very colourful and stretchable. I cannot remember what the local call them. Anyway they are not expensive, only for 20Manat per pair.

My New Teapot
I bought this teapot today. It was not expensive, and cost me only 110Manat or 5USD. It is so cute. It is made of metal and coated with paint inside and outside. The handle is made of metal coated with plastic PVC. The design is very nice with blood red apple and look very original and country and nice to place at my kitchen rack. Hehehe....... . So I can display a row of kettles and teapots near my small dining table in the kitchen. I intended to have this teapot since last two weeks but better not to hurry and worry about it. There were two but today left only one. I got no choice instead to grap it quickly and immediately after I change my money. Hhhmmm... the Manat against USD is becoming stronger and anticipated that Manat will further strengthen the value. Make few fellows start to worry about it and lessw spending is better now.......... can I control it??

Friday, April 18, 2008

Sport Carnival

Dua minggu lepas kami ada meeting dgn Raja Zaki. Ingatkan meeting apa dia. Rupa rupanya nak buat sport karnival. Tujuannya nak rapatkan hubungan sesama Malaysian dan juga untuk merapatkan silatul rahim orang Malaysia dengan Local. Kami pun setujulah dengan hasrat yang murni ni. Setelah discuss punya discuss dan mencurahkan idea idea yang bernas, untuk menyatu padukan penduduk di sini kami tubuh kan rumah sukan. So ada empat rumah sukan semuanya iaitu Merah, Biru, Kuning dan Hijau. Kalau kita guna nama company takut segregate plak matlamat sebenar.
.
So discuss punya discuss lagi kami pun setujulah untuk adakan beberapa permainan dan telematch. Permainan yang akan di adakan adalah mengikut facilities yang ada di kem ni. So finally kami decide untuk adakan permainan Futsal yang akan di adakan di dalam gelanggang tenis ( Jgn ada malaun yang merembat kuat udahlah nanti berlubang pagar tu). table tennis, pool, volleyball dan sepak takraw.
.
Semua orang telah mendapat pasukan masing masing dan pandai pandailah strategi untuk menang. Aku kebetulan Manager untuk rumah Biru. Semalam dah ada meeting team dan dah select wakil captain untuk semua game dan captain akan buat final selection untuk acara sukan nanti. So kita adakan beberapa syarat supaya ramai orang yang dapat mengambil bahagian. Kalau boleh semua perlu ambil bahagian. Barulah fun kan.... Aku main table tennis dan volleyball saja.
.
Setiap pemenang akan dapat hadiah yang baru nak arrange dan juga pakaian sukan dan cap untuk kale rumah masing masing. Acara dan condition permainan unik skit jadi semua pasukan kena strugle untuk menang. Tak ada lah hanya satu pasukan saja dominant. Tak aci lah kan. Setiap peserta hanya di limitkan mengambil dua acara sahaja. Tapi bila dah sort in and out rupanya pasukan aku Malaysian dia tak cukup so nampak gaya kena break the rule la.
.
26 ni ada preliminary round, lepas tu hujung bulan May dan karnival sukan pada hujung bulan June. Elokla sebab pada masa tu dah summer jadi sesuai benolah. Jangan ada yang pakai seksi seksi sudah. SO agak agak pasukan mana yang boleh jadi johan???? Kita tunggu no...semestinya la Biru.....GO BIRUUUUU......GGGOOOO
Sand Storm
Cubalah nengok sand storm tu.......tak sampai lagi kat tempat aku....rasa tak sampai kat kawasan aku kot.
Semalam petang angin kuat. Aku masih di bilik selepas balik dari ofis. Bilik aku terasa gegaran kuat di pukul angin. Harap harap tak terbanglah banglo aku yang comel ni. Kalau tidak jadi hari ini dalam sejarah. Walau pun dah masuk spring tapi cuaca masih tak menentu. Pagi sejuk dan tiba tengahari dah panas tapi berangin. Petang pula kembali sejuk dan berangin. Nak main tenis memang tak boleh sebab bola di tiup angin. So terperap dengan indoor game ajela... Sekali sekali terjadilah sand storm. kalau dah sand storm dok bilik sajalah sebab nanti pasir masuk mata susah pulak.



Kempen Selamatkan Kura-Kura
.
Sekira anda berkenderaan dari site ke pekan atau vice verse anda akan dapat melihat kura kura dengan sabar melintas jalan. Aekurang kurang nya anda akan dapat melihat seekor. Kalau nasib baik anda akan dapat melihat beberapa ekor kura kura yang melintas jalan yang bumpy ni. Jalan ini menuju ke Kazakstan ke sebelah utara dan menuju ke Iran kesebelah selatan. Tapi jalannya tak adalah sesibuk mana pun. Makan jalan ini adalah penghubung bagi saudagar saudagar untuk menghantar barang dari utara ke selatan. Bukan kereta biasa sahaja yang lalu malah lori kontena dan tanker pun melalui jalan yang sama.

Sebenarnya dalam perjalan tu kami baru balik dari meeting di Supply base sebab nak organise kan sport karnival. Lepas sahaja meeting aku ajak member aku ni, Zamri pergi gunting rambut. Rasa dah rimas sebab dah panjang lagi pun gunting rambut di sini tak hal cuma 30Manat atau RM4.50 sahaja. Member aku ni 'double barrel'...hehehehe. Faham aje lah kan. Dia ni kalau aku dok nilai nilai dan kaji kaji rasanya sedara kepada Hamid Gurka. Kalau tak sedara rapat mungkin bau bau bacang kot.....betoi ke?? Azam...hang cuba jawap sat.... Dia orang Johor dan ada darah Jawa jugak jadi tak salah juga kalau aku panggil dia 'Wak Karjo'.
So bila nampak aje kura kura melintas jalan kami pun suruh driver berhenti sebab si Zamri nak jadi mcam 911 la. Atas kesempatan tu aku pun ambilah gambar dia yang henseng tu.... Siap dia suruh masuk dalam blog. Sekarang aku dah tunaikan hajat dia jadi satu dunia leh kenal si Zamri...hehehe... OK aku dah promo hang ni..
Ini lah dia kura kura sini. Mungkin ada yang lebih besar lagi. kalau tak silap aku kura kura ni boleh hidup sampai seratus tahun. Cuma aku dok terpikir jugak apasal kura kura tak leh jalan laju...hhhmmmm....