Sunday, July 30, 2006

GREECE : The First Ambitious Day
.
.
Pada 5hb Julai aku pegi Greece dgn Rosmin. Macam biasa kami bertolak terus dari Dubai. perjalanan amik masa selama 4 jam. Flight memang penuh tak terkata. Sampai Athens dah dapat kejutan sebab orang makin ramai tapi kaunter imigrasi ada 3 kaunter. Pas tu tak ada barisan. Macam ulaq kena palu. Naik tension di buat nye. Alhamdulillah tak banyak songel officer tu tak tanya apa-apa. Tak macam kat Franfurt....tanya macam macam sampai penat nak jawap. Tanya dok manalah apalah.... Clear saja bagage kami terus amik teksi. Driver dia nama George...seorang duda. Macam yang aku imagine..bangunan banyak warna putih. Athens terletak di antara dua bukit. Masa tu cuaca very nice and nyaman about 23 degree. Kami terus di bawa ke Neos Olympos Hotel. Kena bayo 28 Euro and perjalanan selama 40 minits. Jauh gak tuh.
Sampai sja kat hotel terus sembahyang and semangat berkobar kobar nak jalan jalan.

Ini George teksi driver kita orang.....very nice person...macam macam soalan yang di jawap

Mujurlah ada metro agak 200m from our hotel. Nak kata mahal tak jugak. Satu trip dlm 80 cents aje. So kita pon gilah jalan jalan ke Syntagma sebab nak cari T-shirt hardrock cafe. Main belasah aje and info from internet. mesti berani kalu travel cam ni.Tak apa dah biasa dah.


Ni route to other places masa naik metro. Dia ada dua bahasa, greek and roman. Kalu nengok pada greek tu teringat masa belajar sains dan maths...semua simbol kuar. kelakar plak rasa.


Bila sampai Syntagma Square terkezut jugak sebab nampak banyak patung lembu. Tanya juga org local apa significantnye lembu2 kayu yg warna warni nih. Depa kata hiasan aje untuk bebudak. Tapi dekat sinilah mat bangla and pak hitam jual barang2 cetak rompak. Depan skit jalan nih ada shopping street barang yg branded2. Lupa nak habaq plak tulah baju traditional greek pakai skirt.

Tu dia Greek iced coffee memang sedap. Tempat lain rasa tak macam ni. nampak pon dah terliok. Segelas 3Euro....mau dekat 15 ringgit mesia. Tapi tak apalah sekali sekala. Rupanya sekali pekena nak lagi macm ketagih. Kopi ni di sajikan dengan iced water sebab dia ada rasa kelat dan pahit skit.
Tu dia Rosmin nak senyum tak senyum....atau tak terkata apa apa bila menguk kopi tuh. Nak tau dia ni anak teruna lagi. Paling kaya kat Banting. Masih single lagi...sapalah bertuah untuk memilki mamat nih.

Ni Syntagma Square....ramai turis and orang lepak lepak. Di sini pokok zaiton leh di dapti di mana mana dan pokok zaiton dah menjadi sebahagian dari hidup orang greek. Malah terdapat juga pokok pokok citrus di jadikan pokok pokok hiasan dan landscape. Tapi kalu kat mesia cuba kita bayang kan kita letak pokok durian atau rambutan atau manggis sebagai pokok landskap, sure bila musim buah yg pasti batang aje tinggal. Bukan nak kutuk tapi itulah hakikat orang mesia barang free berebut rebut.

Wednesday, July 05, 2006

Demam Bola.....World Cup.....Di mana-mana boleh jumpa
Aku baru saja tiba di Dubai international airpot dalam pukul 12.30 malam waktu tempatan. Orang tak berapa ramai dalam busines klas. Lega rasa. Turun kat first stop untuk transfer desk ke Athens, Greece. Hai semangat berkobar-kobar maklumlah dah nak bercuti. Malas dah nak pikiaq pasai keje. Penat dan boring. Tadi tak sempat nengok Jerman lawan Italy. Mintak mintak jerman kalah...padan muka.... Bukan apa aku hot sangat dengan mamat Jerman sorang ni masa kat kem. Macam nak ghimbok aje muka dia...saje dia nak cari gaduh. Mujok masih sabaq banyak.
Selesai saja kat tranfer desk tu dan dpt boding pas aku pon naik kat atas departure hall. Jalan punya jalan ramai nye orang berkumpul. Rupanya Italy lawan German masih lagi berjalan secara live. Masa tu masa tambahan. Berbagai jenis manusia dok melepak sambil menyaksikan perlawanan tu. Berbagai bangsa dan rupa. Tak tau sapa yang sokong sapa.
Jadi aku pon mengambil kesempatan untuk join sama. Disamping tu amiklah beberapa gambar untuk buat kenangan. Bukan apa nak habaq mai penangan bola sepak ni dah tak kenal bangsa dan rupa. Eloklah moto depa tuh...against racism. Aku pon sokong gak.
Masa babak kedua masa tambahan Italy dapat satu gol. Ramai orang yang bersorak...lelaki mau pun pompuan...wow dasat tuh...Hehehehehe aku pon dua kali lima...mujok tak terjerit. Selang beberapa minit, kalu tak silap dua minit lepas tuh Italy score lagi satu gol....berderai orang sorak. masa tuh aku nengok hancur luluhlah impian jerman untuk menjuarai pila emas tuh di gelanggang sendiri....Sedih nyeeeeeeee. Sama lah nasib dengan Brazil. Tapi aku rasa mungkin Italy akan lawan Perancis di final nanti.