Sunday, November 29, 2009

My New Sweater

Tu dia.......... Cantik tak?? Aku beli semalam. Bukan apa seronok nengok ada design baru. Duit ada belilah skit untuk membelai diri. Keje kuat kuat pas tu pekin dan kemut pun tak guna jugak kan. Duit bukan boleh bawa mati pun...hehehehe...berfalsafah skit. Kontrak baru ni aku belum lagi claim for winter clothing. Aku ingat nak claimlah dalam bulan ni atau bulan depan. Tapi di sini tak banyak choice sangat nak beli winter clothing seperti di Europe. Aku ingat lagi masa aku di Vienna, banyak sangat choices untuk beli winter clothing. Tapi masa tu tak terfikir sangat sebab dah nak balik ke Malaysia for good. Tapi kalau beli pun tak rugi jugak. Manalah tau nanti nak honeymonn dan romantik romantik dengan wife pegi tour Europe kan.......
Aktiviti Selepas Sembahyang Raya



Lepas breakfast aku dah siap nak bertolak ke masjid. Aku pergi jemput Rizal. Lepas tu aku ke bilik Lan. Bila buka pintu tu aku nampak muka Lan dan Madi yang tersengeh sengeh. nengpk je depa tersengeh dah tau dah jawapan depa dua. Tapi depa masih lagi kata, ' Tak pa hang pi dulu lah, nanti kami pi.' Faham sangat dengan kata kata dan maksud tuh. Lepas tu aku call bahzin berkali kali tapi tak jugak jawap talipon aku nih. Hhmmm...mesti solat raya atas katil. hehehehe..... Macam ni lah bila pagi dah dingin and gelap lagi walau pun dah dekat pukul lapan.
.
So aku dengan Rizal terus naik kereta Byram untuk ke Masjid. Sembahyang pukul 9.10 pagi dan orang semakin ramai datang ke Masjid. Di sini panggil Qurban Byram. Cuti sampai 4 hari. Tapi sambutan macam biasa aje. Dlam perjalanan dah nampak orang sedang melapah kambing walau belum pun bermula sembahyang raya. Lepas saja sembahyang aku ambil keputusan untuk beraya di Bazar aje. Kedai buka macam biasa dan orang pun ramai.
.
So aku pun carilah barang keperluan yang aku perlu untuk minggu ini. barang yang aku beli adalah seperti berikut.
1. New Sweater - harga 75 manat. Nampak fesyen baru sikit with turtle neck and cream colour.
2. Syampoo Clear - 14 manat
3. Spring onion and corriander leaves - 6 manat; ingat nak buat karipap. Tapi bila balik aje rupanya Hj Hisham dok tunggu ambil daging korban. So padan muka semua tak leh makan karipap.
4. Grapes - 5 manat; dah di penghujung pun. Sehari aje aku korbankan anggur nih.
5. Dry fig half kilo - 5 manat
6. Mix nuts; almond, hazel nuts and pecan - 9 manat
7. Kuaci; sunflower seeds (kegemaran aku masa nengok movie macam dok panggung wayang) - 8 manat
8. Biskut sunflower - 2 manat ( memang sedap)
9. Mushroom - 5 manat
10. Chocolate - 11 manat

Semua sekali berjumlah 140 manat x 1.3 bersamaan RM182.00.

Lepas tu ingat nak ke rumah Zahid sebab dia dah jemput. Cari punya cari tak jumpa jumpa rumah dia kami pun terus balik ke bilik masing masing. Dalam cuaca dan suasana yang yang dingin begini aku rasa macam nak tidor aje..........

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Korban Untuk Semua Umat Islam

Esok semua orang akan meraikan Hari Raya Korban. Aku dah call family and my mother ucapkan selamat hari raya. Tapi di sini bukannya raya esok tapi pada hari Sabtu. Tahun lepas pun sama juga. Orang dah raya baru kami sini nak raya. Nak buat macam mana sebab raya decided by ketua negara dia. Aku pun kena doa banyak pada dia agar Allah curah kan hidayah dan petunjuk supaya dia dapat mentadbir negara ini seperti mana yang Allah kehendaki.
.
Raya Haji ni bukan sekadar suka suka nak beraya tapi yang paling penting adalah penghayatan dan ertinya pengorbanan yang sebenar. Yang paling penting adalah pengorbanan. masa, diri dan harta benda untuk mensyiarkan sinar Islam keseluruh alam. Semoga semua manusia kenal dan dapat beriman pada Allah yang Maha Esa dan cuga Pencipta segala makhluk.
.
Family aku tak balik beraya di kampung sebab wife aku tak sihat sejak kebelakangan ni. Harap anak anak saja untuk menolong dia di dapur. Kalau aku ada pastinya aku akan siapkan semua menu untuk hari raya dan pastinya wife aku akan dapat berehat secukupnya. Wife aku kata masak apa yang patut sahaja. Talipon mak aku kat kampung, depa semua sedang sibuk memasak untuk hari esok. Tahun ini aku buat juga ibadah korban di kampung yang mana mak aku yang uruskan. Kat sini tak buat seperti tahun lalu tapi nak menyebuk aje pada pari penyembelihan selepas sahaja selesai sembahyang raya.
.
Untuk semua umat Islam, pengunjung setia blog aku and member meber aku, aku ucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban. Sehingga kita bertemu lagi..... Dan doalah untuk aku ok...

Tuesday, November 24, 2009

How To Secure Your Egg






Kami di beri beberapa straws, a piece of paper and tapes untuk usahakan supaya telur yang di beri di balut dan apabila di jatuhkan setinggi 3 meter tidak akan pecah. Aku pernah dah buat benda alah ni masa team building pada projek yang lalu. Masa tu telur pecah jugak. Semua team telur pecah. So sekarang cuba lagi. Sebelum bermula kami siap berdiskusi lagi bagaimana cara yang paling baik untuk elak dari telur pecah.
.
Dua orang di pilih dari setiap kumpulan untuk menguruskan telur tersebut dan di tutup kedua dua mata mereka. AKu jadi tukang ambil gambar dan pemberi arahan bersama sama member aku yang lain. So kami decided the best way to achieve is by wrapping the egg with the straw around it and finally we wrapped with a paper like a candy. With the remaining tapes we wrapped the egg completely .
.
So we are the last group to be tested and when came to our turn, and the egg was dropped, the end wrapped just acting like a spring and safe the egg from crushing. Wow kami berjaya. Sorrylah gambar di atas aku tak atur in order. Korang kena nengok dari bawah ke atas.
Games Yang Melucukan
.
Dalam projek aku ni banyak sangat ragam dan budaya. Nak satukan hati, fikiran dan matlamat kadang sangat mencabar. Sebab tu lah buat gak team building tu. Jadi banyak game yang funny2 di buat. Aku pun join jugak dan menang jugak hadiah.


Game ni memang kelakar. Adakah patut di kepitnya hidung dan telinga orang tuh. Aku rasa tak sanggup betoi. Macam badut je. Pas tu nampak bodoh semacam. Aku cuma amik gambar aje. Patutnya amik bulu ayam dan kodek kodek dalam lubang hidung and telinga baru la best. Biar dia bersin dan terpelanting semua sepit sepit baju tuh. Kan..kan..kan...

Ni game ape tah. Tapi dia silangkan badan bebudak tuh dan jadi macam meja. Patutnya aku pegi duduk kat tengah tengah tu nengok boleh tahan ke tak. Ye tak ye gak kan....

Ni pulak dia tutup mata dan ada pilot dok beri arahan. Nampak senang tapi susah beb. Ada banyak lagi ni tapi aku dah malas nak tulis.

Monday, November 23, 2009

Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu
.
Dalam dakapan senja
Ku renungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan Dikau pergi
Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Banyanganmu kian jauh dari mata

Korang tau tak sapa yang menyanyikan lagu yang sungguh syahdu tu?? Betullll..... memang Uji Rashid. Penyanyi favourite aku. Sebenarnya aku bukannya nak jiwang jiwang pada hari ini. Tapi aku rasa agak sedih dan terkilan sebab aku terpaksa berpisah dengan Lia. Aku terpaksa buat satu keputusan yang amat berat. Orang kata berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Aku terpaksa hadiahkan Lia pada tuan yang baru.
.
Sebelum aku buat keputusan tersebut aku telah bermesyuarat dengan PK dan juga isteri aku. Finally aku ambil keputusan untuk berikan Lia pada keluarga angkat yang baru. Sayang memang sayang tapi apa boleh buat. Aku harap dia akan mendapat lebih perhatian darı Tuan dia yang baru. Ada banyak sebab aku terpaksa lepaskan Lia. Pertama sekali aku tak berdaya lagi menahan nafsu Lia yang sentiasa meronta ronta nak bersuami lagi. Aku rasa sangat bersalah in fact berdosa. Huhuhuhu...... Kedua mungkin tidak sesuai lagi untuk Lia berkurung di dalam bilik sahaja seperti anak dara sunti. Aku perlu biarkan dia bebas. Dan yang ketiganya aku tidak pasti bahawa aku akan pulang bersama dengan Lia pada hujung tahun depan. Keempatnya untuk bawa Lia ke Malaysia aku perlu berurusan dengan berbagai bagai birokrasi yang akan mentension dan memeningkan kepala aku. Kelimanya sementara ada orang yang berminat dengan Lia biarlah mereka memiliki Lia.
.
Inilah Tuan baru Lia. Dia berjanji untuk menjaga Lia dengan sebaik baiknya. Sebelum aku beri pada anak dara ni aku telah ajar dia bagaimana nak mandikan Lia. Bila aku nak masukkan Lia di dalam kotak, Lia meronta ronta cuba melarikan diri. Kasihan aku lihat dia. Yelah seperti anak dara yang baru di nikah dan terus bertandang ke rumah mertua untuk tinggal bersama. Mesti segala benda yang di fikirkan untuk sesuaikan diri. Aku harap Lia manage to sesuaikan diri macam mana wife aku dapat sesuaikan diri dengan aku walau pun kami tak pernah bertemu sebelum bernikah. Aku tahu Lia pun mempunyai perasaan. Aku harap aku membuat satu decision yang tepat untuk kebaikan Lia.

Ini gambar terkini aku ambil sebelum aku beri kepada tuan yang baru. Aku ambil bersama sama dengan Omar. Omar pun dah besar. Aku perasan yang Lia tidak tahu apa apa langsung yang dia akan tinggalkan aku buat selamanya. Aku pun tak tahu bila lagi aku dapat bertemu dengan Lia lagi. Sedih tu sedih jugak tapi tak adalah sampai aku nak mengalirkan air mata sebab air mata aku ni mahal...hehehehehe. Bila aku melihat Lia di bawa pergi terus aku teringat bait bait lirik lagu Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu.

Aku masih ingat lagi bagaimana aku mendapatkan Lia. Tahun lepas dalam bulan Jun, aku ke bazar. Lantas aku melihat seorang wanita Rusia sedang mendukung Lia. Kalau tak silap aku, masa tu Lia baru sahaja berumur satu setengah bulan. Aku terus bertanya samaada kitten tersebut hendak di jual aku tidak. Wanita itu berkata dengan harga sekian sekian. Aku tawar dan memperolehi Lia. Masa tu suka sangat sebab ada teman untuk bermain dalam bilik. Aku pernah cerita kisah Lia di dalam blog aku yang terdahulu. Tapi sekarang semuanya tinggal kenangan yang abadi sebab Lia sudah menjadi sebahagian dari diri aku sendiri....huhuhuhuhuhu.......

Sunday, November 22, 2009

Cuba Teka Siapa Kami...





Ni salah satu game yang agak menarik dan funny. Tapi rasa macam bodoh semacam pun ada jugak. Apa yang di buat ialah, dua orang telah di panggil dan memelih empat orang yang mereka paling kenal dan rapat. So boss kita orang terpilih dan memilih kami dan termasuklah aku antara 4 orang yang di pilih. Kami telah di bungkus macam hantu bungkus dan kepla kami di tutup dengan beg putih. Kalau nengok gambar macam KKK pun ada jugak. Yang ter expose cuma hidung dan telingan. SO boss kita kenalah identify telnga siapa dan hidung siapa. Bukang senang tu. Keliru juga nak teka. Tapi kalau bab bidung memang senang nak teka kan.....
Jom Makan Makan

Ni makan semasa coffee break. Cuba you all nengok bagaimana depa potong buah tu. Ada apa komen tak???? Hhmmm...nipis melayang. Bukn macam kita bisa potong. Mungkin nak jimat kot. Tak terasa apa ap pun bila masuk kerongkong. Sina kalau nak beli pisang, sebutir dekat RM1.30. Mahal bukan main. Kalau kat Mesia lambk je sebiji sebiji.

Ni makan masa lunch. Kat sini aku berpantang sikit kalau makan. Aku cuma makan ikan sahaja kalau ada apa apa function di luar sana. Entahlah aku masih ada lagi perasaan was was. Elok juga kalau macam tu. Bukan apa takut kalau kalau susah sangat doa nak di perkenankan. Jadi lebih baik aku berlapar dan sabar. Mujur ada pilihan lain kan..

Seronok aku nengok member aku ni enjoy his food. Dia tak kisah sebab makan pi lah banyak mana pun badan tetap tak naik.
Team Building- 21st November 2009


Semalam bemula Team Building setelah agak setahun lebih merancang. Mula mula tu memang agak malas nak pergi sebab aku rasa rugi nak korbankan week end aku. Lemah juaga semagat nak pegi. Since everything dah arrange gagahkan diri untuk pergi. Saampai saja kat hotel, check in dan terus but program. Yang best tu aku dapat file dan buku tulis yang cover dia sungguh unik. Macam biasalah kan program dalam team building ni. Acara pertama kami di bahagikan dalam kumpulan bertig untuk describe our similarity and differences. Gang aku Bahazin and Janudin. Lepas siap semua aku pun presentlah macam gambar aku tu. Konon konon macam lecturer lah....
.
And aku sempat beritahu yang aku suka writing and reading and one day after the project I would like to be a fiction write. Kira pukul canang gitu. Bukan apa sesaja nak pressure diri sendiri supaya serious. Lepas tu si facilitator yg bernama Tom tu (American) approaches aku dan tanya cerita yang macam mana aku nak tulis. Aisey........ terpegun jugak dia dengan aku punya gempaq tuh...hehehe... Aku pun gorenglah mamat nş yang aku nak buat cerita pasai murder dan nak masukkan elimen cinta, ghost and religion. Wow...hebat dia rasa tu....hehehehe..... Apa apa pun aku tetap akan serious dengan niat aku nih. Korang sume doalah untuk aku ye... moga moga impian aku tercapai.

Friday, November 20, 2009

Member Aku Mazlan Pet Pet

Inilah member aku Mazlan Pet Pet. Masa aku nak tangkap gambaq ia tu, dia kata, 'Nanti sat, biaq aku buang topi dulu'. Lepas tu dia upaq remoih baru nampak macam Shah Rukh Khan. Tapi kalau orang nengok dari jauh takut orang tersilap ingat Mat Bangla Citagong mana terlepaih kat sini. Bila aku ke bilik dia tu nengok dia masak sambil pakai kain pelikat teringat aku pergi ziarah mamak mamak yang sewa di bilik bilik semasa aku tinggal di PJ Old Town. Tulah nak cari duit kan banyak benda yang kita korban dan terkorban. Jadi isteri isteri kena ingat sama.... suami datang sini serious bekerja bukan serious cari biniiiii..... Hehehehehe...... Itu belum lagi aku cerita pasai kembaq siam dia yang tak serupa dan tak sama.

Lan,
Aku nak pantun kat hang. Hang dengaq.....

Hitam hitam sitampuk manggis,
Walau pun hang hitam tapi senyum hang tetap manis....... Kalau hang tak percaya pegi tanya sarah...

So aku pun ambil kesempatan ini untuk bergambar dengan Shah Rukh Khan ni. Sain otograf tak sempat sebab terlupa nak bawak. Nak sua tangan tak leh sebab sejuk sangat. Bila aku dok sebut cerita Shah Rukh Khan ni aku teringat satu peristiwa semasa dia datang untuk buat filem One Two Three Kar Four. Masa tu pejabat aku kat tingkat lima puluh lebih KLCC tower 2 . Masa tu aku dok buat projek MRR MLNG 1 & 2. Dari atas aku dapat nampak mereka berlakon, samada menyanyi atau menari aku tak ingat. Tapi masa tu memang ramai orang beri tumpuan pada dia dan masa tu jugak dia top kat Mesia.
.
Esok pagi tu aku dengar radio Era.... Sorang pompuan ni cerita lah cam ni..... 'Dalam ramai ramai orang berpusu salam dengan Shah Rukh Khan, saya salah seorang yang menghulur tangan untuk salam dengan Shah Rukh Khan. Seronoknya saya dapat salam tangan dia (Kalau boleh tak nak basuh - ni aku tambah). Lepas tu baru saya terperasan yang saya terpegang dan tersalam tangan Mat Bangla. Malunya saya bukan kepalang.' Aku dalam kereta ketawa berdekah dekah lepas tu.
.
Lan, tangan hang ke tuh.....hehehe.....Aku melawk je Lan. jangan marah ye....
Winter Is Coming




Cuaca semakin dingin. Kelmarin cuaca sejuk dan berkabus. Aku ambil kesempatan ini untuk berjalan di tepi wharf. Ombak laut semakin besar menghempas pantai. Hakisan terus menerus berlaku. Tetapi wind chill factor semalam tak teruk. Jadi tak payah nak bungkus telinga dan pakai sarung tangan. Memadai dengan memakai wind breaker sahaja. Aku suka melihat lautan Caspean yang saujana mata memandang. Itik itik liar pun sama sama meraikan kedatangan musim sejuk yang akan bermula dalam beberapa minggu sahaja lagi. Waktu maghrib sudah semakin awal. Pukul 6 petang sudah meniti kegelapan begitu juga dengan waktu subuhnya bermula seawal 6.45 pagi. Kadang semangat diri berkurangan terpengaruh dengan kesejukan suhu. Ini membuatkan diri lebih selesa lepak di bilik sahaja dan melayan intenet dan blog.
The Prodigal Daughter-Jeffrey Archer

Buku ni adalah kesenambungan dari cerita Kane and Abel. Banyak flashback from the previous book yang di mentioned semula. So rasa macam one fifth dah ulang tayang. Bolehlah nak baca cerita about the daughter of Abel and daughter-in-law of Mr William. The ambition, the inteligence, and desire for success and end up becoming the President of the United States. More to drama and no suspense at all. I was about half way and thought of to stop reading. Anyway since I already started - might as well finish it. The plot was ok but no taste of spice.

Thursday, November 19, 2009

Al-Fatihah
.
Sebentar tadi aku mendapat berita dari PakDin yang my ex office mate yang juga isteri kepada my close friend telah kembali ke ramatullah setela bertarung nyawa selama 5 hari. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama sama dengan orang orang yang soleh. Dan aku juga berdoa dan berarap supaya member aku tu taba menghdapi ujian tersebut.
.
Dari pada tanah kita datang dan kepada tanah kita kembali.
Sesungguhnya dunia ini adalah tempat yang sementara.
Akhirat juga tempat yang kekal abadi buat selamanya.
Hanya iman, amal soleh dan sunnah sahaja yang kita bawa bersama untuk bertemu Allah dan KekasihNya.

Tuesday, November 17, 2009

Buatlah Yang Terbaik



Semasa Ba menulis ni Ba tahu Abang sedang tidur lena. Besok Abang akan menghadapi peperiksaan SPM. Ba doakan agar Abang akan dapat buat yang terbaik dan menghadapi peperiksaan tersebut dengan tenang. Ba bukan sahaja doakan untuk kejayaan Abang, tapi Ba akan usahakan untuk berdoa dan berhajat yang sebenarnya. Semoga segala doa Abang, Ba, Umi dan adik adik akan di makbulkan. Jagalah kesihatan dan diet dengan sebaiknya supaya mendapat idea dan fikiran yang segar bugar. Tenang kan diri dan jangan panik apabila menjawap soalan. Segala resepi cikgu, Ba, umi dan mereka yang terlibat telah ilhamkan. Maka, gunakan lah ia dengan sebaiknya.
.
Bila Ba buka simpanan dan himpunan gambar gambar lama, tersedar seketika cepatnya hari berlalu dengan silih berganti. Ba belek semula gambar gambar Abang dan Hadi semasa kita sama sama menonton perlawanan hoki di Bukit Jalil. Waktu tu Abang masih bersekolah rendah. Kita pergi beramai ramai. Masa tu Ba masih ada banyak masa untuk bersama sama dengan kamu semua. Insyaallah awal bulan depan bila Ba balik kita ronda ronda lagi. Tapi mana destinasi kita kali ini ye......

Add Image
Human Is So Complicated

Jadi manusia ni memang complicated
Manusia punya perasaan dan emosi
Manusia juga mempunyai akal dan nafsu
Dengan emosi manusia boleh jadi baik
Dengan emosi juga manusa boleh menjadi pelik
Dengan akal manusia bijak membeza
Mana baik dan mana buruk
Mana intan mana kaca
.
Kadang aku terfikir
Betulke manusia very complicated
Tersilap cakap kecil hati
Tersilap aksi boleh gaduh
Tersilap langkah buruk padahnya
Serba serbi tak menjadi
Sebab diri sendiri yang hakiki
.
Memang betul manusia complicated
Yang miskin mahu kaya
Yang kaya mahu lagi kaya
Yang huduh mahu cantik
Yang cantik mahu lagi cantik
Boleh tak manusia hidup dengan tenang
hidup aman dan ceria
untuk nikmat setiap bangsa
.
Hakikatnya manusia sebaik makluk
Tiada istilah complicated
Hidup ini ada aturan
Sunah Nabi sebagai pegangan
Sebagai Khalifah dengan iman
emosi dan akal alat ujian
Untuk manusia yang mahu berfikir

Hhhmmmm apa yang aku tulis ni ekk.... Bukan apa kadang kita kena targhib dan islah diri setiap masa supaya kita tak menjadi manusia yang complicated. Jadilah kita sebagai makluk Allah yang termulia dan binalah diri dan didiklah hati agar menjadi insan yang bertakwa.

Monday, November 16, 2009

Musim Berubah Bagaikan Hati Berubah


Semasa aku bersembang dengan doktor doktor muda di Republic Czeck, salji dah turun dah walau tidak lebat. Itu agak sebulan yang lepas. Tapi si sini cuaca masih tak menentu. Kalau di amati waktu ini sudah sejuk sangat. Pagi sahaja sejuk tapi apa bila beransur ke tengahari dan petang suasana sejuk sudah berubah menjadi suam. Waktu pagi kalau ke ofis mesti berbungkus tapi bila petang kurang berbungkus. Di sini memang tak ada pohon pohon kayu. Jadi suasana autumn tak terasa langsung. Kecuali kalau ke bandar; barulah nampak daun baru nak menukar warna ke kekuningan. Tapi belum lagi gugur.
.

Aku rasakan autumn pada tahun ini sangat lewat. Bagitu juga waktu summer yang lalu. Waktu winter awal tahun ini salji hanya turun dua kali. Itu pun tidak selebat mana. Tiba sahaja ke bumi terus cair. Warna putih dapat di lihat dan di nikmati untuk sekejap waktu sahaja. Aku rasakan perubahan musim sudah tidak terurus lagi. Aku pun keliru. Bukan aku sahaja yang keliru tetapi aku pun rasakan bahawa unta yang aku lihat meragut renek semalam di tanah luas pun sama sama keliru. Itik di laut Caspean pun bersetuju dengan pendapat aku. Itu belum lagi aku tanya pada swan yang berenang dengan lemah gemalai di tepi laut.
.
Dunia menjadi semakin pelik. Aku dapat rasakan pada hari hari yang berlalu. Aku dapat lihat pada berita berita tentang banjir, gempa bumi dan macam macam lagi seumpama dunia tidak dapat melayan lagi segala kerenah manusia. Ya... sebenarnya apa yang berlaku adalah di sebabkan oleh tangan manusia itu sendiri.... Musim berubah bagaikan hati hati yang sentiasa berubah. Kita perlu berdoa semoga hati hati kita tidak akan berubah terhadap Allah taala seperti mana musim musim ini berubah perlahan lahan.
Happy Birthday Sweet 16th


Hari ini genaplah umur Wan 16 tahun. Ba doakan semoga Allah panjangkan usia Wan dan menjadi anak yang taat kepadaNya dan kedua dua ibubapa. Mungkin Wan tak sempat untuk menyambut birthday Wan sebab Wan masih sibuk dengan exam yang akan selesai Rabu ini. Ba cuba call Wan beberapa kali sejak kebelakangan ini tpi tida jawapan. Ba dapat rasakan yang Wan memang benar benar sibuk dengan ulangkaji. Walau bagaimana pun semoga Wan sekarang dalam keadaan ceria dan gembira hendaknya. Nanti balik kita carilah apa hadiah yang patut untuk Wan ok...

Love,
Ba

Sunday, November 15, 2009

My New Collection



Aku jalan jalan di bazar and jumpa benda alah ni. Hhhmmm...cute and cantik crystal jar ni kan... Aku tanya that Russian lady berapa harga. Dia kata 6 manat. Aku kat 5 manat sudah lah. Dia pun bungkus untuk aku. Lama dah aku tak cari barang barang lama di sini. Dulu best juga masa aku dok kumpul silver tea spoon tu. Tapi sekarang dah tak nampak dah sebab semua dah jadi milik aku...hehehehe. Balik nanti aku kena pack betul betul. Kalau tidak pecah macam my last trip tu.
My weekend


Macam biasa pagi Ahad adalah milik aku. Yakni aku bebas buat apa aku suka. Sekarang waktu subuh dah semakin lewat iaitu 6.45 pagi. Aku bangun seawal pukul 6 pagi. Lepas siapkan diri dan solat apa patut aku ke kantin untuk breakfast. Macam biasa hari ahad nasi lemak. Lepas breakfast tu baru ke surau untuk solat jemaah. Then gi bilik PK saja beborak.
.
Balik aje bilik aku terus kemas. Mob bilik air aku yang tunggang langgang di kerjakan oleh Omar dan Zara. Selesai mob vacum bilik pulak. Susun barang balik dan katil baru nampak cun sikit. Nak ke bazar dah malas dan aku pesan kat PK je untuk beli barang. Minta tolong beli cable plug and mushroom. Sebelum mandi basuh pinggan sebab semalam ajak member makan nasi goreng cina seafood with mushroom. Sedap woooo.... boleh buka restoran ni... Then mandi buat seketika dan siapkan diri terus aku ke meja untuk habiskan stitching aku tu. Aku harap dapatlah siapkan sebelum balik pada awal bulan depan.

.
Tetiba member aku call ajak ke bazar and kata kete kosong. Aku contemplating nak pegi ke tak. Kalau aku pegi dua jam masa aku hilang dan perlu di ganti. Setelah habis fikir aku decided untuk ikut. Tengoklah ada apa lagi barang yang nak di beli. So aku teman kan Mazan beli carpet yang sudah setahun tertangguh. Aku rasa budget dia baru cukup kot sebab dah setahun baru boleh beli. Tu pun nasib dapat dia kumpul sebulan USD5 untuk beli carpet tu. Balik saja ke bilik lepas call wife aku, aku terus tido. bangun aje dah dekat maghrib. Masyaallah...... mujur asar aku masih sempat.
.
Semalam pula aku dapat berita sedih yang member aku ( office mate lama) accident and coma terlantar di hospital and anak dia meninggal dunia. Insyaallah aku akan lapangkan masa untuk baca yasin semoga dia akan cepat pulih. Aku pun turut bersimpati dan dapat merasai apa yang dia rasa. Kebetulan hubby dia tu member aku jugak. Inilah takdir Allah yang perlu kita redha.

Saturday, November 14, 2009

Happy Birthday Sweet 13th


Dear Hadi,
.
Ba doakan hadi sentiasa sihat dan di beri rahmat Allah selalu. Pertama sekali Ba nak ucapkan selamat hari lahir semoga Allah panjangkan umor Hadi. Bila umur semakin meningkat bermakna kit semakin membesar dan semakin tua...hhehehe. Apa yang Ba harap dan doakan semoga Hadi menjadi anak yang soleh, taat kepada Allah dan kedua ibubapa. dan tak lupa untuk tunaikan tanggungjawap untuk diri Hadi sendiri. Belajar rajin rajin dan jaglah disipline diri untuk jadi orang yang berjaya. Yang paling penting sekali jagalah amalan dan sembahyang jemaah setiap masa.
.
Ada apa apa hadiah yang Hadi idamkan ke?? Tak apa nanti Ba blik kita kongsi sama sama hasrat hati Hadi tu ok...
Board Of Engineers Malaysia
. Balik ni perkra yang pertama sekali aku nak settle adalah langsaikan membership fee untuk tahun depan. Malangnya tahun ni aku tak bayar lagi. Entah macam mana aku terlupa dan terleka. Mampus aku nanti kena penalti. Hhhmmm...nasiblah. Sekarang membership fee bukan lagi murah. Dah dua kali ganda. So kalau aku kena penalti, berapa banyak aku kena banyar entah lah. Lepas tu fee IEM aku kena langsai juga untuk tahun depan. Rasanya untuk tahun ni wife aku dah tolong bayarkan. Entahlah boleh claim ke tidak dengan agen aku tuh. Nanti aku cuba tanyalah. Kalau nasib baik ok jugak kan.
.

Mas aku lulus professional exam ni seronok sangat. Iaitu tahun 1995, dah 14 tahun yang lalu. Tapi tak aktif dan guna pun untuk stamping. Pernah member aku suruh tolong stamping kan dan kasilah sikit fee. Tapi ada juga yang sampai sekarang masih berhutang dengan aku. So aku pun dah malas nak buat external work ni sebab tak berbaloi. Kalau orang kita tak kenal senang nak charge tapi kalau melibatkan kawan lagi susah nak deal. Dan kalau tak bayar fee lagi sakit hati. Prinsip hidup aku senang aje. Hidup ini biar kita jangan susahkan orang lain.
Dear Hassan


Dear Hassan,

I think it would be appropriate to pen down the reply to your email here. It would be more meaningful and added to my nonperishable memories. Thanks for the reply anyway and it must be very grateful of you to drop by even with a few words only. Did you remember the picture attached above? Sure you did. I still owing your hospitality and if you were not around during that time, I just wonder how could I ever landed to Paris. Such a great and romantic city. Should we make another attempt to have an evening tea with Datuk Shake? Come to think of it, I missed that chances when you invited me that day. I was so exhausted for feeling the cramp of my muscles. We walked and talked for too long until we reached home about 1.00 a.m in the morning. Can you imagine that. Now, I just wonder when will I be in Paris again. Hey, you know the CD that I bought, Gregory Lermachal? He passed away more than 2 years ago.
.
When you were in Jakarta, I received a massage from Zul. In fact Zul gave me your contact number. I dialed but the line cannot go through. It was a wrong number given by Zul but I managed to email you. Yes, Jakarta is a very memorable city for me. Bigger than Kuala Lumpur and it is a heaven for those who like shopping so much. I went to Jakarta several times for a business trip. In fact I've been to Masjid Kebun Jeruk with a local guy with a motorcycle going through all the traffic jam. We were driving from Jakarta Selatan cross the Central Jakarta to reach the Masjid. Did you try Nasi Padang next to the masjid? It was awesome!!!
.
Going to Brunei.... hhmmm.... sure I will have another visit and definitely I will inform you. By the way don't forget to check out my blog ok.....

Friday, November 13, 2009

Do You Like Indian Cuisine??

Kalau orang tanya aku cuisine mana yang aku paling suka mesti aku cakap Indian Cuisine. Sebab aku orang utara. Pastinya kari menjadi kegemaran. Dulu masa aku kecik kecik boleh kata tiap tiap hari my mother masak kari. Walu menu lain ada tapi kari macam wajip. Kalau masak kari ikan mesti kena masuk halba campur. Baru 'kow'. Masa arwah my father ada, my mother mesti masak kari pakai batu giling. Sekarang tak lagi. Tapi aku menjadi pewaris batu giling tu. Aku ada dua. Satu lagi wife aku ambil dari nenek dia. Aku kira pandai jugak la menggiling. Korang leh imagine cam mana mamak giling rempah tak? Dengan pakai singlet dan kain pelikat yang di lipat dua dan di ikat kat pinggang sambil berpeluh peluh menggiling. Tapi sekarang dah letak kat garden...heheheh.
.
Masa aku kat UK dulu aku suka sangat makan kari di Masjid Dewsbury. Kadang pegi sebab nak makan kari aje. Memang sedap. Bukan aku sahaja berpendapat begitu. Member member aku pun sama. So aku pun fikir dan cari apakah rahsia delicousnya kari kari tersebut. Puas aku cari kat kedai kedai Indian dan Pakistani tapi tak jumpa jumpa juga. Kira aku dah buntu nak cari secret recipe tu. Aku dah olah dan cuba bermacam macam ingredients. Siap ajar wife aku lagi. Tapi tak juga jumpa jumpa.
.
Bila aku dah berada di Malaysia aku masih terus mencari resepi rahsia tu sehingga aku terjumpa buku masakan Indian Cuisine, the collection from aristocrat and golongan Maharaja seluruh India written by Pamela Punjabi. Kalu tak silap ada lebih kurang 50 buah resepi semuanya dan semuanya aku dah cuba termasuk masakan kurma bersama ground cashew nuts. Memang sedap. Tetapi masakan kurma yang paling sedap aku pernah rasa adalah semasa aku berada di Bangladesh. Tengok sahaja dah tahu sedap. Dalam masakan Indian Cuisine ni the secret ingredient adalah ground cumin and coriander. Kalau tak percaya....cuba lah....

Wednesday, November 11, 2009

My Japanese Table

Aku syok sangat semalam sebab Japanese table yang aku nak sangat tu dah siap. Thanks PK sebab susah payah untuk aku. Bukan itu aje, rak aku dalam bilik PK yang pasang dan siapkan. Budi PK memang tak terbalas. Semoga Allah anugerah wife lagi secun Ainul Mardiah...hehehehe. Semlam kami pun makanlah sup ayam pakai mej ni. Barulah selesa skit. kalau tidak Rina, Zara, Omar dan Lia asik kacau aje aku nak makan. Aku pun tak sangka meja ni akan siap sepantas kilat. Tu lah kalau orang dah ada 'kaki' nak buat apa apa pun senang.
Cream Chicken Soup With Squid And Mushroom

Semalam aku jumpa chef minta ayam sebab nak buat soup untuk member aku. Nampak dia macam tak sihat aje. Chef kasi aku squid sekali and aku ada lebihan mushroom untuk di masuk dalam sup tu. Rasa boleh tahan juga. Kira habislah seperiuk jugak. Tambahan pula makan di waktu musim sejuk macam ni. Panas panas lagi lah sedap. İngat nak pegi bazar jumaat ni nak buat sup yang lebih Urmmpp lagi. Sementara cendawan banyak di musim winter ni baik juga kalau aku buat cendawan goreng rangup. Mesti terliur di buatnya........

Tuesday, November 10, 2009

Passimon


Buh ni memang sedap. Nampak macam buah tomato ada dan buah asam gelugoq pun ada. Baru ni aku beli lah sekilo. Eh...bukan baru ni tapi dah dekat dua minggu dah. Masa beli aku pilihlah yang keras sebab rangup bila makan. So aku tokak lah satu tu ...ya rabbi kelatnya kulit dia sampai ke tekak rasa gatal. Jenuh aku minum air. Yang biasa aku makan kat Mesia tak macam ni pun. Sekarang aku berbelah bagi pulak nak buang aje ke atau nak makan..........
Aku Baru Beli Topi


Entah macam mana pulak teringin nak beli topi ni. Yelah dah musim sejuk. Last week end bila Pokku kata dia nak relek relek kat Ashgabat aku pun pesan dia belikan topi ni. Lama dah idam. Harga tak mahal mana cuma USD40 aje. Fox fur ori lagi. Siap ada ekor kat belakang. Wah melram habis aku kat bilik. Saja aje nak tunjuk kat korang semua. Tapi kalau nak beli bulu mink yang ori price from USD 100 to USD 200. Depend dengan quality lah. Tak teringin ke???