Sunday, July 27, 2008

Yoko, Another Member In Our Family

Hari ni pukul 8.45 kami sudah bertolak ke town. Kalau di kira aku dah 4 minggu tak ke Turkmenbashi town. Satu jangka masa yang agak lama. Nak kata malas tak juga tapi aku rasa banyak program aku di bilik yang perlu dibereskan.
.
Pertamanya aku dan haji ke salon rambut. Aku lepas kan saje Rizal, Kamarul dan Pak Amir ke bazar dahulu. Rambut bukanlah panjang sangat tapi bila cuaca panas begini di tambah pula dengan tiupan angin yang membawa bersama debu pasir halus rambut aku jadi kasar. Udahlah rambut pun dah semakin mengecil. So aku buat keputusan untuk potong rambut. Siap potong aku ke Bazar untuk cari keperluan.
.
Sampaisaja aku negok Kamarul dan Rizal beli setokin tempatan. Maklumlah dah nak balik Malaysia dua minggu lagi. pak Amir pul beli tanduk ntic. Lepas itu kami ke tempat jual karpet sebab Pak Amir nak beli. Kami kehulu ke hilir untuk cari yang berkenan di hati Pak Amir. Cerewet juga mat indon ni. Cuaca semakin panas. Rasa nak cepat cepat aje aku belah.
.
Dalam perjlanan balik aku pun terserempak dengan Tuah dan Ali. Sebelah mereka ada seorang wanita Russian yang sedang mendokong anak kucing. Aku terus tanya mahu jual ke dan berp harga? Aku belek lagi kucing itu rupanya kucing itu adalah kucing parsi yang hidung penyet. Kalau di Malaysia mahu harga dalam seriu lebih. So aku tanya lagi berapa harga. Wanita itu menjawap 350 manat. Aku kurang pasti dan kurang percaya harga itu seperti tak masuk akal. Aku tanya lagi untuk pastikan dan dia terus tulis untuk aku dan beritahu 350 manat. So aku acah aje dan tawar 300 manat. Terus dia terima offer aku. Hehehehe...tak sangka aku nak beli kucing lagi..... nanti Pokku komplen kat aku. Dua ekor kat bilik Bobo dan Roma pun dah banyak ni nak tambah lagi. Alah apa kisah...lagi ramai lagi best kan...
.
Sampai bilik rupanya Roma dan Bobo tak dapat terima ahli baru. Mereka marah. Puas aku pujuk tak juga berhasil. Anak kucing tu cuba merapati mereka tapi tetap di usir. Aku rasa mereka bertua mogok lapar hari ini sebab protes aku bawa adik baru. Hehehehhe......... Alah nanti okla tu... Kejap aje.... Yang best nye kucing tu adalah betina. Nanti bolehlah di tunangkn dengan salah satu dari mereka.
.
Aku dok pikir apakah nama yang sesuai untuk di beri pada anak kucing ni. Fikir punya fikir aku rasa elok aku kasi aje nama dia YOKO. Ala ala Japanese skit.
Wedding Party
.
I was invited to a wedding party. Aku belum pernah lagi menghadiri kenduri kahwin orang sini. Jadi ini lah pertama kali nak pergi. Cuma nak lihat apa adt dan tatasusila mereka. Aku sudah di beritahu oleh rakan rakan yang lain tapi untuk kesempatan ini biarlah aku experience sendiri. Sebenarnya clerk kita orang yang jemput sebab yang nikah itu adalah adik dia dan kebetulan adik dia tu adalah ahli rumah biru. Secara tak langsung aku pun kenal la si Zaur ni. OK mari kita lihat bagaimana sambutan mereka ini.


İnilah pasangan pengantin tersebut. Sama padan dan sama cantik kan. Amboi macam bintang filem. No wonderlah ramai orang Malaysia tersangkut dengan orang local. Bukan tersangkut aje tapi kecundang pun ada. Kalau sesiapa yang berkenan dengan anak dara tempatan boleh lah minta tolong kat aku untuk aku pinangkan.
Inilah hidangan makanan. Aku nak makan pun tak berani. Cuma minım coke sikit dan buah buahan. Yang lain tu faham faham ajelah. Sedih dan kesian sebab kehidupan mereka masih memerlukan hidayat dan taufik yang berpanjangan dan buat selamanya. Rasanya keadaan seperti ini sudah sebati dengan jiwa raga mereka. Marilah kita sama sama doakan agar Allah kan cepatkan hıdayat dan pertunjuk pada masyarakat di sini dan umat seluruh alam. Bagi mereka nak minum tu sudah biasa macam minum mineral water tanpa segan silu.
Roti keras di ats pinggan tu adalh makanan wajip mereka macam kit wajip pada nasi. Nak nengok lama lama pun tak sampai hati takut ter........ Faham faham ajelah.
Terdapat live music. Mereka di sini sudah biasa adakan music dan tri menari. Mudah aje trian tu. Aku panggil tarian 'Terbang Helang'. Nak tau kenapa? Nak menari aje terus angkat dua belah tangan ke atas dan lenggokkan tangan seperti helang terbang. Lepas tu gerakkan kaki. Kalau nak daring lagi bolehlah buat 'gerudi Inul. Aku rasa kalau aku masuk menari buat ala ala gerudi Inul tau mahu terperanjat semua hadirin...hahahaha.

Sebelum balik sempat juaga aku bergambar dengan pengantin baru. Nak aje aku bawa lagu Anita Sarawak berjudul Selamat Pengantin Baru tu. Pernah aku buka lagu tu dalam kereta ada anak anak aku tegur kenapa buka lagu ni? Aku kata kat anak anak aku bukan apa, cuma nak refresh balik kenangan semasa baru nikah dulu. maklumlah dah lebih 17 tahun nikah. Aku cakap kat anak aku tak ada maksud selain nya aihhhh...... Zamri kalau baca ayat aku ni mesti tersenyum simpul...
Nak tau...inilah pekerja pekerj di pejabat kita. Tahulah bagaimana cabaran nya terutamanya pada musim panans sebegini. Kerja bagus dan lemah gemlai dan boleh membuatkan hati orang lelaki cair seperti mentega di masak. Baju merah tu adalah Rusdi. Masa nilah dia pun nak menyibuk menari. Buat kacau daun aje aku nak ambil gambar dia orang. Rusdi...ko tu belakang berani lah tapi bila di depan terus kau tersentot.

Amboi ni Jalal satu lagi kacau daun orang nak ambil. Masa nilah dia pun sibuk nak menari. Apasal ko nak pairing dengan orang tua tu. Awat depa semua dah tk berkenan kat hang ke? Jalal ni orang Johor yang Jawa masih ori. beginilah serba sedikit budaya mereka. Aku pun tak pasti kalau di jemput perlu hadir atau tidak. Tapi sampai bila kita perlu biarkan suasanan begini tanpa fikir agama dan akhirat. Sama sama lah fikirkan....

Thursday, July 24, 2008

Aku Jumpa Landak

.

Semalam jam10.30 aku bergegas keluar dari bilik untuk cari Bobo dan Romario. Aku nak ke surau. Kalau lambat cari mereka alamatnya terpaksalah aku buka pintu bilik sampai lewat malam. Jadi aku pun bersiul dan tepuk tangan sambil memanggil nama mereka berdua. Rupanya merek berdua sedang melepak dikawasan lapang sebelah bilik aku. Aku terus pergi ke arah mereka sambil memujuk untuk balik ke bilik. Anehnya mereka diam aje tak melarikan diri. Biasanya mereka akan lari di sekeliling rumah kecil aku dan kadang kadang aku terpaksa kejar mereka dengan bengis, barulah mereka lari secepat kilt ke blik.
.
Aku cuba mendekati perlahan lahan dan aku terlihat benda bulat seperti durian sambil bergerak gerak. Rupa rupanya landak. Aku kurang pasti samada anak atau dewasa. Kucing aku curious sangat cuit lndak tu kt depan dan belakang. Aku terus ketuk pintu Jalal untuk bertanyakn lmpu suluh. Duamint kemudian Jalal pun keluar dan aku suruh dia suluh sementara aku ambil kamera dan gambar. Aaa....nengoklh landak ni....nampak jinak tapi tak berani aku nak pegang takut di panah nanti.

Sunday, July 20, 2008

Picking Colours


Hari ini week end. Dah lama aku tak ke bandar. Semalam sudah janji dengan Pak Amir untuk teman kan dia beli carpet. Aku dah ready pagi tadi untuk teman kan. Rupanya passpot aku masih tak di pulangkan. Risau juga kalau nak ke bandar. Lepas breakfast aku ketuk bilik Pak Amir untuk beritahu tak jadi nak kebandar tapi dia tak ada. Lepas tu aku ke ofis untuk chek ada tak kereta hari ini. Sebuah pun tak ada. Finally aku decided nank lepak bilik aje sambil buat apa yang patut tanpa buang masa. Tetiba aku dapat YM dari Pak Amir ajak ke bandar. Aku tahu dia dah tak sabar nak beli kapet bila lihat bilik aku yang tersusun cantik semasa dia kunjungi semalam. Dia pun beritahu untuk arrange furniture macam aku arrange. Nampak lapang dan cantik. Hheheheh....puji skit. Jadi aku bilang tiada kereta dan passpot terpaksa di kensel. Kita pergi minggu depan cukuplah.
.
So aku di bilik hablskan xstitch aku yang dah hampir sebulan setengah belum lagi siap. Aku jangkakan akan siap by tengah July tapi tak kesampaian. So pagi ni aku kena semangat untuk siapkan seluruhnya. Cuma untuk detailing aje. So before makan semua dah siap nanti balik Mesia aku akan framekan. Lepas ıitu aku terus ke kantin untuk makan. Bobo dan Romario masih di luar. Kalau waktu panas macam ni mereka lepak sekejap aje di luar. Oleh sebab aku nak fresh air masuk dalam bilik aku buka pintu bilik seluasnya. Bila nak ke kantin aku masukkan mereka kembali dalam bilik. Aku masih letakan design book xstitch aku di atas katil. Bila aku balik rupanya habis buku aku di koyaknya. Mujurlah design ıtu aku sudah siap. Kalau half way mesti aku frust sakan. Hhhmmmmm.....

Wednesday, July 16, 2008

Kasut Untuk Gondo
Gondo, ni dia kasut yang hang idam kan tu. Harga nanti aku kira kat hang. Apa apa hal hang YM aku tau. Harap hang suka dan boleh lah matching dengan kasut wife hang yang hang hadiah masa beli kat Petaling Street tu. Kalau tidok nanti jang asyik peluk kasut ni dah. nanti jeles bini hang sebab tak peluk badan dia yang gempal tu. Hehehehehe........jangan mare...nanti kena jual

Handbag For My Beloved Daughter
.
Sebelum ke Istanbul aku tanya wife aku ada apa nak pesan ke? Dia kata tak ada apa apa pun. Aku tanya lagi.....nak beli beg tangan untuk Kiss ke? Wife aku kata ok jugak. Pada mulanya aku nak beli di Grand Bazar aje ang simple sinple aje. Tapi mengenangkan nak tawar menawar tu aku jadi malas. Simple pun nak jugak USD100. HHmmmm..... aku terus jalan jalan lepas beli topi mafia Pokku. Then aku ternampak kedai leather bag yang tak kurang hebatnya. Rupanya mereka adalah pengeluar beg jnama La Moda dari Holland. Bila aku belek belek nampak cantik dan kemas buatnnya. Aku tnya berapa harga dan dia jawap sekian harga. Mak datuk mahalnya........ Lama lama sebab dah berkenan jugak aku terus tawar lagi dan dapatlah krang sedikit dan masih mahal. Tak perlu aku cakap di sini. Tapi semestinya mahal. Tak apalah untuk anak dara aku yang seorang tu ini adalah hadiah harijadi dari Ba. Harap Kiss suka.

Ashabul Kafi
.
Semua orang Islam tahu kisah Ashabul kafi. Siapakah Ashabul Kafi ıtu? Mereka adalah enam orang sahabat lelaki yang bertemankan seekor anjing. Mereka telah lari dari pemerintah yang zalim untuk menyelamatkan iman mereka. Mereka telah berlindung di sebuah gua dan telah di lelapkan mata mereka oleh Allah s.w.t. selama beratus tahun. Oleh kerana seekor anjing yang di anggap najis itu telah bersam untuk menjaga manusia yang beriman maka Allah muliakan anjing tersebut dan Allah sebut dalam Al Quran.
.
Apabıla mereka sedar dari tidur dan keluar untuk kebandar dan mendapati bahawa duit yang mereka guna tidak lagi di akui. Mereka terperanjat dari baru tersedar yang mereka telah berada di tahun terkehadapan sebanyak ratus ratusan.
This is the enterance of the cave. Nampak memang kecil saja rupa rupanya bila dah masuk kedalam tak adalah sempit sangat. Semasa dlm perjalanan tu aku tanya pada member aku apakah bukti bahawa gua ini adalah yang ori. Mereka kurang pasti sebab aku kata adakah orang alim atau para kajipurba telah istiharkan bahawa tempat ini adalah ori. pada amatan aku, rasanya gua ini memang ori.
Aku ambil gambar ini dari dlam gua mendongak ke langit. Di sebelah gua ini terdapat sebuah masjid untuk memudahkan para pungunjung untuk menunaikan solat. Di sekitar kawasan ini pula di liputi oleh kebun kebun zaitın dan anggur.
İni gambar entrance aku ambil dari dalam gua.
Papan kenyataan ıtu adalah ringkasan sejarh yang terdapat di dalam Al Quran. malangnya tiada terjemahan di dalam bahasa Inggeris. So aku pun berlakon aje untuk bergambar.Salah satu terpat di dalam gua. Teerdapat banyak lorong lorong kecil dan setengahnya telah di tutup oleh pihak berkuasa. Mungkin atas sebab seba keselamatan.
Sempat juga aku bergambar dengan Mr. Zeki

Tuesday, July 15, 2008

Adana - Where Tranquality Lies
.
The weather was hot. It took 1 hour to reach Adana by plane from Istanbul. Rasanya kalau makan di sini mesti ada kebab. Itu dah macam wajip. Macam kita lah mestiada sambal belacan. Tapi aku tak berapa makan sambal belacan. Tak ada pun tak kisah.
So they took me to a restaurant that was near to a small stream and waterfall. It was a simple restaurant but very peaceful indeed. Orang pun k berapa ramai. Pada mulanya mereka hidang somethıng llike daging masak merah lebih kurang tapi banyak tomatoes in it and cheese. Dia orang hantar right from the stove to the table dengan kuali kuali sekali. And salad pulak punyalah banyak rasa macam arnab pulak aku ni. Pas tu salad ni siap merinate dengan pomegranate and olive oil. Rasa biasa aje masam masam manis. Jumaat dah dekat so aku minta diri untuk ke Masjid. Dı sini oleh kerana negara sekular, kalau tak ke masjid juaat macam perkara biasa aje. lain di Mesia......orang tk sembahyang pun pegi sembahyang jumaat. Orang kata masyarakat sembahyang seminggu sekali. Kadang aku usik juga mereka kenapa tak ke masjid untuk Jumaat. Mereka senyum aje. Gambar basikal yang unik di atas tu aku ambil selepas habis tunai sembahyang jumaat.

Furniture kedai ni biasa aje tapi sebab letk alas meja jadi menarik. kalau di mesia siap berkulat meja tu pun tak di alas gak. Sorrylah...kutuk negara kanggaroo aku sikit.
Cuba nengok air yang biru tu. Dalam suasana panas tu rasa macam nak terjun aje dalam tu. Ada bebudak sip terjun dalam kolam tu tapi malang nya telah di halau oleh pelayan restoran ini. Balik dari jumaat baru lah makan adana kebab pulak. Aku rasa dah kenyng sebenarnya. Mata rasa amat mengantuk. Depa tanya aku apa lagi aku nak... aku jawap nak bantal aje Terus mereka ketawa....hahahahaha
Di bawah sana terdapat beberap orng yang asyik memancing. Ikan tak adalah besar sangat. Tapi airnya memang jernih dan bersih. Bila nengok sungai tu teringt pula zaman kanak kanak. Di kampung, rumah aku dekat dengan waterfall. Selalunya pada hari mınggu dan balik dari sekolah aku akan terus ke waterfall untuk mandi manda. Tapi suasana ıtu dah tak ada. Aku pernah bawa anak anak aku pergi selalu di tentang oleh ibu aku sebab dah banyak kes mati. So sebab takut kena sumpah ke apa aku pun tak pergi lagi.
hehehehe...sorry lah geng aku amik gambar skit. Saja nak bergaya skit. Bukan senang nak datang sini. Sepuluh tahun lagi pun belum tentu dapat datang. Tapi kalau Allah putus kan masih ada rezeki aku di sini lagi pasti aku akan kembali lagi.
Bila lihat pada daun maple tu macam macam nostalgia yang aku terpandang. Masa study...masa kerja dan sebagainya. masa aku di Copenhagen aku kutip daun daun maple ni dan jadi kan penanda buku.
Kubur Nabi Danieal
.
Kalau tak silap aku pada pertengahan tahun90an ramai orang bagi nama anak lelaki mereka Daniel. Maklumlah glamour skit dan ala ala western gitu. Setengah tu tk tau yang ini adalah nama nabi sebenarnya. Dan sebilangn lagi gunakan sebab terdapat dalam senarai nama-nama orang Islam.
.
Sebenarnya Nabi Daniel adalah seorang utusan Allah yang di sampaikan wahyu hanya untuk dirinya sahaja dan bukan untuk di sebarkan kepada orang lain. Manakala Rasul pula adalah utusan Allah untuk menyampaikan message kepada umat seluruhnya dan juga untuk dirinya sendiri.
.
Jadi semasa on the way nak visit anchor bolt vendor, tetiba aje the driver ( anak dara tokey) berhenti kereta sebelah bangunan usang. Aku pun jdi pelek. Dalam hati aku berkata kalau lah vendor punya kilang cam ni habis lah. Aku pun kelur kereta dan di arahkan ke masjid. Rup rupanya aku di beritahu bahawa itulah dia kubur Nabi Daniel. Aku jadi terpernjat sebentar. Tak sangka aku berkesempatan untuk ziarah kubur seorang nabi. Kubur nya agak besar dan di seliputi oleh batu kalau tak silap aku. Kawasan ini kemudiam telh dijadikan kawasan herritage history.

Inilah sebahagian daripda kubur Nabi Daniel. Di depan pula telah di jadikan tapak masjid.
Di dalam terowong ini adalah aliran sungai pada asalnya. Air sungai ini dah kemana aku pun kurang pasti. Nampak stool tu macam tempat orang ambil wuduk aje....betoi ke......
Kawasan ini masih lagi menjadi kawasan milik archeologist untuk further investigation rasanya. Di sebeah kiri dan kanan adalah dua buah jambatan yang di buat daripada batu dalam kedudukan yang berasingan.
Ini pula adalah sebuah madrasah yang mengeluarkan beratus alim ulamak sejak 1550. Aku kurang pasti samaada madrasah ini masih beroperasi seperti dahulu.
.
Apabila aku keluar sahaja dari kawasan ini, aku nampak signage macam rod signage aje yang tertera Bilal al Rabbah. Aku tak beri tumpuan sangat. Dalam perjalanan pulang barulah aku di beritahu bahawa kubur Bilal radiallahuanhu terdapat di Adana juga. Semoga kita sama sama dapat di tempatkan bersama sama dengan orang alim di akhir hayat nanti.
Kafkas - Bursa
.
Kafkas adalah keluaran tempatan negara Turkey yang terdiri daripada manisan, ice cream, jem, sweet jeruk dan sweets. Inilah pertama sekali aku dengar keluaran tersebut. Produk ini mengeluarkan bahan bahan related to chestnut. Memang unik. Ada satu manisan tu di masak dengan karemel sehingga hempuk dan di masuk dalam paket plastic, terus di masuk di dalam dekoratif kotk yang cantik sebagai hadiah kepada teman atu sesiapa sahaja.
.
Orang Turkey memang creatif tapi yang kurang adalah bab marketing dan promosi. Kalau nak di bandingkan dengan negara eropah yang lain. keluaran mereka lebih kurang sama quality. Jadi kalau ada sesiapa yang nak mulakan bisness untuk di bawa ke Malaysia elok sangat lah datang ronda ronda dan belek belek barangan dari Turki.

Deretan jem dari berbagai buah seperti homemade. Jem apricot ada, jem strawberi ada, jem lemonade pun ada. Bak kata memang ada semuanya lah. Packing dan label pun menarik.

Inilah sweet jeruk aku rasa. Buah buah campurn yang di hiris nipis dan di rendam di dalam larutan gula.
Inilh dia ice cream yang berperisa buah buahan dan chest nut. Nampak memang sedap tambahan pula pada musim panas yang membahang.
Inilah dia jem chesnut yang pertama kali aku nengok. Aku pun beli satu untuk rasa sedap ke ıdak. Tapi rasanya mesti sedap ni.
Sweets yang berbagai bagai yang di letk di atas counter. Kalau nampak oleh anak aku mesti di capainya.
Aku rasa ini biskut kot. Tak tahu pulak rasanya bagaimana.
.
Itulah orang kata kalau datang Turki ni kalau boleh nak bawa balik semua benda termasuk orang nya sekali....hehehehehe

Iskender Kebab
.
Bila aku tanya orant Turki kebab berasal dari mana, ada yang jawap dari negara Arab. Tapi rang Turki yang internationalkan kebab ni. Kalau tak percaya pergi lh jelajah ke serta benua Eropah semestinya penjual kebab tersebut berasal dari Turki atu asal usul dari Turki. Masa aku jalan jalan cari makan di Eropah, klau lapar aje aku cari kebab yang di jual orng Turki. Bila aku singgah masjid tanya orang tempatan, dep kata dont worry kalau nak makan kebab sebab halal dan sumber yang sama. So aku pun bismillah lah makan. Bagi aku kebab ni memang sebab dan kalau banyak makan badan boleh jadi debab. kalau Bob dan Ju baca blog aku tolong ambil perhatian...hehehehe. Gurau aje no...
Masa aku lunch di Yimpas di Ashgabat, member aku order Iskender kebab. Dia kata sedap. Terus dia cerita lagi yang di Turki ada Iskender Kebab yang telah di francise kan seperti Mc Donald. Rasanya lebih original dan menarik.
So masa perjalanan nak ke fabrication yard tu kami singgah ke Iskender Kebab dekat Bursa. Masa singgah tu aku terasa macam berada di hentian R&R seperti di US yang ada bar dan sebagainya. Then kami duduk terus order Iskender Kebab. Mesti sedap ni. Bila di hidang nampak macam tak habis sebab banyak sangat tapi apa bila makan rasa macam tak cukup pula. hehehehe..... Kebab ini yang istimewanya ia di hidang bersama cream yogurt yang persona dan di simbah dengan juice daging yang di bakar. Masa tu lepas makan kalau orng surung bantal mahu aku lena terus.
Inilah dia beberpa cawangan Iskender Kebab di sekitar Turki. Aku dapati kalau dapat di francisekan di malaysia mesti bagus sebab orang Malaysia suka mencuba benda benda baru terutmanya makanan. Kalau aku jadi sole distributor boleh kaya ni........apa macam ok ke???
Aku sempat ambil gambar keluarga Iskender ni yang telah mula beroperasi selama lebih 100 tahun dan mereka lah orang yang mula mula cipta roll kebab yang sebesar paha gajah tu yang di putar keliling relau pemanas. Aku nengok satu satu nama dan muka keluarga tersebut. Kalau nak sebut nama keluarga tu satu persatu mesti susah sebab orang Turki ni nama pelik pelik. Tapi yang dapat aku jelaskan di sini ialah boleh kata semua keluarga lelaki menyimpan misai macam Hitler. Ada secotet di atas bibir....... mungkin Hitler yang tiru misai mereka tuh..
Cuba lihat unikny jaring tingkp tersebut yang masih traditional. Eloklah di kekalkan interior lama macam ni supaya lebih nostalgia.
Fruits Picking In Summer
.
Kalau nak di bandingkan musim buah buahan di tempat kita memang sangat berbeza jika di bandingkan dengan negara Eropah. Di Malaysia buah buahn bermusim pada waktu tertentu. Tapi sekarang rasanya seperti tidak bermusim lagi. Contohnya buah durian boleh di katkan boleh di dapati sepanjang masa sekarang. Tetapi buah cempedak hany bermusim di sekitar bulan September. Begitu juga dengan buah rambutan, manggis, duku dan banyak lagi. Buah buahan selalunya menjadi di kala musim panas. Isinya pun rasa manis dan ranum. Tapi klau musim hujan buah buhan tak akan menjadi dan quantity pun kurang.
.
Begıtu juga dengan buah buahan di negara eropah terutamnya di kawasan Medıterenien. Iaıtu syurga buah buahan. Sebut saja buah apa yang sesuaı di tanam di sana. Semuanya ada. Peach, apricot. anggur, fig, plum, epal, peardan banyak lagi. Semuanya membuatkan aku terliur.Warna yang menarik dan haruman buah buhan tersebut menarik selera para penggemar.


On the way balik dari Bursa kami sınggh sebentar di tepi jalan untuk membeli buah buahan yang di jual oleh pemilik ladang. Di sepamjang jalan di lereng lereng bukit boleh di lihat deretan pohon buah buahan yang beranika jenis dan warna. Masa berhenti tu apa lagi, aku dengan jakun nya suruh member ambil gambar aku yang cun ni. Siap pegang buah peach tersebut. Mana lah pernah nengok. Yang best tu hanya ada sebatang aje pohon peach ni yang di tanam di tepi jalan. Mungkin untuk menarik perhatian para pemandu.
Inilah buah peach yang masıh segr bertenggek di dahan. Cantik warnanya kan. Aku pun ambil lah gambar untuk kenang-kenangan. Aku rasa hari tu aku memang popular sebab semua orang dok nengok aku dok posing tepi pokok tu.
Inilah pondok atau orang Kedah kata dangau buah buahan. Cuba lihat susunan buah buahan tersebut. Aku rasa memang murah. Siap ambil makan buahnya yang rnum dan juicy tu. Masa menaip dok bercerita ni pun air liur aku rasa nak meleeh. Wow...... best nya.

Ini dua jenis buah peach. Satu yang mempunyai kulit licin yang mana isinya berwarna pink. Yang satu lagi kulit kesat skit yang mana isinya bewarna kuning. memang sedap betoi. Picit saja dengan jari terus meleleh juice tersebut. Aku tak pandai nak belah dengan jari macam orang Turki tu buat. Apa lagi, aku main aci tokak aje sudah lah. Sekali dengan kulit kulit aku makan. hehehehehe.....
Ni pulak buah epal dan pear. Buah pear ni ada banyak jenis. Yang ini jenis wangi seperti dari negeri China. Oleh kerana terlalu kenyang aku tak dapat nak jamah epal tu. Rasa perut pun dah kembung semacam. Banyak jugalah depa beli buah tu tapi aku cuma ambil beberapa biji sahaja untuk alas perut di hotel nanti. Dah tentu badan yang penat ni. akan tak mampu lagi nak keluar diner bila sampai hotel.

Ini pula buah plum. kalau nak beli di Malaysia kalau yang kodik dari Australia sepuluh RM5 di jual di pasar malam. Kadang kalau beli buat sakit hati sebab tawar heber. last last aku lah yang dok habiskan semua tu macam DBKL. Anak anak aku dah tentu tak makan. Tapi buah plum ni memang best sebab ada dua rasa iaitu masam masam manis. So kalau nak menkmati buah buhan yang sedap sedap di negara eropah terutamanya di negara Mediterenien datang lah e sini pada waktu summer. Lagi pun siang harinya panjang maka mudah untuk jaga sembahyang.

Monday, July 14, 2008

A Journey To Bursa

Sebenarnya aku dah beberapa kali pergi ke Istanbul. Kali pertama adalah pada April 2006. Masa tu aku masih berkerja di Sudan. Aku ke Istanbul bersama Tengku Rahim dan Sondoz. Masa pegi tu memang betol betol makan angin. Tapi tiap kali ke Turki cuma lepak di ıstanbul sahaja. Melewaq2 pun ke Taksim dan kawasan sekitar Sultn Ahmet. Kira gambar masjid sultan Ahmet dan Aya Sophia memang dah banyak dalam simpanan aku. So fabricatıon yard yang aku nak ziarah ni terletak di Bursa.

Pagi lagi aku dah bangun untuk kesana. Mula mula kami melintasi Bosphoros dengan melalui Bosphoros Suspension Brıdge yang panjang tu. Suasana pemandangan memang cantik. Terutamanya pada deretan rumah banglo dan chalet yang bertaburan dıi sepanjang persisiran cliff. Kebanyakannya adalah milik orang orang yang hartawan. Kalau orang yang miskin macam aku ni jangan mimpi lah.

Terdapat banyak kapal kapal yang melalui kawasan ini.

Perjalan untuk menuju je destinasi memakan masa selama dua jam setengah dengan menaiki kenderaan. Oleh kerana aku amat penat dan mengatuk, sedah beberapa kali aku terlelap di dalam kenderaan. Untuk seberang ke bahagian Asia kami menaiki feri yang memakan masa selama lebih kurang 20 minit untuk menyeberangi Laut Marmara. Dalam feri bila lepak lepak di luar memang best dengan tiupan angin yang memukul wajah handsome aku ni.

Sempat juga aku minum turkish tea kat sini. Turkish tea ni tak adalah special sangat pun. Rasa sama saja cuma cawan nya kecil sangat. Sekali teguk aje boleh habis. Tapi kalau panas panas macam mana nak sekali teguk. Orang sini aku rasa tk tau minum minuman lain selain dari chai.

Sambil aku minum teh aku pun ambil gmbar keluarga ni. Seronok aku melihat perangai anak anak mereka yang sopan. Hhmmmm apa lagi...aku pun terus terkenang semua keluarga aku.

Pemandangan Jetti di sebelah Asia. Sistem jeeti sini lebih kurang sama sahaja Macam nak ke Pulau Pinang. Aku pun dah lama tak naik feri bila nak ke Penang. Rasa dah terlampau lama tak naık. Nanti rasanya na bawa anak anak aku naik feri suğaya mereka pun dapat pengalaman macam aku.