Tuesday, December 29, 2009

Hari Ini Hantar Safwan Balik Ke Asrama

Sebenarnya gambar ini tak ada kena mengena langsung dengan topic di atas. Tapi aku teruja sangat dengan pokok pokok kemboja yang aku tanam. Semuanya berbunga dengan lebatnya sehingga semerbak baunya di perkarangan rumah aku. Bila aku lihat mereka bertaburan kedalam kolam teratai aku rasa macam best aje....m Ok balik kepada topik di atas.
.
Kami bertolak dari rumah pada pukul 9.45 pagi. Mula tu kami ke ofis aku untuk ambil momento mug and payung. Lepas tu kami terus ke Bukit Bintang untuk membeli belah pakaian dan sebagainya. Selesai aje terus kami drive ke Alor Gajah. Singgah di rehat Seremban untuk lunch. Aku dan Ubai saja makan sebab Safwan dan Hadi dah pediah Dunkin Donut sejak dalam kereta lagi. Kami tiba ke MRSM pada pukul 2.20 petang. Terus ke dewan untuk selesaikan segala yuran dan pelbagai sehingga ke hujung tahun. Tak payah nak fikir lagi. Lepas tu terus ke hostel untuk kemas barang barang Safwan. Akulah yang tolong arrangekan barang barang dia tu. Kalau aku tak kemas bila dia nak kemas entah lah. Setelah selesai kami sembahyang dan lepak dalam kereta. Aku macam biasalah dok motivasi aka motibasi. Anak aku yang ni lain skit sebab apa kita cakap dia akan buat.
.
Lepas tu aku rasa dah sampai masa aku nak balik. Wan sempat cium aku dan dia kata, 'Boring la Ba...... rasa macam nak balik rumah aje.' Hhhmmmm......
Lets Go To The Zoo











Last Sunday aku ajak anak anak aku ke Zoo untuk memenuhi permintaan wife aku supaya dapat membawa Yusuff ke sana. Setelah cramp aku punya masa dapat juga aku sqeeze time aku ke Zoo. Tau sajalah bila balik macam macam depand depa aku kena penuhi. Aku tanya siapa yang nak ikut? Ramai yang tak nak ikut tapi Ubai, Adah and Hadi saja yang sanggup ikut untuk menjaga dan melayan Yusuff. Sebelum ke Zoo sempat aku singgah ke rumah Ane sebab lama dah tak jumpa. Kebetulan rumah dia dekat dengan Zoo. Kalau harimau mengaum pun boleh dengar.
.
Kami tiba dalam pukul 11.20 pagi tapi orang dah semakin ramai. Mujur masih ada lagi parking kat sebelah belakang. Cuaca pun ok juga. Tiket dah naik harga. Patut pun la sebab kalau tidak nanti kurus lah binatang binatang di dalam tuh. Sekarang dah ada tram baru tapi kena bayar tak macam dulu free. Kami jalan saja dari satu tempat ke tempat yang lain. Kalau penat rehat kejap kat kerusi. Binatang dah tak semakin banyak. Ada tinggal kandang kosong aje. Bukan senang nak uruskan Zoo ni sebab urus benda bernyawa yang perlu mengisi perut perut penghuni di sini. DUlu aku nengok ada banyak penguin. Sekarang aku nampak dah tinggal dua ekor aje. Nampak macam taksihat hidup segan mati tak mau. Depa nak snow and chill area tapi sini tropical jadi cam ne nak hidup.
.
Aku pun tak sempat nak ziarah semua sebab penat sangat. Yang pasti Yusuff memang enjoy sangat. Lepas tu terus kami balik saja sebab tak tak sanggup nak jalan kaki.
Mek Syam And Mek Leha Bertandang Ke Rumah Aku




Sebelum aku nak cerita panjang kat sini, aku nak ucapkan kepada mereka berdua serta keluarga mereka bebanyak banyak terima kasih sebab sudi bertandang kerumah aku dalam keadaan aku yang kurang prepare ape ape pun. Mek Syam aku dah tak nampak selepas aje grad pada tahun 1988. Lepas grad semua bawa haluan masing masing. Lately sahaja aku dapat berhubung balik sebelum hari raya. Mek Leha pula aku last jumpa masa dia pregnent anak dia yang sulung. Anak sulung dia pun dah belajar di UTM. Cuba bayangkan agak 20 tahun lebih tak jumpa depa. Bila jumpa semua dah berubah ...... semua dah kendong anak anak yang dah besar. Tunggu masa aje anak anak nak nikah and jadi atok atau nenek.
.
Aku tabit juga pada Mek Syam kerana bersemangat kuat untuk datang ke rumah aku walau tersesat dalam hujan lebat. Sebenarnya aku terkejut juga bila Mek Leha buat jemputan untuk semua gang datang ke rumah aku. Bila aku buka email memang terkejut beruk. Nak prepare apa pun tak sempat. Tak apalah nanti aku jjemputlah korang semua datang. Tapi bila ya... Hehehehe...mungkin bila nak dapat menantu kot... Akhir sekali terima kasih sekali lagi sebab sudi datang and jangan serik untuk datang lagi tau....
Jom Buat Pop Corn

Rasanya tak rugi aku beli pop corn maker ni. Harga pun murah saja. Baru 58 dirham lebih kurang RM50 sahaja. Aku pegi Bintang Supermarket and beli jagung untuk buat pop corn. Sampai aje rumah terus aku buka mesin dan buat pop corn untuk anak anak aku. Wow....sekejap aje dah habis. Tapi mesin ni kena masuk guna separately. Iaitu setelah siap baru boleh di gaul dengan gula. Apa apa pun hajat wife aku tu aku dah tunaikan. Anak anak aku pun suka.

Thursday, December 24, 2009

Cuba, Try, Test

saja nak try dgn PDA aku ok ke tak. Tak pe lahnak khayan kejap.

Wednesday, December 23, 2009

A Visit To Genting Highland
.
Aku tak pernah pun jejak kaki ke Genting Highland. Memang tak ada hati langsung nak pergi walaupun dekat aje dengan rumah aku. Tapi semalam tetiba aje aku ajak anak anak aku pergi. Wife aku macam biasalah tak berapa suka tempat macam tuh. Aku pun tak galak kan dia ikut jugak atas sebab sebab tertentu. Fikirkan cuti sekolah aku gagah juga lah untuk bawa anak anak aku. Tapi ramai yang tak nak ikut kecuali anak Syahadah, Ikhlas, Hadi and Ubai.






Kami bertolak dalam pukul 9.00 pagi dan sampai ke puncak dalam masa 40 minit saja dari rumah aku. Cuaca ok kat bawah tapi bila sampai di atas semuanya berkabus dan hujan. Sejuk jugalah dengan aku yang berpakaian sekeping aje. Aku pun terkial kial jugaklah nak focus pada jalan bila sampai di atas sebab kabus tebal and aku tak biasa tempat tu. Lepas dapat parking kami pun terus meluru ke atas. Anak anak aku terutamanya ubai dan Hadi dah excited nak ke outdoor tapi hujan dan angin kuat maka tak sesuai. Indoor pulak semuanya slow macam siput. Kelakar pulak aku nengok. Aku tak buat keputusan lagi sama ada nak izinkan mereka naik. kalau anak anak aku yang kecil nak naik abang dia atau aku kena temankan. So aku kata elok kita isi perut dulu baru best. Then kami ke Marie Brown makan nasi lemak. Boleh tahan juga harga dia.
.
Finally dalam kami dok jalan jalan slow and steady tetiba anak aku Syahadah hilang. Seram aku di buatnya. Jenuh jugalah nak mencari. Macam macam dah terfikir kat otak. Finally jumpa juga lah. Masa tu nak buat apa dah tak ada mood melainkan jom balik kat umah aje. Orang pun boleh tahan ramai and membuatkan aku memang rimas dengan suasana begini. Dalam hati aku bersyukur sangat sebab wife aku memang tak suka ikut tempat tempat macam ni.
My New PDA Phone And Computer
.
Sampai saja rumah, esok tu terus aku ajak anak anak aku ke Lowyat untuk cari PDA phone and Laptop. Anak dara aku Balqis pun ikut juga sebab nak beli kasut sekolah. Anak teruna aku yang empat orang lagi tu pun ikut jugak. Kami bertolak awal sebab untuk elak dari manusia manusia yang ramai di situ.


PDA phone ni sebenarnya lama dah nak beli. Tanya banyak dah member member aku, ada macam macam feed back aku dapat. Pokok pangkalnya aku sendiri kena decide. Baba IT gejet ni aku rasa nak kena update skit. Tak adalah jakun sangat kan. Hehehe..... Mula mula beli tu terkial kial nak pakai. Nam sms pun tak reti. Nak taip pun slow macam siput. Nak baca manual malas sangat. So satu hari aku dok belek benda alah ni and finally oklah. Since kat umah ada wi-fi jadi mudah aku nak browsing. Rasa berbaloi la tapi harga dia jangan cakap la... memang mahal.


Ni computer baru aku pulak. Mula mula nak beli net book aje yang comel tu. Bila dok belek belek anak anak aku kata buat apa ambil netbook. Tercabar pulak dek kata kata depa tuh. Semalam aku dah beli WhiteSmoke and dah install dalam computer aku and nampak best juga dia punya auto correction my sentence. Cuma sekarang nak familiarise aje software ni. Balik nanti aku tak perlu lagi kendong computer ke sana sini tiap tiap hari. Sekarang boleh lenggang kangkong ke ofis. Baru best.
Alhamdulillah Dah Sampai


Alhamdulillah aku selamat sampai di KLIA tepat jam 2.00 ptg. Sampai saja terus tukar SIM card anc call wife aku. Bila call rupanya mereka on the way. Ok tu sementara aku beli coklat dan ambil beg aku call balik dan seperti biasa suruh mereka stop at gate 8. Agak 10 minit tu baru nampak mereka tiba and lega rasa. Nampak anak aku Yusuf dah besar. Yang lain macam biasa saja tapi banyak sangat cerita yang nak di khabarkan. Safwan and Ubai tunggu di rumah.
.
Dalam flight tu takeoff aje terus aku tidur sebab letih sangat. Sedar saja ada 3 jam lagi nak sampai. Sempat juga aku nengok satu movie apa nama cerita entahlah sebab dah lupa. Tapi about seorang isteri yang menduakan suami walau suami sudah beri sepenuh kasih sayang. Lepas isteri dia meninggal si sebabkan cancer baru dia tahu rahsia isterinya. Hhmmmm....
The Mall
.
Sebelah Terminal Centre ni ada the Mall yang agak besar jugaklah macam KLCC. Orang memang ramai. Muka Melayu, Paki, Bangla, Parey, India, Mat Salleh and ramai lagi ada kat sini. Barang tak adalah murah pun. Tapi bila jalan kat lobby tu ada ramai orang bergambar dengan replika Krismas seperti dalam gambar ni. Hehehehe...rupanya di Tanah Arab ni pun terkesan dengan sambutan Krisman. Sama lah juga dengan suasana di negara aku ni.





Aku cuma beli buah kurma dua kilo and pop corn maker satu yang lama aku dok mencari. Yang pelik tu aku cari di Malaysia tak jumpa jumpa. Oleh kerana wife aku lama dah pesan aku pun beli juga sebab nak menjamu anak anak makan waktu lapang. Nanti bila dah siap aku cuba aku akan siarkan di sini ok.
Abu Dhabi
.
Sekali ni aku balik ikut route Abu Dhabi. Malangnya waktu flight dah bertukar from Ashgabat ke sana. Bila aku hitung semua tu aku terpaksa menunggu selama 12 jam lebih sementara menunggu flight ke Kuala Lumpur. Malang lagi bila aku tak boleh check in direct ke Kuala Lumpur. Apa jenis service entahlah. Finally aku terpaksa keluarkan luggage aku yang beso tu and naik teksi terus ke Airport Terminal Centre di tengah bandar untuk check in. If not aku terpaksa usung beg beso macam keranda tu ke hulu dan ke hilir. Nampak sangat macam jakun keluar kampung.

Ni dia terminal centre tuh. Masjid ada di sebelah saja dah mudah sangat nak sembahyang. Perjalanan dari airport dekat 40 minit and tambang kena guna meter sebanyak 45 dirham. Kira dekat RM40. Jadi tak payah nak tunggu lama lama di airport sebab sini boleh chek in awal. Lepas check in bolehlah ronda ronda. Masa tu perut rasa nak kedarah nasi briani aje sebab dah lapar sangat.

Aku sempat juga ambil gambar posing kat depan. Tapi tukang ambil gambar tak pro skit sebab kaki aku tak nampak. Hhmmm...

Masa nak bergambar lepas solat asar tu sempat juga pemuda Syria ni datang untuk tumpang sekaki. Yang lucu tu depa ingat aku dengan Tuan Hj Hisham orang Arab. hheheheh...kelakar aku dengar.

Abu Dhabi ni sama aje dengan Dubai sebab penuh dengan construction sana sini dan terlalu ramai orang luar yang datang bekerja. Kalau nak nengok orang Arab sendiri memang tersangat kurang.

Inilah deretan condo yang di bina. Belum lagi siap. Aku pun tak tahu siapa yang akan menghuni condo condo yang bersepah ni. No wonder Dubai World pun menunggu masa untuk merudum rebah. Abu Dhabi pun lebih kurang la. Cuma tunggu masa aje.
.
Bila dah lama sangat masa terluang rasa macam boring pulak ikut flight melalui Abu Dhabi. Next time baik ikut Bangkok. Cuma flight sahaja yang better sikit sebab terus dari Abu Dhabi ke KLIA. Tak adalah sengsara dok dlm flight melayan kerenah orang orang Russian yang selalu mabuk dan tak ada disiplin dalam flight. Another thing memang kalau ikut Abu Dhabi akan menghabiskan banyak duit. Makan jangan cakap memang mahal. Nasi briani kodik pun mahu sampai 32 dirham. So sesiapa nak ikut route Abu Dhabi eloklah fikir dengan sebaik baiknya sebab ada pro and con. Unless korang direct ke hotel and lepak aje sampai kul 12 malam.

Tuesday, December 15, 2009

Yeeehhaaaa.......

Dah tak sabo aku rasa nak balik. Badan aje masih ada sini tapi jiwa rasa dah lama sampai Malaysia. Time ni nak kerja pun dah rasa malas aje. Tapi kerja tetap beres and mantap tip top. Flight aku kali ni via Abu Dhabi. Transit dekat 12 jam. Kalau aku ikut Bangkok sama juga masa dia sampai Malaysia. Tapi naik flight Etihad lebih selesa dan comfort kalau nak di bandingkan dengan Turkmen Air. Entertainment sebijik habuk pun tak ada. Tapi Etihad best. Nanti sampai saja Abu Dhabi pastinya aku akan meronda puas puas sebab flight pukul 3 pagi the nest day. Sudah pastinya aku akan snap gambar banyak banyak untuk aku cerita dalam blog. Niat di hati nak ke Gold Souk untuk berjamu mata. Hehehehe.... Since credit card aku dah renewed apa lagi memang banyak cabaran lah untuk tenyeh selalu. Apa apa hal korang doa kat aku untuk selamat sampai bertemu keluarga tercinta ok...

Sunday, December 13, 2009

Sometimes Cutting An Onion Is So Emotional
.
Memang betoi.... Sebenarnya ianya terjadi pada orang yang jarang jarang memasak atau ke dapur. Tapi bagi orang yang dah biasa tak ada emotional lagi dah. Tapi bila masak, lepas tu tak menjadi lagi emotional. Kalau kurang masin atau rasa boleh lagi modify. Tapi kalau dah betul betul tak menjadi nampak gaya lempar saja ke tanah.
.
Sebenarnya memasak ni adalah seni. Cuba tanya chef atau isteri anda, mereka lebih suka bersendirian bila ke dapur daripada di ganggu oleh kahadiran orang lain. Masak ni kena proper. Texure mesti mau ada. Warna mesti setara supaya presentation ada urmphh.... Cutting the meat and vege pun kena ada style bukan main aci bantai aje. Lepas tu letak kat serving plate mesti kena bersih dan tak comot. Lepas tu pinggan mesti kena satu set dan bukan yang kawin mana yang suka. Tapi yang paling penting pinggan atau piring hidangan tak sumbing. Sebenarnya banyak lagi tip tip masakan yang nak tulis kat sini. hehehehe............ Bukan Chef Wan aje ada idea tapi kita orang pun ada lagi banyak idea jugak.....hehehe.
.
Raya baru ni aku pergi ke rumah member aku seorang Datuk, dan dia boleh ingat lagi masakan ikan yang aku masak untuk dia masa dia datang rumah mak aku. Aku rasa dah 20 tahun yang lepas. Masa tu kita orang masih sekolah lagi. Aku pun dah lupa... Dia kata, tu lah masakan ikan yang paling sedap pernah dia rasa. Hhmmmm.... And another friend of mine, pernah aku masak masak ayam sunkist untuk dia (masa tu turn aku masak, masih student) dan dia pun kata benda yang sama. Sebenarnya aku main ketuk dan campak aje. Macam zaman sekarang lah semunya touch & go.....
Nasi Goreng Rampai Tomyam Seafood
.
Perghhh...kalau dengar nama resepi aku ni mesti klas gile..hehehehe. Ok...sebab apa aku panggil rampai nanti terjawap iah persoalan tuh. Ni bukan cerita aku letak rumut rampai ke ape ye...

Hari ni aku saja ke bzar sebelum aku nak balik je mesia. Orang kata sesaja gatal tangan nak buang duit. Bila aku masuk kedai nampak jeruk chili rasa sedap pulak. baru terangkat kalau makan dengan nasi goreng tomyam aku nih. Yelah dok sini jrang sangat nak rasa benda benda yang pedas pedas.
Aku dah pesan fresh mushroom kat Sarjah tapi tak juga dapat dapat. Jadi aku terpaksa juga beli canned mushroom. Beli carot skit and canned sweet corn. Dulu kalau masak nampak warna kelabu aje. So kli ni aku campur benda alah ni barulah ada warna warni skit. Aku potong juga capsicum yang aku amik kat kitchen. Inilah yang di katakan nasi goreng rampai bila ada berbagai bagai warna.

Ini sambal tumis ayam. Senang aje nak buat. Dalam masa 5 minit aje. Magic?? Tak ada magicnye. Pagi tadi aku pergi breakfast kat kantin aku mbil ayam goreng dan sambal nasi lemak lepas tu godak aje. Cuba nengok dah siap dan menarik kan.... Hehhehehe.

Tu dia....inilah hasil Nasi Goreng Rampai Tomyam Seafood. Baru nampak berseri sikit dengan berbagai bagai warna kan. Kalau sesiapa nak cuba jemputlah datang ke bilik...... Kalau dah habis bau pun jadi lah kann..kaannn...

Saturday, December 12, 2009

Sons Of Fortune - Jeffery Archer


Seperti kebiasaan cerita Jeffery Archer, cerita dia tak lari dari kisah dual character. Tapi cerita ni pasal the dizygotic twins were separted during the birth by a nanny. Mereka seperti melalu laluan hidup yang serupa and end up fighting for the post of Govenor of Connecticut. Panjang cerita n macam drama tapi kurang thrill skit. Kalau nengok movie memang slow gile. The excitement only towards the end when Mr Dovernport represent Nat when he was charged for homicide.
.
Next trip aku tak tahulah nak baca atau tidak buku fiction ni lagi sebab time aku dah pack pada waktu malam. Tapi mungkin aku akan ada jugak satu atau dua untuk di jadikan reference and ada beberapa buah lagi buku non fiction yang aku kena mentelaah for my other reference as well. Tu lah banyak sangat benda yang aku nak buat.......termampu atau tidak enthlah. Yang pasti, so far all my milestones were achievable. Kira oklah tu. Yang penting semangat tu..... kena jaga seperti menatang minyak yang penuh.
A Passion For Plums Pillow

Lega rasa. Akhirnya projek aku siap juga beberapa minit yang lepas. Sebenarnya lama dah boleh siap tapi benang tak cukup aku terpaksa tunggu member aku balik untuk bawa bekalan baru aku tuh. Padahal bukan banyak pun. Sekarang aku dah ada four pairs untuk aku framekan balik nanti. Mula mula tu ingat nak buat kusyen cover je. Tapi sebab cantik sangat wife aku kata lebih baik framekan aje. Dulu ingat nak buat kusyen cover and letak Thai Silk as a border sebab nak jadikan kusyen cover tuh lebih besar. Cuma design ni ada bunga white colour yg tak berapa terserlah. Mungkin nak kena buat outline stitch yang akan mengambil sedikit masa. nengoklah kalau aku rajin.....hehehehe
.
For the next trip aku tak buat lagi x stitch ni sebab aku ada projek lain yang menunggu. Pertama sekli aku nak kena serious dengan creative writing aku tuh. Plot story dah ada tapi banyak benda nak kena rearrnge and get the scene and description right. Buku buku yang aku beli dan baca tu banyak membantu. Secondly nak start my embroidery work for my pillow case. Dh lama terperp dalam almari aku. Material semua dah ada tapi nak kena design the floral picture yang aku nak. Rasa macam dah mapping di kepala cuma nak ilhamkan di atas kertas aje.
.
Untuk siput, ni koleksi yang terakhir and hang pilih lah yang mana satu ko suka, nanti ko calling calling aku ok....

Friday, December 11, 2009

Menghitung Hari

Suatu hari, waktu aku talipon wife aku, anak aku Ikhlas sudah tak sabar nak berbicara dengan aku. Terus dia minta izin dari wife aku untuk berbicara dengan aku untuk sekejap waktu.

'Ba, berapa lama lagi Ba nak balik?'
Aku jawap,'Dua minggu lagi.'
'Du minggu lagi ada berapa hari lagi?'
Aku jawap lagi, 'Dua minggu tu ada dalam 14 belas hari lagi.'
'Oooo..... lama lagi tu..'

Aku faham keadaan anak anak aku. Mereka sebenarnya dah boring dok kat umah waktu sekolah ni. Mereka dah tak sabar menunggu aku pulang dan untuk bawa mereka berjalan jalan. Sebenarnya aku pun tak sabar juga nak balik. Sekarang ni pun dok menghitung hari satu...satu ...aku tolak. Insyaallah minggu depan aku akan pulang bercuti. Horrey.....horrey...it a holi-holyday.....
.
Setiap kali balik memang aku sibuk sangat. Banyak benda nak buat dan masa aku di tuntut oleh keluarga aku. Mana lagi dengan hal hal aku sendiri. Alhamdulillah wife aku dah setelkan baju sekolah anak anak aku. Jadi yang selebihnye aku akan setelkan bila aku balik nanti. Berikut adalah senarai yang aku nak buat bila balik nanti. Entah lah sempat atau tidak.

1. 20th Dec nak ke Lowyat
2. Jumpa lawyer untuk setelkan rumah aku
3. Beli barang keperluan sekolah anak anak aku
4. 27th Dec Hantar anak aku balik asrama: sekolah dia buka awal
5. Ziarah my mother, sisters and brothers. Tarikh belum tetap lagi. Kira blik kampunglah. Ni termasuk ziarah mertua jugak.
6. Anak saudara nak bertunang. Kalau buat week end memang tak boleh pegi. Kalau week days ok. So kalau nak aku yang tolong cakapkan kena booklah aku pada week days..... Biasalah bab bab macam ni Paksu memang arif.
7. Pegi Ikea
8. Pegi cari buku
9. 3rd nak hantar anak dara aku balik hostel.
10. Ada member member nak jumpa untuk kaunseling...hehehehe
11. Urusan bank
12. Nak framekan my x stitch yang dah siap
13. Nak bawa anak anak ke kelas swimming
14. Yang lain2 tu adalah untuk my family pegi jalan jalan, pegi shopping atau apa apa aje.

Aku pun tak pasti sempat ke nak buat semua tuh. Nampak simple tapi pejam celik pejam celik kejap aje dah nak balik ke sini kembali. Kadang member member aku pun marah sebab balik tak call dia orang pun. Entahlah masa rasa pack and suntuk sangat. Tapi kalau kebetulan aku turun KL insyaallah aku akan jumpa korang. Dulu boleh gak jumpa and pekena nasi briani turkey. Tapi sekarang Restoran Kampung tu dah tutup. Hhmmmm......

Wednesday, December 09, 2009

It Is Snowing
.
Memang dah agak hari ni mungkin snow. Semalam sejuk gile dan suasana pulak gloomy je. Nak buat keje pun malas. Betul tanggapan aku snow telah bermula pada tahun ini. Maka bermulalah winter dengan secara rasminya. Bila aku nampak snow agak tebal dan meliputi muka bumi aku pun kata kat semua pari pari tu,' Come who ever want to take a photo with me.' Semua pari pari tu lari mengekori aku untuk bergambar. So kat luar ofis menjadi pesta gambar bergambar. Jom nengok apa yang kita buat.

Tuah memang bijak bergaya dan ambil kesempatan dengan pari pari ni. Dia tak apalah masih bujang trang tang tang. Nak amik satu tapi masalahnya semua tinggi dari dia. Kira tak cukup inci lah. Tak pe Tuah nanti aku order kasut tumit tinggi khas untuk hang make by Christine Dior. Yang ko berkenn tu cam mana?? Nak aku proceed ke merisik??

Ehem...ehem..... jangan jeles K...... Alah depa ni muda lagi. Dah macam anak anak aku.

Salji semakin lebat, dan sejuk semakin menggigit kulit. Tapi nak bergambar punya pasal sejuk pun terus hilang.

Waduh...cukup bergaya dong. Gaya mesti mau ada. Masa salji turun tu aku siap sms kat member-member aku. Salah sorang member aku kata cam nih... ' Ni sesaja aje nak kasi aku jeles kannn.' Hhehehehe......sorry lah Ghaz.... Abang Pun aku pulak kata ' Tak palah, aku kat sini dok nikmati sand flowing.....' Hahahahaha..... yelah dok kat desert mestilah sand flowing...

Waduh...aku di kelilingi oleh pari pari dari kayangan..... Hehehehe jangan mare and jeles no. Sebenarnya depa yang nak sesangat bergambar dengan aku. Aku besa besa aje....
Chicken Rice

Aku balik aje dari ofis terus ke kantin untuk makan. Rupa rupanya ada nasi ayam. Wow ..... bestnya sebab lama dah tak makan nasi ayam. Hari ni pulak lapar bedaah aku sebab sejuk gile . Nak buat keje pun dah malas. Masuk site pulak sejuk bertambah dengan angin dingin yang bertiup. Mujurlah aku pakai complete set hari ni. Tadi lepas lunch masa nak ke ofis rasa macam otak beku semacam sebab lupa nak pakai cap. Aku gagah jalan juga lah dalam kesejukan. Alhamdulillah nampak nasi ayam tadi aku sungguh ceria dan bertenaga kembali....

Tuesday, December 08, 2009

Kena Buli
.
Korang sume pernah tak mengalami situasi begini di ofis korang sume. Maksud aku situasi begini yang korang semua alami sendiri. Apakah perasaan korang sume kalau kena buli macam ni lepas tu Boss tak appreciate and buat dek aje. Bonus tak dapat apatah lagi gaji pun tak naik tapi korang dah kasi 200% efford untuk majukan company. Kalau situasi ini terjadi pada korang sume and tiada sebarang appreciation elok ajelah korang blah secepat mungkin. Hehehehe..... bukan nak jadi batu api tapi nak kasi kesedaran... hehehe. Tapi kalau dah tak de tempat lain terpaksalah tengok muka boss 12 bulan lagi kan.
Inı pulak terlebih kerja atau terlebih chatting?? Hehehehe....

Situasi di atas tu macam selalu aku nengok and terperasan tanpa henti. Di mana ye peristiwa ini selalu berlaku??? Hhhmmmm....... lupa ye..
.
Sekarang dah hujung tahun. banyak duit nak pakai. Terutamanya pada parents yang ada ramai anak anak nak sekolah seperti aku ni. Mesti sekarang dok kira kira berapa bonus nak dapat dan berapa persen gaji nak naik kan. Tapi kalau company atau boss buat muka toya aje atau dont know korang sume kena faham faham aje lah. Yang penting perut sendiri mahu di isi dari mengisi perut orang lain dulu. Hehehehe....memang dah tak ada ikram dah nih...... Aku pun dah lama tak merasa bonus...huhuhuhuh...