Posts

Showing posts from 2007
Image
My Beloved Children Inilah gambar anak anak aku. Nak ambil gambar depa ni dah lama tapi selalu aje tak jadi. Bukan senang nak organisekan bebudak ni. Kejap yang ini dah siap tapi yang lain belum siap. Lepas tu bila yang itu dah siap yang awal tadi baju dah senget. Kadang bila nak ambil gambar depa ni boleh darah goes upstair. Aku kalau dah tak makan saman mulalah aku beliakkan mata dan jerit skit baru semua duduk diam macam siput. Tapi aku tak adalah macam tu......hehehehe. Sekali sekala tu kenalah juga guna kuasa veto. . Mai aku kenalkan anak anak aku satu persatu bermula dari kiri ke kanan menghadap gambar. Itu anak dara aku yang sulung iaitu no 3 dalam keluarga. Nama dia Nisa Balqis. Aku panggil dia Kiss tapi kawan dan guru sekolah panggil dia Nisa. Bila aku nak menyakat aku akan panggil Nasi Bungkus dan lepas tu dia akan jeling tajam. Dia akan tinggal di asrama pada 8th Jan ni di Sekolah Menengah Sains Ulu Selangor. Semalam dah belanja sakan untuk keperluan dia. Beli kasutlah...b
Image
Melawat Ke Taman Burung - Kuala Lumpur . Hari ini aku ajak anak-anak aku ke Taman Burung. Ini lah kali pertama hendak ke sana. Dah banyak kali tiba di kawasan ini sebab aku suka melawat taman orkid di sebelah. So aku rasa eloklah kesana. Baqis dengan Safwan malas nak ikut. Balqis rasa itu tempat budak budak Maklumlah dia dah semakin besar. Safwan pula tak nak ikut sebab tak sanggup miss cerita cina. Bagi aku baki week end yang ada inilah nak di gunakan sebaiknya dengan anak anak aku sebelum aku outstation . Tiket RM12 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak kanak 3-12 tahun. Jumlah kami anak beranak RM48 sahaja. Aku nak ambil gambar sebanyak mungkin di sini. Sebenarnya banyak tempat di sekitar KL ni yang aku belum lawati. Tapi dah lebih 20 tahun aku tinggal di sini. Itulah orang kata negara jauh boleh pegi tapi yang depan mata tak sempat sempat. Betul juga tu. Jom kita tengok apa yang ada disana. Ni gambar anak anak aku 5 out of 8. Kami bergambar di pintu masuk. Kalau lihat dari luar nampak m
Image
Jom ke KLCC Mandi Manda . Pagi tadi au ajak anak anak aku mandi manda di KLCC. Memang dah lama mereka teringin mandi di sana terutama anak anak aku yang masih kecil. Jadi aku pun nekad pagi ni mesti pergi. Pagi lagi nenek mereka siap buat bihun dan nasi goreng. Balqis malas nak ikut. Mungkin dia rasa dah dewasa. So aku ajak Wan dan Ubai untuk ikut sama. At least depa dapat jaga adik adik mereka sama. . So far memang aku tak ada gambar KLCC. Orang kata yang jauh boleh pegi tapi yang dekat tak sempat. Pelik kan. Pada hal opis aku di sini jugak. Sememangnya garden ni menarik untuk riadah. Kalau rajin boleh joging. Kalau lagi berani boleh berasmara dana. Cuma aku rasa perlu ada nama khas untuk taman ini. Elok juga kalau nak panggil 'Taman Kayangan'. Itu aku cuma sugest saja. . Suatu ketika dulu aku pernah di tawarkan untuk join KLCC. Finally aku tolak. Masa tu KLCC pun masih under construction. Memang bukan rezeki dan pada masa tu juga aku mula join untuk buat projek oil & ga
Image
Anugerah Cemerlang UPSR Sekolah Kebangsaan Ulu Selangor . Semalam 15hb December di adakan anugerah cemerlang bagi pelajar yang mendapat 5A bagi sekolah kebangsaan daerah Ulu Selangor. Ada seramai 311 orang murid yang mendapat anugerah tersebut daripada lebig 15 sekolah kebangsaan. Ini adalah salah satu majlis yang di anjurkan oleh Ahli Parlimen daerah Ulu Selangor, Datuk G. Palanevel. Seorang murid dapatlah seorang RM 100. Jadilah beda beli pakaian sekolah. Tapi anak aku siap cakap untuk dia beli coklat dan belanja adik beradik. Oklah tu. Para ibubapa beratur untuk mendaftar. Semua ibubapa turut bersemangat dengan kejayaan anak masing masing. Murid murid sedang menunggu untuk mengambil imbuhan RM100 Ramai parents yang hadir. Sampai tak cukup tempat Anak aku Nisa, bila aku nak ambil gambar terus sorokkan diri sebelah kawan dia yang paling rapat Sabrina Itulah Datuk...Ai dah dekat election ke??? Datuk dok beri ucapan motivasi..... tak adalah ucapan berbau politik. Kira ok lah Murid-m
Image
Tak Ternilai Kasih ibu . Orang kata aku lahir dari perut ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma! Bila bangun tidur, aku cari.. ibu Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Bila nak bermanja.. aku dekati ibu Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu Bila nakal, yang memarahi aku ..ibu Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu . Aku selalu teringatkan ..Ibu Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu!" Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu Bila merajuk, yang datang pujuk aku jug
Image
Dunia dan Keyakinan . Orang yang bernikah ingin kan anak. Walau tak ramai satu pun jadi. Orang kata anak penyeri rumah tangga dan kalau tak ada anak akan sunyi suasana. Ada orang mempunyai anak ramai dan ada yang mempunyai anak sedikit. Ada yang mempunyai anak anak perempuan sahaja dan ada yang mempunyai anak anak lelaki sahaja. Yang tiada anak lelaki inginkan anak perempuan juga dan yang mempunyai anak perempuan inginkan anak lelaki juga. Sesungguhnya anak adalah pelengkap keluarga. . Ada pasangan yang sukar dapat anak. Nak dapat satu pun susah. Berbagai iktiar di jalan kan. Ada jumpa dukun, ada jumpa bomoh. Ada jumpa doktor dan ada jumpa pakar. Walau beribu ringgit perlu di keluar, tidak menjadi hal sebab anak adalah peyambung zuriat. Orang kata anak anak itu adalah rezeki dari tuhan. Atas kuasa tuhan untuk menganugerah anak. Yang penting adalah usaha tanpa henti. Orang perempuan sensitif kalau tak beranak. Takut di gelar mandul dan tak subur. Takut di sindir mertua dan takut suami c
Image
A Visit to Orchid Garden, Kuala Lumpur . Sebenarnya visit ni dah setahun, cuma sekarang ada sikit masa untuk cerita serba sedikit dalam blog ni. Kalau orang yang masih tidak tahu di mana Taman Orkid ni, ia terletak di atas bukit bersebelahan dengan Masjid Negara dan sebelah dengan Taman Burung dan Taman Rama-Rama. Aku suka tempat ini sebab sunyi dan nyaman. Sekali sekala terdengar bunyi burung burung dan serangga. Ada juga beberapa orang yang suka berjogging di sini. Setiap week end memang ramai dengan pelancung tempatan dan luar negara. . Yuran masuk ke sini tak mahal. Kalau datang pada hari bekerja free saja. Tapi kalau datang pada hujung minggu kena bayar RM1. Taklah mahal mana pun. Bukan apa at least duit tu dapat di gunakan untuk maintain pokok pokok dalam tu. Apabila masuk saja kita di paparkan dengan tumbuhan tropika seperti pokok pun dan paku pakis. Terdapat berbagai jenis pokok paku pakis. Dan juga banyak potted orkid di hias di sepanjang pergola dan kolam buatan. Memang menar