Tuesday, November 29, 2011

An Odessy To The Land Of Anbia



Aku dah lama nak ke Mesir. Aku amat tertarik dengan sejarah tamaddun Mesir dan kisah kisah para anbia yang bermujahaddah berjuang untuk agama Allah Taala. Banyak iktibar yang boleh diambil di sini untuk menjadi pedoman pada kita umat akhir zaman. Semasa aku berkerja di Sdan aku telah merancang untuk ke sana tapi apakan daya Allah tak izin. Tapi aku masih menanam niat yang kuat di sanubari ini moga moga Allah tunaikan juga niat aku ni.

.

Bila anak aku Safwan pergi ke Egypt untuk sambung belajar aku rasa amat terkilan kerana aku tak sempat untuk menghantardia di KLIA sebab aku masih nerada di lar negara. Tetapi aku telah berjanjai kepada dia yang aku akan pergi ke Egypt pada bulan Disember insyaallah. Apabila aku dapat tahu bahawa anak aku cuti selama 10 hari pada Aidil Adha, tanpa berlengah lengah lagi aku terus membuat tempahan tiket untuk ke sanan.

.

Pada mulanya aku contemplating siapa yang perlu aku bawa. Finally aku bawa Ubai dan Hadi untuk urut serta sebab yang lainnya masih lagi bersekolah. Tiket semuanya dalam RM 7200 lebih. Tak apa tenyeh credit card aje. nanti bayo...hehehe. Aku telah menempah untuk kesana pada 3hb November flight 10 malam, Egypt Air. Bagussnya Egypt air sebab bagasi di benarkan untuk di bawa seorang 46 kg serta hang luggage seberat 8kg. So kami bertiga bolehlah korang imagine berapa berat kami boleh bawa.

.

Aku contact anak saudara aku yang berada di sana untuk uruskan tempat tinggal semasa d Alexandria dan aku telah hubungi Uzair untuk uruskan tempat menginap semasa di Cairo. Semasa masuk saja ke dalam Egypt Air aku agak terperanjat sebab pesawat memang best dan makanan pun best. kami transit sebentar di bangkok sebelum menyambung semula perjalanan ke sana. Di dalam fikiran aku tak ada apa apa yang best aku expect tapi aku dah expect for the worst. Nanti ikutilah cerita aku seterusnya di dalam lambaran seterusnya mengenai perjalanan aku di Egypt.
My Garden Is Blooming

.

Betapa seronok and indahnya apabila pokok pokok di taman sudah mula mekar bunganya. Berbagai warna dan corak punga akan kelihatan. Ada yang berwarna merah. Ada yang berwarna ungu dan ada juga yang berwarna merah jambu. Bila bangun pagi melihat bunga bunga yang menguntum dan di belai pula oleh kumbang kumbang, memang syahdu and best di rasakan. Ada banyak lagi aktiviti di garden ni yang perlu di laksanakan. Masih ada anak anak benih yang perl di ubah. Ada daun daun reput yang perlu di pangkas. Ada creepers yan perlu ti tarik dan letak di atas rak. Ada juga tanaman yang perlu di ubah ke pasu yang lebih besar. Semuanya memerlukan masa aku yang terhad ini.



Pokok haliabara aku ni bersilih ganti mengeluarkan bunga. Bila bunga sudah banyak memang menarik sekali di lihat. Sekali sekala terpaksa membuang ulat berluncas yang menggulungkan diri pada helaian daun. Satu satu perlu di perhatikan supaya pokok sentiasa segar dan menghijau.



Ini lah dia spider plant yang aku beli tiga bulan yang lalu. Sekarang sudah banyak anak anak yang aku semai. Dulu aku ada juga tapi ini spesis yang berbeza. Searang ruang hadapan rumah tak lagi menjadi laluan utama. Jadi senang pokok ini membesar tanpa di ganggu gugat.

Ini lah pokok Ivy yang menjadi kebanggaan aku. Sudah berkali kali aku cuba membela pokok ini tapi tak bertahan lama. Ia akan hidup buat sementara waktu dan akhirnya daun nya akan lau seolah olah di bakat. Puas aku fikirkan untuk selesaikan masalah ini. Sekarang aku dah tahu. Pokok in perlukan suasana yang redup dan sejuk dan pastikan air yang di siram tidak banyak. Sebenarnya pokok ini hanya sesuai untuk negara sejuk sahaja. Bila dah berjaya menjaga pokok ini rasa seronok pula nak tambah. Aku beli cuma RM8 di sungai buluh.


Pokok ini adalah sejenis creeper dan bunganya seperti Morning Glory. Yang berbeza adalah dia mempunyai daun yang lebar dan cantik manakala bunganya pula berbnga dalam suasana berangkai. Setiap waktu kmbang akan hinggap dan masuk ke dalam bunga tersebut untuk menhisap madu dengan sepuas puasnya. Wife aku ingatkan tebuan.... Tapi aku sudah jelaskan bahawa hidupan yang berterbangan dan berwarna hitam itu adalh kumbang. Biarkan saja bunyi bbbzzzzzzdari sayapnya sudah seronok untuk di nikmati.


Aku tak pasti apa nama pokok ini. Dulu aku beli anak satu polibag. Kemudian aku semai di dalam pasu pasu. Sekarang dah banyak. Aku sedang berfikir untuk mencari waktu yang sesuai untuk di tanam di sekeliling kolam teratai. Rasanya ok juga dan untuk menjadi halangan kepada anak anak aku yang kecil dari terjatuh ke dalam kolam teratai.


Inilah dia heliconia sexy pink yang baru berjinak mengintai ke dunia baru. Pokok ini kadang mengambil masa yang agak lama untuk berbunga. kalau batangnya rosak atau tidak matang perlu di pangkas untuk mengeluarkan tunas yang baru yang lebih besar dan kuat. Pokok ini aku beli bertahun tahun yang lalu tapi masih lagi setia untuk di miliki.


Aku tak tahu apa nama pokok ini tetapi aku beli di IKEA minggu lepas. Sudah lama aku mencari. Aku akan ubah kepada pasu yang lebih besar dan apabila sudah besar dan matang aku akan letak di court yard aku.

.

Sebenarnya sesiapa sahaja boleh menjadikan tanah sekangkang kere sebagai taman yang indah. Cuma perlu ada sedikit imaginasi dan rajin unuk menjaga seperti menjaga anak sendiri. Tiada alasan untuk di katakan tangan tak sesuai atau tangan panas. Pokok pokok juga seperti manusia macam kita yang memerlukan mineral dan vitamin untuk hidup sihat. jadi janganlah kedekut untuk memberi baja sebagai makanan kepada tumbuh tumbuhan.

Chef At Home

.




Inilah masakan aku untuk lunch semalam. Lama aku tak masak western. Hasilnya nak tahu ke??? Mestilah best kan. Resepi mana aku cilop?? Mestilah buat sendiri and tak ada tiru sape sape. Bila masuk dalam oven setelah beberapa minit baunya semerbak betul memenuhi rumah aku. Sekali sekala tu nak jugak masak. Tapi masak ni kena ada mood kalau tidak memang malas.

Wednesday, November 16, 2011

Mandi Laut di Tanjung Rhu










Kali ini bila nak mandi di laut aku bawa anak anak aku ke Tanjung Rhu. Walaupun air tak berapa jernih seperti di Pulau Tioman atau Pulau Perhentian, tetapi suasananya yang hening memang best. Orang tak ramai dan pantai nya panjang dan luas. Agak dua kilometer terdapat pulau pulau yang kecil yang di sambung dengan dataran pasir semulajadi. Di sini terdapat juga hotel bertaraf antarabangsa. Aku sempat juga membawa anak anak aku bermandi manda di sini. Aku pun turut mandi sama sebab nak lepas gian. Sudah lama aku tak bersiram di sini.
Melancung ke Pulau Langkawi





Balik saja dari assignment aku terus balik kampung petang tu. Keesokan harinya terus kami belayar ke Pulau Langkawi. Aku nak cerita tentang our excursion to Langkawi ni lama dah tapi baru malam ni tercapai hajat. Ok aku sambung semula. Hotel Century Condo aku dah tempah selama dua malam awal lagi. Wife aku tak ikut sebabdia nak rehat. Jadi aku bawa bersama sama aku tiga anak dara dan empat anak teruna.

.

Sampai saja di Jetty Kuah aku terus sewa kereta toyota Innova untuk muatkan kami sekeluarga. Anak dara aku yang sulung dan no dua cuma nak shopping and lepak kat hotel sahaja sebab nak bacabku, exam belum habis. Ok..... Tapi yang lain memang ikut kemana sahaja pelan aku. Tak banyak tempat yang kami melawat sebab sudah beberapa kali kami datang ke Pulau ini. Paling best adalah shopping choclat sebab di sini teramat murah kalau di bandingkan dengan tanah besar. So banyaklah choklat yang aku beli. Tersilap sebab aku dah habiskan duit aku beli choklat kat KLIA...huhuhuh.

Wednesday, November 02, 2011

Jamuan Hari Raya


Almost every year kami buat jamuan hari raya atau ope house untuk sahabat sahabat anak anak aku. This year kami buat pada 10hb September dan kebetulan jatuh pada birthday Shamim. Belilah kek sebiji untuk di raikan. Sekarang harga kek pun dah mahal. Nak buat sendiri pun dah tak sempat. Mula mula tu ingat nak buat catering aje. After few thoughts lebih baik masak sendiri. Aku pun bergegas ke paar pada hari sebelumnya untuk membeli barang keperluan dan malam tu aku terpaksa bersengkang mata untuk masak. Aku buat laksa utara, masak lauk merah ayam' daging hitm baiduri and nasi minyak jinta putih. Alhamdulillah semuanya cukup and habis.












Next year insyaallah boleh di usahakan lagi. Sekarang aku dah ada di Malaysia baru mudah untuk menyelengarakan sesuatu aktiviti.
Bersama Dengan Member Kamceng


Inilah sahabat rapat aku yang satu kepala and idea. Aku rasa sekarang dia dah selamat tiba di Jb dari Jeddah. Tapi aku nampak dalam gambar dia lebih besar dari aku kan. Dulu dia kecil dari aku. Hehehehe....yelah fizikal pun berubah selari dengan waktu.

Rumahku Duniaku


Alhamdulillah akhirnya rumah aku dah siap yang bekonsepkan 2 in 1. Sebenarnya rumah aku ni dah siap sebelum raya lagi. lama dah nak update dalam blog tetapi dah kena block masa aku di Turkmenistan, maka hasrat untuk undatekan blog tak kesampaian. Sekarang aku dah di Malaysia and assignmentdahselesai bolehlah aku aktifkan kembali blog aku ni. Untuk peminat blog aku ni rajin rajinlah berkunjung ke sini semula. Segala comment nanti saya akan jawp kesemuanya insyaallah.



Hajat untuk aku memiliki granfather's chair akhrnya tercapai juga. Mula mula tu nak juga cari warna floral, fikir fikir balik lebih baik ambil yang rustic color baru best dan mengancam. Lamp shade tu aku suruh my friend belikan untuk aku. Yang bestnye wan post atau courier lebih mahal dari harga lampu.



Armed chair ni aku beli kat fella. Warna cream ni better and bila blend dgn warna grayish brown pada wall tu memang mengancam. Hehehehe....puji diri skit. Apa salahnyakan setelah penat menyempurnakan hajat. Bunga ros tu aku beli di SSR jalan Tunku Abdul Rahman. Sekuntum hargaya RM10. Banyak lagi pilihan yang lain tetapi bila nampak saiz vase yang sedia ada elok beli bunga yang panjang.


Aku tak tahu apa nama pokok yang merendang di pegola aku ni. Warna purple kalau mengarmemang menarik. Satu lagi tu seperti bunga morning glory. Setiap pagi ada sahaja kumbang kumbang yang berlegar untuk menghisap madu. Sekali aku dedang pruning ranting tetiba ternampak sarang labah labah sebesar penumbuk aku. Dah sah aku telah mengundang sahabat sahabat alam untuk bermain di garden aku ni.


Pada court yard aku pula aku beli buian yang berharga RM700 untuk kami melepak sambil menghirup udara segsar. Aku beli javanese and yellow pam untuk menyegarkan lagi suasana sekeliling. Tu anak dara aku dengan sahabatnya semasa majlis jamuan hari raya.


Inilah dia ruang tamu rumah aku yang sudahlengkap. Aku jadikan ruang ini untuk golongan adam. Ada satu lagi untuk golonga hawa. Bila aku bercuti dengan begitu lama, banyak lagi projek projek yang aku akan buat dan berharap semuanya tercapai. First think aku nak kena beli mesin jahit baru.