Posts

Showing posts from June, 2011
Image
Piano Lesson Jumaat lepas aku bawa anak aku ke klass piano mereka. Sebelum ni wife aku yang menghantar. Since aku ada umah biarlah aku yang uruskan. Aku pun sama sama masuk ke bilik piano untuk melihat sendiri bagaimana mereka belajar. Hari tu ingat nak beli piano untuk mereka. Tapi bila lihat keadaan rumah yang serabut ni eloklah tangguh dulu buat sementara waktu.
Image
Aku Beli Carpet Last week aku ajak Hadi ke KL. Sementara tunggu Ubai sampat kat perhentian Putra kami ronda ronda ke Jalan TAR. Ingat nak beli carpet. Aku singgah di kedai satu tu dan terus belek belek karpet. Bila rumah dah luas bilangan carpet pun bertambah. Belek punya belek aku beli dua helai karpet. Tawar punya tawar aku dapat RM1300. Besar jugalah carpet ni. 6 tahun lepas aku beli carpet yang serupa di City Square dengan harga RM1000 sekeping. Kira yang aku beli ni murah la. Tapi tak pakai lagi sebab rumah masih berdebu dan belum siap. Agaknya raya baru pakai kot.
Image
My Gate Inilah pagar yang aku tempah semalam termasuk dengan grill. Grill aku buat biasa aje ikut pattern tingkap. Tokey tu kata dalam masa dua minggu boleh siap. Semua sekali RM3500. Tanya wife aku dia pun berkenan kira oklah. Ni lah last assignment aku semalam balik kali ni. Lepas tu wife aku pula kena take over. Sian kat dia....
Image
Jom Buat Pancake Week end baru ni aku buat pancake sebab anak anak nak makan. Tak susah pun nak buat. Ambil telur and pukul dengan butter. Lepas tu masukkan tepung and baking powder atau sodium bicarbonate. Biar buat sementara and lepas tu tuang dalam pan seperti di bawah. Aku pun tunjuk skill aku pada anak anak aku terutamanya Yusuff bagaimana aku melambung tinggi pan cake tu. Yusuff ketawa kerana sangat suka. Kadang anak anak aku macam tak percaya yang bapa mereka ni memang pakar masak...hehehehehe.
Image
Interchange Bandar Sg Buaya Hari Ahad lepas ada perasmian pecah tanah untuk project interchange bertingkat Bandar Sg Buaya dan di rasmikan oleh Menteri Kerjaraya. Maaf ye aku dah tak ingat sapa mamat tu. Najib datang atau tidak aku tak berapa sure. Isu ni dah lama sangat tak selesai. Bila datang waktu mengundi tabur janji manismu lagi pasal isu ni. Lepas tu habuk pun tak ada. Sekarang aku dengar kabo lepas ni construction akan bermula dan siap dalam masa dua tahun. Bagi aku lama sangat masa nak siap. Pada pandangan aku, dah siap depan mata baru boleh percaya. Kadang rasa isu ni dah jadi sendiwara politik.
Image
Lets Gardening Satu pagi tu aku dah fix untuk gardening. Macam macam aku buat. Pokok buluh yang aku letak dalam pasu biru tu aku ubah ke pasu plastic and aku letak di sebelah pintu gerbang. Hari ni mereka dah segar bukan Risau juga takut mati. Pokok poko yang aku tk sempai nak usik tunggu aku balik raya nanti lah. Bila rumah tak siap plan apa pun tak dapat nak fikir sangat. Inilah dia variasi kemboja aku yang aku semai dua bulan yang lepas. Sekarang dah tumbuh sihat dan segar bugar. Tapi yang mana satu warna aku kurang pasti. Ingat nak tanam dalam pasu tapi rasanya baik aku tanam di atas tanah dan untuk prevent dia from growing too high baik aku bonsaikan aje. Lagi cantik bantut dan rendang. Ini pula pokok getah india yang baru aku semai. Yang di luar tu dah besar. Aku ingat lagi aku beli dua di IKEA. Aku semai ni sebab nak buat indoor plan. Bila dah penat buat garden mesti lah dahaga. Wife aku tak lupa untuk sediakan air teh o limau ais. Baru hilang rasa dahaga .
Image
A Visit To Sg Buluh . Last week aku ke Sungai Buluh. Niat di hati nak beli pasu besar untuk aku semai pokok kemboja. Akhirnya aku lupakan saja hajat tersebut. Aku cuma beli sepohon anak pokok kedondong sahaja yang belum lagi di tanam. Oleh kerana rumah pun tak siap lagi elok aku releks dulu. Pokok bunga kertas ni pun hampir Rm6o. Mahal bukan main. Tapi memang cantik merendang. Nak cari yang biasa di jual satu beg RM5 pun dah susah dan semuanya semakin meningkat harga. Bunga Antorium ni lebih besar dari tapak tangan aku. bila nengok memang aku rasa luar biasa sikit pokok ni. Saja aku tanya harga rupanya RM 60. mahalnya mak datuk. Nanti murah lah tu. Aku rasa benih ni datang dari Thailand. Inilah pasu pasu yang aku belek belek dan tak jadi nak beli. Harganya sekarang semakin melampau lampau. Aku rasa baik aku tanam di atas tanah saja pun cantik. Tapi dengan Yusuf yang lasak ni aku kena berhati hati bila tanam di tanah. Nanti semuanya boleh jadi tunggang langgang di kerjakan oleh yusuf.
Image
Sometimes You Can Go Against The Rules!! Satu hari tu aku tersa nak buang air kecil. Dah tak tahan rasanya. Bila aku parking aje kereta kat station Petronas tu anak aku Hadi, dah masuk dulu ke tandas dan terus lock. Aku nengok tandas wanita kosong tak ada orang. Apa lagi aku terus meluru dan lock pimtu luar dan pintu dalam. Aku rasa mesti tak ada orang yang akan masuk buat masa tu. Sedang aku dok kusyuk tetiba pintu tandas telah di honggah sekuat hati. Ada dua wanita berbual sesama sendiri dan aku rasa yang seorang tu dah nak terkutil gitu. Aku buat dek aje. Bila selesai aje aku terus buka pintu dan terpandang dua wanita tersebut tercegat kat pintu. Bila mereka terpandang aku terus mereka dua menjerit. Dengan selamba aku berkata, 'Gua sorry ye...'.
Image
Akhirnya Sampai Jua Aku di Sini Aku dah lama berangan nak ke rumah Pokku. Bila plan aje mesti tak jadi. Kadang jadual cuti tak sama dan kadang dia tak ada kat umah. Tapi baru ni masa hantar anak aku balik ke Dungun sempat juga bertandang ke rumah dia. Itu pun ada hal juga yang terkandas buat sementara waktu. Tetiba hp aku habis bateri. Tension aku. Terpaksa mencari kedai talipon untuk mencari phone charger pada kereta. Singgah pinggiran kemaman sekejap untuk cari benda ini. Alhamdulillah jumpa and tunggu sekejap baru dapat call Pokku semula. . Sampai saja rumah dia, terus di hidang dengan nasi and mee sup. Omboi dinner awal kami kat situ. Waktu tiba pun dah dekat pukul 6.30 petang. Rumah Pokku memang beso macam rumah Datuk Datuk gitu. Design pun ok sebab ventilation is very good. Oleh kerana kesuntukan masa tak dapat nak lepak lama lama. Kalau tidak nak aja aku tido kat umah dia aje. Sebelum balik sempat juga aku ambil benih pokok kemboja maroon color yang aku dah tanam berkali kali
Image
Makan Kenduri Sopiah Tu gambar anak anak aku dengan cousin mereka. Weh... dah ramai orang berbaris nak makan. Thats my mummy dengan my niece. On the 11th June aku attended kenduri cousin aku sebab anak dara sulung dia nikah. Alhamdulillah kami sekeluarga pergi. Kecuali abang aku, Din. Aku cuma bawa anak naka teruna aku kesana sebab pertama sekali nak pegi ziarah Wan di Kuantan dan nak hantar Ubai. Second, wife aku tak dapat datang sebab rumah tak ada sapa nak jaga and dengan kerenah anak anak kecil aku tu better wife aku rehat kat umah. . Aku jumpa cousin aku tu masa orang telah ramai bertandang nak makan. Malangnya aku tak sempat nak bergambar dengan cousin aku tu bersama suaminya sebab terlupa. Sopiah, kalau hang baca blog aku ni terima kasih banyak banyak atas undangan kenduri and selamat terima menantu. nanti aku pi mlain umah hang sebab masa tu aku sibuk sangat.
Image
Shopping di IKEA Aku pegi shopping di IKEA lagi. Dan aku adalah salah seorang yang kasi tokey IKEA tu kaya raya. Bila rumah dah beso banyaklah barang yang perlu di beli dan untuk di sisi pada ruang yang kosong. Dulu anak anak aku sharing the rooms, tapi sekarang dah dapat sorang satu. Jadi segalanya serba baru. Yang terpaksa pakai perabut lama dan kelengkapan yang lama nasib la. IKEA ni sebenarnya bijak memerangkap pengguna. Masuk aje mesti poket tiris walaupun sedikit.
Image
Mandi Manda di Hulu Yam Dalam aku sibuk walau macamana pun aku tetap kena beri masa untuk anak anak aku walau seketika. Wife aku kata bawalah bebudak tu ke Hulu Yam pegi mandi manda. Jadi hari Khamis lepas aku pun ajak anak nak aku pergi. Yang beso dah tak nak ikut. Cuma Ikhlas, Adah dan Yusuff saja yang beria beno nak ke sana. Pagi lagi pukul sembilan aku bawa mereka pergi. Air bukan main sejuk. Aku nak mandi pun rasa tak sanggup nak berendam. . Sebentar kemudian aku nampak semakin ramai orang yang datang. Maklumlah cuti sekolah. Tetiba aku nampak family ni datang bawa dua ekor anjing untuk mandi manda. Bagi aku perkara ni no hal. Aku tak naklah jadi orang Islam yang jakun hukum kan. Tapi aku dah agak mesti ada orang yang jakun agama nak komplen. Tetiba datang senior citizen suami isteri membawa cucu cucu mereka berkelah. Aku pun bersalam dan bertegur sapa juga lah. Tetiba dia ternampak keluarga tadi yang memandikan anjing mereka. Kemudian dia kata cam ni kat aku. "Apalah dia or
Image
Buku Lagi Ini dia koleksi buku terbaru aku yang aku beli di Armcorp Mall. David Baldaci tu dah biasa baca tapi bahasa dia aku tak berapa suka. Apa apa pun layan aje lah. Mark Gimenez so far aku dah baca dua buku dia yang very good. Cuma bahasa and the way he writes aku tak berapa berkenan sebab lain dari author yang lain. Tony Park ni aku baru aje nak cuba. Anyway layan ajelah kat sana nanti kan.
Image
Folk Art Korang tahu tak Folk Art? Kalau tak silap aku folk art ni sangat sesuai untuk English Deco. Masa aku kat Armcorp Mall sementara menunggu anak anak dara aku habiskan burger mereka, aku ronda ronda sekejap kat tingkat 3. Sekali tu aku terserempak dengan kedai ni yang mengajar cara cara nak buat Folk Art. Surprisingly he is a Malay guy. Packagenya not that bad. Aku pun ambil brochure dia manalah tau bila balik nanti aku boleh lepak kat situ sambil belajar Folk Art pulak.
Image
Jom Cari Sofa Besok paginya adegan pertama adalah mencari sofa baru untuk rumah aku yang sedang di ubahsuai. nak tahu progress rumah aku masa aku tiba dari airport, akan aku ceritakan nanti. Pagi Ahad tu aku ajak anak anak dara aku ke Fella Design kampung Subang untuk mencari sofa. Aku belek dalam the Star ada sale. Tapi bukan jualan gudang. Pukul 10m pagi kami dah pergi kesana. Ada dekat sejam aku dok membelek sofa dan arm chair. Dalam kepala otak memang dah ada design and plan apa aku nak buat. . Banyak sangat choices sampai kelabu mata nak pilih. Tanya anak anak aku macam biasa aje nereka jawap ikut suka aku. Setelah puas membelek dan duduk, try test cuba akhirnya aku beli sofa dan armed chair seperti dalam gambar. Hari ini baru aku suruh depa hantar sebab rumah berdebu sangat. Nak tahu berapa aku spend??? Memang banyak, tapi apalah sangat nak berkira kan. Janji aku tak kacau orang and hati aku gembira...hehehehe
Image
Baru Nak Blogging Semula Sudah hampir dua minggu aku bercuti. Masa berjalan terlampau pantas bagai sekelip mata. Niat di hati memang merindui untuk update blog aku ni. Kadang risau jugak blog aku ni dah jadi ketegori sawang lelabah. Mahu tak mahu semangat kena kuatkan selalu. Banyak cerita yang aku nak kongsi di sini and harap harap semunya aku dapat terapkan di sini. Oleh kerana masa terlalu suntuk sebab selasa aku dah nak balik ke negara ajaib, insyaallah semua tulisan dapat di laksanakan. . Masa balik hari tu pada 3th June, semangat memang dah berkobar kobar untuk meninggalkan negara ni. Sehari aku minta Murad tolong melayan permintaan aku. Tepat pukul 5 petang aku sudah berada di airport. Dengan amat terperanjat flight delay sehingga pukul 3.00 pagi. Alamak, memang aku tension. Flight ni kalu dah delay memang compom tak ada supply hotel and makanan Maklumlah low class punya airline. Aku call Murad suruh dia hantar aku semula ke staff house. Pukul 12.30 pagi buta Murad datang menje
Image
Clive Cussler - Inca Gold Alhamdulillah setelah hampir dua minggu aku mentelaah buku ni, semalam habis sudah. Cerita kira ok gak la. Nanti aku akan beli lagi buku Clive Cussler ni. Pernah aku baca buku dia dulu tapi banyak bercertia tentang kapal...bengong juga sekejap sebab susah nak imagine the detail. Esok aku dah nak berlepas ke Malaysia and aku dah berjaya habiskan 5 buah buku. Next trip nak bawa buku non fiction pulak. Kalau nak bawa buku fiction mungkin satu dua aje.