Thursday, October 29, 2009

The Proposal - Best.....


When high-powered book editor Margaret faces deportation to her native Canada, the quick-thinking exec declares that she's actually engaged to her unsuspecting put-upon assistant Andrew, who she's tormented for years. He agrees to participate in the charade, but with a few conditions of his own. The unlikely couple heads to Alaska to meet his quirky family and the always-in-control city girl finds herself in one comedic fish-out-of-water situation after another. With an impromptu wedding in the works and an immigration official on their tails, Margaret and Andrew reluctantly vow to stick to the plan despite the precarious consequences.
.
Hari ni aku ingat nat mula baca cerita The Prodigal Daughter by Jeffrey Archer. Tapi lepas sembahyang isyak ingat nak goreng keropok dengan rice cooker aku tu. Bila di fikirkn rasa malas pulak. Aku pun pick up buku tu ngat nak baca sambil baring atas katil. Lepas tu boleh lah hafal vocab and biar terus lena aje. Tetiba ingat nak nengok movie pulak yang member aku baru kasi. Aku buka satu satu tapi rasa macam tak best aje until aku buka cerita The proposal. Start aje aku nengok dah macam best aje. Cerita lebih kurang macam Devil Wears Prada. So layan aje lah. Rupanya ceritani memang best. Tersengeh aku sorang sorang dalam bilik. So sapa yang belum lagi nengok cerita ni aku recommend la tapi tak ada action cuma about family, friends and relationship. Tapi memang best...............

Wednesday, October 28, 2009

Washing Machine - Rosak Lagi....Errrgghhhh...



Wife aku beritahu mesin basuh rosak lagi. Dah dekat 5 tahun umur dia. Aku ingat lagi masa tu tahun 2005, aku sedang bekerja kat Denmark. Aku surh beli front loading sebab rasanya lebih bersih. Beli yang besar Samsung. Tapi sejak setahun kebelakangan ni asyik rosak. Dah dekat RM1500 wife aku perbaiki. Yang terakhir tu masa bulan Ramadhan lepas. Baru sebulan lebih dah rosak lagi. Apa da.... Bila talipon Cina tu, lepas check dan sebagai dia kata mau lagi RM550. Mesin tu nampak masih brand new. Sayang sangat. Tapi dalam keadaan macam ni aku kata kat wife aku beli baru aje. Senang, habis cite. Mesin lama tu suruh pekedai tolong angkat letak kat rumah aku satu lagi. Finally wife aku kata nak beli yang Top Loading sebab tahan lama dan senang nak repair. Aku kata ikut awaklah sal awak bahagia.....
My Mushroom Soup


Hari ni lepas subuh kat surau, macam biasa aku terus ke canteen for breakfast. Semalam tidur lewat sebab asyik berborak dengan abe aku. Macam macam yang kita orang borak tapi tak ada lah gosip artis. Lepas breakfast aku balik ke 'Gua' terus lena. Nak Kado tidur kononnya. Aku di kejutkan oleh deringan talipon. Wife aku call. Macam macam cerita. Lepas tu aku terus bangun dan mandi. Jam dah dekat pukul 10.00 pagi. Hari ni public holiday lagi so aku tak kerja. Then terfikir nak buat mushroom soup sebab cendawan aku dah beli ahad lepas, kalau tak guna nanti rosak. Aku memang suka mushroom soup. Lagi pun di sini, cendawan tiram ni baru RM5 sekilo. Murah gile. Yang pelik tu apasal dia hanya muncul waktu winter aje??....hhmmmmm....

Tuesday, October 27, 2009

Dont Disturb - Man At Work


Macam biasa, bila aku menulis dalam blog aku, aku tak akan sentuh, cerita atau merungut langsung pasal kerja aku. Bagi aku blog ni biarlah bebas dari serabut kerja aku seharian. Sudahlah di ofis dah banyak cerita pasal gosip kerja tak kan bila lepas ofis hours nak cerita pasal kerja jugak kan. So aku dah decide after ofis hours adalah masa aku sendiri untuk aku nikmati nikmatnya hidup ini kalau terpisah dari segala tekanan.
.
Sekarang aku nak berceloteh apa yang aku buat bila aku tinggal di dalam gua (bilik) aku ni. (Pinjam kejap istilah 'Gua' yang di popularkan oleh isteri member baik aku tuh; kalau member aku tu baca mesti dia ketawa berdekah dekah). Nak tau pa aku buat dalam gua aku?

1. My passion for stitching - Benda ni dah lama aku buat sejak aku nikah dengan wife aku. Sejarah panjang. Masa tu aku siap beli mesin jahit semata mata untuk menjahit bantal dan sarung untuk kelahiran anak aku yang pertama, Ubai di England. Mesin jahit Brother aku tu pun dah tersadai rosak dah lama. Ye lah dah 17 tahun usia dia. Oleh kerana aku tak jenis suka buang masa kat rumah so aku start buat stitching yang lain tanpa going to any specific classes. Kita otak kreatif la konon.

2. Aku minat pada buku. Tak kiralah buku apa pun asalkan buku aku akan beli dan baca kemudian. Tapi aku suka baca novel tak kiralah author tu famous ke tidak dan dah hampir ratusan buku aku baca. Sekarang aku tambah lagi koleksi aku untuk baca buku non fiction. Kalau buku landscaping, interior and architecture memang dah banyak and aku tak akan beli lagi sebab aku rasa buat masa ini ku tak perlu lagi buku buku sebegitu. Tapi aku akan beralih arah untuk membaca buku buku ilmiah yang lain.

3. Kadang boring tu aku nonton DVD movie. Ni satu lagi collection peribadi aku. Original???.......Hhmmmm.....hehehehe..... Banyak collection aku kat rumah yang masih tak nengok so aku bawa ke sini sajalah untuk habiskan semua movie tu. Lega rasa bila dah habis nonton. Kadang DVD ni kena screen gak sebab banyak aksi -aksi tak sepatut di tonton bercambah. May Allah forgive me.

4. Mentelaah buku creative writing aku tuh. Aku ada 5 buah semuanya dan yang baru baca tu masih terkial kial nak habiskan. Tak apa kena baca slowly dan mudah faham. Hasrat untuk jadi fiction writer masih menebal dalam sanubari ni. Kadang terfikir juga adakah aku berangan??? Ya...memang aku berangan...pernah aku berangan aku dah jadi penulis yang terkenal duduk kat counter aku kat KLCC lobby tu dan berpusu pusu peminat aku berbaris untuk membeli dan mendapat tanda tangan...perghhh......hebat tuh... Korang semua doalah kat aku.

5. Menghafal vocabulary sebanyak mungkin. Kadang bagai nak pecah kepala nak ingat. Hari ini ingat tapi esok tu lupa pulak. Kadang sekali hafal aje dah melekat. Aku rasa depan on mood jugak tapi walaubagaimana pun aku rasa vocab aku dah improve banyak. Kalau nak guna dlm perbualan takut orang tak faham pulak. Last last aku kena explain dua tiga kali.

6. Bila dok lama lama dalam gua perut pun boleh lapar. Jadi banyakah makanan aku dalam bilik. Kebanyakan yang segeralah. Sekali sekala masak mushroom soup. Nak sedapa lagi aku beli fresh mushroom yang murah kat bazar and terjun aje dalam rice cooker aku.

7 Finally main dengan kucing kucing aku sebanyak 4 ekor tu. Kadang depa dah nakal terbalik kan itu ini mulalah aku berleter sakan.

Itulah benda benda yang aku buat dalam 'Gua' aku ni. Memang padat dan tk ada rung yang terbuang.

Monday, October 26, 2009

Kane & Abel - Jeffrey Archer


William Lowell Kane and Abel Rosnovski, one the son of a Boston millionaire, the other a penniless Polish immigrnt - two men born on the same day on opposite sides of the world, their paths destined to cross in the ruthless struggle to build an empire An unputdownable tle, spanning sixty years, of two powerful men linked by an all-consuming harted, brought together by fate to save.....and finally destroy....each other.
.
One day, I read Mr Archer's Blog about the celebration for the 3oth anniversary of Kane & Abel. I already bought 3 books of his and brought with me and was so tempted to red Kane & Abel first. That might be very interesting since the first prints were published in 1979. I would consider that I already missed the earliest boat.
.
The story was very demanding and phenomenal right from the beginning to the end. For those who have not read about this book, I would recommend you to read it.

Sunday, October 25, 2009

Teko dan Periuk



Sini ada macam macam periuk dan teko tin. Kebayakkannya berasal dari China tau Turkey. Ada juga yang berasal dari Czeck Republic. Dulu aku beli juga dua tiga untuk di susun di atas para kat dapur and sometimes wife aku guna untuk buat air bila anak anak aku nak ke sekolah. Harga taklah mahal sangat, dalam RM20 lebih. Di sini kalau nak harap barang buatan sendiri cuma carpet and tuala sahaja. Benda ni memang murah. Kapet pula nak kena ada certificate baru boleh beli dan export ke Malaysai.
.
Sekarang dah masuk winter, so teman kan member beli kapet untuk letak kat bilik. kalau tak pakai kapet susah juga nanti sejuk kaki. Takut nanti ken frot bite ke mana tau. Satu hal pulak. Aku sekarang dah tak beli apa dah sebab bilik aku dah complete dah. yang penting hati gembira dan terhibur bila ada kat bilik. Bukanya gundah gelana asyik nak kuar je..... hehehe.
Buku..Buku..Buku..Lagi



Hari ni aku keluar ke bandar setelah lama tak keluar. Sebab minggu ni aku ada 3 hari cuti umum. Kadang rasa rugi jugak tak pegi jalan mana mana. Duduk bilik memang banyak keje tapi kadang nak juga ubah suasana skit. Baru rasa otak ni fresh. First aku pegi kedai pet shop beli makanan Lia and anak anak dia dan jug untuk kucing Zainuren. Lepas tu aku ke bazar belilah grapes, biskut, coklat dan minyak masak. İngat nak goreng keropok dalam bilik. Pakai aje rice cooker aku tu mesti ok punya.
.
Sementara tunggu drive datang nak amik kita orang aku pun masuklah dalam news agent punya kedai. Dalam aku dok belek belek bahan bacaan dan buku buku aku terserempak barisan buku buku ala ala cerita Harry Potter and Nania. Tapi semuanya dalam bahasa Rusia. Kalau English dah lama aku beli buat koleksi. Nampak book cover memang menarik. Sama juga masa aku berjalan jalan kat Istanbul, semua buku bahasa Turki dan tak da langsung local book yang berbahasa Inggeris. Sama jugalah di Malaysia. mana ada buku iimah atau ape saja tenteng tourism ke yang di tulis oleh anak anak tempatan. Kadang tu nak saja aku ambil satu cuti yang panjang untuk mencari bahan dan menulis tentang warisan budaya orang Melayu. Lepas tu terbit satu buku yang berkualiti dan sarat dengan gambar gambar yang menarik dan unik.
.
Kadang aku terfikir juga, bila pembaca blog aku baca coretn aku ni, mungkin mereka berasa aku ni banyak sangat angan angan...hehehehe. Aku tak nafikan semu tu. Sekarang aku masih tercari cari kekuatan untuk ilhamkan semua angan angan aku tuh. Bagi aku benda macam ni tak mustahil kalau aku seorang yang bersemangat, dissiplin dan rajin. Lainlah kalau aku kata satu hari seekor kucing akan mempunyai tanduk. Kalau macam tu mesti orang dah kata aku mereng sebab impossible ia akan berlaku.

Thursday, October 22, 2009

Indahnya Sunnah Nabi Bagi Orang Yang Memahami


Apa itu Sunnah?? Kadang kadang kita sendiri keliru apakah itu sunnah. Sunnah bukannya sunat. Sunnah adalah amalan Rasullullah samaada dalam bentuk perbuatan atau percakapan dan amalan para sahabah/sahabiah samada dalam bentuk amalan dan perbuatan yang di restui oleh Rasulullah sendiri. Kalau aku silap tafsir tolong correct me ye. Percakapan dan perbuatan itu bukan lah atas kehendak nafsu sendiri tetapi atas perintah Allah taala.
.
Perlukah untuk amal sunnah? Kita perlu ada keyakinan dalam diri yang tak berbelah bagi bahawa sunnah Nabi S.A.W akan memberi kejayaan dunia dan akhirat dan tanpanya kita akan gagal dunia dan akhirat.
.
Mudah ke nak amal sunnah? Ini satu hal lagi. Amat mudah bagi mereka yang ada kasih dan cinta pada Allah dan RasulNya tanpa berbelah bagi.
.
Bagaimana nak dapat kasih dan cinta tu? Selalulah berbicara tentang kebesaran Allah dan Sunnah rasulNya. Perlu banyak mujahadah dan berkorban masa, harta dan diri untuk Allah taala.
.
Dulu masa aku nak nikah member aku ada bagi sebuah naskah watikah untuk aku amalkan. Dia kata, dia dapat dari seorang Ustaz sebelum dia nikah. Bila dia bagi pada aku, aku pun amallah semampunya tanpa was was ( kira macam pakai product Zaiton la ni). After that aku dapat rasa kebaikan yang datang. Pada masa tu ramai orang (bukan my family) kata aku ni pelik. Aku tak kisah sebab aku yang nak nikah. Tapi aku buat juga and my mummy tak komen apa apa pun. Bila member member aku nak nikah aku pun beri salinan naskah tersebut untuk di amalkan. Tapi mereka amal atau tidak entahlah. Sebab macam aku kata tadi nak amal sunnah bukan mudah kalau tak ada kekuatan. Tapi insyaallah untuk anak anak dan bakal menantu menantu aku, aku akan suruh amalkan ( walau lambat lagi nak dapat menantu..heheheh). Orang alim kata untuk amal sunnah pada akhir zaman bagaikan menggenggam bara api. Kalau tak tahan kita akan lepas. Aku doa hari hari semoga pada akhir hayat aku nanti ketika jasad hendak di semadikan biarlah sunnah terakhir masih kekal pada jasad aku.
.
Baru baru ni aku dapat email dari member aku yang menceritakan kembali watikah yang aku terima dari member baik aku tu. Jadi di sini aku ingin berkongsi dengan tuan tuan dan puan puan semoga hidup kita mendapat keberkatan berpanjangan. Aku ucapkan terima kasih pada Azahar kerana sanggup berkongsi email.
.
"Telah menceritakan kepada kami oleh ' Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari
Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid
daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada
Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

1. "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka
(suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh
kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah
mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah
s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas
kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru
rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi)
dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah
pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini
pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu 2. Cuka 3. Coriander (Ketumbar) 4. Apple Masam"
Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab :

"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat
perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya
tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak
dapat anak."


Saidina Ali r.a bertanya :

"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan
semasa minggu pertama perkahwinan)."


Baginda menjawab :

"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan
bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan
menyukarkan kepadanya kelahiran.
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan
haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

2. "Wahai Ali..! janganlah engkau berjima ' dengan isterimu pada awal
(hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua
hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak
mudah mengenainya dan anaknya."

3. "Wahai Ali..! janganlah berjima ' dengan isterimu selepas zuhor,
sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana
jima ' pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka
kepada manusia yang bermata juling."

4. "Wahai Ali...! janganlah bercakap-cakap semasa jima ' , sesungguhnya
jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima ' yang
demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu."


5. "Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah
pandanganmu sewaktu berjima ' , (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta ?
iaitu anak."

6. "Wahai Ali..! janganlah berjima ' dengan perempuanmu dengan syahwat
terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan
yang bersifat benci dan hina."

7. "Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca
Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api
(bala) dari langit yang membakar kamu berdua."

8. "Wahai Ali..! janganlah berjima ' dengan isterimu kecuali ada padamu
satu tuala dan pada isterimu satu tuala."

9. "Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu
tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat
syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu
akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah
dan talak."

10. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu secara berdiri,
maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing
di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat."

11. "Wahai Ali..! janganlah berjima ' dengan isterimu pada malam ' Aidil
Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada
kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak
baginya kecuali sudah tua."

12. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu pada malam
'Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima ' pada malam
tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku
bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat."

13. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu di bawah cahaya
matahari (secara langsung ? direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali
kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah
mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang
sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati."

14. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu di bawah pohon
kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu
berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat
atau seorang ketua yang bengis,"

15. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu sewaktu antara
azan dan iqomah, jika berjima ' pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah
mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang
menumpahkan darah."

16. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu semasa ia hamil
kecuali kamu berdua berwudhu ' , jika tidak maka sesungguhnya jika Allah
s.w..t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang
buta hati dan bakhil tangan."

17. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu pada
pertengahan (Nisfu) Sya ' ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah
s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda
yang jelek pada muka dan rambutnya."

18. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu pada akhir
bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut
menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta."

19. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu dengan syahwat
terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu
sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti
anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan
pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia."

20. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu di atas loteng
maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak
kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang
melewati batas."

21. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu pada malam kamu
hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta
kepada yang tidak Haq," dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran :
"Innal Mubazziriina kaanu ? ikhwan Nas ? Syayathin."

22. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu bila kamu
keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu
sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti
ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim."

23. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu pada awal
malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia
menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada
akhirat."

ANJURAN BERJIMA '

24. "Wahai Ali..! jika kamu berjima ' dengan isterimu bacalah : "Allahumma
Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani." Maka yang demikian
itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan
oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya."

25. "Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima ' dengan isterimu pada malam
Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua
anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah
(Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik dan buruk
Qada ' dan Qadar Allah)."

26. "Wahai Ali..! jika kamu berjima ' dengan isterimu pada malam Selasa,
Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati
Syahid sesudah syahadah : ' Anla ilahaillallah wa anna Muhammada
ar-Rasulullah ' dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya)
bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan
hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba."

27. "Wahai Ali..! jika kamu berjima ' dengan isterimu malam Khamis, maka
Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau
seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim."

28. "Wahai Ali..! jika kamu berjima ' dengan isterimu sewaktu matahari di
tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak
yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang
yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan
dunia."

29. "Wahai Ali..! jika kamu berjima ' dengan isterimu pada malam Jumaat
dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah."

30. "Wahai Ali..! jika kamu berjima ' dengan isterimu pada hari Jumaat,
selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal,
masyhor dan alim."

31. "Wahai Ali..! jika kamu berjima ' dengan isterimu pada malam Jumaat
selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti
menjadi seorang yang abdal (terkemuka),"

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA
DARI JIBRIL A.S."?..1*
Techniques of Crime Scene Investigation


Hari ini aku baca berita tentang inkues perbicaraan Teoh Beng Hock about the post mortem. Pakar Patologi dari Thailand, Dr. Porntip Rojanasunan memberi keterngan di mahkamah secara terperinci hasil forensic but based on the factual reports and limited evidence. Bila aku selesai sahaja baca the news, terus aku terfikir that aku pun perlu ada buku about the crime scene macam cerita CSI tu. Aku bukan lah nak jadi reporter atau investigator or any forensic scientist but for one specific reason I thought that I got to have one.
.
Then I started to browse the internet trying to find the most suitable and appropriate book that I need to have one. Then I found about this book explaining in detail how to go through the crime scene. Aku rasa intrigue juga dengan the content and I need to order. Then I checked other websites and the price mahal sangat compare dengan offer from Amazon.com. Sekarang aku dok fikir lagi nak beli ke tak and bila patut beli. Kalau aku beli pun akan mengambil masa at least 2 weeks untuk sampai rumah. So aku ada banyak lagi masa. Buku tu tebal muka surat lebih kurang 550 and boleh di anggar 1.5 kilo tu. Kalau beli buku tu aku kena bawa kesini sebab di sini lah aku mempunyai banyak masa untuk mentelaah dan belajar pada waktu malam atau week end.
.
Lagi satu, sekarang aku perlu lengkap kan diri dengan pelbagai references kalau nak cita cita aku tercapai. Semalam aku chat dengan member aku dia kata dah siap beli karaoke set. Aik...... rasa macam mencabar aku pulak. Tak apa kita saling mencapai dan lihat sapa yang sampai ke garisan penamat dahulu. Hehehehe...

Tuesday, October 20, 2009

Good Luck And All The Best

Dear Ubai,

Apa khabar Ubai? Ba sentiasa doakan Ubai dalam kandungan sihat walafiat dan selamat selalu. Buat diri Ba di sini alhamdulillah seperti biasa. Cuma sekali sekala ingatkan umi dan anak anak Ba yang lain terutamanya Yusuff. Umi beritahu dia dah semakin nakal dan vocab dia pun dah improve tapi slow sikit. Ba baru saja berbual dengan Wan tadi. Alhamdulillah dia dah ok dan tak seperti dulu lagi. Ba harap dia sudah menemui kekuatan dan semangat baru. Ba akan terus motivasi dia dan insyaallah semangat kentalnya yang dahulu akan datang dan pulih kembali. Hidup ini adalah tempat yang penuh dengan seribu macam masalah dan dugaan. Kita perlu menghadapinya dengan sabar dan solat. Barulah kita akan menjadi kuat dan matang. Syurga sahaja tempat yang tiada masalah lagi. Hidup yang tenang, damai dan gembira selalu. Apa yang kita inginkan dengan niat sahaja akan termakbul sepantas kilat.
.
SPM pun tinggal 29 hari sahaja lagi. Itu jawapan yang Ubai beri pada Ba tadi. Ba harap Ubai dapat buat persiapan yang rapi dan tertib semoga di hari peperiksaan nanti Ubai akan dapat melakukannya yang terbaik. Semuanya bergantung kepada usaha Ubai sendiri dan keputusan nanti pun bergantung kepada usaha Ubai juga. Gunalah masa dengan sebaik mungkin dan tiada istilah terlambat walau dalam jangka masa yang singkat. Semua keputusan anak anak Ba, Ba dapat meneka atau meramal dengan tepat sekali. Melihat kepada usaha belajar dan mentelaah Ba dah boleh baca apa keputusan akan dimiliki. Kadang kamu semua hairan bagaimana Ba boeh meramal dengan sebaik mungkin. Untuk pengetahuan Ubai, kamu semua telah di didik dari kecil. Dari tapak kaki sebesar dua jari. Seperti orang tua berkata sekilas pandang ikan di air sudah tahu jantan betinanya.
.
Ubai,

Untuk kesempatan ini Ba ingin mengucapkan all the best and good luck untuk peperiksaan SPM dalam sebulan lagi dan terus maju tanpa menoleh ke belakang. Sekiranya sekarang Ubai baru bergerak seperti memandu mercedes tetapi sekarang Ubai perlu bergerak laju seperti memandu Formula 1. Jagalah waktu dengan sebaik mungkin sebab masa itu emas dan tersangat berharga. Semoga nasihat dan kata peransang dari Ba, Ubai dapat jadikan azimat yang membina. Akhirkata jagalah amalan dan solatmu sebab ia adalah kejayaan sebenar yang abadi.

Love,
Ba

Hafiz Nur Yusuff


İnilah anak bongsu aku. 3rd Dec dia akan berusia 2 tahun. Sekarang belum pandai berbicara. Cuma tiga empat patah perkataan sahaja vocab dia. Tapi kalau beri apa apa arahan faham. Blog dia pun aku rasa dah penuh sarang lelabah. Entah bila aku nak tulis semula. Mood tak datang datang lagi. Anyway aku akan cuba iktiarkan untuk sambung semula cerita di dalam blog tu. balik baru ni barulah dia terus mahu pada aku. Bila nampak saja aku terus dia salam dan cium tangan. Sebelum tu mesti ambil masa seminggu untuk dia ingat kembali pada aku. Bila dia dah mesra dengan kita dah kita nak balik ke sini pulak. Dulu Shahadah, sekarang Yusuff pulak. Tadi waktu aku call my wife, Yusuff tak sihat sebab muntah muntah dan demam. Umi kata sebab makan ABC masa hantar kak Kiz balik asrama. Ba doakan agar Yusuff cepat sembuh dan aktif kembali.
Im Not Feeling Good




Hari ni aku tak ke ofis sebab aku kena diarrhoea. Semalaman aku tak boleh tidur. Aku rasa korang know why kan. So bangun pagi dengan keadaan mengantuk and asyik nak ke toilet aje aku decided untuk rehat kat bilik aje. Kalau kena diarrhoea ni the best thing ialah rehat, minum banyak air dan kosongkan perut. Let the acid reaction dalam perut tu flush everything out. Baru lega. Nak cari 100plus atau minuman sewaktu dengannya kena ke bandar. So lepak aje lah kat bilik.
.
So bila tak sihat macam ni mula la nak ingt semua anak anak dan family. Bukan ap cuma rindu aje. Rindu ni akan berllu bila kita dah sibuk kerja. Untuk elak hoemsick ke rindu ke kenalah tutup semua ruang ruang waktu agar otak ni tak sempat untuk melayan perasaan rindu, emosi dan sebagainya. Hopefully esok tu ok lah kot. Gambar gambar anak anak aku tu aku ambil just before aku balik ke sini.

Thursday, October 15, 2009

Selamat Pengantin Baru Arif



Tiga malam lepas aku dok browse internet, tetiba nampak Arif online tapi letak tanda no entry. Aku cuba juga tinggal message ucap Selamat Hari Raya dan tanya khabar sihat ke? Selang beberapa minits aku dapat balasan dari dia. Lepas tu dia minta maaf sebab tak sempat nak jemput aku ke majlis perkahwinan dia sebab semuanya di buat dalam suasana yang kelam kabut. Sebelum dia beritahu aku dah agak dah mesti dia dah nikah ni. Anyway uncle ucapkan Selamat Pengantin Baru

.

Untung bila nikah di usia muda ni. Dpat jaga diri dari godaan dan kalau ada rezeki cepat dapat anak. Kalau nak anak tu biarlah dapat tandingi jmlah anak anak uncle. Jagan jadi macam orang sekarng takut untuk beranak ramai. Soal rezeki jangan lah risau sebab itu adalah rahsia dan khazanah Allah Taala yang tersembunyi. Dalam melayari rumah tangga pun ada ujian nya tapi hadapilah dengan tabah dan bersabar. Inyaallah semuanya ok. Nampaknya tak sempat juga uncle nak kasi hadiah. So tak sempat lah Arif nak jadi menantu uncle kan...hehehe. Tak apa uncle book Khairul pulak lah...hehehehe. Dia dah berpunya ke????

Tuesday, October 13, 2009

Handle With Care - Jodi Picoult

Charlotte O'Keefe's much-longed-for, adored daughter Willow is born with ostreogenesis imperfecta - a very severe form of brittle bone disease. One stumble could force her to spend months in a body cast.
.
Willow's condition is an expensive one, and her family faces financial ruin. Then Charlotte is offered a lifeline. She could file a 'wrongful birth' suit aginst her obstetrician, in the hope of receiving monetary payout which would secure Willow's future.
.
But the doctor she would be suing is Charlotte' best friend. And it also means saying that if she had known in advance about the disability, Charlotte would have terminated the pregnancy - standing up in court to declare she would rather her daughter had never been born......

As I mentioned earlier the writer is so smart to create family conflict and end up the battle in court. The plot, planned and arranged almost similar to My Sister's Keeper. Anyway I like the style she outlined, instead of having chapter by chapter, the writer would prefer to provide the event of every individual narrating the incident, tragedy and feeling. But The way she finishes the entire satire is like so ad hoc. The way Willow experiencing her death was not that very interesting and good ending. For me it would be better if Willow suffer the death during her final breaks in the hospital during the court battle. Anyway I still enjoy the way Jodi wrote her story.

Sunday, October 11, 2009

Masjid Itu Hidup Ku

Sayu saja rasa hati bila baca title buku ni. Rasa macam seram sejuk pun ada. Tapi ini lah hakikat sebenar iaitu masjid adalah rumah Allah yang perlu di kunjungi selalu i.e. tempat untuk sembahyang berjemaah. Dulu masa aku masih remaja, aku selalu juga ke surau. In fact surau lah tempat aku mentelaah buku pada setiap hari. Selepas solat Isyak dan waktu pagi hujung minggu aku menjadi penghuni setia di surau. Tapi surau tu dah tak ada lagi. Dah di roboh. Aku pun tak tahu kenapa. Mungin masjid baru sudah di bina dan surau tu dah usang dan tiada pengunjung lagi. Sebenarnya surau tu adalah nostalgia yang istimewa bagi aku. Aku membesar bersama surau tersebut.
.
Bila my sister kahwin, abang ipar aku akan bergegas ke surau atau masjid untuk sembahyang berjemaah. Samaada hujan atau taufan dia tetap akan ke surau atau masjid. Begitu juga dengan abang sulung aku. Masa tu aku pegi juga tapi tak istiqamah. Kalau lapang pegi. Tapi kalau malas tak pegilah. Sebenarnya untuk ke surau atau masjid adalah pilihan dan hidayat dari Allah untuk menjemput tetamunya. Bukan semestinya seseorang itu sihat atau sakit, kaya atau miskin, dekat atau jauh, hodoh atau cantik, ilmu atau jahil... senua itu belum tentu untuk datang ke masjid atau surau untuk sembahyang berjemaah sebab semuanya perlu ada 'talap' i.e. keinginan dalam diri untuk ke rumah Allah. Bukan atas kebolehn tetapi atas pilihan ehsan dari Allah.
.
Penulis buku ini, Ustaz Gunawan, aku rasa aku pernah jumpa da kenal. Aku pun teringin untuk memiliki buku ini untuk menjadi panduan dan sebagai pemberi kekuatan untuk suka ke surau dan masjid. Bagi sesiapa yang inin mengetahui lebih lanjut dengan buku tersebut sila lawati blog seperti di bawah.

http://masjidituhidupku.blogspot.com/

Untuk berada di dalam surau kita perlu tahu adab adabnya sebab surau dan masjid adalah rumah Allah. Kita tidak boleh sesuka hati nak buat apa saja. Jadi sebagai peringatan dan ulangkaji bolehlah lawati blog sahabat aku seperti yang tertera di bawah.

http://azharjaafar313.blogspot.com/

Semoga Allah kekal kan hidayah pada diri kita untuk terus beramal soleh berlandaskan sunnah Nabi S.A.W.
Bingkisan Dari Tuan Haji Azizan

Aku dapat email dari Tuan Haji tadi dan disini aku nak ongsi dengan member member yang lain untuk sama sama menghayati perkembangan member kita tu. Jom kita nengok apa yang di ngobrol oleh member kita tu...


Salam,
Aku nak sembang sikit lagi pasal Astrakhan dengan hang. Ada se duaperkara yang nak dikongsi. Aku nak habq mai kat hang yang dalam minggu ni tersangatlah gumbiranya hati ini atas Kurniaan allah SWT kepada hambanya yang kerdil di bumi Astrakahn ni. Aku susun kronologi nya nooo...

Intergrated Team

Ahmad Rizal (Anak Datok Abdul Rahman bekas CEO CIDB sebagai RE) baru sampai pada 6/10 dan Mustapha Harun (Inspektor Struktur JV ) sampai9/10, itu yang aku kata seronok sangat minggu ni, aku dah tidak keseorangan. Katanya minggu depan 1 lagi Inspektor JV akan samapi. Akujamu breakfast kat bilik aku pagi tadi. Roti canai segera tu si Rizal yang bawa....

Tuan Haji,

Dah tak rindu roti canai kat sini ke????? Senang aje nak buat. kalau tak tau tebar , test pakai saputangan basah dulu. nanti terrer lah tu.


Allahuakbar, terkejut berok dua orang CEO dari Malaysia ini ternampak aku dan Rizal masuk kedalam pasar daging selepas menunaikan solat Jumaat semalam. En Zailani adalah MD Securiforce Logistic Sdn Bhd dan En Sudhir CEO Haltex Sdn Bhd. Mereka bersama 12 orang lagi Taukeh2 Syarikat Bumiputra dari Malaysia yang dalam usaha untuk membuka Halal Park diAstrakhan. Ianya akan dibuka Insyaallah pada Dec ini. Mereka juga akan membuka di serata 14 negara katanya. Mungkin Turkmenistan termasuk kot, tak sempat nak tanya mereka dah nak ke Moscow

Tuan Haji,

Dulu aku pernah ajak member aku Chinese but bisness ni tapi idea aje tak terjadi pun. kalau tak sure ko bergambar dengan aku instead of CEO tuh...hehehehe

Red Mosque

Ni Masjid ke 5 aku dah jumpa. Kiranya ni adalah Masjid Utama diAstrakhan. Di Masjid ini sahaja yang aku tahu Laungan Azan menggunakan pembesar suara, tapi tak lah jauh kedengaran. Solat waktunya pun. Alhamdulillah ramai sangat orang. Kalau diukur umpamanya Zohor 10hb tadi ada hampir 100 orang lebih. Di sekitarnya paling ramai orang Islam dan amat mudah nak mendapat makanan halal......hari ini lah baru aku aku tahu, Alhamdulillah Allah permudahkan kehidupan di sana

Tuan Haji,

Baguslah semoga dapat lapangkan masa ke rumah Allah selalu.

Mr Raphael

Beliau adalah seorang Islam keturunan Tartar. Sangat baik dengan aku. Dialah yang dok bawa aku ronda Astrakahn dengan keter WV Golfnya tu

Tuan Haji,

Aku nampak kawan mung tu macam Abe Omar aku aje. Kalau dia pakai spec mata Oakley sebiji seiras macam Abe aku tuh.

Mustaphayev

Mustaphayev dari Azerbaijan QC projek Rossetti di Yard aku bekerja lahyang menunjukkan Masjid ini dan mengenalkan aku kawasan perniaagaan orang-orang Islam di Astrakhan. Dapatlah aku lihat pasar daging halal dan gerai serta cafe orang Islam Astrakhan menjual makanan. Mereka terdiri dari kaum Teshkhan, Tartar, Azrie yang telah menetap lama diAstrakhan. Untuk makluman hang bandar ini dah berusia 450 tahun

Tuan Haji,

Jangan lupa ole ole untuk aku tau. kalau ada T-shirt yag cantik cantik pos satu kat aku tau.


Dewan Pendaftaran Perkahwinan

Aku pi sana bukan nak daftar kahwin tapi si Raphael dah bawa,tak nak tolak,nanti dia kecil ati plak,kat Kiyanly tak pe lah orang ni kecil ati leh kawan orang nu plak,,,he,,he,,he. Orthodox, Khatolic, Islam semua daftar kat sini. Daftar jer sini,nikah semua buat tempat masing2

Tuan Haji,

Wow ni yang best ni...dah jumpa lubang...hehehehe. Boleh lah tu.........kan the most available bachelor. Haji Hisham mesti jeles dengan mung...dok dang...dok dang.....

Bubur Lambuk Astrakhan

Alkisahnya aku buat lah bubur lambuk ni pada hari terakhir puasa 6 akudan buat lah lebih sikit sebagai juadah sambut hari raya pagiesoknyaaaa. He3,bubur lambuk ni klaka lah sikit coz dalam nya adalah juga campuranbuahan segar,ikan salmon jerok dilenyek,mackerel dan serunding ayam

Tuan Haji,

Sedap nampak tu. Boleh ko jual resepi tu kat Seroji atau Chef Wan.

Tuan Haji,

Sorrylah aku tak dapat nak susun ıkut cronologi yang hang susun tu sebab susah aku nak arrange. Anyway nampak hang gembira saja. Baguslah. Kalau kita di negeri orang jagalah diri baik baik and cubalah hayati lagu 'Anak Dagang' dendangan Kamariah Noor. Dalam maknanya tu. Lagi satu baguslah dah rapat dengan orang local boleh bawa hang jalan jalan sana sini. Semoga hang ada masa untuk usaha amalan dakwa İslamiah kat sana. Semoga semua makluk Allah akan menjadi saksi atas usaha hang tu. Gunung, batu, pasir, pokok, air, and bersaksi di depan Allah nanti. Amin.....
My Sister's Keeper


Sara and Brian Fitzgerald's life with their young son and their two-year-old daughter, Kate, is forever altered when they learn that Kate has leukemia. The parents' only hope is to conceive another child, specifically intended to save Kate's life. For some, such genetic engineering would raise both moral and ethical questions; for the Fitzgeralds, Sara in particular, there is no choice but to do whatever it takes to keep Kate alive. And what it takes is Anna. Kate and Anna share a bond closer than most sisters: though Kate is older, she relies on her little sister. In fact, her life depends on Anna. Throughout their young lives, the sisters endure various medical procedures and hospital stays--just another part of their close-knit family's otherwise normal life. Sara, a loving wife and mother who left her career as an attorney to care for her daughter, is sometimes lost inside the single-minded caregiver she has become in her efforts to save Kate. Her strong, supportive husband, Brian, is often rendered powerless and passive by his wife's strength and determination. And their only son, Jesse, drifts, at times all but forgotten as Kate and Anna take center stage. Until Anna, now 11, says "no." Seeking medical emancipation, she hires her own lawyer initiating a court case that divides the family and that could leave Kate's rapidly failing body in the hands of fate.
.
The movie was adapted from the novel written by Jodi Picoult. As usual, the writer always brought up the conflict within the family and end up in the court battle. If you were a mother like Sara, will you dare to sacrifice other child in order to save another child? Sometimes we have to take or perceive life and death as it is. Its a destiny. No matter what it takes, death is not a shameful matter. Yes, there are always ways to find the remedy to cure the disease or to slow down the progress. Everybody will experience the pang of death during the last bed and it is hard to miss somebody that we love. Death is just a transition to another eternal world which that must be considered as the ultimate life. The life that will judge all the good deeds and wrong doing before we are permitted into the heaven. From earth we are created and to earth we are belonged.

Saturday, October 10, 2009

Human Anatomy





I am reading the novel written by Jodi Picoult, entitled Handle With Care. Perhaps I could finish it within a week time. The story is about a little girl who was born with a bone disorder called Ostreogenisis Imperfecta (OI). I first came across with the OI when I watched a movie Unbreakable years ago. I will summarise the entire content of the story once I have completed reading it. There are numerous issues about bones that I need to figure out in the writer's narrations i.e. which bone was broken and which bone still in spica cast condition because every movement have the potential to break the bones . What make me intrigued to learn about human anatomy as a basic knowledge for a person like me rather than a professional doctor, was rather being dumb about medical pathology at least there are things that I can figure out and fathom and for not being dumb, dumber and dumbest. I have printed the human skeleton and pasted it on my wall to memorise each and every element of the human bones. If you would like to search more about the OI, please kindly search through the website as stated below.


http://en.wikipedia.org/wiki/Osteogenesis Imperfecta

Friday, October 09, 2009

One Moment


The Moment you are in Tension
You will lose your Attention
Then you are in total Confusion
And you will feel Irritation
Then you will spoil personal Relation
Ultimately, you won't get Co - Operation
Then you will make things Complication
Then your blood pressure may raise Caution
And you may have to take Medication
Instead, understand the Situation
And try to think about the Solution
Many problems will be solved by Discussion
This will work out better in your Profession
Don't think it's my free Suggestion
It's only for your Prevention
If you understand my Intention
You will never come again to Tension

Aku dapat email benda alah ni dari member aku Shah. Food for thought..........
Juadah Berbuka
.
Aku dapat gambar ni dari Tuan Haji Azizan from his e-mail. Dia kata inilah juadah berbuka dia kat Ashtrakhan, Russia. Dalam serba kekurngan dia terpaksa masak dlam hotel guna rice cooker and dapur kecil. Tu baru barang dapur tak cukup tapi dah nampak sedap sangat. Aku nengok pun dah terliur tau. Rupanya hang memang pandai masak no. Kat sini hang diam diam aje macam tak tau langsung nak masak. rupanya hang ada special gourmet tersendiri. Nanti kalu ada masa ke sana bolehlah hang masak untuk aku dan member lain. Sure sedap punya.

Ni telur dadar tapi banyaknya macam nak makan 4 orang. kalau taruh kacang pis dan minced meat mesti best kan. Lepas tu letak cheese skit kat atas tu masa banas baru rasa macam pizza je.

kreatif juga hang buat cock tail no. Terliur aku. Nanti aku pun nak tiru gaklah kat kantin nanti. Badan mesti naik ni. Aku rasa mesti pipi ko dah tembam.

Ni yang aku jeles nih. Asam pedas ikan salmon. Mesti best gile. Nengok gambar pun dah terliur. kalau orang pregnant nengok mesti dah melelh air liur. Jenuh hubby nak mencari. Aku tak suka sangat asam pedas tapi makan lah juga sebab favourite aku adalah curry kepala ikan...heehehe. Aku ingat lagi masa tinggal di Copenhagen siap pergi ke kedai minta simpan kepala ikan salmon untuk buat kari. Memang sedap. Pas tu plah depa kasi free aje kat kite sebab kepala tu depa buang kat tong sampah aje.

Ikan salmon celup tepng?? Hhhhmmmm...bila lagi boleh rasa ikan salmon ni. Bila makan panas panas mesti best no. Sure crispy sehingga menjilat jari dan pinggan.

Tuan Haji, habis ke semua makanan tu untuk seorang. Tak pa kalau tak habis bolehlah simpan untuk sahur kan. Aku pun terliur aje nengok makanan makanan tu. Apa apa pun aku harap hang happy kat sana. kalau dah terlekat atu bertemu jodoh kat sama terima ajelah. Nanti aku hadiahkan sepasang baju melayu dan baju kurung biru untuk bakal isteri hang. Bila dapat anak sure putih melepak and mata biru.....tapi kalau ikut darah seni hang tu pung henseng jugak...hehehehe......dok dang...dok dang... Oklah cau dulu. kalau ada salah silap harap maaf and selamat hari raya maaf zahir batin. Harap harap belum lagi terlambat.
Masjid Masjid di Ashtrakhan, Russia





Tiga hari lepas aku dapat email dari member aku Tuan Haji Azizan Yahya Lama dah dia tak email aku tetiba tetera email dia kat board. Aku pun bukalah akan isi kandung. Dia hantar gambar gambar masjid di sana sebanyak empat buah. Sekarang Tuan Haji dah tinggal di sana sampailah projek siap. Kalau tak silap adalah dalap setengah tahun lagi. Dia kata dia kat sana sorang aje. Sunyi. Tak apa kalau sunyi banyak benda boleh buat untuk hiburkan hati tu. Boleh buat sembahyang sunat banyak banyak. Mengaji Quran dan banyak lagi. Dan lagi satu boleh ko lapang kan masa untuk improve masakan ko...hehehe.
.
Ashtrakhan ni terletak terkeselatan Russia. Jadi ramai jugalah orang orang Islam. Mereka pengikut mahzab mana entah lah. nanti Tuan Haji tolong jelas sikit. Azizan, at least masjid masjid tu menjadi saksi ko dah pergi berdakwah di sana. Keje Safety Engineer tu sambilan aje kan. Aku kalau merantau ke mana pun perkara perama aku akan mencari masjid dan aku cuba bersahabah dengan orang orang local. Tapi di sini macam hang sedia maklumlah susah banyak. Apa apa pun aku doakan semoga hang sentiasa di pelihara Allah dan sentiasa menjadi asbab untuk hidayat tersebar ke seluruh alam.

Wednesday, October 07, 2009

Sheraton Hotel and Resort, Abu Dhabi
.

Aku tiba abu Dhabi pada tengah malam. Aku dah book hotel awal lagi untuk elak daripada tak dapat tempat tinggal langsung. Aku book from the internet. Harga hotel memang mahal mahal. mengalahkan hotel di Malaysia. Oleh kerana transit aku lama sampai 16 jam, aku rasa kena juga cari hotel. Aku book termasuk breakfast sekali. Senang dan mudah. Tak perlu lagi risau untuk penuhi perut yang lapar. Lepas shower aku siap dan turun ke tingkat 1, Flavour untuk sarapan. Aku masuk dan terus ronda ronda dulu mnyusuri menu satu persatu. So jom makan. Apa lagi nak tunggu tunggu kan... Bila kenyang tak payah lagi nak cari makan untuk lunch.





Burbbb...... aaa...baru kenyang. Kalau ikut nafsu nak saja belasah lagi tapi kalau makan banyak nanti mudarat pulak.......
Beraya Di Kedai Che Nas

This is my friend Che Nas. Aku dah kenal dia şebih 20 tahun. Pertama kali aku berjumpa dengan dia di Dewsbury dia terus jemput aku ke rumah dia di Portsmouth. Masa tu aku baru lagi first year dan masih lagi janggal dengan suasana UK. When time comes aku dah beberapa kali ke tempat dia dan lepak lepak di sana. Raya baru ni sementara nak ambil anak dara aku aku singgah sekejap di kedai Che Nas. Sekarang dia dah ada kedai jahit sendiri kira macam butik gitu. Aku lepak lama juga sambil menikmati tomyam yang dia baru masak dan masih panas serta kueh kole kacang. Perut aku masih lapar pada masa tu so aku sental semahunya. Best sedap....... Banyak benda yang kami borak sampai tak kering gusi. Aku puas dan seronok sebab tak perlu lagi bicara soal kerja dan projek. Aku rasa fikiran aku lapang dan tenang bila aku berbıcara dengan Che Nas.


Inilah kedai member aku yang terletak di Batang Kali. lama dah nak datang cuma baru baru ni saja berkesempatan. Aku rasa lepas raya dia releks la sikit. Tapi aku nengok dalam rak tu masih banyak yang pelanggan belum ambil baju tempahan. Nak upah baju kurung biasa tanpa tulang belut dan lain lain eksesori baru RM18. Mana nak dapat harga tu di KL. Tapi tahun ni wife aku tempah kat jiran saja. Baju melayu anak anak aku pun aku beli yang dah siap. Kalau sapa nak datang dan tempah ke kedai Che nas, bolehlah datang ke Batang Kali kedai sebelah pasar dan sebelum stesen Petronas.
Ini baju yang dah siap di jahit yang di jadikan contoh. Harga RM80 sahaja.

Cubalah nengok baju kurung yang bergantungan tuh. Aku tak tahulah yang tu yang siap untuk di jual atau tempahan dari orang ramai. kadang bila aku nengok member aku dengan simple life and tak hectic jeles juga aku. Rasa diri begıtu damai dan tenang. Tak perlu berkejar ke sana kemari.