Sunday, March 29, 2009

The Curious Case of Benjamin Button


Semalam lepas zohor untuk mengelak dari nak tido aku layan DVD cite The Curious Case of Benjamin Button. Cerita memang slow je maklumlah drama. kalau orang tak sabo mesti terus off kan cerita ni. Silap hari bulan boleh tido depan computer. Tapi aku memang suka cerita drama yang berat and aku memang boleh kusyuk untuk menonton cerita macam ni. Samalah macam buku cerita yang aku sedang baca ni yang dah nak habis. Cerita memang slow sangat but towards the end baru lah nampak apa nak berlaku. Aku suka cerita macam n.
.
OK... cerita ni tentang Benjamin Button (lakonan Brad Pit) yang di lahirkan dalam wajah yang sangat hodoh seperti orang tua. Mother dia mati masa di lahirkan and father dia nekad untuk throw away the baby. Kesian pulak aku rasa. Then father dia campakkan dia di depan rumah warga2 tua berbekal USD18 sahaja dan di jumpai oleh seorang wanita kulit hitam yang kasih dan terus membela dia sampai besar. Tapi dia bermula dari seorang lelaki tua (walau dia kanak kanak). Maksudnya kalau kita hidup dari bayi dan menjadi orang tua dan terus mati tapi cerita ni dia physically nampak tua dan berusia muda tapi kearah menjadi seorang bayi. Finally dia mati di ribaan dan dakapan bekas isterinya seperti bayi yang berusia 4 bulan.
.
Seronok cerita ni. Aku pun turut tersentak dan sedih dengan heavy drama cerita ni. Memang aku rekomen untuk korang sume nengok. Moral of the story ialah walau macam mana pun hidup kita di dunia, kita tetap akan mati. Samaada kita suka atau tidak dan suatu hari kita akan menjadi tua. Penyakit lain ada ubatnya insyaallah tetpi penyakit tua tiada penawarnya. Pakailah rawatan atau ubat tercanggih di dunia ini namun tiada juga penawarnya. Bagi orang yang ada pegangan dan matlamat hidup semestinya mereka bersedia dari awal lagi. Tapi bagi mereka yang belum bersedia untuk mati itu adalah satu ketakutan yang amat hebat. Mengapa kita takut mati??? Sebab cinta dunia masih tebal di sanubari. Sayang untuk tinggalkan kekayaan dunia. Sayang untuk tinggalkan isteri yang cantik. Sayang untuk tinggalkan keluarga yang bahagia. Sayang untuk tinggalkan rumah yang besar. Hiduplah dengan sederhana semoga apa yang akan di tinggalkan tidak memberi sebarang ketakutan.
Pendan Light From IKEA

Wah.... bilik aku baru nampak romantik sikit bila dah siap pasang pendan light. Aku beli kat Ikea balik baru ni dan siap bawa ke sini. Mula tu ingat nak buat wiring sendiri aje with independent soket. Jadi kalau letrik tak ada boleh aku pasang pada UPS dan blik aku boleh function seperti biasa. Sekarang nak ke Turkmenbashi memang dah malas. Satu hari aku pesan pada Shah suruh dia tolong beli cable elektrik dan soket. Rupanya dia lupa, tertidur sampai tengah hari. Hampeh betoi, yang aku setia menanti di bilik dan dah tak sabo nak siapkan wiring ni. Lepas tu aku minta Salsabri tolong aku untuk cari cable kalau ada lebih kat tempat dia. Rupanya dia terus panggil subcon untuk buat untuk aku. Apa lagi suka lah aku. hehehehe......sekarang bilik aku dah ok dengan yellow light yang aku suka ni.
Buying A Second Home II
.

Inilah kali pertama aku beli rumah lelong. Untuk pengetahuan semua beli rumah lelong ni gamble juga. Sebelum beli memang di nasihatkan pergi lihat dulu rumah tersebut. Tapi cuma boleh lihat di luar dan tak boleh masuk. Kunci pun tak tahu ada pada siapa. Aku pun hairan apasal bank tak nak buat court order untuk suruh pemilik asal tinggalkan kediaman dan serah segala kunci kepada bank. So judgement hanya boleh di buat dari apa yang dapat di lihat dari luar. Kalau sliding door dan tingkap tidak di tutup dengan curtain insyaallah senang nak menilai keadaan rumah tersebut. Kalau tidak tawakkal sahaja.
.
Bila aku sudah lihat rumah tersebut dan aku nekad untuk membeli. Seperti yang aku cerita dhulu tu, aku sudah dapat rumah tu dengan harga RMxxxxx.00. Memang murah. Harga 40% dari harga asal. So bila contact leong dah dapat, aku dah suruh wife aku deal dengan lawyer. Yang lawyer ni pun susah beno aku nak brief and contact dia. Ok tak apa.... Pertama sekali aku suruh wife aku tukar semua kunci. Wife aku dan buat dan minta Talib (Indon yang selalu wife aku suruh buat maintenance rumah) untuk uruskan semua tu. Oleh kerana rumah itu owner asal orang India aku dah boleh expect apa yang ada di dalam tu.
.
SO wife aku pun bercerit lah...... Bila buka saja pintu tersebut terdapat banyak gambar tuhan mereka di gantung di dalam rumah. Di sudut ruang tamu terdapat seperti raised floor untuk letak beberapa patung sebagai sembahyang. Wife aku kata seram juga bila masuk dan Talib siap baca bismillah puluhan kali. Aku boleh imagine gelagat mereka itu. Terdapat juga beberapa botol arak tersusun rapi di dalam rumah tersebut. Talib kata dia akan uruskan semua kunci dan untuk keluarkan patung tokong tu dia kena suruh jiran dia yang berugama hindu sebab dia sendiri tak mampu untuk uruskan.
.
Besoknya wife aku bersama anak2 aku, Talib dan jirannya datang semula. Botol araktu jirannya ambil dan semua patung di ruang tamu. Wife aku terus ke bilik di belakang dan apabila wife aku buka pintu tersebut teramatlah terperanjat kerana terdapat patung yang teramat besar. Pastinya itu bilik sembahyang. Bila di suruh orang India tersebut keluarkan patung tersebut dia kata, itu bukan jenis tuhan dia. Wife aku pun pelek sebab mengapa orang hindu mempunyai tuhan yang berlainan. Orang India itu kata patung besar tu kuil yang kena datang ambil. Esoknya mereka telah arrange sebuah lori untuk menghantar patung tersebut ke kuil.
.
Aku mula cuak. Bukan kerana patung patung tersebut tapi barang di dalam rumah tersebut. Wife aku kata semua barang2 masih elok dan lengkap di dalam rumah tersebut. Aku kata pada wife aku jangan sentuh barang barang itu lagi tunggu sampai sampai aku beri green light. Esok aku contact my school mate yang juga seorang lawyer sekarang bekerja di Alor Setar. kebetulan ibunya setiap hari bermalam bersama bonda aku. Maklumlah sama sama keseorangan di rumah. Aku pun cerita segalanya pada dia dan bertanya status barang tersebut. Dia kata yang rumah aje di lelong dan barang masih milik tuan rumah. Aku dah bengong dengan kes patung tadi. Hai macam mana aku nak buat ni..... So aku call balik wife aku, atas nasihat agen, suruh wife aku tampal notice di rumah tersebut kepada owner lama untuk mengambil barang barang di dalam rumah dalam tempoh masa sebulan. Jiga tidak barang barang akan di lupuskan. Aku call dua hari lepas dan wife aku kata notis dah tampal.
.
Semalam aku call my mother. Dia tanya aku pasal rumah tersebut. Aku dah agak mesti ibu member aku dah cerita pada bonda. Aku tersenyum dan kata tak perlulah risau. Tapi dia masih risau dengan cerita patung- patung tersebut. Aku cuba tenteram kan dia kata semuanya ok. Dont worry. Let me handle semua tu. Nak masuk rumah tu nanti bila semua barang di angkat aku akan buat baca doa selalmat dan baca surah albaqarah dan Al imran 3 kali. Manafaat kuat surh ni untuk menghalau gangguan syaitan dan hantu. Lagi pun aku ada experience tentang bacaan surah surah ni. Lepas tu tetipa my sister YM kat aku dan cerita benda yang sama. Wah dah satu family tau kisah aku ni. Macam macam cerita depa bagi tau. Tapi aku tetap relek and cool. Aku kadang benda benda yang terjadi tu kadang kadang atas gangguan emosi yang bermula dengan persepsi. Aku bukan nak cakap besar. Tapi gangguan hantu dan syaitan mana mana boleh jadi. Yang penting jaga amalan dengan baik just let it be. Jangan ambil pusing atau ebih tepat lagi jangan angkat POT.
.
Yang best tu aku dengar dari jiran sebelah rumah tu beritahu yang the owner tu dah meninggal. Hmm....muda lagi dah meninggal dan rumah tersebut sudah lebih 8 bulan tidak di huni. Kadang orang yang berpantang ni terus berpantang untuk mengambil barang barang si mati. Tak nak pun tak apa. Tapi kalau barang tu masih elok aku ambil aje lah. Kalau tak anak aku dispose aje jadi barang lelongan......sapa nak angkat tangan ok.....

Friday, March 27, 2009

Slumdog Millionaire
.

Last night I got the opportunity to watch Slumdog Millionaire, part of my DVD collections I brought. It was a nice story and potrayed the true picture of real life in the slum. The place that was cramed with people. The place with the endless night. The place where rich people will never tolerate. The place where people are casing for food and money just to fill the hungry stomach. The place when the society been divided extremely between poor and rich. The place that created unfairness and injustice to the society and the place that will never ending the true story.
.
I'm not going to narrate the story again but to share with you my experience when I visited India for a month for the past 21 years ago. I went back to India in 1993 for two months but the environment and the experience still remained the same. Those sweet memories still lingering in my mind endlessly. I hope that those memories will never perish from my mind and will be part of my collection of memories that I may share with my generations.
.
After I completed my first degree I went to Pakistan, India and Bangladesh with two of my friends. It was a horrible journey with small saving that we brought with us. We were informed that the money will be not much to spend but for transportations. We flew from Lahore, Pakistan to New Delhi. I cannot remember how long was the flight. The weather was quite cold when we touched down and it was dark. We instructed a taxi driver to direct us to Nizammuddin the place where hundreds of people coming everyday from all over the world. This was the place where so many scholars and muhadithin resided and contributed the valuble knowledge of addin to the people. We spent there for few days and we were asked to exhortate to Muradabat towards the northen part of India. We stayed for two weeks and back to Nizammudin.
.
Our next trip was to move to the south of India, i.e. Calcuttaa. Bila dengar saja Culcatta kepala otak aku terus teringatkan sejarah Kerajaan Britsh di India. Berjalan di India masa tu tak lah nak risau sangat sebab semua di uruskan oleh localwala. Berjalanan bermula dengan menaiki keretapi selama 24 jam perjalanan. Aku dah expect dah masa tu apa akan berlaku dalam train. Masuk saja dalam train mula mula sekali selamatkan tempat duduk. Bukan senang nak control tempat duduk ni. Gerak saja dah ada orang ngimpit. So kami bertiga terpaksa take turn. Keretapi ni best sebab bila tiba waktu malam kalau nak tidur boleh tarik papan kat belakang untuk di jadikan katil. kalau nak tidur tu terpaksalah ikat beg pada seluru anggota badan sebab takut di curi. Yang paling kelakar tu bila nak sembahyang jemaah dalam keretapi. Kita cuba stood still tapi bila gerabak bergetar aje seluruh badan kami sway macam orang nak menari. Masa tu tangan pun capailah apa yang patut untuk stablekan diri. Nak ketawa pun ada. Masa tu kalau orang nengok kita sembahyang pun dah tak kisah dah. Memang sembahyang aku tak kusyuk lagi.
.
Apabila bangun pada waktu subuh bukan senang nak ke toilet. Kena baris panjang. Aku pulak pantang bangun pagi. Mesti perut nak memulas. Kalau masuk toilet, kalau berak tu terus jatuh ke landasan berkecai. Sebelum tu ada juga member beri tahu nanti korang akan nampak banyak merak hitam kat tepi landasan. Aku pun hairan apa maksud mereka. Rupanya ramai orang yang bertinggung untuk buang air beso sambil menutup kepala mereka. Hhehehehe...meriah sekali. Kalau keretapi berhenti di sebuah stesen maka ramai orang yang naik untuk mencari rezeki dengan menjual makanan, teh and tak terlepas dengan peminta sedekah kanak kanak. Bila aku nengok cerita ni memang sebiji macam aku alami. Kadang kadang tu budak tu cacat sampai tak terfikir dek akal. Kesiann..... Walau simpati kena buat hati kering sebab kalau di beri maka ramai lagi yang datang untuk mendapat simpati.
.
Sepanjang perjalanan jangan cakaplah wajah yang hensem ni. Hitam jelaga dengan habuk dan asap. Sapu aje muka nampak daki daki yang melekat. Sampai lubang hidung pun dah penuh dengan tahi hidung yang keras. Silap korek boleh terluka hidung. Baju pula memang dah tak nampak rupa. Tapi untuk peringatan kalau berjalan ke tempat sebegini eloklah buat baju yang mempunyai poket yang di zip dan di lekat di dalam. Jadi tak mudah untuk penyeluk saku copet beg duit.
.
Bila sampai aje di Calcutta kami terus ambil teksi untuk ke Cola Cola Masjid ( Aku pun dah lupa apa nama sebenar masjid tu..mungkin tola tola....tapi bunyi lebih kurang cam ni lah). Sampai aje kami terus naik ke atas masjid untuk berehat sekejap dan sedia untuk solat zohor. Di India, yang best tu ialah, setiap masjid atau bangunan mempunyai bumbung concrete yang rata. Jadi, bila waktu malam boleh naik ke atas dan tidur di bawah sejuk malam dan bulan. Memang best. Tapi yang tak best tu kalau ada nyamuk. Jenuh nak berperang.
.
Bandar Calcutta memang sibuk. Trafik jam jangan lah cakap. Aku rasa kalau jalan lagi cepat. Masa ziarah saudara kat celah celah rumah tu selalu kedenganran lagu hindustan. Lagu Bobby 'Mesyair To Nahi' pun ada. Apa lagi aku pun turut sama ikut dengar dan nyanyi sama sama la. Ada sekali tu aku telah di bawa ziarah saudara ni. Kebetulan dia baru sahaja mendapat bayi lelaki sebulan yang lalu. Dia kata bahawa bayi dia belum bernama dan sempena nak ambil berkat kononya dari aku dia demand aku kasi nama anak dia. Masa tu aku baru umur 23 tahun. Manalah aku pandai bab bab nama anak. Puas aku menolak permintaan dia itu tapi dia terus mendesak aku memberi nama bayi tersebut. Bayi tu pun bijak, asyik menatap wajah aku aje dengan mata dia yang bular. Finally aku terpaksa mengaku kalah dan berikan nama bayi tersebut Muhmmad Umar. Sudah 21 tahun berlalu aku agak bayi itu dah besar dan remaja. Semoga dia menjadi seorang manusia yang dapat mentati pada Allah dan manafaat pada manusia.
.
Bila aku imbas kembali semaja aku berada di India dengan suasana dan persekitaran, cerita Slumdog Millionaire benar benar mengertikan suasana kehidupan masyarakat setinggan yang tetap akan tiada pembelaan bukan sahaja di India tapi seentario dunia...........

Wednesday, March 25, 2009

Berakhirnya Winter Dan Bermulanya Spring



Cuaca masih lagi sejuk dan mendung. Sekali sekala panas dengan pancaran matahari dan suhu agak sederhana. Tapi kalau angin dari utara yang meniup dari Kazakstan, mesti terasa dingin. Tahun ini musim sejuk tak seteruk tahun lepas. Tahun lepas snow lebat dan tahap dingin sehingga ke -20. Tapi pada tahun ini suhu paling sejuk pun agk -5 degree sahaja. Anyway sekarang kalau bersiar siar ke bandar sudah kelihatan pucuk pucuk daun mula memunculkan diri. Sebulan lagi nampak kehijauan lah tempat ini. Tapi di site seperti biasa, gondol dan hanya di tumbuhi dengan tompokan pokok renek. Seperti poko dalam gambar teratas di penuhi dengan bunga2 pink. member aku tanya pokok apa tu. Aku belasah aje kata pokok ceri...entahlah betoi ke tak. Kedatangan spring memang di nanti nanti oleh semua orang. Best sangat...... Pokok rose pun deang segar telah mengeluarkan tunas and nanti harumannya akan dapat kami nikmati....

Buying A Second Home

.
Balik baru ni, aku sesaja pusing pusing di kawasan perumahan tempat aku tinggal. Walau pun kawasan ni sudah tak ada lagi development semacam hidup segan mati tak mahu namun aku semakin jatuh cinta dengan untuk terus tinggal di sini. Pertama sekali sekolah dekat sangat dengan rumah aku samaada sekolah menengah atau sekolah kebangsaan. Anak anak aku senang saja nak kesekolah. jalan kaki 5 minit sampai. Keduanya kawasan ini seperti 'dead end'. Jadi anak anak senang di jaga dan awasi. Kita tahu kemana mereka pergi dan dengan siapa mereka berkawan. Finally semua kemudahan sudah ada walau pun tak seratus peratus. Paling tidak ke Bandar Rawang yang membangun tanpa henti untuk shopping. Semua ada. Jadi tak perlu ke KL lagi.
.
Last year aku beli kondo. Tapi finally kensel bila harga minyak naik mendadak. Sampai sekarang aku tak claim duit aku balik. Mungkin pada home leave yang akan datang aku akan selesaikan semuanya. Tak banyak pun duit yang aku nak claim tu. So no hurry. Tapi niat untuk memiliki kondo masih tersirat dalam sanubari aku ni. Entahlah apa pasal aku nak sangat memiliki kondo ni. Orang tua tua kata saja gatal tangan. Mungkin kut. Aku ke MAPEX di Midvalley and memang berkenan sangat nak beli kondo tapi 'the other of me' keep on saying sabar dulu, jangan beli. Aku berlawan dengan perasaan. Melihat pada harga yang mencanak semakin tinggi, aku pendamkan aje nafsu aku buat sementara waktu. Dengan ekonomi yang semakin gawat dan tak menentu elok aku simpan duit saja. Silap haribulan konco yang di beli terbengkalai sebab pemaju lingkup, sekali dengan aku boleh jadi papa kedana. Oklah....jangan gamble...bahayakan diri sahaja.
.
Satu hari aku ajak wife aku jalan jalan untuk bawa Yusuff bersiar siar di kawasan perumahan ni. Sambil tu mata aku liar mencari iklan iklan yang menulis rumah untuk di lelong. Aku terus pusing lagi dan aku nampak rumah rumah yang mahu di lelong dengan harga below 50% dari harga asal. Wow murah tu. Tiba tiba aku terpandang sebuah rumah intermediate lot terpampang iklan untuk di lelong. Harganya memang murah sangat. Aku rasa tertarik dengan rumah tersebut sebab design cantik serta banyak lagi alasan yang lain untuk aku memilikinya.
.
Aku terus capai hand set dan call number yang tertera. Bila agent menjawap aku terus bertanyakan tentang rumah tersebut. Finally aku buat appointment untuk ke pejabat agent lelongan hartanah awam. Besok tu aku pun bergi ke pejabatnya. jenuh juga aku mencari sebab dia beri petunjuk yang tersilap tapi akhirnya aku pun sampai juga ke situ. After briefing procedure lelongan dan sebagainya aku pun bersetuju untuk masuk bid. Esok tu aku dengan agen masuk ke bank untuk buat bank draf 5% dari harga lelongan untuk register nama masa bidding yang akan di lakukan di KL. Oleh kerana kesuntukan masa aku suruh agen sahaja yang bid on my behalf. Aku tahu memang mahal kalau agen yang wakilkan sebab komisyennya dah sampai RM2000. The day before aku berangkat ke sini aku di talipon agen and inform me that aku dah berjaya and lelongan contract akan siap dalam masa dua hari selepas dokumen di sign oleh lawyer.
.
Firstly aku ingat nak ambil loan sahaja. Tapi bila aku jumpa bank and di beritahu bahawa aku kena ambil insuran damge property yang di wajipkan oleh bank aku terpaksa fikir 2,3 kali. Mata taknya, aku kena bayar premium sebanyak RM1700 setahun. Lepas tu aku kena bayar lawyer untuk S&P and tukar hak milik rumah. So aku rasa aku kena bayar duit upfront banyak sangat tak tentu pasal. After fikir dengan semasak masaknya aku buat keputusan untuk bayar cash sahaja kepada bank(owner). So aku kena setelkan pembayaran another 90% dalam masa 4 bulan. Insyaallah dapatlah aku kumpul duit skit. Aku suruh wife aku jumpa lawyer untuk urusan tukar hak milik and the remaining aku yang akan deal dengan lawyer tu.
.
RUmah lelong ni pun aku beli bukannya uuntuk di buat sewa. Tapi sesaja aje. Kalau di fikirkan 10 tahun yang akan datang mana ada lagi rumah yang murah yang boleh di diami di sekitar lembah kelang. Kalau ada pun mungkin sejauh Ceruk To'kun tu. Then masa tu kalau nak beli rumah mungkin gaji pun tak setimpal untuk buat loan bank. Jadi mungkin untuk anak anak aku kot. kalau depa nak aku jual la kat depa kan. Walau bagaimana pun cerita rumah lelong ni tak habis di sini saja. Ada lagi episod yang akan datang untuk sama sama berkongsi pengalaman.
.

Sunday, March 22, 2009

Syahadah - How You Grown Up





Rasa cepat sangat masa berlalu. Hari ini aku dok belek belek gambar gambar lama dlm library aku. Aku nengok gambar Syahadah dari hari lahir sampai lah sekarang dia berumur 5 tahun. Rupanya dia sudah besar dan wajah dia pun sudah berubah. Sejak ada digital camera ni senang sebab boleh ambil gambar banyak banyak dan kumpul. Senang nak akibkan. Lagi pun lebih jimat . Kalau nak gambar ang mana print sahaja. Dalam banyak banyak gambar waktu kecil ni cuma untuk Syahadah dan Yusuff sahaja yang aku ada banyak koleksi gambar dari kecil. Yang lain tu banyak simpanan dalam bentu hard copy . Bila nengok wajah anak aku ni kadang tu masih seronok untuk menambah bilangan ahli keluarga.

Saturday, March 21, 2009

Masjid Tanah, Melaka

Aku sangat tertarik dengan nama nama tempat di Melaka. Kebanyakan nama ada maknanya dan di ambil dari nama benda, tumbuhan dan sebagainya. Contohnya seperti, Durian Daun, Lubuk Cina, Kandang, Tanjung Keling dan banyak lagi. Aku rasa lebih kurang 19 tahun yang lalu aku ada berehat sebentar di Masjid Tanah. Iaitu Masjid ıtu sendiri (masjid dalam gambar kot). Pada masa tu sekitar kawasan ni rasa indah suasana desa. Nyaman sekali. Tapi kali ni teramat berbeza. Aku rasa masjid ini sangat unik dan salah satu masjid yang tertua di Malaysia. Baru baru ni semasa aku memandu dan merayap di kawasan ini tersa sangat berbeza sekali. Orang Melaka kalau baca coretan aku tolong kasi info skit. Aku tau Lia(bukan kucing persian hidung kemek aku tu) dan Hashim tu mesti baca tulisan aku ni. Sebab dia salah seorang orang Melaka yang meminati blog aku.
Kenduri Di Rumah Sazri
.
Tengahari tadi ke rumah Sazri sebab dia buat kenduri. Mungkin kenduri sebab family dia dah selamat tiba di sini dan masuk rumah baru. Aku lewat skit pergi sebab ada benda benda personal nak settlekan dalam bilik. Biala sampai aje sana aku nengok depa sedang dok panggang kambing and sate. Alhamdulillah dah settle.....ingat baru nak sembelih kambing...hehehehe. Melawak aje no.... Ok jom kita nengok apa yang berlaku kat sana...

Tu dia satu pos istimewa dari Raja Tok Penghulu kita kat sini.

Amboi kusyuknya che Azizan and Che Ramli kita dok berborak noo....Boleh share ke topic yang di bincang kan...Tak kan nak cite pasal keje lagi kot..... kalau cite pasal aweks nak juga dengo....
Amboi Che Omar kita sampai tak pandang belakang bila hang makang no...dasyat mung..... macam mana gewe yang hamba rekomen tu...jadi ke.....jagan malu malu kucing siam tau. Kalau dah simpan hajat tu cakap aje kat chek. Nanti chek tolong pinang kan....
Wow sedap tu..... itu lah dia resepi si Puad..... sedap sehingga menjilat jari...
Che Mohd Noor dok tenung and telek apa tu.... makan aje... kata nak diet betoi ke..... Badan beso tak apa asalkan sihat. Orang sini kalu badan beso lagi depa berkenan....hehehehhe
Eh jangan rebut rebut...banyak lagi tu... Kalu tak cukup nanti CSR kuar duit buat kenduri lagi. Kali ni kit potong untua pulak.
Wah dok borak apa tu.....Mungkin Haji Malik dok tazkirah kot atau dia relakan hati untuk jadi tok kadi...
Nak tambah boleh...jangan malu malu kucing siam...banyak lagi tu. Tapi cucuk sendiri ye....
Hadi Dan Skate Board


This is my third son, Hadi. Dia ni cute and happy go lucky. Baru masuk tingkatan satu. Kegemaran dia adalah main skate bod. Dia lah satu satunya anak aku yang suka main skate bod. Mungkin İkhlas pun suka juga dan akan turut jejak dia. Sekali tu dia chat dengan aku minta aku belikan dia skate bod. Aku tak mengaku apa apa cuma bertanyakan dia ada duit ke nak beli. Sekali ni dia tak nak lagi yang murah murah tapi yang ada kelas skit. Aku pun tak pernah lihat dia main pun. Dia kata selalu main dengan kawan kawan dia dekat dengan kedai di atas bukit tu.
.
Bila aku balik saja aku terus beli kan dia skate bod baru ang ada kelas konon. Masuk aje kedai kat BB Plaza, ku inagan sertus aje. Rupanya dekat RM300. Aku pun terperanjat. Aku tetap beli dengan bersyarat. Anak anak aku memng faham beno apa syart yang akan aku beri. Balik kali ni masa aku bawa ke Midvalley rupanya dia ada hati untuk beli yang baru sebab yang lama dah tak elok. Yelah main sukan lasak cepatlah rosak kan... Dia approach aku kata yang lam dia dah jual pada kawan dan duit jual tu dia nak beli ynag baru. Aku pun kesian nengok muka dia yang seposen tu aku pun tambah duit aku. Macam biasa aku di pow lagi...hehehe.
.
Satu malam tu masa aku dah selesai urusan aku, aku masuk bilik dia. Rupanya dia tidur sambik memeluk skate bod. Aku panggil dan tunjuk pada wife aku. Kmi sama sama ketawa. Bila aku nak ambil gambar dia, bateri pulak weak so aku terpaksa tunggu sekejap untuk ambil gambar. Lepas 20 minit, begini lah dia dengan skate bod dia tu..... Tulah orang kata kalau dah cinta...kemana mana pun tetap nak bersama.....
Cuti Sekolah Hampir Berakhir



Esok last day cuti sekolah. This Monday sekolah kembali bermula. Aku tahu semungkinnya wife aku akan sibuk kembali. Pagi lagi sudah bangun untuk sediakan sarapan dan melayan anak anak untuk ke sekolah. Siapkan pakaian dan atur buku mereka. Yang sudah besar boleh uruskan sendiri tapi yang masih kecil masih perlu di bantu untuk uruskan beg dan pakaian mereka. Tujuh anak aku sudah bersekolah. Dua bersekolah di sekolah berasrama penuh.
.
Tadi aku talipon rumah dan berbicara dengan anak anak aku yang meningkat remaja. Seperti biasa aku akan terus ingatkan tanggungjawap mereka sebagai anak, pelajar, manusia dan terutamanya sebagai hamba tuhan. Aku terus bermotivasi moga moga apa yang aku lafazkan itu terus melekat pada sanubari mereka dan biarlah ianya terngiang ngiang di telinga mereka. Dan aku amat berharap setiap naishat dan kata kata aku akan di patuhi dan dituruti seikhlas mungkin untuk kebaikan diri.
.
Masa aku balik bercuti aku mengambil kesempatan segenap masa untuk bersama keluarga. Boleh dikatakan aku tiada masa untuk berehat. 25% dari masa aku berada di dalam kereta untuk uruskan hal hal anak anak. Pergi hantar tuition lah. Pergi ambil dan hantar mereka ke asrama lah. Bawa mereka shopping untuk keperluan sekolah dan peribadi. Pergi acara sukan tahunan lah dan macam macam lagi. Walau badan letih aku tetap gagah untuk luangkan masa untuk mereka semua.
.
Esok wife aku terpaksa bergegas menghantar dua orang anak anak aku pulang ke asrama. Pertama, dia akan menghantar anak dara aku dulu sebab dekat dengan rumah dan selepas itu wife aku akan terus menuju ke negeri Melaka untuk menghantar anak teruna aku. Aku kasihandan respect melihat wife aku yang teramat sabar dan dedikasi untuk menunaikan segala tanggungjawap itu.
.
Anak dara aku beritahu yang dia akan mewakili sekolah peringkat daerah dalam upacara menembak. Aku kata baguslah dan buatlah yang terbaik. Semasa dia beritahu aku, terasa nak ketawa. Aku sendiri pun tak pernah pegang senapang. Dia yang badan kecil dari aku pun dapat mewakili sekolah. Dia kata sebab dia dapat menembak dengan tepat!
Anak Anak Kita



Anak Anak Kita
.
Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

Aku rasa aku jarang atau tak pernah dengar lagu ni. Masa balik baru ni aku down load lagu M Nasir. Lagu dia ni seronok di dengar sebab terdapat banyak pengajaran dan maksud tersirat dan perlu hayati betoi betoi baru boleh faham. Bila aku dah beli woofer baru dalam bilik and bila dengar lagu baru best skit sebab ada dentum dendam nye. So aku kumpulkan semua lagu lagu retro yang penuh nostalgia masa zaman muda muda dulu. Bila dengar banyaklah kenangan manis dam masam yang aku teringat. Jadi aku pun mula lah dengar lagu 'Anak Anak Kita' ni. Untuk menghayati senikata tu aku download seperti yang tertera di atas.
.
Seperkara yang aku amati dalam lrik tersebut aku teruja dengan rangkap 'Senapang kayu ubi'. Aku masih ingat lagi masa kecil tu main hoki pakai kayu ubi dan bola pakai tin susu cap junjung. Bila hujung minggu memang acara meredah hutan belukar untuk melestik burung dan mencari anak anak burung. Nampak saja pokok mesti nak pamjat untuk cari sarang burung. Kalau nampak lubang di tebing sungai mesti nak seluk untuk mencari burung king fısher.
.
Kadang kadang terjun sungai untuk mandi manda dan mencari ikat. Siap dengan senapang lagi. Semua dengan kepakaran sendiri untuk mencipta senjata tersebut. Kadang pagi lagi dah keluar ke sungai dan petang baru balik. Tak ingat dah rumah walau perut lapar. Masa tu ibunda pun tak kisah sangat dan keadaan sekeliling tak bahaya sangat. Tak ada langsung cerita culik kanak kanak. Cuma ibunda selalu ingatkan ada orang potong kepala untuk buat jambatan keretapi. Masa tu takut juga.
.
Selalunya permainan kami bermusim. Sekejap main ini dan sekejap main itu. Tapi kami seronok dengan semua permainan yang kami reka sendiri. Apabila tia musim berangin aku dan rakan rakan akan mula mencipta layang layang. Aku agak pakr juga untuk buat layang layang. Bukan sahaja yang biasa tetapi juga yang hebat hebat seperti wau bulan. Aku akan mencari buluh di lunggukan sampah yang di bunag oleh cina pembuat bakul. Aku rasa kedai cina tu pun dah tak ada. Sekarang orang dah tak pakai lagi bakul buluh sebab orang dah pakai bakul plastik. Beberapa bulan yang lalu masa aku melihat cerita 'The Kite Runner' aku segar teringat zaman kanak kanak berkejaran berlari mencari layang layang yang putus tali.
.
Aku selalu bercerita pada anak anak aku tentang zaman kanak kanak yang penuh dengan keseronokan. Oleh kerana tidak mempunya wang yang cukup kami berkreatif sesama sendiri untuk mencipta banyak perkara. Semuanya aku buat sendiri. Tapi sekarang anak anak aku tidak lagi seperti zaman aku. Bersusah payah......serba kekurangan untuk menikmati keseronokan hidup. Bagaimana pun kami tetap gembira untuk bercerita dan terus bermain pada esok hari.




Wednesday, March 18, 2009

Jom Baca Buku Cerita
.
Baru ni masa aku pergi berjalan jalan ke Midvalley dengan anak aku Ubai dan Hadi sempat aku singgah sebentar ke MPH book store. Hajat sebenar ke sana untuk menghadiri pameran property MAPEX. Sesaja nak nengok kondo mana yang bersesuaian. Ronda punya ronda dalam tu, rupanya harg kondo semakin mahal. Sudah tak ada lagi harga yang 200k ke bawah. Hhhmmm......... Dalam keadaan ekonomi meleset yang tak nampak sinar tu elok aku bermimpi di siang hari sahaja. Pertama sekali, kalau nak beli rumah sekarang memang risky. Buatnya developer bankrup, sekali dengan aku boleh jatuh bankrup. Jadi simpan aje niat yang terpendam tu.






Lepas tu kami terus menuju ke kedai skate board untuk Hadi. Dia kata nak beli baru sebab yang lama dah jual pada kawan dia. SO aku tambah duit aku skit. Kali kedua aku kena paw ni. Lepas tu terus kami menuju ke MPH Book Store sebelum berangkat pulang.
.
Aku kalau shopping memang tak ambil banyak masa. Apa aku nak dah ada dalam kepala jadi senang aku nak cari. Aku terus ke bahagian fiction book and nampak cerita Duma Key by Stephen King. Aku tak pernah baca buku dia, tapi aku tahu movie from his novels memang best. Macam cerita Shawshank Redemtion and The Green Miles. Buku ni aku dah baca half way. Entah bila nak habis aku pun tak tau. Pas tu aku nam pak buku Tomi 2 in 1 tu. Aku terus capai sebab murah gak. Aku sudah baca dua buah buku Tomi ni dan yang paling best ialah buku The Messenger. So the next book yang aku nak baca mesti ok kot.
.
Buku The Memory of Keeper's Daughter ni aku baca ulasan dalam forum novel Shaferi.....baca jalan cerita best juga. Yang penulis satu lagi tu aku baru mula nak berkenalan. Anyway semua sekali habis lah dalam RM120. Bila aku nak habis baca buku buku ni entah lah.... Hanya masa yang menentukan. Harap harp aku jaws nak habiskan buku buku ni.

Tuesday, March 17, 2009

Anak Anak Aku Di Bandar Melaka

Ikhlas jaga sikit takut meletup meriam tu... luruh lagi gigi nanti.
Anak anak aku yang dah besar tak nak ikut sebab nak periksa. Jadi anak anak aku yang kecil kecil ini yang nak ikut.

Kadang nak arrange depa ntuk bergambar bukan senang. Kejap sorang dah ready dan yang lain tak ready lagi. Sabo aje lah...
Wah satu pos istimewa dari Syamim. Nak bagi pada siapa tuuu.....
Aku malas nak naik ke atas. Buakan ada apa pun cuma kubur2 orang putih. So kami bergambar di bawah aje la...

Kereta lembu memang tak dapat di pisahkan dengan orang Melaka. Aku dengar cerita dulu tu lembu lembu tu di pakaikan loceng. Jadi akan berbunyi 'keling...keling'. Sebab terkesan dengan bunyi tu maka termuncul la tempat yang bernama Tanjung Keling. Kalau tak percaya tanya sama orang Melaka.
Dah berapa biji meriam dah ko orang bergambar???
Sempat juga bergambar di bawar aircraft tu d samping berteduh kejap.


Orang kata anak ramai susah nak urus. mana financial burden lagi. Bagi aku ok aje asalkan aku sentiasa hapi hapi. Kerja duit banyak pun untuk anak anak. Insyaallah ada lah rezeki tu. Bab rezeki kita tak perlu risau. Tapi bab amalan kena risau sesangat sebab ia akan bawa sampai mati. Sekarang dua anak anak aku dah di asrama terasa sunyi sangat di rumah....Hhhmmmm....nak tambah lagi ke????
Jom Naik Beca



Kalau tak silap, kali terakhir aku naik becha masa aku di Bangladesh. Masa tu aku di hantar ke sebuah kampung lebih kurang 80 batu dari Bandar Dacca. Masa tu aku nak pergi ziarah seorang. Pengayuh beca tu seorang budak aje. Aku rasa dalam umur 12 tahun. Kecil dan kurus. Masa tu dia terpaksa kayuh naik bukit. Aku nengok dia terhegeh hegeh kayuh beca tu. Aku kesian nengok dia kayuh aku terus suruh dia berhenti. Aku kata biar dia duduk belakang dan biar aku yang kayuh. Aku ingat dia akan berhenti tapi rupa rupanya lagi laju dia kayuh. Terperanjat aku. Kuat rupanya budak ni. Cerita ini sudah berlalu 22 tahun yang lalu. Lama kan.....
.
Masa ke Bandar Melaka baru ni aku pun bawa anak anak aku naik becha. Oleh kerana kami berlima maka beca tak muat. Aku terpaksa ambil dua beca. Satu pusingan dari gereja merah tu ke Afamosa cuma RM10 saja. Tapi kalau berhenti untuk bergambar di Afamosa tu harga dia RM15. So semua sekali aku kena bayar RM30. Rupa rupanya wife aku dengan anak aku Safwan dan Yusuff dah naik beca dulu dari kami. Wah senang sungguh dapat duit jadi pengayuh beca. Tak macam cerita P. Ramlee tu Penarik Beca. Hidup susah dan sengsara.
.
Yang best tu beca ni berwarna warni dengan bunga bunga plastik. Kadang naik rimas jugak. Ada juga yang siap letak speaker dengan lagu Britney Spears. Wah rock jugak pemgayuh beca ni.
How To Have a Cute Bungalow







Balik baru nı aku memang sıbuk. Bukan sahaja urusan anak dan isteri aku tapi juga keluarga aku sendiri. Kakak aku dah lama nak dırıkan banglow dıa tu. Satu ketika dia beri aku plan yang telah siap tapi aku rasa macam tak puas hati. Sebab aku rasa design tak cantik and tak ada konsep langsung. Aku ıngatkan bahawa kita nak buat rumah ni kena ambil serius dan banyak benda nak kena consider. Duit dan budget satu hal tapi konsep dan requirement rumah pun kena nengok juga. lepas tu masa nak buat rumah kenalah tahu apa yang kita mahu dan bagaimana untuk adakan kontract dengan contractor. Kalau cakap pasal contract memang banyak choice boleh buat tapi atas kita lah. kalau barang kita beli sendiri dan cuma ambil upah aje mestilah lebih murah. Tapi kalau semua kasi sama contractor buat teruklah. lagi pun kalau nak bina rumah kenalah beri masa untuk urusan procurement, supervision dan banyak lagi
.
Aku kalau bab bab rumah memang cerewet. Jadi aku pun nasihat my sister untuk revamp balik design rumah yang awal sebab nampak sempit sangat. So aku syorkan lah untuk angage member aku ( seorang arkitek) untuk buat proposal baru. Nak bayar arkitek tak lah mahal sangat kalau kita ambil arkitek yang muda lagi pun arkitek muda masih penuh dengan semangat. Finally my sister stuju and aku pun deal dgn member aku pasal fee and detail design tu. First proposal memang kak aku tak setuju. Aku kata never mind we still can alter sebab my sister sendiri kena decide apa dia nak sebab dia yang nak finance dan duduk rumah tu. Aku cuma terangkan concept dan apa apa teknikal yang patut.
.
Finally kakak aku agree and decided option two dlm gambar di atas and almost dia puas hati. Nak buat rumah yang mnelan belanjan ratusan ribu ni kena sabar dan think properly. Tak boleh kelam kabut takut nanti apa yang kita mahu tak puas hati pulak. We have the deadline to complete the detail design by end of middle of april. And few sketches will be provided nanti. Aku cuma akan bantu structural drawing aje and few sketches so that the contractor akan faham bila nak construct nanti. And another thing aku akan siapkan bQ untuk mereka agar dapat tau mana cost akan pergi and to control budget masa nak minta contractor buat quotation.
.
Kadang orang tak faham dengan professional services ni. Aku cuma nasihat, get the right people to do the right thing and finally kita akan puas hati. Biar kita belanja lebih sikit tapi outcome tu very good. Orang kata berbaloi.