Friday, December 23, 2011

Egyptian Mango

.

Apabila aku mengembara dari satu country ke satu country aku akan mencari sesuatu yang tak ada di malaysia atau sesuatu yang sangat uniq untuk aku bawa pulang. Semestinya barangan itu akan menjadi cenderamata sepanjang hayat. Semasa aku tiba di Egypt, buah mango tempatan telah menjadi focus aku. Dari awal lagi aku telah bersedia untuk membeli dan membawa pulang ke tanah air untuk aku cuba semaikan bjijinya. Insyaallah ianya akan tumbuh dan menghasil kan buah yang lebat, lazat dan bagus. Alhamdulillah sudah tumbuh Egyptian mango aku ni.


Inilah dia anak mango yang aku semai dan sudah mula tumbuh dengan suburnya. Agaknya tiga tahun lagi baru berbuah. Kesemuanya ada 6 biji yang aku semai. Satu lagi sudah mengeluarkan tunas. Lagi empat masih hibernate dalam tanah. Aku doakan kesemuanya akan tumbuh dengan sihat.



Inilah rupa Egyptian mango yang di jual di bazar. Paling besar boleh dikatakan sama saiz dengan kepala aku. Yang kecil pun ada. Rasanya memang enak, harum dan juicy.
Excursion To Egypt : Hamam Firaun

.

Dou you know what is the meaning of Hamam? Ini lah spa Firaun yang terletak di tepi Laut Merah di Semenanjung Senai. Firaun akan datang ke sini bebeapa kali setaun untuk Spa gitu. Agak jauh kalau nak di fikirkan dari kediaman dia. But yang pelik tu tak ada langsung kesan peninggalan istana Firaun.



Ok...untuk Firaun mandi Spa atau Sauna...dia akan masuk ke dalam gua ini. Aku agak pelik sebabgai seorang Raja yang mengaku tuhan, tak kan lah gua ini seperti gua gua yang lain serba kekurangan. kalau Sauna untuk raja di dalam mestilah luxury untuk Firsun beristirehat. Bila masuk di dalam gua ini akan terasa wap panas tetapi tak ada air. Mungkin ada air bawah tanah yang panas yang membolosi rongga rongga batu batan pada lantai gua. Wallahualam......

Gua ini terletak bersebelahan dengan laut merah yang sangst jernih. Terasa bagai nak terjun mandi sahaja. Oleh keranan di sini bukan tempat untuk kita singgah mandi, perjalanan perlu di teruskan. Kalau ikut hati mmg nak terjun laut. Satu lagi problem....seluar tak bawa...hehehehe

Aku tak masuk kedalam gua ni sebab rasa macam nak suffocate je and lagi pun confned space skit. Tak apalah kita kasi can pada anak anak yang masih muda untuk masuk ke dalam. Masalah di Egypt ni....nak cari public toilet memang masalah besar walau pun tempat tersebut adalah tourist centre. Terpaksa tahan bagai nak rak..... sabo je lah.....


How To Make A Correct Choice



Masa aku di SP aku terpandang kedai Peugeot. Aku terus pergi ke bilik pameran tu. Bila aku pandang dan amat amati, aku teramat berkenan dengan kerete Peugeot 3008. Rasa macam nak tempah aje. Tapi biarlah aku fikir sedalam dalam laut biru before making a correct choice. memang kereta lain ada juga review and in the preferred lists. Finally aku buat internet nengok pada readers review. Alamak ada yang kata ok dan ada yang bagi respond negative. Macamana ni??? Bagi aku, yang penting service after sale. Kalau ok and banyak pusat service centre ok gak. Tapi kalau service tak ok masalah juga. Anyway aku masih belum buat apa apa keputusan.

Thursday, December 22, 2011

Excursion To Egypt - Telaga Nabi Ayob








Ini adalah telaga nabi Ayob yang digunakan untuk membasuh penyakitnya. Nampak telaga ini kecil sahaja tetapi airnya panas seperti kolam air panas Selayang. Kawasan ini seperti wadi atau oasis yang menghijau dan penuh dengan pepohon tamar dan pokok pokok lain. Rasanya tak jauh dari telaga nabi musa. Kawasan ini juga terletak di kawasan padang pasir.

Wednesday, December 21, 2011

Excursion To Egypt: Telaga Nabi Musa

.

Hari pertama sampai ti Semenanjung Sinai kami melawat Telaga Nabi Musa. Aku pun tak tahu sangat pasal cerita telaga Nabi Musa. Kena buka buku cerita Nabi Nabi semula. Sekrang yang tinggal cuma dua sahaja. Aku pun dah lupa ada air atau tidak. Kawasan ni nampak subur dan pastinya ramai orang yang tinggal di sini suatu waktu dahulu. Tapi sekrang yang tinggal di sini adalah beberapa kaum Badwi. Kalau tak silap aku la......hehehehe.



Wah semuanya sibuk bergambar di sana sini. Termasuk lah aku ni.....

Sporting betui bebudak ni bila aku minta untuk mengambil gambar mereka. yang best tu lepas depa posing best, depa minta kat aku satu geneh........ Aku tak kasi la.... Kalau kasi nanti ramai lagi yang datang minta aku ambil gambar depa...

Inilah barangan penduduk tempatan berjual...tak ada apa yang menarik pun...


Anak anak aku pun siap posing untuk aku masukkan dalam blog.... kadang tu nampak macam terpaksa aje...hehehe


Inilah dia rupa dan bentuk telaga nabi Musa yang di tinggalkan.

Pendant Light From Egypt

.





Inilah dia pendant light yang di beli di Egypt yang telah siap di pasang oleh anak aku. Cantik tak? Nak tahu harganya? Tak mahal, cuma RM300 sahaja sepasang. itu pun puas aku tawar setelah berlalu buat kali pertama. Pergi ke kedai satu lagi yang mahukan RM500. Aku buat muka toya patah balik dan terus beli. Yelah...nak datang ke Egypt lagi bukan senang kan....



Excursion To Egypt : Camel Ride

.











Inilah kali pertama kami berempat menunggang unta. Harganya tak payah cakap lah. Aku pun tak pasti aku kena paw atau tak dengan Pak Arab. Rasa rasanya macam kena paw aje. Kami tunggang masuk dari pintu belakang yang agak jauh dan terus ke Pyramid. Masa nak naik agak gerun juga terutama sekali bila unta tu nak berdiri. Rasa badan terhoyong hayang bagai nak terpelanting. Sama juga masa nak turun. Apa apa pun memang best dan satu pengalaman yang tak dapat di lupakan.
Excursion To Egypt : What Can You Get..

.

Banyak benda yang kita boleh cari di Egypt ntuk di jadikan cenderahati atau hadiah pada diri sendiri atau orang lain. Kalau key chain adalah perkara biasa dan mana mana boleh di dapati. Begitu juga dengan T shirt. Tetapi yang paling leceh tu adalah perihal nak bargain. kadang tu sampai sakit hati dan membuang masa saja. Akan tetapi kalau nak shopping cendera hati eloklah membeli belah di Cairo iaitu di Hussein atau Bazar Alkhalili. Jom kita lihat apa yang ada....



Mug ni terdapat berbagai bagai bentuk dan corak. kebanyakkannya adalah corak corak purba Egypt yang sangat menarik. Aku ingat nak belilah satu dua tapi akhirnya tak terbeli pulak. Aku pun tak tahu kenapa.



Kalau nak beli baju sexy ini pun boleh juga. baju ni khas untuk kaum wanita sahaja. Ada orang kata kat aku buat apa nak beli? Aku kata eloklah beli untuk isteri supaya dia bisa bergelek di depan kita. Barulah romantik kan....So far ada tak isteri sapa sapa yang pernah menari gelek di depan suami?? Cuba jawap....

Ini adalah lampu gantung atau pendant light yang di perbuat dari copper dan di sadur dengan silver. Aku memang berkenan and rasakan macam nak borong saja. Oleh kerana berkenan sangat dan bukan senang nak datang ke Egypt, aku terpaksa beli juga sepasang untuk di letak di ruang tamu. Kalau ada restoran and letak lampu ni sebagai hiasan memang best sangat. Nak bawa balik tak emnjadi masalah sebab masuk dalam kotak dan terus ke cargo.


Teko macam ni aku dah ada satu. Mula tu nak beli lagi dua tapi bila aku tawar je dia tak kasi terus aku berlalu. Bukan apa penant aku nak menawar. Kalau beli pun mana lagi aku nak letak. orsk semuanya purba Egypt.


Memang ramai orang menjual minya wangi dan harga pun murah. Rasanya quality tak seperti perfume di The Body Shop. Bolehlah kalau nak beli untuk di hadiahkan pada rakan rakan. Berbagai bagai haruman ada. You nak haruman hugo Boss, Christine Dior dan lain lain memang ada.

Berbagai bagai piring dan pinggan untuk hiasan di meja dan di dinding pun ada. Kalau nak beli untuk letakkan makanan pun boleh. Apa salahya kan...



Lukisan lukisan yang menarik untuk hiasan di atas paperous. Aku tak tanya pulak harganya sebab tak terfikir untuk beli. Niat nak beli ada tapi di mana aku nak gantung ya.... Rasanya dinding dinding aku dah pun penuh.


Patung patung ini pun banyak di jualo tapi tak sesuai untuk di letakkan di rumah. Ukiran dan warnanya amat menarik sekali.

Monday, December 19, 2011

Jom Ke Dusun..

.

Aku bangun awal hari ni sebab ada appoinment dengan Maheran. Aku berjanji untuk jumpa di rumah dia between 8.00 to 8.30 am sebab nak ke dusun untuk kutip buah. Dusun dia tak jauh dari rumah sebab aku dah pernah ke sana sekali beberapa tahun yang lalu. Siap aje aku terus ajak Hadi untuk ikut aku ke sana. Risau jugak takut jam kat jalan Rawang. Maklumlah toll belum siap lagi and masih dalam pembinaan. Bila tiba di rumah Maheran aku menunggu sahaja di kereta and suruh Hadi memberi salam. About beberapa minit member aku pun keluar dan kami terus ke dusun dengan kereta kembara dia. Jom nengok apa yang ada di sana.



Dusun ini terletak di atas bukit. Memang bersih dan cantik. Tak pernah aku lihat dusun sebersih and secantik ini. Rupa rupanya ada berjenis jenis buah buahan.



Aku nengok banyak pokok yang banyak buah bergantungan. Geram rasanya. Memang teringin nak ada dusun tapi apakan daya tak mampu la nak miliki. Pokok cempedak ada, rambutan, pulasan yang merah, buah dokong bergugusan seperti buah anggur dan banyak lagi lah. Rezeki aku baik ada juga sebiji buah durian.

Anak aku Hadi lah yang menjadi mangsa untuk panjat pokok. Aku memang tak kuasa nak buat keje ni. Siap hantar baldi ke atas. Banyaklah yang di petiknya....


Apa yang member aku cakap kat Hadi aku pun tak tahu. Yang pastinya dia mesti kata ambillah banyak mana ko nak....hehehehe.


Mana yang rendah bolek lah petik. Tapi kalau dah tinggi menggalah mana nak ambil. Itu pun 'dah banyak kami kutip. Aku tanya maheran," Tak jual ke buah a tau pajak dusun ni?' Dia jawap," Aku sedekah aje kat kawan kawan and jiran jiran." Mulianya hati member aku ni. Semoga di murahkan rezeki lagi and di berkati kehidupan selalu.


Nikmatnya anugerah Allah Taala ni. Bagi orang yang tahu bersyukur pasti Allah akan tambah.

Apa Yang Best Masa Kenduri?

.

Bagi aku yang best sekali masa kenduri adalah jumpa jiran tetangga yang lama dah tak jumpa. Bersua semula dengan sepupu yang dah lama tak berbual dan mengenangkan kisah silam. Dan best jumpa bapa saudara yang lama tak jumpa yang selalu kejar kita orang sebab nakal sangat. Semua ini menimbulkan nostalgia yang amat sangat. Tapi bila dah ramai datang nak bicara lama lama pun tak sempat. At least dapat bertukar tukar number hp. Ini pun dah cukup baik.



Ni Pak lang Din sepupu mak aku. Dulu Ba aku selalu bawa kami kerumah dia di Langgar, Alor Setar. Bila aruah Ba dah tak ada kami pun dah duduk di luar jarang sekali ke rumah Pak Lang. Next week ingat nak balik kampung nak bawa mak ke rumah Pak Lang. Dah lama tak makan nasi kat sana.



Ni sepupu aku. Walau semua dok KL tapi nak jumpa pun susah. Bila jumpa kat kenduri baru pakat dok kutuk sesama sendiri...hehehe. Bukan apa...sebab masing masing tak menziarahi kaum keluarga. Sekarang assignment aku dah habis and aku rasa aku akan ziarah mereka selalu.
Ni ipar my sister. Masa kenduri baru nak jumpa. Ingat lagi selalu kami mandi laut sama sama di Kuala Muda. Masa tu aku tinggal di rumah Tok waktu cuti sekolah. Petang petang pula mesti kami pergi mencari kepah. Entah bila lagi nak jumpa. Aku pun mempelawa mereka datang ke rumah bila melintasi KL.


Ini keluarga abang aku. Dalam gambar ni adalah kaka ipar aku bersama dengan anak anak saudara dan cucu saudara. Tak sangka aku dah bertaraf atok. Eeeee.....rasa senior sangat la. Apa kata panggil aje grandad je.... Ok ke??


Ini gambar ibu kesayangan bersama jirannya yang lama aku tak bersua. Makcik Norain tinggal belakang rumah aku aje. Dulu masa kecil kecil biasa la...ruamah aku rumah o...rumah ko rumah aku...


Ni pula abang Mi yang sentiasa aktif bila hari kenduri.


Untuk pengetahuan korang, kalau kenduri di utara, sekarang ni, jamuan laksa dah macam wajip. Memang sedap laksa ni. Aku sempat makan semangkuk aje sebab sibuk melayan tetamu. Rasa nak tambah tapi dah habis.

Wednesday, December 14, 2011

Anak Saudara Aku Nikah


On the 10th December anak saudara aku nikah dengan orang Temerloh Pahang. Jauh jugalah orang Kedah berbisan dengan orang Pahang. Sudah jodoh mereka kan. Aku balik kampung awal. Yelah nak tolong apa yang patut. Kali ni my sister tak ambil catering tapi orang orang surau dan jiran jiran yang bergotong royong untuk masak dan siapkan majlis perkahwinan tersebut. Kira baguslah masyarakat di sini. Aku lihat mereka bertungkus lumus untuk sempurnakan majlis. Rasanya susah nak cari masyarakat macam tu pada zaman ni. Sehingga ke DJ pun orang orang surau yang uruskan. Alhamdulillah segalanya dah selesai dan sama sama doakan mereka hidup aman damai dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.



Siap dengan santapan pengantin. Masa aku dulu dulu tak ada pun semua ni. Makan biasa and sama saja. Sebab tu perkahwinan dulu dulu belanja tak mahal sebab tak ada resepsi yang special special macam zaman la ni.

Amboi serba merah pengantin dan pengapit. Aku dulu dulu pun tak adalah macam ni sebab masa tu kenduri simple sangat. Untuk anak anak aku tak tahu pula nak buat macam mana pula.

Siap menyarungkan gelang ti tangan. Biasanya orang bagi cincin tapi ini gelang. Apa apa pun ada kelainan sikit. Tok Lang pun kusyuk memandang.


Ini waktu membaca aku janji. Dulu aku pun baca jugak.....syarat je tuh..


Akak tak perlu risau sebab akak memang cun and comel.... Belum lagi Paksu kasi hadiah. Nak kasi hadiah apa ekk...


Pak iman pun kalau nak suruh hafal surah suruh lah surah yang pendek pendek. Tak payah lah suruh baca surah yasin atau surah lain yang panjang panjang depan orang ramai. Boleh keluar peluh jantan tau. Kesian pengantin.... Kalau nak juga boleh kasi homework 5 bulan yang lalu. Barulah depa bertungkus lumus menghafal.


Member rapat dah nikah. Korang bila lagi.....