Tuesday, September 11, 2007

Lunch on Sunday

Last Sunday, Arif dan Khairul datang lunch di rumah. Dah lama plan tapi tak kesampaian sebab mereka sibuk dengan urusan keluarga. Jadi minggu lepas saje yang free sebab minggu depan dah nak balik ke Prague, Czech Republic. So aku pun suruh wife aku sediakan makanan.
Aku kenal mereka semasa aku mengembara ke Eastern Europe last Ramadhan. Masa tu aku di masjid Prague (cuma rumah flat yang di jadikan pusat islam) untuk menunggu waktu berbuka berbuka puasa. Memang tak terlintas untuk berjumpa orang melayu di sini. Tiba tiba terlihat budak budak muda yang berkulit sawo matang macam aku. Cerita punya cerita rupanya mereka baru sahaja sampai untuk belajar medicine. Bakal bakal doktorlah rupanya. Seronok bila dapat jumpa orang orang melayu ni. So aku kenalkan diri dan suruh mereka panggil aku pakcik saje. Yelah aku pun bukan lagi muda dan anak anak sedara aku pun sebaya dengan mereka. Dari ramai ramai Malaysian students tu yang berjumlah 31 orang, cuma sembilan orang sahaja lelaki. So selalu jugalah chat dgn mereka bila online dan beri sedikit nasihat untuk belajar dan motivasi.


Bila jumpa mereka tu teringat akan zaman aku belajar di England. Waktu tu dah lama berlalu. Anyway aku doakan mereka semua akan berjaya dan tabah untuk menamatkan pengajian mereka.

Ini lah Arif. Apa entah yang dia dok borak dengan anak aku NurIkhlas tuh. Ikhlas ni memang tak segan dengan sesiapa pun. Betah bercakap. Teruklah nak melayan kerenah dia.


Itu Syahadah cuba berjinak dengan Arif. Bila Arif nak dukung dia saje terus melalak. Apa lah kau Syahadah......cuba jadi macam abang. Semua orang kawan dia.

Yang sebelah tu Khairul. Rambut teknik rebonding yang baru buat. Tapi made in Czech ke atau Kajang mari tak pasti. Apa pun tak apalah nak hensem hensem kan......Dia kata sejak balik bercuti berat badan dah naik 5 kilo. Tak apa, balik nanti diet balik.

Amboi jelingan tuh....sekali pandang macam artis Badrul Muhayat.....

Sebelum balik ambil gambar dengan anak anak lelaki aku. Yang perempuan malu malu kucing siam. Tak apalah..........Kalau anak anak perempuan aku tanya siapakah mereka, aku sentiasa jawap, "menantu Ba la....". Geram mereka pada aku. Hhehehehehe...gurauan aje semua tuh..

Apa apa pun best of luck and semoga menjadi doktor yang sedia berbakti untuk masyarakat. Pada Abuzar, Mail dan lain lain tu kalau balik Malaysia call lah uncle and kita boleh borak borak and have some lunch. Kalau uncle ke Prangue lagi mesti talipon u all.
.