Posts

Showing posts from November, 2008
Image
Pandang - Pandang, Jeling - Jeling Hhhhmmmm....macam ni lah Lia setiap hati. Dia akan merenung keluar beberapa ketika. Kadang waktu aku pergi kerja dia akan tunjukkan muka ke tingkap, mungkin untuk ucapkan selamat jalan. Kadang kadang kalau dah boring aku tak layan dalam bilik dia akan renung ke luar juga. Aku tak pernah lepas dia keluar sebab cuaca sejuk dan sebagai anak dara yang masih suci aku kena jaga dia betul betul. Dalam bilik Bobo dan RO mario boleh nampak alim alim kucing tapi kalau di luar sana entah lah. Lagi pun risau juga kalau kalau dia hilang di ambil orang atau di makan anjing. Kalau Lia ni jantan lainlah cerita. Apa apa pun kalau member aku datang ke bilik Lia pasti suka bertenggek di atas riba mereka sambil bermanja-manja. Aku dah cakap kat Shah nantilah kita cari pasangan dia bila ada di bazar....
Image
Kembar Tapi Tak Serupa Pagi tadi sambil dok jalan jalan kat bazar ternampak budak Mesia ni yang kembar tapi tak serupa. Kembar bagaimana kalau tuan tuan dan puan puan nak tahu? Kembar fizikal aje.....muka tu lain skit aje sebab sorang tu mengaku dari salasilah orang Acheh dan sorang lagi tu mengaku keturunan Siam. Tak kisah lah korang keturunan apa tapi sama sama cicit piut Nabi Adam. Tapi kalau ukur depa ni tak tinggi dan tak rendah. Kira sedang sedang aje. Sorang tu dah nak menimang cahaya mata dan seorang tu maru aje menikmati alam gerbang rumahtangga. Oleh kerana tugas terpaksa gigit jari tinggalkan isteri kat umah. Tak apa lah apa nak buat kan....at least ko dah guna tak macam tiga budak hitam lagi tuh...... Tak guna guna...nanti nyesallllll.....donggggggggggggg. Eh ada skit lagi...sebenarnye depa nak beli topi tu sebab depa nengok aku pakai terus depa jeles...ehtah beli ke idak entah lah.... Jagan berkira sangat nanti mati tinggal...rugiiiii
Image
Antik dan Kreatif Nyeeeeeee...... Masa aku jalan jalan kat bazar sambil dok perhati barangan lama tetiba aku ternampak kenderaan ini. Nak kata basikal tak juga dan nak kata motosikal pun tak jugal. Rupanya benda alah ni adalah join ventur keduanya sekali. So aku rasa aku panggil 'basito'. Dia ada pengayuh dan juga injin. Mungkin masa turun bukin dia matikan enjin dan gunakan engin masa nak naik bukit. Kalau kawasan mendatar dia kayuh aje. Wow memang ekonomic betoi 'basito' ni. Eh... Tuah dan Ali...korang tak nak beli ke untuk bawa balik. kan korang suka koleksi koleksi barang macam ni. Jangan nyesal nanti dah...
Image
Cakoi @ Patongku Turkmenistan Sekarang setiap kali habis aje aktiviti di bazar aku akan singgah sekejap kat Russian restoran untuk minum coffee and makan skit. Ye lah dah penat jalan dan ronda ronda mesti nak makan jugak. Duu aku suka makan roti yang membalut cheese masam masam manis. Aku suka. Tapi kalau order aku tunjuk dgn tangan dan jari aje maka amoi tu akan bawa lah. Tapi sejak beberapa minggu lalu aku suka makan cakoi russia ni. Nama di kalau tak silap aku 'Poruski'. Sebab masa terserempak dengan Raman tadi dia yang kasi tau nama tu. Di dalam cakoi ni di letak mash potato. Sedap gak. So sekarang ni kalau datang aje ke Turkmenbashi town memang nak kena makan 'Poruski' ni. Nanti balik Mesia aku cuba lah ajar wife aku cam ne nak buat....
Image
Koci Oh Koci Dulu kalau nak beli koci memang mudah. Ramai makcik makcik yang menjual di depan tu. Tapi sekrang nak cari makcik penjual koci pun susah. Aku tanya driver aku mana depa semua pegi. Driver aku kata polis dok ronda kat pekan so depa tak leh berniaga sebab mereka berniaga di kaki lima. Tak di benarkan. Pulak..... Sian pulak makcik makcik ni.... susah nak car rezeki. . Sejak kebelakangan ni memang aku suka gonyeh koci sambil nengok movie. Bukan apa...nak ada feel macam dok nengok wayang kat Mesia. Sedar sedar aje dah habis 1 kilo. Hari ni aku dok teropong penjual koci di serata tempat. Sebelum balik aku ternampak makci yang sebaya mak aku tu menjual di hujung sata. Aku tau jugk tempat tempat trategik depa ni. Terus aku ke situ dan order 30,000 manat. Tudia...banyak tu aku nak gisih..... Lagi pun saja nak bantu makcik tu and senang sebab sekarang susah nak car penjual koci. . Sambil si Dzul tolong belikan koci aku pun ambil gambar makcik tu. Tersipu sipu makcik tu dok mengelak.
Image
Buah Delima Aku suka makan buah delima. Di Malaysia aku suka beli, dan anak anak aku pun suka makan. Tapi buah delima tu aku rasa di impot dari Spain dan tidak berapa besar. Di Malaysia pun ada juga di tanam tapi buah nya kecil dan kelat. Nak tumbuh pun macam hidup segan mati tak mau. Sekarang masih lagi banyak buah delma di sini. Masa blan Ramadahn aku beli jugak tapi masam ya rabbi. Lepas tu aku dah semacam tawar hati nak beli walau ada juga yang manis. . Baru baru ni member aku spt di gambar cerita pasal buah delima dari Azerbaijan kampung nya. Dia kata di sana buah delima besar besar dan lebih quality dari di sini serta pokok pokok nya besar besar. Ye lah besar macam orang nye la kan. So aku kata klau balik ke sini kena bawa buah tu kat aku. Rupa rupanya semalam kawan dia datang ke sini dari Baku dan bawa beberapa biji buah delima dab sebiji dia hadiahkan untuk aku. . Cuba nengok buah tu betapa besarnya aku letak sebelah Romario. Kalau tak silap mau berat dekat 500 gram. memang ak
Image
Hamdan - All the Best and Good Bye Hamdan akan pulang for good beberapa hari lagi dan akan meninggalkan projek ini buat selamanya. Mungkin rezeki kau suadah tak ada disini tapi perlu di ingat bahawa rezeki Allah berada di mana sahaja. Dengan sifat Allah yang amat pemurah kau tak perlulah rısau. Aku pernah menulis perihal rezeki di dalam blog aku yang lalu. Tapi entahlah bila catatan aku di istiharkan disini. Biarlah aku ingatkan diri aku dan kawan kawan sekalian cerita rezeki ni. Manusia akan mati apa bila tiada lagi rezeki di dunia ini. Sebelum nyawa di ambil Allah akan perintahkan malaikat untuk mencari rezeki si polan bin sipolan di seluruh alam hatta sampai ke bulan. Sekiranya di pastikan tiada lagi rezeki maka kembali lah dia pada pencipta. Orang alim tamsilkan bahawa rezeki ini seperti tangki yang penuh dengan air. Kalau di letak satu paip maka air akan keluar. kalau di letak lebih lagi bilangan paip air yang sama juga akan keluar. Tapi kalau satu paip perlahan dan sedikitlah air
Image
Photography Session at Caspean Sea . Since hari ni cuti aku ajak Haji Omar dan Tuah bergambar2 kat caspean sea. Apa lagi bolehla aku melaram dengan topi baru aku tu..hhehehehehehe Aku ko tak payah la nak himpit himpit sebab anak anak dara aku kecik lagi Tuah ooiii... Tuah, himpit la selalu Haji tu.... dia ada anak dara tau muka macam Nagima..... Pandai pandai la ko bodek.... Bila lagi nak bergya kan dengan spec beso aku tu.... Sekali nmpak macam orng Mesia...dua kali nengok macam orang Turkmen plak...betoi ke... Cuba nengok gaya bebas tuan haji tu....nampak semacam nak buang air aje.....lain kali kalau nak bergaya pun jagn la angkat kaki sebelah. Hodoh nampak tu weiii Ni gaya nak terbang pulak. Nak belajar dengan itik itik tu ke....lambat lagi nak balik weiii..... Sempat juga nk bergaya dekt pipe yang terbesar di dunia ni.... Tuah.... jaga jga tu nanti terbalik paip tu kena tahan plak....nampak aje kecik tetapi kuat tu tenaga zahir batin....cuba batin aje tak pakai pakai dan di uji....
Image
Pergi ke Kedai Jahit Haji Omar kata dia nak alter topeng kain dia sebab beso sangat. Nak kecilkan la kiranya. Aku kata ada kedai tepi jalan tu kita boleh pegi. Tapi dia tak puas hati lagi. Semua orang dia nak tanya. Aiyooooo.... lu tarak percaya gua ke?? Letih aku nak explain. Aku ulang lagi kata nanti balik kita singgah katkedai tepi jalan tu dan ada ramai aweks cun yang boleh tolong jahitkan. Bila sampai aje kat situ dia pun etrus pegi kat awek tu dan minta edjustkan topeng kain dia tu. Mula ingat nak suruh alter satu aje tapi bila dah nampak awek cun trus suruh buat dua. Sementara dok menunggu topeng tu siap, aku lah jadi camera man untuk ambil gambar Haji dengan Tuah dengan aweks cun tu. Cuma aku aje tak ambil gambar sebab aku ni seorang yang baik.....hehehehe...susah nak dapat suami yang baik cam aku ni.....hehehehe...jangan mareeeeeeee
Image
Shah Dah Pandai Melaram Tadi masa dok jalan jalan terserempak dengan Shah, Ali dan Tuah. Aku memang tak ada niat nak beli apa pun, tapi nak meneman kan Haji Omar untuk belikan sweater baru. Jenuh jalan satu Bazar dia tak berkenan. Susah klau orng berjiwa muda ni...cerewet dia lebih. So nampak tiga budak pingitan tu dalam kedai aku pun masuk. Masa tu anak dara tu dok pakaikan leather jacket kat Shah. Amboi sukanya dia sampai kembang hidung hidung macam Ahmad Nisfu. OKlah dah penat keje badan pun nak kena belai jugak kan. Jangan nak simpan duit aje nanti mati tinggal semua. Jadi Shah dah beli pun yang dia pakai dalam gambar tu. Harga tak mahal sangat cuma USD110 aje. Kalau nak beli kat Istanbul belum tentu korang boleh dapat harga macam ni. Tapi pilihan lebih banyak lah. Silap hari bulan di bedal lagi mahal dari di sini. Hehehe..... inilah wajah henseng aku. Puji skit nak bagi kembang. Bukan apa, aku nak habaq yang topi tu baru beli. Biasalah sebab sejuk kena beli gak topi. Aku pun kuran
Image
Bazar oh Bazar Korang nak tau, macam nilah suasana bazar di sini. Ramai orang datang untuk membeli dan sesaja. Dengan cuaca yang semakin dingin, kebanyakan pakaian winter yang di jual. Ada barang yang ok dan ada barang yang tak ok. kalau nak yang branded tak adelah tapi kalau setakat cetak rompak memang ada. Setakat nak pakai untuk panaskan badan kira oklah. Ha..... gambar di atas tu adalag tuan haji Omar. Anak ramai dan yang sulung dah umur 23 tahun dah, anak dara. So sesapa rasa macam dia layak untuk di jadikan pak mertua bolehlah cuba cuba...hehehehe. Tuah,....apa lagi cuba cuba la. Kalau nengok tuan Haji macm muka ala ala Kazak tu... anak dara dia tu mesti imbas imbas Najima. Ko tak nak ke???? Tapi Tuan Haji ni nampak masih muda macam 30an aje.... Masih bertenaga dan henseng tu..... cuma pekat ganu dia tu dasat sangat...
Image
Pokok Lidah Jin Pagi tadi ke bazar lagi. Mulanya malas rasa nak pergi. Tetiba Haji Omar ketuk pintu ajak pegi pulak. Oklah pukul 9.00 pagi kita bertolak. Rupanya driver lambat aku terpaksa tunggu setengah jam lagi. Ingat dah nak kensel aje. Bila aku nak balik bilik barulah driver datang and Haji Omar pun panggil aku balik. . Macam biasa kalau sampai di bazar, mula mula sekali nengok CBS. Aku nak cari pokok untuk letak atas meja. Memang terfikir pokok lidah Jin sebab last week nampak ada. Pokok lidah jin ni kalau kat Mesia macam main campak dan kutip aje tak ada harga. Tapi kalau di Sg Buluh satu pasu beso mau RM15 jugak. Bila aku turun ke bawah tempat CBS, sedang dok jalan jlan aku nampak pokok lidah jin yang beso tu. AKu tanya berapa dan nenek Russian tu tunjuk 35 jari. Kemudian dia tunjuk 30 jari kat aku. Aku kata kejap nak fikir. Lepas tu aku dekati dia dan tunjuk 25 jari. Dia pun setuju aku pun bayo dan beri tahu patom aku datang ambil. Wah mesti melaram bilik aku ni. . Sekarang ni
Image
Ties That Bind and Black Notice Aku dah habis baca buku dua ni. Oklah kalau nak baca untuk menghabiskan masa di sini. Sejak balik ke sini aku dah habis dua buku dan satu buku baru baca....on the way. Sekurang kurangnya tiga buah buku aku perlu habiskan dalam masa dua bulan. Tahu sajalah bagamana aku nak habiskan di samping kerja kerja yang lain di dalam bilik ni. Lastly aku baca sambil baring di atas katil dan terus terlelap. Bil tersedar saja aku berada di dalam kesejukan....biasalah winter ni.....
Image
Mencari Lembu Untuk Korban Hari Raya . Hari ni lepas lunch Hamdan ajak aku ke Turkmenbashi untuk cari lembu untuk di buat korban. Aku ikut aje. Sebelum tu dah discuss dgn Haji Daud untuk buat amalan kurban. Semalam Haji Daud datang ke ofis aku untuk kutip duit korban. Dia kata ada 21 orang yang participate. Jadi ada sebanyak 3 ekor lembu. Tapi kami tak di benarkan untuk melakukan ibadat korban di kem sebaliknya di masjid Turkmenbashi selepas sembahyang raya. Aku tak berapa kisah asalkan ibadat kurban dapat di buat dengan sempurna. . Insyaallah pada tahun ini dan tahun tahun yang akan datang aku akan terus kan ibadat korban ini. Aku rasa seperti dah wajip untuk melakukannya setiap tahun. Sebab terlebih mampu. Lainlah kalau tak mampu. Tahun ini aku buat juga di kampung untuk di urusan oleh emak aku di kampung bersama akikah Yusuff satu bahagian dan tak ketinggalan sebahagian lagi untuk akikah Yusuff di rumah mertua aku. . Bil sampai Turkmenbashi kami menunggu Fadzil dan Shah untuk meliha
Image
Two Cute Little Girl Masa aku sibuk mencari lembu untuk korban hari raya, aku ternampak dua budak kembar ni sedang bermain. Aku dengan tersenyum kepada mereka terus mengambil gambar. Tanpa apa apa bicara, mereka terus tersenyum pada aku dan aku pun membalas senyuman mereka tadi. Bila aku lihat anak gadis comel ni aku terus terngatkan anak anak perempuan aku yang masih kecil, terutamanya Saffiya Nur Shahadah. . Pagi tadi tiba tiba ttalipon di ofis aku berdering. Seperti biasa aku dah agak mesti anak aku yang talipon. Samaada İkhlas atau pun Shahadah. Aku terus menjawap dan berkata hello. Tiba tiba terdengar suara lembut dan sopan. Rupanya anak aku Shahadah yang talipon. Dia beritahu bahawa duit yang di telan telah keluar semasa dia ke toilet pada pagi ini. Kedengaran dia riang sekali dan aku pun terus bersyukur ucapkan alhamdulillah. Yang pasti, dia tak akan berani lagi memasukkan sebarangan benda kedalam mulutnya lagi. Apa apa pun aku harap kerisauan yang melanda diri aku dan wife aku
Image
Gunting Rambut . Hari ini tiba tiba saja rasa nak gunting rambut. Nak kata panjang pun tak juga tapi rimas semacam je. Kalau rambut pendek senang, tak payah nak sikat rambut. Kecah kecah aje rambut dah siap. lagi pun rambut pun dah semakin ciput. Maklumlah umur pun dah semakin meningkat dan bukannya muda lagi. Hehehehe....kalau masih muda macam anak anak teruna aku oklah boleh buat style style sikit. Ni bila dah berumur nak style apa lagi....nanti orang kata dah buang tebiat. Apa apa pun kena selalu beringat yang sunah pada diri perlu ada untuk kejayaan dunia akhirat. İnilah kedai gunting rambut tu. Mulanya nak ke kedai yang bawah tanak kt flat yang selalu aku pegi tu. Tapi hari ini dia tutup. Jadi aku ajak Hamdan pergi ke kedai gunting yang dekat masjid. Oklah tak lah mahal pun. Bayar 30 manat je sama macam kedai yang lalu. Alhamdulillh lama tk kena tunggu. Masa sampai aje kat kedai si Fadzil dengan Shah dah tunggu siap untuk di gunting. Nak cakap style pun tak de maknanye sebab dia c
Image
Anybody To Follow Me To London Entah tetiba saja aku jadi rindu sangat nak ke London. Dah lama aku tak pergi. Kalau tak silap my last trip was in 1999. Itu pun pergi sebab atas urusan kerja. Kalau di hitung sekarang ni sudah 10 tahun yang lalu. Aku rasa aku masih lagi ingat lorong lorang dan ceruk ceruk sebab aku masih yakin yang kota London masih tidak berubah. Cuma diamond building itu saja aku rasa suatu yang baru. . Aku nampak Sham online hari ini. Aku jumpa dia di Dubai. Masa tu dia masih kerja dengan Peremba dan kebetulan dia serumah dengan Pak Din. Dia lah yang layak aku masa last trip from sudan waktu demob from project. Aku sewa kereta dan dialah yang bawa aku dan Pakdin pusing satu Dubai dan aku shopping macam nak rak. Sekarang Sham dah tinggal di London dan bekerja dengan consultant kat London. Aku terus buzz dia dan beri salam. Dia terus jawap salam aku. Terus aku tanya dia kalau aku ke London boleh ke tumpang bermalam di rumahnya. Dia kalata boleh aje. Kalau nak tinggal di
Image
Ziarah Kematian Pagi tadi semasa di ofis member ada bagi tahu ayah staff kita meninggal. Innalilla winnaillahirajiun. So kami plan untuk pergi ziarah pada pukul 10 pagi. No wonder aku tak nampak dia datang kerja hari ini. Aku tanya staff yang lain apakah sakit ayahnya. Mereka beritahu ayahnya sakit paru paru dan baru sahaja berumur 48 tahun. Bagi aku umur sedemikian masih muda untuk meninggalkan dunia ini. Apa boleh buat sebab ajal dan maut di tangan tuhan. Aku pun bagi tau member aku bahawa semua orang akan alami saat kematian dan mati tak nanti hari tua. Waktu muda pun boleh meninggal. Umpama seperti buah kelapa. Bukan yng tua sahaja akan gugur tetapi yang muda pun gugur. . Rupanya driver bagi tahu bahawa jenazah akan di kebumikan pada pukul 3. Jadi eloklah kami tangguh dulu rancangan ziarah ni dan arrange lain lepas zohor. Aku ajak Haji Hisham dan Saleh untuk ikut sekali. Ingat dihati untuk sama sama solat jenazah. Jadi wuduk sembahyang zohor aku ni kena lah tahan sehingga selesai s
Image
Jom Layan DVD Setiap kali balik ke sini aku akan bawa beberapa keping DVD untuk di layan dalam bilik. Aku selalu beli DVD cetak rompak ni kat Feringgi Walk Penang setiap kali balik kampung. Nak beli kat KL memang mahal dan tak berbaloi. Kalau beli kat Feringgi Walk cuma RM4 saja sekeping. Kalau beli lapan dapat satu free. Aku selalu layan dengan anak anak aku untuk beli apa cerita yang bagus. Aku cuba juga cari cerita yang di ambil dari novel John Grisham tapi susah beno nak jumpa. Bila aku tanya aje, penjual tu kata cerita lama dah so tak ada dalam stok. HHhhhmmmm..... Tapi kalau nak beli DVD ni kena selektif skit takut ada gambar yang mengarut mengarut. Kalau ada cerita katon memang aku beli kat anak anak aku. . Kadang tu dah banyak beli tapi masih banyak yang tak nengok. Tau sajalah bila balik Mesia mana lah ada masa nak nengok TV dan DVD sebab masa dah banyak terluang pada isteri dan anak anak. Cuma kalau ada badminton open live from Astro aku mesti layan jugak sebab dah minat. Bal
Image
Happy Birthday Safwan Hari ini 16 haribulan November, 2008 maka genaplah umur Safwan 15 tahun. pada hari ini Ba ingin mengambil kesempatan untuk ucapkan selamat harijadi semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki. Harapan Ba dan Umi juga agar Wan akan menjadi anak yang soleh taat kepada kedua ibubapa dan bertanggungjawap. . Dari semua anak anak Ba yang lain, Wan adalah anak Ba yang paling unik sekali. Wan nak tahu ke mengapa Ba kata unik? Mungkin Wan dah tahu. Tak apa nanti bila Ba balik, Ba akan ceritakan satu persatu. Kalau Ba karangkan di blog ni mesti kelakar bila sesiapa baca. Tak apa sebab Ba memang arif sangat dengan syndrom anak ke dua. . Umi kata nk raikan harijadi Wan bersama dengan Hadi. Eloklah tu dan boleh Wan atau Umi bacakan doa selamat untuk Wan. Seperti anak anak Ba yang lain, tak ada apa yang Ba nak coretkan di sini lagi sebab perkara ang sama Ba akan terus ingatkan. Semoga pesanan dan nasihat Ba itu akan terus kekal abadi di dalam jiwa Wan dan anggaplah murtiar
Image
Another Incident I have to Tolerate My YM always online when I was in my room. I could see anybody visible especially my children. Of course I will immediately buzz them for chat. I chatted with Hadi and wished him happy birthday. Suddenly he said that my wife wanted to talk to me and asked me to call her. I dialed the number and waiting patiently for her to pick up the phone. I thought that she would like to talk about our spoiled washing machine that need to be repaired. . My wife greet me with salam and before she said anything, she requested me not to panic. Of course when she said that I would be more panic and insane to receive the news. I felt that my throat stuck and my stomach cramped. The operation that Shamim undergone was still fresh in my thought. Oh God what next? So I asked her what happened? She said that Shahadah swallowed a 20 cents coin and stuck at the throat. She try to pull the coin out but failed. She pumped her back but the coin would not drop. Shahadah face was
Image
Happy 12th Birthday to Muhammad Nur Hadi Dear Hadi, First of all I would like to tell you that I miss you so much and not to say the least, Umi and the entire family. I wish I could fly and hug you even for a short while. I always wish all of you would appear in my dream every night and kiss me in this wonderful dream. . Today, Ba nak ucapkan selamat harijadi untuk D, semoga di murah rezeki dan dipanjangkan umur. Ba juga doakan agar D akan menjadi anak yang baik dan taat kepada perintah Allah dan kedua ibu bapa. . Masa berlalu dengan pantas tanpa di sedari. Sekarang genaplah umur D dua belas tahun. Ba masih ingat lagi semasa Umi melahirkan D di sebuah klinil swata, Sungai Petani. D di lahirkan kedunia ini pada awal pagi. Tubuh D kecil sahaja. Ba kata pada Umi sebab D nak keluar awal. Tapi Ba rasa bila balik nanti mesti tubuh D sudah semakin membesar dan pastinya ada perbezaan pada diri D. . Ba harap apabila masuk sekolah menengah nanti D akan lebih tabah dan sabar dalam menghadapi du
Image
GQ - Untuk Che Mat Hang pilih lah sendiri no sebab ini aje gambar yang ada.
Image
Jom Rehat dan Minum Dulu Oleh kerana cuaca di luar sejuk sangat dan seluruh anggota badan aku dah nak beku eloklah aku ke restoran dan kena secawan black coffee dulu. Rasanya tak sanggup lagi nak jalan jalan. Aku lepak lama juga seorang diri. Aku tahu nanti datang lah member lain untuk minum bersama. Mulanya aku ingat Pak Amir ada di situ, rupanya dia sudah berda di kereta. Setelah beberpa ketika muncul lah Looi yang mulut becok macam Chef Wan dan Thomas yang muka macam Chef Wan tu. Lepas tu ramai lagi yang datang dengan menjinjing beg penuh di tangan. Tahu sajalah kalau dah keluar town tu macam macam nak di beli kan. . Aku pun sempat juga beli pokok kaktus yang baru. Untuk pengtahuan rakan blog sekalian, pokok kaktus lama tu dah lama mati dah punah di kerjakan oleh Bobo dan Romario. Aku harap kali ini dapatlah kaktus aku ni bertahan lama.
Image
Ma Baker Everytime when I was at Bazar, this lady will stay patiently to her bakeries waiting for regular and new customers. She used to offer me everytime İ stepped in. I said politely to her ,'nyet.....spaciba'. The breads look good and tasty. I should have bought some, I supposed. Since she is as old as my mom, I asked her to have a photo with me and she was so delighted to accept my offer.