Thursday, November 16, 2006

Mat Rempit: Apakah salah mereka dan jalan penyelesaian ; Siapakah yang salah sebenarnya????


Gambar-gambar di atas aku rakam masa aku bercuti di Budapest, Hungry. Padang permainan ini di bina di tengah bandar Budapest. Dari pagi sampai ke petang ada sahaja anak anak muda dan kanak kanak bermain di dalam gelanggang ini dan terdapat di merata rata tempat termasuk di kawasan perumahn. Bukan di Budapest sahaja ada pusat riadah sebegini tetapi terdapat juga di Paris, Berlin dan kebanyakkan negara-negara Eropah yang lain. Walau pun negara pesat membangun pihak berwajib tidak lupa tanggungjawap social untuk menyediakan kemudahan kepada golongan muda dan belia untuk melapangkan masa dan mewujudkan masyarakat yang sihat. Lepas kerja mereka ada tempat bermain. Waktu pagi mereka enjoy bermain. Walaupun di tengah bandar bandar yang sibuk.

.

Baru baru ini masyarakat sibuk dengan kisah negatif Mat Rempit. Aku pun hairan. Sehinggakan ada berbagai tanggapan dan ancaman di lontarkan kepada mereka. Sepatutnya semua pihak membuat satu kaji selidik ke akar umbi untuk mengetahui apakah punca yang sebenar. Bukan menuding jari dengan begitu mudah kepada mereka. Cuba lihat si sekitar kita samaada di kawasan perumahan atau di tengah tengah kota raya. Cuba hitungkan kawasan riadah yang benar benar memenuhi citarasa rakyat Malaysia yang dapat membentuk budaya dan amalan yang sihat. Kalau di kawasan perumahan yang ada cuma taman mainan kanak kanak yang di bina seperti melepas batuk di tangga. Kalau ada pun tidak di selenggarakan dengan betul dan ada juga yang tidak memenuhi piawaian keselamatan. Tiada padang gelanggang permainan yang boleh di gunakan anak anak muda untuk beriadah. Pendek kata tiada tempat untuk mereka berkumpul dan menjalankan aktiviti yang sihat.

.

Bila isu kemudahan riadah di bincangkan, pihak berkuasa kerajaan meletakkan tanggungjawap kepada pihak pemaju dan kerna terpaksa pihak pemaju pun menjalankannya dengan kadar yang minimum atau seperti melepas batuk ditangga dan juga dengan mutu yang amat tak berkualiti. Pihak pemaju pulak meletak kan beban komersil kepada pembeli dan menyebabkan hartanah melambung tinggi. Jadi pokok pangkalnye semua pihak menolak tanggungjawap tanpa merasa prihatin tentang pembangunan rohani dan jasmani ummah. Jadi di manakah silapnya.

.

Akhirnye untuk mendapat jalan mudah makan golongan belia ini bersepakat untuk menjadi Mat Rempit. Jadi siapakah yang rugi? Tak ada siapa yang untung dan akhirnye kita sebagai rakyat akan hilang sifat tanggungjawap dan kasih sayang yang menjadi tunjang kepada perpaduan dan pembangunan bangsa. Jangan salahkan mereka tetapi salahkan kita kerana tidak menjalankan amanah yang di beri......

Tuesday, November 07, 2006

Hari Raya Aidil Fitri Bersama Datuk K and Siti
.
Hari raya tahun ini (2006) lain dari yang lain sebab kita dapat beraya dengan Datuk K and Siti. Sungguh kami tak sangka cempedak boleh jadi nangka. Petang tu sedang lepak dan berborak dengan anak2 and family aku di Gurun, tiba tiba abang aku talipon beritahu Datuk K ada buat open house hari ini (raya pertama). Mula mula di jangkakan pada hari raya ketiga. Apa lagi kami sekeluarga bergegas bangun dan siap untuk ke sana. Masa tu kakak aku dan keluarganya pon kebetulan nak ke Kuala Muda. Jadi elok bebenolah kami kesana sebab dah dekat.
.
Aku pon tak pernah jumpa Siti dan Datuk K secara live and anak aku Syamim dan Nisabalqis memang peminat Siti. Perkara pertama mesti tak boleh lupa digital kamera aku. Agak 40 minit perjalanan, abang aku dah siap tunggu di rumah dia and terus ke rumah Datuk K. Alahai memang ramai orang yg on the way ke sana jugak. Hai ada cance ke nak bergambar ni. Sampai saja kat umah Datuk K terus kak ipar aku dan maknya suruh kami masuk ke dalam dan bergambar. Aku pun buatlah muka toye dan salam dengan Datuk K and mintak izin untuk bergambar bersama. Mujurlah masih ada iman tak tersalam Siti...hehehehe. Semua gerombolan aku pun terus duduk lepas belakang Siti and Datuk K. Alhamdulillah Datuk K and Siti bekerja sama masa sessi photographi tuh. Di sini aku sertakan beberapa gambar anak2 aku, anak ponakan bergambar bersama sama mereka.
Ingat tu nak snap banyak lagi gambar and posing sana sini tapi bodyguard dia yang berdiri tu dah kacau kata depa dua nak rehat. geram jugak...lebih sudu dari kuah. Amboi Abdul Rahman kat tengah tuh tersenyum sampai nampak gigi segantang. Zulaika pulak siap ubah posisi. Lepas aje bergambar anak2 aku bersalam dengan Siti dan dapatlah duit raya.
m

Masa ni ada anak kecik sape entah datang so hilang konsentrasi depa dua. Muhammad siap tak puas hati sebab masa gambar dia kat situ Siti and Datuk K tak pandang camera. Muhammad siap tak puas hati lagi sebab gambar dia ada satu aje.

Selepas rehat Datuk K dan Siti melayan semua tetamu dengan imbuhan duit raya. Anak anak aku pun siap beratur lagi. Dapat lah depa double duit raya. Ramai orang yg dok kerumun tuh nak amik gambar. Semua orang ada dari tua, kecik, muda....semua ada. makan pon boleh tahan jugak...

Rumah mak Datuk K ni simple aje. Masa mai terserempak dengan anak2 Datuk K.

Monday, November 06, 2006

Music Jalanan : Bakat dan Rezeki
.
Rezeki ada di mana mana. Itulah selalu orang kata. Ulat dalam atu pon dapat hidup. Rezeki adalah pemberian Allah Taala. Ia datang dengan asbab dan tanpa asbab. Manusia hidup di dunia atas dasar rezeki. Kalau rezekinya sudah habis di dunia maka datang lah malaikat Izrail menyentap nya untuk ke alam seterusnya. Ulama inbaratkan rezeki ini seperti tangki yang penuh dengan air. Kalau kita letakkan satu paip pada tangki tersebut, air akan keluar dan akhirnya akan kering tangki tersebut. Tapi kalau kita letak banyak paip makan akan banyaklah air akan keluar tapi pada kadar yang berlainan , pada jumlah yang sama. Bezanya hanya cepat atau perlahan sahaja. Begitulah rezeki manusia. Setengah manusia mendapat habuan di dunia dengan cepat dan setengahnya lambat. Penamatnya adalah maut.
Usaha juga bersangkut rapat dengan rezeki. Kalau manusia itu rajin pasti dia akan mendapat kejayaan di akhirnya dan sebaliknya pada manusia yang malas. Jodoh maut dan adalah tentuaan alah taala dan bukan menjadi rahsia manusia.
.
Allah anugerah bakat kepada manusia. Dari fikiran dan idea manusia terjadilah bakat bakat yang cemerlang. Bakat manusia berbeza beza dan dengan bakat inilah manusia berlumba untuk manafaatkan rezeki. Aku telah berjalan di beberapa tempat di setiap penjuru benua dan aku amati bagaimana manusia menggunakan bakat untuk mencari sesuap makanan. Adalah lebih mulia daripada menjadi pemalas yang meminta minta kepada manusia yang mempunyai sedikit keihlasan. Mereka menjaja bakat untuk menyara keluarga atau kaum kerabat yang belum tentu indah masa depan. Membesarkan anak anak agar tidak menjadi anak anak yang melarat. Mungkin mereka teramat faham bahawa tiada jalan yang mudah untuk mendapat rezeki Allah tanpa berusaha. Hidup perlu di teruskan dan pengorbanan adalah seiring dengan pancaroba kehidupan. Adalah lebih baik dari menjadi kutu rayau yang berpeleseran hingga lewat malam. Mereka tidak meminta tapi sekadang memohon imbuhan dari hiburan jalanan yang mereka persembahkan.
Gambar ini kau ambil semasa aku di kota Paris bersam Hassan. Pada malam tersebut aku dan Hassan bersiar siar sehingga lewat malam. Kota Paris masih segar dengan manusia yang berbagai bangsa dan ragam. Its a wonderful night!!!...

Gambar ini aku ambil masa di kota paris juga. Entah dah tak ingat nama tempat ini tapi ia adalah Russian Church yang di kunjungi oleh ramai pelancong. Terdapat ramai artis di sini yang menjual bakat mereka moga moga di hargai dengan wang ringgit.

Semasa berjalan di kota Berlin aku terdengan alunan irama Red Indian. Merdu sekali. Inilah pertama kali aku dengar muzik yang begitu tradisional dan indah. Nama alat alat muzik tersebut aku pon kurang pasti. Mereka bermain sambil menjual album muzik tersebut. Aku beli satu yang beharga lebih kurang 15 Euro.

Golongan Red Indian sedang bermain Muzik di Malmo Sweden. Aku dan Nizzam asyik mendengar alunan muzik tersebut. Masa tu summer dan ramai orang yang berkumpul untuk mendengar irama asli mereka. Aku dan Nizam beli album yang berlainan dan masih aku simpan untuk koleksi peribadi.

Kami terjumpa Pakcik ini yang bermain gitar semasa di Akropolis, Athens. Aku sempat hadiahkan dia satu Euro danmeminta izin untuk bergambar dengannya. Tapi gambar itu adalah Rosmin, teman jalanan aku. Ok......pakcik tu very sporting.

Sekumpulan pemuzik sedang bermain di sepanjang shopping street di bandar Atherns. Aku juga mengambil kesempatan untuk merakam gambar seorang orthodok paderi kristian yang teruja juga dengan alunan muzik tersebut.

Masih di Athens. Agak susah untuk mengambil gambar yang sempurna kerana ramai sangat orang yang lalu lalang. Cuba jugalah.........

Pemuda yang tampan ini sedang bermain di tepi bangunan di jalan Mariah di Vienna Austria. Aku meminta izin untuk merakam gambarnya sambil membalas senyuman. Entah dari mana datangnya pemuda tersebut. Sekali pandang macam orang Arab atau Pakistan. Tapi aku juga terkejut kerana terdapat ramai orang- orang Bangladesh yang menjual majalah dan surat khabar di stesen-stesen.

Gambar ini aku rakamkan di Vienna. Patung patung ini di pamerkan di hadapan kedai. Cantik dan menarik. Tapi mereka bukanlah pemuzik jalanan seperti yang lain. Mereka cuma barang hiasan sahaja.....

Pakcik ini lebih kreatif dan unik kerana dia telah mereka cipta sebuah alat yang boleh kombinasikan semua alatan muzik untuk menjadi satu orkestra lagu. Dia cuma perlu pusing pemutar sahaja yang telah di program untuk menjadi beberapa buah lagu. Gambar ini aku rakan di Charles Bridge, prague.

Peniup trumpet itu meniup terumpet itu dengan unik sekali. Berbeza dari apa yang pernah aku dengar. Aku rasa budak kecil yang berbaju hijau itu pun terkedu dengan tiupan tersebut.

Gambar yang sama aku ambil di Charles Bridge, Prague, Czech Republic.


Gambar ini aku rakam kan semasa di Budapest, Hungry. Pada masa itu aku mengikuti site tour ke bandar Budapest. Di atas bukit ini Aku dapat lihat keindahan bangunan parlimen yang terletak di tepi sungai.

Ini lain dari yang lain. Gambar ini semasa aku masih di Tharjath, Sudan. Kontractor aku telah memanggil koir group dari gereja yang berdekatan sempena sambutan Krismas pada 2005 yang lalu. Alat alat muzik memang mudah dan buatan sendiri tapi bila di gabung dengan gendang dan alatan lain ia menjadi satu muzik yang menarik.

Thursday, November 02, 2006

The Doors: Collection and Design
When I made my last journey to Eastern Europe, came an idea to collect the door designs and pictures as my additional photos collection. They are gorgeous and potrayed their own uniqueness. Some displayed marvelous carving around the panels and enhance the identity and beauty of the doors themselves. With hard timber and cast iron arrange splendidly, surely contribute to public attention especially for those who love the architecture and building art. Unfortunately the door does not have its own name. So I think better give them the names I choosed from my Tharjath colleages when I was in Sudan.
.
Below are the doors that i have collected when I was in Prague, Republic Czech.
'Saiful' practically simple and constructable

'Shima' stocky and strong

short and wide 'Zahar'

With a spiral panel and mohagany 'A Sheik'

These are doors that I gathered in Budapest, Hungry.

Black cast iron panelling ' Sondoz'

Almost identical.....'Along', 'Angah' and 'Usu'

Big, strong and cordial..'Siput'

Wide and gorgeous concrete decoration ' Hairuz'

'Sal'...bit old and blur but still attractive

The cast iron blended with timber panels make it look smoother and softer..'Ghazaaz'

Slender and simple...'Usop'

'Nizam'....provides good ventilation and air circulation at the top

Edwardian door I supposed...'Khairul'

Solid and flat..'Chimang'

The above door I snapped it at Medina Hotel in Dubai.

Is it little bit French??.....'Tahir'

I took the above picture (Vienna) while waiting for a taxi to arrive on our way back to Malaysia and the pictures below i took during the week end in Bratizlava, Slovakia.

Bit 'senget' with glasses on both leaves....'Haszrami'

Elegant and finely designed and crafted...'Tengku'

Heavily decorated but not clearly visible...'Muzaffar'

Wide and robus...'Irdzaldy'