Saturday, August 30, 2008

Majlis Doa Selamat Sumatec
.
Hari ini kami lunch di ofis Sumatec sebab depa dah pindah ofis baru. Dulu depa tumpang kat ofis kita orang. So sempena nak ambil berkat kedatangan ramadhan yang mubarak dab berkat Chee decided anak buat majlis doa selamat dan kesyukuran. Baguslah Chee oi......sekurang kurang nya hang ingat juga tuhan. So soalan aku ni...... bila hang nak masuk İslam? Jangan takut pasai nak kena sunat tu...tapi kalau nak kena sunat tak sakit suruh lah si Puad tu tolong sunat kan. Puad bab potong memotong memang dia tersangt arif. Apa apa pun aku tetap dokan hidayat untuk hang semoga di tempatkan bersama sama dengan orang orang yang beriman dan beramal soleh.

Pukul 11.30 aku pun singgah kat ofis depa. Nampak Nazri dok sibuk rebus ketupat. Yang lain belum di masak lagi. hai...sempatke nak jamu org nak datang pukul 12.30 tengahari. nampak gaya Hamdan jugak yang kena buat semua. Dan....aku rasa elok hang ambil keje part time caterer and sewa periuk belanga. Dapat juga duit untuk belanja anak anak hang sekolah tu. Kalau aku memang la tak sanggup. Bab masak memasak ni rasa aku dah nak pencen. kalau ada mood baru boleh masak. Tambahan pula kalau masak dengan perkakas yang tak sempurna. Tension di buatnya.

Inilah dia masakan lemak kuning cili api ayam kampung. Siap order dari orng kampung sebanyak 15 ekor. Depa kata dari tengahari semalam depa dok kerjakan ayam2 kampung ni bersama sama dengan seekor kambing. orang sumatec pukul lapan baru terhegeh hegeh datang untuk menolong. Mujurlah ada Hamdan dan Puad yang baik hati. Tapi sebelum tu siap ajelah telinga dengan leteran mereka yang lezer bak bom nuklear. panas teliga tapi hati kena banyak sabo. Tak apa lah Nazri ko tu jenis muka tebal tak apa......hehehehe terkutuk ko sikit no. Kalau nak komen, komen aje pada ruang komen nanti ok. Nanti aku moderatekan komen hang.
İni kari kambing yang di masak oleh Hamdan. Aku tolong kacau aje sampai seluruh badan aku bau asap. Angin pula bertiup kuat sangat dan terpaksa hadang dengan papan kalau tidak nanti pasir hinggap dalam masakan tu. Sekali sekala aku tolonglah kacau.
Sian bebudak ni dok punggah papan dan kayu untuk jadikan bahan bakar. Tu la orang dah cakap siapkan siang siang lagi korang tk nak dengo. Kan si Puad dan Hamdan dah leter lagi kat korang. Cungkil kuat skit Haji oi...nampak sampai meneran tu apasal....hehehe jaga jaga nanti terkentut pulak masuk dalam kari kambing tu...baru lah khayal masa makan macam telan pil estacy tu.
Aku pun nak bergaya dan berlakon dok kacau kari kambing. Bukan senang nak ambil adegn semacam ni di sini. Ni yang di katakan sepakat membawa berkat.
Ini dia BBQ kambing resepi Puad. kalau orang local panggil 'Shashlik'. Tapi kita buat ramuan rasa Malaysia baru lah sedap skit. Ada pedas...ada manis dan ada rempahnya. Aku kalau bab nak bakar ni tak berapa nak reti tapi kalau nak makan no hal la. Fazis sebelah tu dok menyebok aje tu.......dia cuma pandai komen...mulut tu becok lebih dari Chef Wan.
İnilah dia sebahagian dari makanan yang di hidang kan. Tak adalah nak beradon. Simple simple aja. Janji boleh makan masuk perut kenyang.
.
Beginilah hidup kami di sini. Walau kami boleh bertekak atau argue dalam kerja tapi tak adalah nak emotioanal tak tentu pasai nak boikot majlis sana sini. Kit kena prolah dealing with people. jangan sebab kita tak setuju bab baba kerja. kita tak hendak bersosial lagi dengan kawan kawan di sini. Kira tak gentlemen la lagu tu. Kat sini pi mai pi mai jumpa muka tu jugak. Jadi yang penting hati mau ceria....dont worry be happy...

Mandikan Bobo dan Romario

Hari ini ku balik ke bilik dah dekat pukul 1.30 tengahari. Badan rasa bau asap dan melekit aje. Dah tu comot pulak tu. Ni semua sebab tolong dia orang masak kat ofis Sumatec. Ada kenduri sempena pindah ofis dan mungkin untuk sambut awal Ramadan dan hari merdeka juga.
.
Bila sampai bilik aku terus capai tul untuk mandi. Lalu aku lihat kucing kesayangan aku Bobo dan Romario sedang tido di atas katil aku. Lia pula asyik dok gigit telinga mereka berdua. Bila aku belek belek rupanya depa dua sejak duduk dengan aku belum pun mandi walau sekali pun. Lepas tu dah nampak tompok tompok kotor pada badan. Since lusa dah nak puasa dan esok aku akan terlebih sibuk, apa kata aku mandi kan mereka terus. Lia dah banyak kali mandi sebab Lia tak pandai nak mendandan diri sendiri. Bila berak aje mesti taik terpalit pada bulu. Lepas tu aku cepat cepat cuci atau mandikan terus.
.
So aku sediakan air panas dalam besen dan terus aku mandikan Romario dulu. Aku ingatkan mesti mereka meraung sakan dan kalau silap hari bulan mesti aku kena cakar. Rupa rupanya baik benar Romario ketika aku mandikan. Lepas aku bilas dan letak dia di sebelah, aku terus capai Bobo pula untuk mandi. Bobo pun sama diam aje dan nampak macam suka mandi pulak. Setelah selesai aku letak mereka di luar untuk keringkan badan. Kalau Lia aku keringkan dengan hair dryer tapi untuk mereka aku tak gunakan takut mereka akan bertambah takut dengan bunyinya dan silap hari bulan aku kena cakar percuma.
.
No wonder hari ni selepas mandi semuanya nampk letih termasuk lah aku ni......Apa lagi kami semua tidur dan bangun aje dah dekat pukul 6 petang.

Tuesday, August 26, 2008

Cantiknya Gambar Kereta Kereta Itu

Tun tuan dan puan puan tahu tak bahawa gambar kereta yang cantik ini bukanlah kad ucapan atau poskad. Tetapi ia adalah buku buku tulis untuk pelajar sekolah. Cantik dan kreatif kan. Tak macam buku buku tulis kat tempat aku cuma kosong sahaja. Kepala otak pun boleh kaku. Tapi bila lihat buku tulis di sini memang ceria dengan beraneka design dan warna. Bukan gambar2 kereta sahaja tapi ada banyak lagi gambar gambar lain yang lebih menarik. Aku ingat nak beli beberapa buah untuk anak anak aku.

Jom ke Sekolah

Last week end masa ke bazar dan sedang ronda ronda aku nengok seorang ibu sedang memilih kasut sekolah untuk anak perempuan nya seramai dua orang. Bila aku nengok aje terus aku teringatkan anak anak aku kat rumah. Beginilah keadaan yang aku alami apabila sekolah kembali buka. Bukan senang nak pilih satu persatu. Kadang kita berkenan anak anak pulak tak berkenan. Budak budak sekarang macam macam kerenahnya. Aku kalau beli keperluan sekolah pada hujung tahun memang kelam kabut. Bayangkanlah anak aku yang sekolah seramai 5 orang dan campur dua orang lagi yang sekolah tadika. Kadang tu bila dah tak sempat dan terlampau ramai sangat dengan pelanggan aku suruh sales lady aje yang tolong carikan kasut untuk mereka. Lepas tu dia lah yang tolong ukur dan masukkan kasut ke dalam kaki mereka. Ini belum lagi beli baju sekolah. Kalau nengok list kelengkapan sekolah anak anak aku memang panjang berjela jela. Letih nak listkn dan sort out satu persatu.
Buku tulis dan buku latihan pun sama juga. Aku lah yang menjadi ayah yang paling sibuk. Anak anak aku yang dah besar aku suruh depa beli dan uruskan sendiri buku buku tu. Tapi yang masih tak independent aku terpaksalah uruskan. Kalau dicampur tolak memang beribu duit di spend untuk keperluan sekolah. Next year anak aku si Ikhlas akan masuk darjah satu. Dia dah excited nak pegi sekolah dan sedang bertungkus lumus untuk melancarkan bacaannya. Harap harap masa dia nak masuk sekolah aku akan balik ke Malaysia untuk uruskan persekolahan dia.
.
Ni bila balik pada hari raya nanti terpaksa bersengkang mata aku untuk buat preparation terakhir untuk anak aku Safwan ambil periksa UPSR. Hadi pulak dua tiga minggu lagi akan hadapi periksa UPSR. Ba minta maaf la sebab tak sempat nak balik tapi Ba tetap berdoa agar Hadi dapat keputusan yang baik. Yang penting Hadi terus berusaha dan gigih. jangan sesekali Hadi putus asa. All the best and I miss you so much.
Love,
Ba

Monday, August 25, 2008

Bomoh ke tu????

Kalau korang semua nak tau ni lah dia bomoh Kiyanly. Nak tau apa special bomoh ni??? Sat aku habaq apa keistimewaan dia. Kalau tuan tuan dan puan puan jumpa bomoh selalunya dia berubat pakai kemian, limau perut, keris dan banyak lagi. Tapi bomoh ni kepakaran dan kemahiran dia tu lain sikit. Boleh masuk guiness book rekod sebab cara dia tak siapa pun pernah buat. Kadang kita jumpa banyak bomoh yang tak boleh pakai. Tu kita panggil bomoh belalang sebab main aci teka aje....auta pandai macam kata kata arwah seniman agung Tan Sri P. Ramlee. Bomoh ni kepakaran dia tentang mencari jodoh. Mintaklah aje dan sebutlah saje nama orang yang kita berkenan insyaallah di uruskan dengan baik. Tapi dia tak menjadi pada orang bujang. Dia hanya menjadi pada para suami yang sudah beristeri dan berhasrat untuk mendapat isteri bernombor.
.
Korang nak tau apa cara dia pakai kan.....hehehehe...jangan suspen tau...sebab dia pakai kucing parsi flat face untuk mentara. Di acahnya kucing tu dan di sebutlah nama si anu dan si polan ınsyaallah jadilah. kalau tak percaya pergilah jumpa dia dan istiharkan hajat. Aku rasa kalau Rusdi dan Zamri baca rahsia kepakaran ni nescaya besok terus jumpa tok bomoh. Tapi kalau nak jumpa tok bomoh ni kena buat appointment dan ambil nombor. Kira sapa cepat dia dapat lah.
.
Sorrylah Tok Bohmau......terbocor rahsia.....apa apa pun sabo aje lah....hehehehehe
Marhaban Ramadhan-Al-Mubarak

Rasa bagaikan Ramadhan baru saja berlalu. Pejam celik, celik pejam Ramadhan akan kembali lagi. Tahun lepas aku raikan Ramadhan bersama keluarga aku dan pada tahun ini aku terpaksa raikan awal Ramadhan sendirian tanpa anak anak dan isteri tersayang. Insyaallah pada hujung penghujung Ramadhan aku akan raikan bersama sama dengan mereka yang tercinta.
.
Seafdhalnya ketibaan bulan yang mulia ini di rai dengan sebaik baiknya. Iaitu masa inilah untuk kita menambahkan amalan ibadat dengan berlipat kali ganda dan setiap amalan sunat akan di tukar menjadi amalan fardu. Aku pernah dengar dari orang alim bahawa sekiranya amalan selepas ramadhan berbeza dari amalan di bulan Ramadhan dikuatiri amalan kita sebelumnya tidak di terima. Sebenarnya pada bulan inilah untuk kita kumpul kekuatan agar dapat kekalkan amalan pada masa akan datang. Cakap memang mudah tapi untuk praktikkan memang susah. İa akan menjadi mudah sekiranya kita ikhlas dan janggal sekiranya tidak di lakukan dengan hati yang tulus mulus.
.
Sahur, aku seperti biasa kurang makan atau tidak makan langsung. Aku hanya bangun untuk meneguk air sejuk sahaja dan sudah cukup memberi kekuatan untuk berpuasa pada keesokan hari. Anak anak aku memang faham benar dengan amalan istiqamah aku tu. Tapi untuk anak anak aku pula perkara wajip yang perlu ada adalah conflake. Aku pasti akan bekalkan berkotak kotak conflake untuk mereka. Ini belum lagi cerita tentang waktu berbuka puasa. Memang kelam kabut dengan ahli keluarga yang ramai. Yang paling sibuk semestinya isteri aku. Tahun ini lagilah gamat sebab Yusuff sudah join untuk berbuka bersama sama.
.
Bila aku fikirkan semuanya aku menjadi rindu dan sayu. Aku jadi simpati dengan isteri aku untuk menguruskan semuanya untuk anak anak aku. Namun aku selalu berpesan kepada anak anak aku supaya membantu umi selalu dan jadilah anak anak yang baik dan soleh semoga menjadi penyejuk mata aku. Pesanan untuk anak anak lelaki aku yang semakin remaja jagalah sembahyang kamu dengan sebaiknya dengan berjemaah. Sewaktu ketiadaan Ba ringankan lah langkah kamu untuk ke masjid bertarawih walau pun hanya lapan rakaat. Basahlah lidah kamu dengan bertilawah dan membaca Al-Quran yang akan memberi syafaat kepada kamu di waktu kamu memerlukannya.
.
Love,
Ba
The End of Summer


Aku dah lama tak tulis di sini. BUkan tak ada idea atau blog aku dah di hinggapi lelabah tapi sejak 5 hari lepas internet di bilik aku tak ada connectivity. Mati kutu aku di buatnya. Mujurlah aku masih ada lagi buku untuk dibaca dan cross stitch aku yang sedang sampai ke penghujung. Aku cuba habiskan segala buku dan hobi aku sebelum tiba bulan Ramadhan yang mula. Azam aku moga moga dibulan yang mulia ini aku dapat lapangkan masa aku untuk habiskan bacaan Al- di samping ibadah aku yang lain. Semoga apa yang aku niat dah hajat akan di mudah dan di makbul Allah.
.
Last Sunday aku masih ke bandar. Tak ada apa sangat pun cuma nak luangkan masa sebelum bulan puasa. Bila tiba bulan puasa rasanya nak lepak di camp saja. Di Kiyanly kalau nak cari pokok memanglah mustahil. Tak akan jumpa. Cuma tompokan pokok renet yang bercambah di sana sini dan seperti hidup segan mati tak mahu. Bila ke bandar Turkmenbashi barulah dapat di lihat pokok yang masih gagah menghijau. Tapi suasana begini akan berakhir beberapa ketika nanti. Sekarang sudah penghujung bulan Ogos dan September akan menjelma dan bulan terakhir pada musim panas.
.
Pokok menunjukkan perubahan warna walau belum ketara. Dari hijau sudah beransur menjadi kuning. Dengan alamat tersebut makan summer sudah kepenghujung. Summer akan meninggalkan dand di ganti oleh musim luruh yang akan mendingin. Suasana yang berbeza dengan ketara. Pokok pokok tidak lagi mampu untuk menahan dedaun dari menggugur. Tiada lagi nikmat kemanisan buah anggur yang aku idamkan selama ini dan tiada lagi buah-buahan yang beranika rasa dan warna. Semuanya akan kelihatan suram dan sayu. İnilah petanda bahawa masa berlalu dengan pantas tanpa menunggu sesiapa. Kita tidak ada kekuatan untuk menahannya lagi bagaikan arus deras yang perlu kita ikut walau hati tidak rela. Pasrahlah dengan kejadian Allah yang sangat ajaib.

Sunday, August 17, 2008

We Miss You
Ba, we miss you so much! İnilah ungkapan kata kata anak anak aku İkhlas dan Syahadan setiap hari apabila mereka menalipon aku. Sebenarnya aku pun merindui kamu semua. Insyaallah raya nanti Ba akan balik dan Ba akan peluk kamu erat erat dan Ba akan cium seluruh wajah kamu semahunya.
.
Sejak mereka berdua tahu number talipon aku di sini, mereka akan manalipn aku tanpa batas masa. Baik pagi, petang, malam dan bila bila sahaja apabila rindu merek terhadap aku datang mencengkam. Aku faham benar naluri dan perasaan anak anak aku ini. Minggu lepas Syahadah demam dan sakit tekan. Dia talipon aku dan negadu badan tidak sihat. Aku kata makan ubat dan dengar nasihat Doktor. Kalau badan masih lemah tak perlu ke sekolah. Berehat sahaja di rumah. Hari ini Ikhlas pula demam dan sakit tekak. Dia pun talipon dan beritahu baru sahaja pergi jumpa doktor dan perlu berehat.
.
Petang tadi talipon berdering lagi. Kali ini dia beritahu bahawa Umi jahat. Lantas aku tanya kenapa kata begitu? Dia jawap bahawa Umi kata dia macam murai. Aku faham mengapa İsteri aku bilang dia bagaikan murai, sebab dia suka bercakap dan terus bercakap sebab itu isteri aku kata dia macam murai.
.
Beginilah ragam anak anak aku. Kerja berjauhan dengan keluarga bukannya mudah kalau mental dan fizikal tidak bersedia. Isteri perlu beri sokongan yang kuat dan sama sama memberi semangat. Anak anak perlu di didik dengan disiplin dan macam macam lagilah. Anyway Ba selalu berdoa akan keselamatan dan kesejahteraan kalian semua di sana semoga sentiasa di lindungi Allah selalu. Dan jangan lupa untuk saling berdoa untuk Ba di sini ye.....Bye for now...I love all of you......muahhhhhh.....
Nisfu Sya'ban
Hari ini nisfu Sya'ban. Ramadhan dah semakin hampir. Alhamdulillah Allah beri aku kekuatan untuk selesaikan puasa aku ni. Nak buat amalan baik bukan senang. Perlu kekuatan dan hidayat. Kalau tak dapat hidayat sampai bila pun tak akan dapat buat sesuatu kebaikan dan kebajikan. Masa berbuka tadi rasa semua nak makan tapi bila dah mula berbuka tersa kenyang pula.
.
Semalam ramai yang berniat untuk berpuasa. Jadi bila ramai nak berpuasa seronok jugak sebab ada semangat sikit. Aku call rumah and wife aku beritahu yang dia dan anak anak niat untuk berpuasa. Wife aku kata puasa lah. Bukan senang untuk berpuasa sunat nisfu sya'ban sebab cuma setahun sekali dan untuk menunggu di tahun hadapan belum tentu tertunai. Aku pun terfikir ya tak ya jugak. Kata kata wife aku bagaikan memberi kekuatan tambahan untuk aku terus berpuasa. Lagi pun Ramadhan sudah semakin hampir. Eloklah buat persediaan dari awal lagi.
.
Aku bangun agak lewat hari ini. Zamri kata dia ketuk pintu aku pada pukul 4.15 pagi untuk bersahur. Entah macam mana aku pun tak dengar langsung. Tapi aku bangun juga sebelum pukul 5 dan terus minum air sejuk sahaja. Sudah jadi kebiasaan aku sahur dengan air sejuk sebab aku tak berapa lalu untuk menjamah makanan. Kalau waktu sahur di rumah, aku lah orang yang terakhir bangun ashur...hehehehe. Mengalahkan anak anak aku. Bila aku bangun rupa rupanya anak anak aku sudah selesai sahur. Apa lagi aku ambil air sejuk dan sebiji dua kurma dan itu lah sahur aku. Simple.
.
Aku bangun sudah dekat pukul sepuluh pagi. Jarng benar aku bangun lewat. Aku buka channel İtaly untuk lihat aksi Olympics. Roma, Bobo dan Lia dua kali lima masih lagi tidur. Aku bingkas bangun dan terus ke bilik air dan kemas apa yang patut sebab makanan kucing2 aku dah bertaburan. Mood tidur masih lagi menekan mat aku. Ahhhh...malas nya untuk mandi. Aku baru teringat yang aku berpuasa hari ini. Kucing2 masih belum makan dan perlu siapkan makanan mereka. Lepas mandi dan kemas bilik aku terus ke cafeteria untuk mencari makanan untuk kucing2 aku. Aku lihat Pokku di situ dan terus tanya aku puasa atau tidak. Aku angguka aje. Masa ambil ayam goreng untuk mucing2 tu aku nampak kari kambing semalam. Alahai nampak sedap nya. Memang tercabar betul tambahan pula dengan nasi lemak yang di hidang kan. Bila balik aku masıh terfikirkan lauk kambing itu dan seolah olah puasa aku hampir kecundang. Untuk menghalang godaan syaitan ini lebih baik aku sambung tidur aku.
.
Lepas aku baca buku aku terus tidur kembali dab bangun pada pukul 3 ptg. Alhamdulillah masa dah semakin lanjut dan aku perlu adakan beberapa rancangan untuk mengisi masa aku sehingga waktu berbuka. Aku capai tuala dan terus kebilik air untuk mandi. Sudah selesai, aku capai Quran yang perlu aku habiskan tu. Then aku teruskan jahitan aku sebab dalam masa dua minggu ini aku perlu siapkan segala projek aku yang masih tersengguk sengguk.
.
Berpuasa ni memang seronok terutamanya apabila nak berbuka. masa tu terasa sayunya dan tenang aje. Baru rasa nikmat yang Allah bagi selama ni take for granted aje........

Sunday, August 10, 2008

A Secret Key


Kalau di lihat dan di belek belek nampak macam kunci peti rahsia. ıa di perbut daripada brass atau bronze kalau tak silap aku dan berat juga. Pada mulanya aku rasakan ia cuma seperti kunci biasa. Rupa rupanya ia adalah pembuka tudung botol.
Koleksi Terkini

Hari ini ku dapat koleksi baru dari bazar. Iaitu barang barang lama yang di jual kebanyakan orang Russian. Satu ketika aku nak beli sudu dan garfu tapi mahal sangat. So aku beli tea spoons dah kira ok dan garfu kecil. lain kali kalau aku ke baar benda benda macam inilah yang akan aku cari. Sudu dan garfu kecil ini adalah silver type. Tapi aku tak pastilah sama ada ori tu tak. Anyway aku suka pada ukiran di pemegang dan unik. Berat juga tu. So aku rasa macam ori aje silver spoon ni. Harga semuanya adalag 75,000 manat. Oklah janji nampak antik dan menarik.

Tuan Haji Gunting Rambut
Hariini ku ke Bazar. Ajak haji sekali sebab dia nak gunting rambut. Semua orang kata rambut dia pendek tapi dia nak gunting jugak. So aku bawa ke kedai yang kami selalu pergi dan tempat yang paling murah. Siap gunting kasi aje 30,000 manat kira ok lah tu. Sebelum tu aku tanya haji nak ke saloon atau barber shop? Kalau saloon orang pompuan dan kalau barber shop orang lelaki. Dengan berkobar kobar Haji kata nak ke kedai yang ada aweks gunting. Amboi Haji...... ada hati jugak no. Ni haji kena dam ke tk kena dam ni. So aku jawap lagi dan katakan bahawa kalau ke kedai aweks kena bayo 150,000 manat. So mana satu nak? Pantas Haji jawap nak kedai biasa aje lah. Hhehehehehe.........

Sunday, August 03, 2008

Bob Beli Langsir Untuk Bertunang
.
Hari ini Bob pun ikut sama ke bazar. Dia kata dia nak beli langsir untuk kakak kakak dia untuk persiapan hari raya. Tapi aku syak bahawa sebenarnya dia beli sebab dia nak bertunang raya ni. Mungkin dia nak rahsiakan majlis tersebut dari mat mat kaki kepoh di camp ni. Aku tak lah kepoh tapi sebagai repoter tak rasmi ni biasa lah aku kumpulkan bahan bahan untuk di gossip pada hujung minggu. Jenuh dia nak pilih. Lepas satu satu di beleknya sebelum buat keputusan. Ala Bob...... ko beli pon tak sampai elun satu hari hang...... tu . masih lagi boleh pegang title bujang sihat terkaya di Asia tenggara. Oklah mai kita lihat apa yang terjadi di dalam kisah senario ini.
Pilih punya pilih akhirnya dia berkenan pada curtain tu. Maklumlah yang jual tu anak dara muda tratang tang. Tu dia siap sms kak kak dia yang mana satu berkenan di hati. Rupanya dia borong sampai 15 meter. Bahagi pada tiga orang kakak2 dia maka dapat lah seorang 5 meter. Maklum lah Bobo anak yatim. Sian pulak aku kat dia. So bila nak sambung majlis bertunang nanti kenalah rai kat rumah kakak2 dia semua. Lagi pun Bob anak bongsu tentu lah manja dan di tatang seperti minyak yang penuh tempayan.
Jenuh budak tu nak convert dari manat ke USD. pening kepala. Kalau nak bayar duit manat dh jadi jutaan dan banyak nak bilang. Cuba nengok siap ada calculator kat situ.
Inilah corak yang Bob berkenan tu. Dulu aku ada beli. Masa tu manat masih murah dan kalau beli pun masih murah sesangat. Sekarang semenjak manat dah naik maka harga barang pun menjadi mahal. Walau mahal tapi masih lagi murah kalau nak di bandingkan di Malaysia. Aku pun tak beli dah kot curtain ni sebab dah jadi mahal dan tak semurah dahulu.
Puppy Love
.
hari ini aku ke Bazar lagi. Kalau boleh nak cari teman untuk Lia. Puas pusing tak ada. Aku rasa mungkin dah tak ada lagi. Tak apa lah. So aku pusing lagi dan ternampak ada dua budak perempuan Russian sedang memegang beberapa ekor puppies. Aku terus ke arah mereka. Rupanya mereka menjual puppies tersebut. Semuanya bewarna hitam tapi susah benar untuk membezakan mereka. Kalau di uji kesemuanya dengan DNA pastinya memunyai pattern yang berbeza. Aku suka anjing. Tapi oleh sebab sebab tertentu aku tak akan mmbela mereka. Anjing adalah sejenis haiwan yang pintar dan taat kepada tuan mereka. Minggu lepas aku lhat ada juga orang menjual puppies. Tapi bukan jenis ini. Kalau tak silap aku seperti rodwieler sebab nampak montok dan besar. Lalu aku bertanya kepada dua buadak tersebut berapa harga. Mereka menjawap 500,000 ribu manat. Lebih kurang dalam RM100 sahaja. Murah kan. Lain kali bazar ini akan menjadi tempat untuk menjual pet. Kalau kucing persian aku dah beli makanya mereka akan berpendapat bahawa orang Malaysia suka kucing. Sekarang bila ke bandar aku akan beli ikan untuk di rebus dan di beri pada kucing aku disamping biskut mereka yang sedia ada.

Saturday, August 02, 2008

BBQ Di Rumah Pak Lah
.
Sebelom ko orang baca seterusnya harap jangan keliru dengan tajuk di atas. Pak Lah ni adalah pengetua İnstep di sini dan bukan nya Pak Lah yang sorang lagi tu yang selalu ZZZZZZZZZZZZZZ. Ko orang kenai ke idak Pak Lah tu aku tak tau lah. Tapi aku dengar cerita bahawa rakyat di negara Mahadewata udah meluat dengan kaki tidur tu........ Biasalah kalau selalu tidur nanti mengigau dan akhirnya meracau..... Oklah baik aku cerita pasal makan makan kat rumah Pak Lah. Tapi kalau nak baca cerita penglipur lara pasal negara Mahadewata nanti kalau sempat aku akan sajikan di sini.

Aku tak biasa ke rumah Pak Lah. Tapi driver aku bilang dia tahu. Aku pergi agak lewat. Saja aje nak pegi lewat. Cuma pegi nak makan aje sebab ramai dah pakar pakar masak yang datang menolong. Azam pun tak ketinggalan dengan mee bandung ala kulim high tech. Bila sampai aje nampak rumah buruk aje. Aku rasa macam tolak dengan lidah pun boleh reban. Sori exergerate skit. Bila masuk aje dalam masyaallah kelasnye. Rasa nak juga aku duduk di rumah tu. Hhhhmmmm ... apa boleh buat dah boss suruh dok kem.Rumah ini terletak di atas bukit. Dari bukit boleh lihat pelabuhan dan sekitar bandar Turkmenbashi. Cantik juga. Tapi tak ada lanscape langsung. Mujurlah petang ada redup skit sebab dilindungi oleh bukit di belakang.

Inilah driver kita orang. Cakap aje nak ke mana dengan senang hati depa akan bawa. Esok pukul 8.30 aku dah book untuk ke Bazar. Ada driver yang lain tapi aku raksi dengan si akif tu sebab aku rasa dia ok.

Sedang aku dok amik gambar tetiba Bob dan Rusdi teringin nak bergambar. Rusdi ni adalah pakar suara. Kalau sessi karaoke, dia boleh nyanyi tanpa henti. Kira dia control la. Semua lagu dia boleh bawa walau off pitch skit. Dia azam nak buka kelas seni suara. Jadi pada para penyanyi yang nak asah bakat untuk masuk realiti TV boleh lah kursus dgn dia. Bob pula bergaya macam model. Untuk siapa nak cari model saiz XXXL boleh hubungi Bob di talian 03-12345678. Kalau tak dapat jawapan sila tinggalkan message. Jadi di sini biarlah aku beri latar belakang si Bob skit. Dia adalah berdarah campuran. Iaitu mamak malbari, banjar dan jawa. Dia kata darah jawa dah cair. Ada dalam satu sudu teh aje. Tapi kalau darah mamak malbari tu ada dalam satu mangkuk. Sebab tu dia banyak bulu sana sini. Siap tunjuk kat kita orang lagi pagi tadi..... Oklah Bob ko tak payah buktikan sebab aku memang yakin bebeno. Nanti aku stamp kan kat donat hang tu. Jadi Zamri dan Fadil tak boleh kutuk kutuk hang lagi bila depa baca.
İnilah gambar gambar para hadirin. Yang lain tak datang atau dah datang awal. Kalau sapa sapa yang berkenan pada pemuda-pemuda atau pakcik pakcik dalam kembang setaman ni bolehlah hubungi nombor yang tertera di atas.
What Am I Suppose To Do this Morning
Today is Saturday. I just dont feel like going to the office. I need a rest. I think I had enough things going on at the office for the last two weeks. I just simply need a rest and relax. WHen I woke up, the room was mess. I knew that Bobo and Romari was too naughty last night. Lia still ok and be bıt obedient. There are four things that I want to do today. First I need to tidy up the room. I need to vacuum and keep my toilet clean. It was in the mess. Keeping cats is ınteresting but you really need to be hard working person. Toilet train is the main thing. İf your cats cannot discipline themselves to have proper toilet, you are going to go crazy. With the smell that you cannot stand will make you feel angry and mad. Then the furr then to fall and it will stick well to your clothes, carpet, blanket, bedsheet etc.
.
I just finished vacuum the whole room. Relief.......I borrow from the surau. Sometimes, I just left in my room and the janitor will organise it nicely for me. Hhehehehe...... aku rasa siap dia menyumpah kat aku sebab bila nak cuci bilik aku memang dia kerja banyak. Mana makanan kucing yang bertaburan lagi. But İ did my part to collect all those rubbish and thrash into my dustbin.
.
What are other subjects that I need to write in my blog today. Oooo.... I got invitation for the BBQ at pak Lah's house. Azam invited me numerous times. I must go. If not I will feel guilty as hell. 4.30 I wii depart from here with Pak Amir and Haji Moktar. Then we will go to Awaza. Sitting near the Caspean Sea and have a sip of hot cuppocino will be great. Take few minutes resting on the bench, reading and gossiping will be interesting too.
.
I need to finish my new xstitch. Few people already ordered them from me. I dont know when I can finish. Everytime I about to start, Lia will come nd jump on me. She will disturb my rythm and I will put it away. I thnik I will start after I completed my blogging coz Lia is sleeping soundly and the other two are playing outside. Yeah...give me a bit of freedom.
.
I going to call my mummy. How is she going on. I call he yesterday but no answer. She must be outside attending her potted plants. I use to say to her no need to keep them anymore. She will make this excuse for not to stay longer in our houses. Hhhmmmm.....I think when I grow old, I will be like her too. You just want to relax and have a piece of mind isnt it.
.
I have started another novel written by Jodi Picoult entitled Keeping Faith. I Expect to f,n,sh it within two weeks then I can continue reading the other novels that already packed in my cupboard. The idea to be a writer is still sticking to my mind but I really need a push and special zeal and encouragement to proceed. Once I try to participate or take a course in crative writting but just got no time. What I ever wish is at least when I retired I would be able to spend my precious time to write and to talk.
.
I think thats all for today and always pray for me and present me a wonderful wishes that I always need.

Friday, August 01, 2008

Perfect Match - Jodi Picoult

I have finished my reading last two days. Towards the end, about the remaining last two chapters, I was focusing and concentrating to finish the book eagerly. I was impatient to find out what will happen to Nina. Whether she will be acquitted from first degree murder and put into prison. I just could not imagine how a person dare to shoot a molestor in the courtroom with initial evidence that almost fragile.
.
Bukan senang aku nak habiskan buku buku yang aku bawa satu persatu. Banyak benda lain yang aku perlu bereskan bila di bilik. Setiap benda yang aku buat ada schedulenya and I will make sure that semua schedule and milestone di penuhi. Kadang kadang Bobo dan Romario datang mengganggu bila saja aku sedang baca buku sambil berbaraing di atas katil. Sekarang Lia pula yang suka kacau aku dan tetiba je menjejaskan konsentrasi aku.
.
Hhhhmmmmm....... hari tu masa aku ambil kitten di Bazar aku dah nekat untuk letak nama Yoko and aku dah siap tulis dalam blog aku yang lepas. Tapi sekarang rasanya nama itu kasar dan tak sesuai untuk dia. Jadi aku rasa dari sekarang birlah aku namakan dia 'Lia'. Rasanya lebih mesra dan manja.