Sunday, November 02, 2014

Selamat Tinggal....

Minggu ini boleh di katakan semua jwmaah haji akan pulang ke tanah air masing masing. Sekarang hanya kelihatan jamaah haji dari Indonesia, Malaysia, Bangladesh, India dan Pakistan. Aku rasa semua jemaah dari negara lain telah ziarah ke Madinah sebelum waktu haji lagi.

Walaubagaimana pun raudah masih lagi berpusu pusu dengan hamba Allah untuk bermunajat dan berdoa. Aku masih lagi mencari kesempatan untuk berada di situ walau pun sekwtika untuk berdoa. Biarlah aku mengalah dahulu dari bertolak tolak dan bersesak dengan perasaan marah untuk beradah di raudhah. Jadi aku perlu mencari waktu yanf tak popular untuk berada di situ.

Flight aku ke Malaysia pada 2.40 pagi 5hb November dan dijangka akan menyentuh KLIA pada 8.30 malam. Kemungkinan besar ayah mertua aku bersama dengan anak anak aku akan ke sana untuk menyambut kepulangan kami. Banyak cerita dan barang yang aku bawa untuk di kongsi bersama. Nanti pastinya kami akan asyik bercerita dengan mereka dan pastinya tidur aku akan terlewat.

Untuk meninggalkan Madinah samalah rasa meninggalkan Madinah. Sayu, sedih, rindu dan apa saja perasaan menghambat emosi ini bila bertolak. Ya, insyaallah aku akan datang lagi. Bila aku datang aku membawa bersama niat dan doa. Doa untuk aku, doa untuk umat, doa untuk anak anak, doa untuk ibubapa dan saudara, doa untuk isteri dan doa untuk kawan kawan. Aku terus berdoa agar Allah akan makbulkan segala doa aku dan apa saja kehendak hati yang tersirat.