Saturday, June 28, 2008

Petronas Intergrated Sports Carnival, Kiyanly
.
Semalam 28th June adalah hari terakhir sports carnival yang di adakan selama tiga bulan. Lamanya lebih dari sukan Olimpik. Lega rasanya dah selesai dan semalam lepas saja upacara penyampaian hadiah aku terus tidur dan sedar sedar dah pukul lapan petang. Cuaca agak panas pada sebelah pagi dan redup sedikit pada waktu petang.

Agak pukul 7.00 pagi aku keluar untuk bergambar dan terserempak dengan Malik. Aku ajak dia ambil gambar dan suruh dia jadi model di sebelah banner tu. Kalau nak sewa Malik untuk jadi model pakaian kanak kanak ok lah.


Bob orang kuat di kem kit sibuk memberi topi pada setiap peserta mengikut warna rumah masiang masing. Aku dapat satu warna biru. Semalam selepas menang bermain table tennis topi aku dah tak ada. Mana aku letak entah lah. Bob pun main table tennis untuk mixed double. Tapi dia teruk di kerjakan oleh pasukan rumah kuning.
Berbaris untuk merasmikan upacara sukan oleh encik Halim dari Petronas Ashgabat. Mereka pun datang ke sini sebagai tetamu terhormat dan untuk upacara perlawanan volley ball dan tarik tali. Malangnya volleyball mereka kalah dengan tuan rumah. Teruk di belasah.

Permainan pool di adakan pada sebelah petang. Pada mulanya rumah biru ketinggalan dan memang tak ada harapan nak menang. Tapi pada bole terakhir tu rumah hijau jolok tereus termasuk dua dua bola putih dan hitam. Nasib malang lah tu....
Perlawanan table tennis antara rumah merah dan kuning dan di menangi oleh rumah merah. Tapi keseluruhannya di menangi oleh rumah kuning di sebabkan oleh kekalahan Bob dengan teruk sekali iaitu under 5.
Perlawanan tarik tali adalah upacara terakhir. Akhirnya rumah hijau juara juga. kalau nengok saiz badan mereka masyaallah....... Tak apalah untuk pasukan lain nanti you all makan lah banyak banyak untuk naikkan berat badan. Hidup di sini bukan susah untuk naikkan berat badan. İni dalah satu nasihat khas untuk Ju.
Ini adalah pasukan volleyball rumah biru. mereka kalah kepada rumah hijau. Nak buat cam mana sebab pakar pakar spiker rumah biru tak dapat hadir. kalau tidak sure rumah hijau kena belasah. kira kita cuma turunkan pasukan pilihan kedua saje.
Macam mana main pakai seluar jeans. Itu yang aku tak suka tu. Kalau nak main kenalah pakai pakaian sukan barulah disiplin skit. Barulah ada semangat kesukanan. Mungkin nenek dia pinjam untuk aerobik pagi atau nenek dia dah ambil untuk jual di CBS pada pagi ahad.Ini pasukan volleyball wanita. Ada lima orang sahaja. Walaupun lima orang mereka telah menjadi johan keseluruhan. Tahniah di ucapkan.

Ini dia sebahagian dari penyokong rumah merah dlm perlawanan futsal diantara rumah merah dan rumah kuning.

Pada keseluruhannya rumah Hijau sebagai johan dan rumah biru sebagai naib johan dengan perbezaan mata sebanyak 0.00000001 sahaja. Kira setepat angka tersebut. Rumah kuning di tempat ketiga dan yang tercorot adalah rumah merah yang di ketuai oleh Azam dengan kekalahan kesemuanya. Aku pun turut bersimpati dengan nasib rumah merah. Bob terpaksa memaksakan diri dengan menagis teresak esak sebab kecundang. Tak apalah Bob...anggaplah kekalahan ini sebagai azimat dan asbab untuk menslimkan badan. Tapi tak apa akhirnya si umumkan bahawa semua peserta menang sebab bawa pulang satu medah setiap org dengan warna yang sama. kira oklah tu.

Sekiranya anda mendapati laporan sukan ini tidak seimbang seperti dacing Barisan Nasional sila tinggalkan komen anda untuk saya menjawap segala kekeliruan.

Gadis - Gadis Turk
.
Member member aku selalu komen bila visit blog aku, apasal tak ada gambar awek awek sini. Aku tak tu nak jawap apa apa. Tapi aku selalu jawap jangan cari pasal nanti orang fitnah pulak. Duduk sini un benda benda simple cam ni memang senang orang nak fitnah. Dengan cleaner pun orang leh fitnah kata ada scandal. Benda benda scandal ni pulak kalau nak buat bukannya susah. Senang aje. Tapi aku selalu pesan pandai pandai lah jaga diri sebab semua dah beso dan bapa budak. Tapi hari ini aku ambil gambar mereka sebab ada karnival sukan. Jadi kalau nak ambil pun tak jadi masalah sebab ramai orang. Lagi pun bukan mudah nak ambil gambar dia orang ni. Ada yang boleh beri kerjaama dan ada yang refuse. Atas sebab apa pun aku tak pasti tapi yang pasti orang sini memang jaga anak anak dara mereka dari orang orang luar.
.
Orang Turk ni terdiri dari berbagai bagai keturunan dan campuran. Semuanya terjadi di sebab kan oleh pemerintahan Soviet Union. Ada yang berasal dari Kazakhtan. Mereka ini wajah ala ala Altanthuya yang dibunuh penuh kontrovesi tu. Ada yang berasal dari Azerbaijan. Wajah mereka ini mirip kepada bangsa Turki dan Iran. Ada yang berasal dari Uzbek dan mereka ini seakan sama dengan wajah orang Turk dan akhirnya wajah wajah Russian ala ala Maria Sharapova malah lebih jelita dari itu.
.
Kalau nak nikah dengan orang orang di sini tak menjadi masalah sangat. Tapi mereka mereka ini perlu di didik agama dengan sebaiknya. Ramai yang tak tahu sembahyang dan ada yang tak pernah sembahyang seumur hidup. Kesannya sangat hebat keatas hakisan iman sejak pemerintahan Soviet. Aku rasa kalau di ajar dan di didik dengan sebaiknya pasti mereka akan menjadi seorang muslimah yang sejati. Mereka mereka ini perlukan bimbingan. So orang ujang di sini kalau ada kekuatan ambil lah satu. Orang yang dah berkeluarga apa salahnya untuk menjadikan mereka isteri yang bernombor. Kalau para isteri isteri di malaysia yang baca sedikit sebanyak tulisan aku ni, mesti dengan rela hati membenarkan suami mereka di sini untuk tambah cawangan....heheheheheh. Barulah dapat payung emas di surga........besar ganjaran tu....
Yang tengah tu nama dia Juita dan sebelah kanan tu Najima. makcik tu aku tak kenal nama dia. Makcik tu adalah assistant chef di kitchen manakala Najima dan Juita adalah waitresses kita yang melayan kami semasa lunch. Nak suruh tuang air ke...nak suruh buat kopi atau teh ke...nak suruh sudukan lauk ke...dan banyak lagilah tugas dia. Pendek kata apa apa pun boleh suruh. Kalau aku dok makan selalu dia tanya aku nak teh atau kopi...Aku selalu jawap tak payah la...water pun dah cukup. Sifat lemah lembut mereka memang respect la... Tapi bila lepas aje tugas dan siap nak balik aje nampak mereka pun dah tak kenal dengan dressing yang moden moden.....macammm modellllll......
İni Lachin. dia kira macam secretary NULee la. Mungkin NU tak berapa kisah sapa sec dia. Kalau orang lain dah lama cari yang lebih cun walau tak tahu bekerja. Aku selalu suka menyakat Lachin ni. Yelah orang berbadan besar ni selalu nya humble dan baik hati
Yang sebelah kiri sekali Azizah. Dia pembantu pejabat. Muda lagi. Ada juga bebudak Malaysia ni kalau balik kampung beli pakaian Malaysia pada mereka. Dulu aku ingat nak beli baju kurung untuk mereka pakai. Elok sangatlah pada waktu panas begini. Tutup juga aurat dan kurang dosa kami di sini. Kalau dasyat lagi sampai nampak pusat islam. Sebelah dia adalah Pyusta. Dia bagus kerja. Tak banyak songel dan bila suruh apa pun dia buat. Sebelah dia tu adalah Sarah dan Gulindam.
Inilah Yelena yang dulunya my tea lady. Tiap pagi di akan ketuk pintu opis aku asking me for tea or coffee. dia dah tau apa yang aku hendak. Di waktu lapang dia akan belajar bahasa İnggeris. Sekarang dia dah di promote jadi office assistant dan tak buat tea dan coffee lagi. Dia ni bapa dah tak ada sejak dari umo 4 tahun. Sedih pulak aku dengar. Dulu masa Lan dan Shakir datang sini selalu aku usik depa. Sesaja aje aku ketuk pintu bilik mereka dan tanya tea or coffee seperti yang Yelena buat. Sejak dia jadi opis assisstant ni dah tak ramai orang minum tea dan coffee dan budget pun dah lapang skit.

İni lah dia Albina yang beri aku kucing yang bernama Zara. Malangnya dah hilang entah kemana. Dia ni memang cute dan aku selalu canon kan dia dengan Shah Rizal. Padanlah kira tuh dan baik baik budak budak ni. Inilah serba ringkas cerita pasal gadis gadis Turk ni. So sapa nak apply keje kat sini eloklah baca blog aku selalu. Duit pun dapat dan di akhir projek kalau di izin allah boleh bawa 'hadiah' istimewa dari Turkmenistan.

Killing The Mesenger - Tami Hoag
I just finished this book two weeks ago. I thought the writer was a man but instead a woman. Quıte an interesting story. Not very much suspence about the plot but I like how she describes the character of jace Damon and his brother. Now I am reading her other novel that I hope to finish very soon.

Thursday, June 26, 2008

Mari Belajar Russian
Sapa kata Pokku tak pandai bergaya

Di sini bahasa İnggeris tak laku. Mereka tak akan faham. Ada juga yang belajar sendiri untuk cari kerja di sini. Tapi majoritinya tak faham bahasa İnggeris. Kadang tu terpaksa pakai isyarat tangan. Tapi keseluruhannya pandai cakap Russian. Aku dah beberapa bulan di sini masih kaku lagi dengan bahasa Russian. Kalau di hitung dengan jadi boleh lah agak dalam 10 patah perkataan. Nak tau dari sapa aku belajar Russian kalau bukan dari Pokku. Tapi bahasa Russian Pokku ni ala ala Kelate gitu. Nahu dan rythm memang klate. So aku pun terikut lah dengan Russian yang di Kelate kan oleh Pokku. Dulu masa Rosli ada di sini, Russian di Ganu kan. Kalau orang kata 'Patom' yang maksud ' selepas ini'....tapi bila dapat kat orang Ganu dia jadi bunyi 'patong'....so aku dapat pronounciation yang salah.
.
Bila balik saja Malaysia last May aku beli buku phrasebook Russian. Masa tu semangat berkobar kobar nak belajar. Sampai saja di sini terus tak terbelajar. Sekarang au dah nekad untuk bawa dictionary ini kemana sahaja. Al least aku boleh cakap russian dgn local. So nak tanya apa saja aku buka phrasebook ni. Mana tau dengan semangat aku yang makin membara bolehlah aku master bahasa Russian.
.
Ada satu ketika aku dan Pokku dok cari kucing Zara aku yang hilang. Bila sampai saja dekat guard, pokku terus kata, 'Sumatri meow meow.... ' aku pun tanya apa tu sumatri tu. Pokku kata maksudnya 'lihat'. So aku dah dapat perkataan kedua selain spaciba yang bermaksud terima kasih. Sejak sibuk ke site untuk inspection everyday aku dah dapat beberapa perkataan baru. Di sini tak boleh pandu kereta sendiri. Kena pakai driver. Naik saja kereta kita cakap OGT. Bila masuk aje site.....Pokku pun mulalah bagi arahan pada driver seperti ini.......
.
'Priama'............... selang beberapa meter pula........'Naprava'...............lepas tu agak beberapa minit kereta bergerak.........' Nalewa'..... tetiba aje keluar pula perkataan 'Nazar'. Pada mulanya aku tak adalah beri perhatian sangat sebab couldn't be bother. Lama lama terfikir pulak apa benda alah yang pokku kata ni. Tapi aku dapat agak bahawa semua perkataan tu ada lah instruction for direction. Rupa rupanya 'priama tu adalah terus ke depan'......'naprava adalah kanan'...... 'nalewa adalah kiri' dan 'nazar adalah undur ke belakang'. Sekarang aku dah mahirlah skit. Bila aku dengar aje setiap kali Pokku bagi arahan Russian ala Klate aku tersenyum seorang diri.
.
Sebenarnya aku tk pernah cerita pasai kerja aku di sini sebab aku cuba jauhkan bab kerja pada waktu luar kerja. Bagi aku dah cukup masa untuk pening di ofis. Lepas kerja eloklah tutup rapat bab bab kerja dalam kepala otak ni. Pokku ni macam inspector gudjet la. Semua alat alat ada di keliling pinggang dia. Dari measuring tape sampailah ke smallest device yang lain. Keje dengan orang sini dan turki kalau nak cerita panjang berjela. Kalau ada masa boleh cerita nanti. Tapi yang pastinya berbuih mulut cakap tak pahe pahe. Nak kata bodoh marah. Nak kata cerdik tak jugak. Bodoh sombaong lah kiranya. Tadi au komen kat CM JV. Aku kata kesian pokku tu. Jenuh cakap pada subcontractor sebab tak cukup manpower. Lastly aku kata eloklah pasang tape recorder aje masa kat site. Tak payah cakap lagi dgn ulang kali. Rewind tape dan bagi dia dengan. Sebab itu lah benda yang di komen setiap hari. Tak reti reti........

Wednesday, June 25, 2008

Rindu Serindu Rindunya

Pagi tadi tiba tiba talipon berdering. Satu...dua....tiga....deringan berterusan aku terus bangun dan capai talıpon. Berat benar aku nak jawap talipon. Aku terfikir ini tak lain mesti wife aku yang talipon. Jarang sangat dia talipon aku. Perasaan risau ada, cemas pun ada di dalam fikiran aku. Selalunya aku yang membuat panggilan dan wife aku tak akan talipon aku kalau tak ada hal yang teramat penting. ' Hello...Assalamualaikum sapa tu?' Aku terus bertanya. Bila aku dengar sahaja suara terus aku dapat agak ini mesti anak aku İkhlas. Terus dia tanya aku ' Ba buat apa?'. Aku beritahu aku sebenarnya masih tidur dan mata aku amat berat untuk celik sebab aku tidor pukul 12.30 malam sebab ada hal yang aku perlu bereskan di dalam bilik aku.
.
'Ye Lash....Lash sihat ke?'
'Apa cerita Lash nak habaq?'
.
Aku dapat rasakan apa perasaan dia di waktu itu. Pastinya dia merindui aku teramat sangat. Aku cuba layan sebaiknya. Aku lihat jam di tangan rupanya sudah pukul 4.30 pagi dan waktu subuh sudah hampir.
.
Tiba tiba dia tanya aku satu soalan yang aku agak melucukan.
'Ba...Ba ada baby ye.......'
Aku pun keliru. Datang dari mana pulak cerita baby tu. Rupa rupa baru aku teringat mungkin kucing aku kot.
' Tak lah...mana ada baby. Itu Kucing Ba la dua ekor BoBo dan Romario'
'Ooooooo'
Kemudian aku pun terus beritahu dia supaya siap untuk ke sekolah dan nanti pagi dan petang aku akan talipon semula.
.
Hari ini aku sangat sibuk di ofis. Banyak isu yang aku perlu bereskan. Mana nak chek segala documents. Mana nak check kontrak dan mana nak pegi sıte buat inspection. Sejak dua hari lepas aku rasa kepala biol semacam aje. Member ajak untuk pergi meeting pasal sports day sabtu ni pun aku dah tak sempat. Pegi site pulak macam macam hal. Darah memang dah sentiasa naik upstairs. Tension...erghhhhhhh. Lepas tu pulak semua nak kena chek supaya semua problems already settled. Nak kena tego selalu.......kalau macam tu teruk la...sekali sekala kena jugak jerit.....
.
Tetiba wife aku call semasa ada discussion. wife aku kata Ikhlas nak cakap dan dia marah benar sebab dial no aku tak ada orang angkat dan kadang tak dapat. Aku kata nanti aku call balik.
Petang tu aku call balik dan cakap dengan ikhlas. Aku tanya hal sekolah dia dan bermacam macam lagi. Dia pun dah tahu yang aku akan balik pada Ramadhan yang akan datang tetapi dia tak dapat agak berapa lama lagi akan tiba Ramadhan. Tetiba dia bagitahu aku, 'Ba.... no talipon Ba 86...91...80.....9.....0. kan'. Aku pun terperanjat bagaimana dia dapat hafal no tersebut. Lain kali kalau talipon aku berdering pada odd hours mesti İkhlas yang talipon.
.
Sebenarnya aku pun merindui kamu semua. Terimalah cıuman sayang dari Ba yang jauh....muuaaaaahhhhhhhhh.

Sunday, June 22, 2008

Mari Kita Fikirkan Bersama
Masa berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik umur sudah meningkat satu tahun. Maksudnya hidup ini makin kepenghujung. Usahalah bagaimana pun tiada sesiapa pun yang dapat menafikan realiti ini yang sebegitu pasti. Kemanakah kita selepas ini? İnilah persoalan yang sebenar yang perlu kita fikirkan pada setiap detik selagi jantung ini berdenyut. Apakah sudah ada bekalan yang secukupnya untuk kita teruskan pengembaraan yang baru. Orang alim beritahu hıdup ini adalah satu perjalanan yang sangat jauh seperti kita sedang berada di sebuah bahtera. Sekiranya nakhoda kapl berhenti di sebuah pulau untuk mencari bekalan makanan untuk perjalanan yang jauh ini, maka semestiya di manafaatkan waktu ini untuk mencari bekalan makanan yang secukupnya semasa di pelayaran seterusnya. Mereka yang asyik dengan keindahan pulau ini mestinya akan rugi dan kebuluran.
.
Kadang kadang diri ini alpa untuk muhasabah. Apakah dosa yang di buat hari ini sudah di tebus? Adakah sembahyang semakin berkualiti. Adakah Quran sudah di baca dengan istiqamah setiap hari. Bagaimana pula dengan hubungan sesama makluk. Adakah kita mneyakitkan hati sı fulan hari ini. Adakah kita rasa selesa dengan amalan yang di lakukan pada hari ini. Apakah iman semakin meningkat setiap hari. Adakah taqwa semakin berkesan pada diri. Sememangnya perkara perkara inilah yang perlu di beratkan pada setiap waktu. Menjadi seorang yang pemaaf atas kesalahan orang terhadap diri sendiri pun boleh menjadi ahli syurga. Apatah lagi hidup dengan penuh ketaatan.
.
Sebenarnya manusia menjadikan diri mereka comfius dengan kenikmatan akhirat dan godaan dunia dı sebabkan cinta kepada dunia yang teramat hebat. Berkorban seluruh jiwa raga terhadap nikmat dunia melebihi segalanya. Kita telah letakkan diri sendiri di landasan yang salah. Jawapan sudah ada di depan mata cuma carilah kekuatan untuk mengamalkan nya.
Another Friend of Mine
Ini member aku. Nama dia Zinyaddin Aliyev. Sekarang dia pun ada di site sebagai civil site engineer. Dia banyak berkomunikasi dengan aku. Ok kita tinggal kan dulu bab bab kerja ni. Semestinya bukan tabiat aku untuk bincang atau berbicara hal hal ofis apabila waktu makan dan waktu waktu rehat terutama sekali week end. Cukuplah selama 40 jam lebi untuk peningkan kepala .
.
Sekarang ni demam Euro 2008. Dia lah yang menjadi penonton setia. Aku pun sama juga tapı kalau perlawanan berlanjutan sampai pukul 2.00 aku surrender la. Tapi semalam bila Russia lawan Belanda aku celikkan mata aku sampai tamat perlawanan. Maklumlah besoknya cuti...week end. Aku rasa dia lah yang paling gembira bila Russia menang 3-1 pada masa tambahan. Dia lah orang yang paling kuat bersorak dengan bersemangat. Setiap kali dia bersorak aku yang ketawa. Dua hari lepas semasa Turki lawan Croatia aku pun bersama menonton. Aku lihat sehıngga separuh masa pertama tamat sebab mata dah longlai. Lagi pun permainan pun nampak boring semacam. Besoknya dia datang ke bilik aku di ofis beritahu Turki menang penanti shoot out. Turki menang. Dan dia memang seronok. Rupanya dia tercegat di TV sehingga tamat perlawanan bersama denagn Puad. Dia sokong Turki sebab katanya dia sebagai rakyat Azerbaijan memang rapat dengan Turki dan mereka memiliki bahasa yang sama.
.
Selepas sembahyang maghrib selalunya aku ajak Pokku minum di cafeteria dan Dia memang dah setia menunggu untuk melihat rancangan TV Azerbaijan. TV siaran Malaysia memang tak ada. Kalau aku selalunya nengok TV Aljazera sahaja. Kalau nak tahu berita Malaysia nengok internet sahaja. Itu pun dah cukup bagus. Bila dah duduk bersama dia sambil menonton TV, aku banyak ajukan tentang zaman komunis Soviet. Banyak cerita yang dia dedahkan yang sememangnya kita tidak tahu. Setelah banyak soalan soalan yang aku ajukan ıtu aku pun bertanya dia ...' Mahukah kamu kembali ke zaman komunis silam?' Dia jawap semestinya tidak.
.
Itulah orang kata banyak jalan banyak pengalaman dan banyak kawan banyak ragamnya.
How To Do An Expensive Carpet

Do you know how to make carpet by hand? If I was given a chance for sure I will be a talented carpet maker. It is not the difficult. You have a pattern in front of you, the colours of the treads the basic treads that framed as a base and here you go. ıt is easy as doing the cross stitch. Why I said that?..... Because I am a person that adore the beauty of cross stitch very much.
.
When I was walking beside Sultan Ahmet Mosque in Istanbul I saw this lady was weaving the treads to make carpet. I was staring to her work and got excited. She looked at me and offer me to learn from her. Politely, I said thank you very much. She persuaded me to sit and give a try. Again, I said thank you very much. You know what is going to happen if you take the offer?..... She will demand few lire from you..... this is typical cases if you come to Istanbul. They will try to exploid anything to gain money from tourists. If you dont believe it...... believe it.

Saturday, June 21, 2008

To My Dearest Daughter Balqis

Pertama sekali Ba nak ucapkan selamat harıjadi walaupun terlambat. Ba minta maaf kerana tidak sempat untuk beli hadiah istimewa untuk Kiss. Ba harap Kiss faham. Kiss makin membesar, cantik dan bijak. Kiss patut bersyukur kerana Allah telah beri keistimewaan ini pada Kiss dan anugerah ini Kiss perlu terima dengan gembira dan lapang dada dan seadilnya Allah itu. Dia tıdak anugerahkan pada setiap makluk anugerah yang serupa, mungkin seakan sama. Setiap insan ada keistimewaan yang tersendiri. Tetapi kita ada hak untuk mewarnakan anugerah ini untuk menjadi satu kehıdupan yang sangat indah umpama pelangi. Tetapi bukan mudah untuk menjadi pelangi supaya di nikmat oleh semua makluk. Untuk membentuk pelangi yang cantik ia perlu kepada unsur unsur yang lain untuk bersatu menjadi taburan aneka warna yang berselang seli. Pelangi ini akan hilang bila mana unsur unsur itu tidak lagi bergabung dan bersatu.
Kiss,
Hidup ini akan hambar dan tawar kalau tidak diwarnai dengan pengorbanan, dugaan dan cabaran. Segala pancaroba dan dugaan ini lah yang akan membuat kita kuat dan kental untuk berusaha dengan lebih gigih. Jangan kita mengalah dengan cabaran dan halangan dan jangan pula kita alpa dengan kejayaan yang kita capai sebab semuanya itu bersifat sementara. Yang teramat penting adalah istiqamah dalam melakukan sesuatu. Hidup di dunia Allah jadikan orang yang bijak dan juga manusia yang jahil. Allah juga jadikan manusia yang kaya raya dan manusia yang miskin. Segalanya untuk kita bantu membantu dan saling memerlukan dan bukan menjadikan diri aur di dalam belukar yang mementing diri sendiri.
Kiss,
Masa berlalu begitu pantas. Kalaulah masa dapat diputarkan balik ingin Ba menjadi zaman kanak kanak semula dan membetul kan kesilapan di masa lampau atau menebus kembali cita cita yang belum tercapai. Pastinya masa yang berlalu tidak kembali. Umur semakin meningkat. Muda menjadi tua. Cantik hanya sementara dan suatu hari nanti pastinya riwayat akan di tamatkan. Tapi hanya ilmu di dada yang akan sentiasa memberi manafaat pada diri kita dan umat sejagat bila di cari dan di sebarkan dengan sebaiknya. Jadilah kita seperti padi, semakin menuntut bila semakin berisi.
Kiss,
Kejayan bukan datang dengan sekelip mata dan kejayaan tidak akan datang tanpa usaha dan pengorbanan. Dengan pengorbanan inilah akan berhasil kemanisan hatta pengorbanan inilah yang akan mematangkan jiwa untuk menempuh segala cabaran yang mendatang. Jadilah seperti labah labah yang tidak pernah berputus asa. Walau sarang rosak di tiup angin tetapi semangat untuk membina sarang semula tidak pernah pudar. Hidup kita ibarat roda. Ada kalanya kita di bawah dengan kekecewaan dan lara. Kadang kita di atas dengan kejayaan. Tetapi jangan sekali kali jadikan kekecewaan dan kegagalan itu pembunuh semangat dan akhirnya terkulai dan membuatkan diri tidak lagi bisa bangkit. Kita jadi longlai tak bermaya dan kecundang di pertengahan jalan. Sepatutnya jadikanlah segala kekecewaan dan kegagalan itu sebagai azimat untuk kita bangkit dengan semangat juang yang baru tanpa menoleh kebelakang dan di bayangi oleh peristiwa hitam. Semua manusia melalui saat saat sebegini dan mereka yang mempunyai sifat kental, teguh dan kuat akan bangkit dengan kejayaan.
.
Akhir kata semoga anak anak Ba faham apa maksud yang tersirat dan yang tersurat. Sebenarnya diri sendirilah yang akan mencorakkan kehidupan masing masing. Gunalah akal fikiran yang waras yang dapat mentafsirkan apakah kehidupan yang sebenar.
.
Salam dari Ba yang jauh.........I love all of you and I miss you so much!

Sunday, June 15, 2008

BoB's Birthday Party
.
Semalam Bob kata dia nak belanja kami semua pergi Danish Cafe untuk makan makan. Aku tanya ada azam apa apa ke atau dah nak bertunang. Dia kata tak adelah. So aku asak lagi soalan untuk dia. Akhirnya dia beritahu nak buat majlis hari jadi. Hehehe..... kebetulan pada hari ini adalah harijadi aku dan coincident dengan hari Bapa. Aku pun ıngat pagi tadi keluar bazar nak beli cake untuk bebudak ni makan. Since Bob nak buat makan makan jadi why not aku beli cake masa makan makan tu. Kira rai birthday sesama la....
Inilah cake yang dibeli tu. Lilin ada tiga batang saje sebab di hujung umur tu dah ada no 3. Jadi elok sangatlah. Tapi bukan nya umur lima tahun tau. Cake nı adalay layered cake dgn peanut cream di tengah. Di bahagian atas di hias dengan chocolate paste and di hiasi bersama bunga dari butter cream kalau tak silap aku. Dulu wife aku kata nak pegi belajar icing cake. Sampai sekarang tak tercapai lagi niat dia tu. Tapi untuk aku rasanya tak berlu belajar sebab aku ni cukup creatif untuk mencipta sesuatu. Orang kata tangan menjadi....hehehehehe...jangan marah terperasan skit.
Itu Bob sebelah aku. Dulu tertanya tanya jugaak apasal orang gemuk di panggil 'BoB'. So Debab beritahu bahawa 'Bob' tu maknanya adalah 'Badan Orang Besar'. Ooooo....logik jugalah......Aku ajak Bob tiup lilin sesama tapi dia malu malu kucing siam....... alahai jadi bday boy pun perlu malu malu ke.... Yang tiga dalam gambar tu semua masih bujang bujang, bila nak nikah entahlah tapi depa ni dah kaya kaya.
Ni baru lepas menjamu selera. Main order sendiri. Tak apa Bob bayo. Dia dah jadi salah satu Bujang yang terkaya di Asia Tenggara. Murah rezeki kau Bob semoga kau di panjang kan umur dan di jodohkan dengan gadis secantik Aishwarya Rai. Rosdi tu bila pulak nak buat kenduri???? No wonder selalu datang ke Danis Cafe.
Akulah yang tolong potongkan cake tu dan bahagikan kepada semua member member yang hadir. Beso sangat cake tu tak habis nak makan.
Dah jadi Bday Boy tak kan masih sibuk dok telipon. Aik Rusdi..... apasal sejak dua menjak ni ko asyık nak dok dekat Tuah aje.......Jangan dok tenung tenung lama lama tu.....Salleh pun sama asyik dok tenung si Tuah tu. Pesanan untuk Tuah; Lain kali ko jangan lagi pakai baju melayu color pink tu...... kan dah jadi haru...... Kalau si Fazis nengok mesti jeles.
Menjelang Summer
.
Summmer memang seronok. Tak perlu pakai pakaian yang tebal tebal. Tapi selalu kena jaga mata. Banyak sangat panahan syaıtan. Kalau berjaya tepis masih ada kalanya tak tertepis. Orang kata perisai kurang berkesan. Tati sesekali nak juga keluar untuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Barulah senang nak didik diri ini bahawa Allah maha berkuasa dan hebatnya kejadian Allah. Bila dah ingat macam ni barulah terasa ibadat dan amalan sangat ciput. barulah tersedar dan tersedak untuk tingkatkan amalan dan iman. Tambahan pula bila tinggal bersendirian di perantauan, jauh dari isteri dan anak anak yang tersayang, sahabat sahabat karib serta doa ibu yang tk pernah putus putus.
.
So semalam dan hari ini aku pun carilah gambar gambar yang menyejukkan hati aku. Aku ambil gambar bunga bunga yang kembang harum dan berwarna warni.
Bunga ni memang menarik. Nama apa aku kurang pasti tapi aku rasa seperti bunga bunga dari keluarga daisy
Jarang sekali aku dapat lihat dan pegang bunga pokok kaktus. Pada mulanya aku ingatkan ia adalah bunga paksu sahaja. Apabila di pegang dan di belek rupa rupanya ia adalah buanga ori.
Di sini bunga ros memang terdapat di mana mana. Bunga nya besar besar dan subur. Kalau di Malaysia bunga nya kecil ecil dan nak hidup pun susah. Orang selalu cakap pokok tu hidup segan mati tal mau. Tapi aku rasa sebenarnya tuan dia yang hidup segan mati tak mau sebab malas nak baja dan belai pokok ros tu. Sian pokok ros tu tuan yang malas dia yang di salahkan.
Cuba lihat buah plum ni...segar....waxy dan terliur untuk di makan. Hari ni aku bersiar siar di bazar sesaja nak nengok buah buah tempatan. Tapi yang malang tu apsal kat cafeteria aku tu buah dah lasu dan kecut. Nak makan pun tak berapa ada mood. Ni mesti nak jimat kan kos ni...mesti kena complaınt ni...mana leh kasi muka....
Segar sungguh buah apricot ni. Sedap dan yummy......... Buah ni lebih kurang buah peach dan plum la. Apasal lah chef aku tak creatıf skıt. Buatlah shake dengan buah buah ni. Blend semua buah tu......lepas tu masuk kan yogut dan gula skıt then terus blend bersam dengan ketul ais untuk dı jadikan shake. Mesti terangkat bila makan pada waktu panas sebegini.

Jangan salah anggap no.... aku bukan nak ambil gambar minah ni tapi aku nak ambil gambar buah cherry ni. Bila nampak warna kemerahan yang menarik dan waxy colour aku pun minta izin untk rrasa. Aku ambil sebiji dan letk kan dı lıdah rupa rupanya masam ya rabbi......kalau manis memang sedap. Bila nengok buah cherry ni teringat masa di Copenhagn dulu...Pak Pin suka sangat beli buah ni bila kami berhenti di statio Noropot pada waktu summer.

Jom Mandi Pantai
.
Semalam entah apa pasal aje tetiba rasa nak pegi mandi pantai. Rasanya sebab cuaca semakin panas dan air asyik di catu sejak dua minggu yang lalu. Jadi sesekali terjun dan mandi di pantai ok lah juga. Orang kata lepas gian. So aku, Sal, Bob, Pokku dan Hj Moktar pun planlah untuk ke pantai pada sebelah petang araound pukul 6. Semangat memang berkobar kobar rasa dah macam tak sabo dah nak berenang dan terjun.
Tu lah kami berlima dok bergaya sebelum nak mandi. Bila sampai saja kawasan pantai tu rupanya suasana dah lain. Dulu di sini ada penempatan nelayan dan kampung tapi sekarang sudah tiada. Jalan nak masuk ke sini pun dah lain. Semua jalan telah dı musnahkan untuk membina jalan yang baru. Dan kampung nelayan pun semua telah dı robohkan. Dengar cerita gomen nak buat kawasan peranginan yang baru dan banyak hotel hotel baru dalam pembinaan.
Itu adalah Serda Hotel. sesatunya hotel kat sini tapi dekat town ada satu lagi hotel. Biala sampai saja di beach ni tawar saja hati nak mandi. Rupanya aırnya masıh lagi sejuk dan berombak. Nak mandi pun seriau. No wonder masa kami dok siap tunggu driver, semua orang local pandang semacam saje...hehehehehe. So kami jalan jalan aje lah di gigi air supaya tak rasa kempunan. Padahal kami dah siap bawa pakaian mandi tau....
Di sekitar pantai ni terdapat banyak sangat kepala udang galah atau lobster. Aku rasa semua udang udang ni telah menjadi mangsa korban burung camar. kalaulah senang tangkap dengan tangan berkilo aku bawa balik minta chef tolong masak kan.
Itu dia ular. Besar juga. Rupanya di sekitar pantai ini terdapat banyak ular. Ular apa aku kurang pasti samada bahaya atau tidak. Tapi yang nyata memang banyak sangat ular di sini dari kecil hinggalah ke besar. Aku bilang lebih kurang 5 ekor ular aku jumpa dan banyak kesan susur ular aku jumpa. Jadi masa berjalan tu kena selalu pandang bawah takut di pagut ular. Tak pasal pasal boleh masuk hspıtal.
Hehehe....inilah aku. Kemana mana dengan camera aku ni.......nak jadi full time reporter tak layak so jadilah blog reporter. Enjoylah ye....

Thursday, June 12, 2008

BoBo And Romario - Part II


Mereka sudah makin membesar. Kalau dicongak dan di kira kira rasanya usia mereka sudah lebih tiga bulan. Masa berlalu begitu pantas. Masa aku balik cuti baru baru ini mereka telah di jaga oleh Pokku. Pokku jaga macam anak sendiri. Sayang punya pasal habis badan di cakar sebab selalu dok melawak dengan Pokku. Kalau pakai kain pelikat siap masuk dalam kain....hehehe. Jadi kalau nak sembahyang memang mereka suka tarik kain. Jadi mahu tak mahu kenalah pakai seluar selalu. Itulah cerıta Pokku masa aku dok di Malaysia semasa chat yahoo dengan dia.
.
Bila aku sampai saja di kem dari cuti, aku terus kebilik Pokku sebab kunci bilik aku tinggalkan pada dia. Bila BoBo dan Roma nengok aje aku terus lari sebab takut dan tak kenal. Hhmmmm....... Mungkin sebab dah lama aku tinggalkan mereka dan terlalu attached dengan Pokku. Aku biarkan mereka tinggal terus dengan Pokku dulu sebab pada masa tu aku masih tak berapa sihat sebab demam selsema dan keletihan. Aku rasa kesian pula untuk psakan mereka dari Pokku.
.
Finally last Sunday aku pun ambil mereka berdua tinggal dengan aku semula. Pastinya mereka perlu di kurung dahulu untuk biasakan balik dengan bilik aku. Selang beberapa jam bilik aku dah jadi tunggang langgang. Semua barang aku berterabur berselerak di sana sini dek sifat nakal mereka berdua. Itulah sebab orang kata 'Curiousity kills the cat'. Habis buku buku aku yang terletak di atas meja di tariknya. Kabel kabel yang bergantungan di tariknya. So aku terpaksa kemas balik bilik aku from time to time. Walau pun penat aku enjoy sebab ada juga teman untuk bersembang dan berleter.
.
Romario dan Bobo mempunyai dua watak yang berbeza. Bobo ni intovert skit and Romario ni extrovert sikit. Rasanya BoBo ni adalah abang. Tapi mata BoBo ni lain sikit. Warna matanya hanya boleh didapati di sini sahaja iaitu biru kehijauan. Kalau aku nak bandingkan mata dia kalau sesiapa tak boleh bayangkan adalah seakan akan mata galak Aishwarya Rai. Mata Romario pula hazel dan kehijauan dan bukan warna copper seperti kebiasaan. Kalau aku nak bandingkan kalau sesiapa kurang arif adalah seperti warna mata Sushmita Sen. Begıtulah ibaratnye.
.
Tapi satu hari nanti pastinya mereka akan tinggalkan aku apabila mereka dah 'heat'. Pastinya mereka akan refuse untuk tinggal di bilik lagi. Samalah macam Kaka. Tapi sudah beberapa hari aku tak lihat Kaka. Samaada dia sedang asyik bercinta dengan kucing kucing betina di kem sebelah atau samobdy tak berhati perut tangkap dan buangkan dia jauh dari kem aku. Aku harap kejadian ini tak akan berulang pada BoBo dan Romario.

Wednesday, June 11, 2008

I Saw A Wild Rabbit Today
Hari ni celik aje mata jam ditangan dah pukul 6.20 pagi. Alamak aku dah miss subuh. Selalunya 5.30 pagi aku dah bangun. Ini mesti penangan Euro 2008. Apa tah lagi waktu sekarang air asyik tak ada dan kena catu. Memang tension tambahan pula sekarang hari semakin panas. Air cuma ada waktu pagi dari 6.30 ke 7.30 pagi dan malam dari pukul 9.00 ke 9.30 pagi. Jadi pandai pandai lah control diri takut tak ada air nak mandi wajip pulak. Tapi kalau dah terpaksa kenalah amik tayammum pada pasir yang luas di dalam kem. Kalau susah susah sangat guling aje kat pasir tu.....hehehehe.
.
Lepas mandi dan sembahyang aku pun kemaskan bilik dan rutin biasa ambil pasir untuk tandas Romario dan Bobo. Dengan berkain pelikat dan terlupa untuk memakai spec aku keluar bilik sambil membawa besen macam lenggang mak limah. Tetiba aku ternampak ada benda berlari kepagar dengan pantas. Aku kurang pasti apakah benda itu sebab pandangan aku agak kabur. Aku cuba fokuskan mata aku dengan betul. Rupanya itu adalah arnab liar. Wow......... first time lihat arnab liar dengan original.
.
Masa aku breakfast aku cerita dengan chef dan dia pun beritahu semalam mereka tangkap arnab dan dia yang tolong sembelihkan. So perlukah aku jadikan activiti baru untuk memburu arnab???......... hahaha....

Thursday, June 05, 2008

Melepas Kerinduan
Mana cuti baru aku dah ada niat untuk ambil gambar keluarga aku bebanyak untuk aku lekatkan di dalam bilik. Bukan apa...cuma untuk menatap wajah wajah comel mereka di kala kerinduan. Yelah....kadang kadang kita ada up and down dan pada masa ıtulah terkenang orang orang yang tersayang. So two days before aku balık kesini dengan keadaan aku yang demam dan tak sihat aku paksa semua anak anak aku untuk bersıap dengan secantiknya untuk aku ambil gambar. Kasi juga warning supaya beri kerjasama sebaik mungkin. Yelah kadang bila satu ni dah siap yang satu lagi mandi pun belom. Jadi kalau tak nak Ba mengamuk tolong jaga dısıplin. Mujur lah anak anak aku tahu sangat dengan arahan aku yang alal alal general.
.
Sampai sahaja aku di bilik aku yang comel, di site terus aku tampalkan satu persatu untuk tatapan aku mana memblog dan sebagainya.

Wednesday, June 04, 2008

Mandi Manda di Ulu Yam

Kesian bila aku lihat anak anak aku ni. Semua tanya bila Ba nak jalan jalan. Cuti agak lama tapi aku masih tak mampu untuk membawa mereka makan angin. Semuanya gara gara serangan edes yang menjadi jadi terhadap seluruh keluarga aku. Sampai sekarang anak aku Shamim masih lagi under monitoring. Esok wife aku akan bawa ia ke hospital Kuala Kubu untuk ambil darah dan kalau darah masih menurun pastinya di tahan di wad. Bila aku dengar berita ini dari wife aku, hati terasa sayu. Siapalah yang tak sayang anak and tambahan pula hidup di rantauan dan jauh dari keluarga. I need to be strong. Bila dengar berita kenaikan minyak terlampau rasanya macam malas balik ke Malaysia.
Macam biasa anak anak aku yang dah besar malas nak ikut. Cuma yang masih bersekolah rendah dan kecil. Yang besar dah malu dan tak enjoy untuk picnic atau mandi manda begini. Tak apalah at least aku dapat bawa mereka yang lain mandi. Kalau nak harap wife aku memang tak terbuat. Dengan anak kecil dan waktu yang terhad memang tak sempat. Sampai saja di sini aku lihat anak anak aku cerıa mengejar sungai. Apa lagi terus minta izin untuk mandi. Bila melihat mereka gembira aku pun turut gembira. Walau pun waktu cuti sekolah, tak lah ramai sangat orang di sşni. makan mudahlah untuk cari tempat yang baik baik. Aku biarkan mereka mandi selama mereka suka.

Sebenarnya memang hajat untuk bercuti jauh dari KL tapi apakan daya Allah tak izin. Mungkin pada cuti yang akan datang. Oleh kerana aku terpaksa anjakkan cuti aku untuk setel kan suasana dengi ni, maka raya nanti barulah aku balik bercuti. Aku harap bukan aku sahaja strong untuk menghadapi tetapi keluarga aku juga stronger dari aku.

Kembali Menghitung Hari
Aku dah dua hari di Kiyanly. Tapi hari ini aku tak ke ofis sebab aku masih rasa tak sihat. Ialah demam sejak dari Malaysia lagi. Anak anak aku pun ramai yang demam lepas satu satu seperti yang aku coretkan pada blog yang lalu. Sekarang cuaca berbeza maka semakin sukar untuk demam aku pulih sebab aku memang sensitif dengan perubahan iklim. Lainlah kalau aku jadi macam ular ke, kura kura ke atau reptilia lain yang mudah adjust suhu badan dengan alam sekitar. Bangun pagi tadi aku rasa kepala au macam di space saja. Sesekali hidung aku rasa ketat dan susah nak bernafas. Hhhmmm.....aku rasa lebih baik aku rehat seluruh hari today moga moga besok pagi au dapat bangun dengan lebih segar. Mungkin demam rindu.......
Aku talipon wife aku seperti bıasa hari ini. Wife aku beritahu Ubai sudah sihat dan darah sudah bounce balik kepada normal. Lega rasa aku. Harap harap serangan denggi keatas keluarga aku akan tamat. Rupa rupanya anak au Shamim sudah mendapat demam denggi pula. Aku jadi bingung sebab seperti tiada kesudahan. Wife aku beritahu lagi dah e hospital Kuala Kubu untuk ambil darah yg keputusan positive pada denggi dan Dr beritahu untuk kembali semula pada 6hb. Harapan dan doa aku agar inilah serangan yang terakhir bagi keluarga aku. Aku doakan moga Ikhlas , Syahadah dan Yusuff sihat sesihatnya walaupun Yusuff masih lagi mengalami selsema.