Tuesday, April 24, 2007

Lawan Kawat Kaki
.
Hari ini anak aku yang nombor 4 Muhammad Nur Hadi akan mewakili sekolah dia lawan kawat kaki daerah Ulu Selangor. Aku rasa bersalah sebab tak dapat ikut serta ke pertandingan tersebut. Rasanya cuti aku dah semakin berkurang. Last week dia ada tanya aku, nak ikut serta tak. Aku pandang dia dan senyum dan dengan selamba aku kata tak. Dia tak terkata apa. Aku rasa dia memang ingin aku melihat dia berkawat. Mesti dia bandingkan masa Ubai lawan bola yg aku turut serta. Aku harap dia tak berkecil hati.
.
Last Sunday aku bawa di ke barber shop untuk crew cut. Dia kata ustaz suruh potong pendek sebab nak masuk kawat. Aku cuba cari rasional nya tapi tak jumpa. Masa aku ke barber shop tu aku nampak dua tiga budak dgn crew cut. Pasti budak budak tu kawan Hadi sebab nak masuk kawat. Wajah Hadi selepas rambut di gunting agak kelakar. Kami semua panggil dia Yin sebab kepala dah hampir botak. Ha..ha.ha......
.
Aku macam tak percaya pada mulanya apabila di beritahu dia mewakili sekolah untuk kawat kaki. Mana nak percaya dengan tubuhnya yang kecil dan sifat dia yang agak fragile. Aku cuma tersenyum sahaja. Aku suruh dia berkawan depan aku. Dengan sungguh dia mengangkat kaki toleh ke kanan. Bagus...aku cakap. Hadi akan berusia 11 tahun pada November nanti. Masa wife aku lahirkan dia, saiz badan nya amatlah kecil. Mungkin di paksa keluar awal.
.
Hari ini pagi pagi dia dah bangun. Aku dah siap untuk ke ofis. Dia ambil kan pakaian seragam dan wife aku yang pakaikan dia. Nampak pakaian agak besar kalau di bandingkan dengan saiz badannya. maklumlah pakaian tersebut free saiz. Aku tetap memuji segaknya dia hari ini. Cuma aku silap sebab tak sempat untuk mengambil gambar dia yg berunifom. Tak apa balik nanti aku suruh dia pakai semula. Aku terus terlupa untuk beri sedikit wang pada dia harap harap wife aku dah beri wang untuk dia belanja.
.
For sure balik rumah nanti aku akan dapat keputusan kawat tersebut dan dia akan terus bercerita tentang pertandingan itu. Cuma yang pasti aku terasa ralat sebab gagal untuk mengikut serta...
Kisah Pilihanraya Kecil - Ijok
Sebenarnya aku bukan nya minat berpolitik, tapi aku suka mengikuti politik semasa terutama negara Malaysia yang aku cintai. Aku tak sokong mana-mana parti, tapi aku akan sokong orang yang jujur membela nasib rakyat. Aku tak suka pada orang yang bercakap tak serupa bikin. Tapi dalam negara yang aku cintai ini ramai sangat orang yang cakap tak serupa bikin, macam ketam ajar anak dia berjalan sendiri.
.
Rata-rata aku lihat barang siapa yang membabitkan diri dengan politik mesti ada habuannya. Dari contract sampailah agihan rumah orang miskin. Ini membuat aku jelak dengan orang yang seperti musang berbulu ayam. Satu ketika aku di rumah kakak member aku. Kakaknya telah beritahu aku bahawa ada seorang Datuk telah menawarkan sebuah rumah kos rendah dengan nilai RM40 ribu ringgit sahaja. Aku pon terkejut dan bertanya mana adil sebab awak orang yang terlebih mampu, sebab rumah murah hanya untuk orang berpendapatan rendah. Lalu kakak itu menjawap sekiranya dia tak ambil tawaran ini maka rumah itu akan di miliki oleh orang kaya yang lain. Aku terus diam dan terus menyoal di manakah keadilan yang di laungkan. Nampaknya orang kaya akan bertambah kaya dan orang miskin terus mengemis tanpa henti. Aku jadi begitu mual dan tertanya tanya mengapa boleh terjadi begini?
.
Pernah aku di soal oleh member aku mana parti politik yang aku nak masuk sekira aku berpeluang. Terus aku menjawap baik aku jadi ..dot.dot..dot. Dia pon hairan dan terus bertanya, kenapa? Aku kata politik di negara tercinta aku adalah untuk mengisi tembolok dan macam mana nak jadi kaya. Sebab manusia sekarang bukan seperti Saidina Abu Bakar lagi atau para sahabat yg hidup mereka sebagai pemerintah adalah untuk menjadi hamba pada rakyat. Di mana kita nak cari orang yang mempunya sifat sedemikian rupa? Jadi aku akan mendapat banyak faedah saham, projek, dan sebagainya.
.
Di negara tercinta aku ini pemimpin kekal memerintah walau terlibat dengan skandal dan masalah lain. Tak seperti yang berlaku di negara barat atau di India dan Thailand. Pemimpin rasuah atau berskandal dengan rela hati akan turun dari takta secara sukarela atau di paksa oleh rakyat. Aku menjadi malu apabila melihat apa yang terjadi di negara yang tercinta ini. Walau melakukan kesilapan tetapi mudah di putarbelit dan di lupakan. Sebab rakyat telah di momok dengan berita berita palsu dan kaku. Bila aku fikirkan kembali, adakah rakyat di negara tercinta ini terlalu bebal dan bodoh untuk memahami dan mengkritik pemimpin yang tidak jujur. Jadilah mereka golongan golongan yang melampau hidup atas dasar kaki kelentong. Aku rasa hati ini sungguh terluka dan kesal.
.
Dulu siapa pon tak kenal Ijok. Kematian ADUN baru baru ini seperti Ijok menjadi sebuah negara kecil. Semua orang kenal Ijok dan segala bentuk aktiviti di adakan di sana. Masa inilah baru dapat di lihat muka muka DatuK, Tan Sri, Datuk Sri entah apa yang seri lagi menjadikan Ijok begitu berseri seri. Janji janji di taburkan. Jalan jalan di turap. Penyanyi di bawa untuk menghibur penduduk ijok yang kesedihan sebab kehilangan ADUN. Pendek kata mahu apa pun pada ketika ini semua boleh dapat. Ketika ini barulah mereka mengambil berat tentang kampung yang kusam ini. Tapi itu hanya seketika sahaja dan selepas berpesta ria jadilah Ijok seperti pekan kowboy kembali. Rintihlah semahunya. Adulah dengan tangisan. Buatlah tuntutan dan sebagainya nescaya semuanya tak akan di hiraukan lagi.
.
Tadi member aku telefon bertanya tentang application ubahsuai rumah pada majlis bandaran. Dengan sinis aku jawap, kau pergi sahaja ke Ijok sekarang dan terus berjumpa dengan OK thing tuh nescaya akan dapat kelulusan dengan segera. Kami berdua terus ketawa.
.
Bagaikan drama swasta yang dapat aku rumuskan. Benarlah dunia ini tempat manusia bersendiwara atau berlakon. Tapi reality kehidupan sebenar tidak sekata. Aku cuma berharap supaya masyarakat Ijok akan membuat keputusan yang bijak untuk menentukan hala tuju mereka sendiri. Kita perlukan perubahan yang mantap yang dapat memelihara rakyat dari manusia manusia yang rakus dan gelojoh dengan keenakan dunia tanpa menghiraukan nasib anak bangsa.
Nak Makan?.........Pandai-Pandailah Nak Hidup
Eeeemmmmmmmm.......macam mana aku nak mulakan cerita nih??? Ok....macam ni cerita dia..Aku memang jaga sangat soal makan apabila bab halal haram di ragui. Bukan apa takut amalan yang banyak tu tinggal kosong sebab tak jaga makan. Orang kata kalau makan tak di jaga dengan baik maka doa tak di makbul dan gelap hati. So memang aku jaga makan sangat sangat. Tapi aku taklah kempunan nak makan sangat. Bagi aku kalau ada makan dan kalau tak ada carilah makan apa yang patut.
.
Sebelum aku tiba di Turkmenistan memang dah dengar masalah makan. Bukan makanan tidak ada tapi di ragui status halal dan haramnya. Al kisah pernah terjadi di sini di sekitar tahun 40an berlaku gempa bumi yang amat dasyat dan menyebabkan ramai penduduk terkorban, terputus bekalan makanan dan minuman bersih. Kebetulan pada masa itu negara ini adalah di bawah pemerintahan Komunis Rusia. Akibat dari tragedi ini seramai lebih kurang 120 ribu orang telah meninggal dunia. Akibat kerana lapar pihak komunis telah bekalkan mereka dengan makanan tidak halal untuk hidup dan telah menjadi resam kehidupan mereka kini
.
So kalau nak makan terpaksalah masak sendiri terutamanya melibatkan daging. Pernah aku di pasar melihat orang orang islam dengan biasa sahaja menjual kinzir bersebelahan dengan penjual daging lembu. Jadi macam mana nak di percayai dan di yakini. Itu belum lagi kita berbicara dengan amalan amalan yang lain. Samaada mereka ini sudah terputus hubungan dengan orang islam di luar sana atau jahil aku pun kurang pasti. Tapi yang pasti kita kena banyak usaha keatas mereka ini dengan cara yang terbaik.
Ini adalah kedai gerai menjual daging. Aku pun kurang pasti bagaimana dengan penyembelihannya sebab begitu was was dengan amalan mereka. Tapi apa bezanya dengan di negara kita sekiranya ayam atau daging yang di jual berlambak lambak di pasar dan supermarket di sembelih oleh orang islam yang tidak mennunaikan solat? Selalu aku bertanya pada diri sendiri tentang masalah ini. Bagaimana pula dengan pihak yg mendapati ada syarikat yg menjalankan sembelihan yg meragukan tetapi masih melindungi syarikat tersebut. Memang kita terasa teruji dan keliru dengan situasi sebegini di negara kita sendiri.
Inilah biri biri yang menunggu untuk di korbankan. Tiap tiap dua minggu kami akan sembelih dua ekor biri biri untuk bekalan seterusnya. Harganya taklah mahal, lebih kurang USD40 sahaja seekor, bergantung pada saiz. Kita selalu oder dari orang tempatan termasuk upah melapah sebab mereka lebih arif.
Tu dia.......Fuad, Aziz and Wan Jalal dok pegang biri biri dan Hamdan dah bersedia untuk sembelih. Aku bab sembelih mintak maaf ajelah. Kalau nak sembelih ayam atau burung merpati kira oklah. Ayam di sini susah nak dapat dan kena beli dari orang kampung. Nampaknya naik lagilah kolesterol dalam badan nih.

Itu Sirek and saudara dia. mereka adalah orang Kazark. Wajah mereka mirip wajah orang Mongolia. Kalau orang Malaysia kata wajah wajah Altantuya Sharibuu, iaitu seorang mangsa pembunuh kejam di Malaysia. Aku memang berminat sangat untuk mengikuti kes ini sehingga tamat. Suspen ni kes ni.........jangan tuduh tuduh ok..


Pakat ramai ramailah siang daging tu. Aku malas nak siang sebab pisau tumpul sangat. Tapi akulah jadi tukang masak. Siap masak kari india istimewa lagi. Malek pula siap buat capati pagi tu.

Ni Tengku. Kita panggil dia Pokku. Kalau bab masak dia minta maaf aje. Tapi bab makan memang dia suka beno. Apa lagi aku buli dia untuk basuh pinggan dan daging. Sejuk tu air tu sebab heater air tak ada kat rumah Hamdan nih. Kecut jari jari..
Selalu bila dah sudah makan macam nilah keadaan mereka. Orang kata macam ulaq sawa. Ni masakan, aku masak kari ikan 'beluga' di rumah Tengku and Solehan.

Inilah wajah ikan 'Beluga'. Aku beli dua kilo. Sekilo harga lebih kurang RM15. Isi dia sedap juga. Tapi kalau lihat wajah nya tak ubah macam monster dengan duri duri di sekeliling badan. Kaviar tu datang dari ikan inilah.




Monday, April 23, 2007


If When I Grow Old
.
Dear Son, Dear Daughter,
.
The day that you will find that i became very old, try to have some patience to me and try to understand me

if I get dirty by eating....If I have some difficulty dressing....be patient!

Remember the hours that I spent to learn you and sorts of things when you were small.

If I repeat the thing dozens of time, does not interrupt me! Listen to me!

When you were small, you keep asking me to read you the same history, evening after evening, untill you fall asleep. And I made it!

If I do not wash myself anymore so after under a shower, do not reprimand and do not tell me that it is a shame.

Remember how many excuses I had to invent to make you take a bath when you were small.

By seing my ignorance towards the new technologies, do not laugh of me but leave me rather the time to understand.

I taught you so many things indeed to eat well....to dress well....to behave well....and how to confront the problems of the life....

If I sometimes miss memory or not able to follow a conversation, leave me the necessary time to recollect and if I do not reach there, do not become a nervous and arrogant person because the most important for me,.....it is to be with you and be able to speak to you.

If I refuse to eat, do not force myself!

I know very well when I am hungry and when I am starving.

When my poor legs will not allow anymore to move as before......help me in the same way as I held your hands to teach you make your first step.

And when one day, I shall say to you I do not want to live anymore...that I want to die, do not get angry....because one day, you will also understand!

Try to understand that at certain age, we do not live anymore....we simply survive.

One day, you will understand that inspite of all my errors, I always wanted what best for you and that I prepared you the ground for when you have grown up

You do not have to feel sad, unfortunate or incompetent in front of my old age and of my state. You have to stay near me, try to understand what I live, to make you best as I did at your birth.

Help me to walk, help me to end my life with love and patience. The only way that i need to thank you for it, it is a smile and lot of love from you.


I love you...my son, my daughter!

.
Your Dad, your Mum.
.


I was touched when I read this message . It was written by somebody and my friend emailed it to me. Yes, life is a circle....circle of life.....We just simply cannot judge or predict our future but .....better still expect for the worst.....life has to go on anyway..

Tuesday, April 17, 2007

Lets We Pray Together

I never heard about this country before when I was a kid. I only know the Soviet Union, the Communist country and one of the super power of the world apart from United States. I still remember the down fall of the Communist block in 1989, during that time I was in Medan, Sumatra, Indonesia. Heehehehehehe...that was the sweetest memory that I ever had when i and 3 of my friends were dumped in detention room, accused abuse of VISA. It was a long story that will never forget. I hope.........
.
When you are travelling and visiting your fellow muslim brothers and sisters than you will realise the real condition and situation of their faith. Let we not to blame anybody but just ponder ourselves whether we have carried out the duty of muslims i.e. Dakwah Ilallah. Sometimes we fail to interprete the meaning because we just felt that by helping and assist them is adequate. Sometimes we feel that by doing good amal and good to people we already secure to have a place in heaven. What is Islam or Addeen if we dont fulfill it through sacrifies in term of weath, time and ourselves.
.
My time in Turkmenistan make me realise that people change with environment either politically or geographically. And it is not easy to protect the iman if the environment is not condusive and it is a great challenge. Base on the pictures below let me narrate something for you to share.

This is a mosque that I performed my friday prayer in Ashgabat, the capital of Turkmenistan. It is not easy to enter this country unless you apply the LOI and you will get a visa valid for 3 month but they only allow you to stay for a month. If not you will be deported immediately. There are about 5 big mosques here but small masjid Im not very sure. I havent surveyed yet but I think there are none. There is a beautiful mosque almost duplicated from the blue mosque built by turkish. I try to get a photo next time.


This is a close zoom of the dome. Not many youth from local coming for prayer but the old folks and the small kids.
This is a local kid that I took after completed my friday prayer in Turkmenbashi. The distance from Ashgabat to Turkmenbashi is about one hour flight and cost you for usd6 only but for local only for usd1. It is about 40km drive to my project base.
This is Imam Agzam Abu Hanife Masjid. I was told that previously for friday prayer hardly to get 1 saf but now there local people coming to the mosque are increasing. I think the numbers will increase since there are many more malaysians will come and will create better religous environment for the locals.

This is a view after the friday prayer. Similarly there are not many middle aged group except the old folks and the young generations.

These are local kids that i managed to gather and ask for photos. They like it very much and it was fun. But some of them came from different ethnic groups such as Kazakh, Turks, Azeri and many more.

That is Zainudding with the local kids. I forced him to have a picture with them, knowingly that you have to be extra careful when involve with local people.
.
I also confuse how to approach and preaching them of what is the benefit for being a muslim. The hardest part is how to change their way of life since they were being oppressed by the Soviet during communist era, but i will try my best with what ever I can and hopefully Allah will assist me to guide them to the right path.......amin.












Friday, April 13, 2007

Football Team Under 15 Sekolah Menengah Bandar Sungai Buaya
.

Name:
Nick:
Position:
Other Information:

Name:
Nick:
Position:
Other Information:
Name:
Nick:
Position:
Other Information:


Name:
Nick:
Position:
Other Information:
Name:
Nick:
Position:
Other Information:
Name:
Nick:
Position:
Other Information:
Name:
Nick:
Position:
Other Information:
Name:
Nick:
Position:
Other Information:
Name:
Nick:
Position:
Other Information:
Name:
Nick:
Position:
Other Information:
Name:
Nick:
Position:
Other Information:
Name:
Nick:
Position:
Other Information:
Name:
Nick:
Position:
Other Information
Name:
Nick:
Position:
Other Information:
Name:
Nick:
Position:
Other Information:
Name:
Nick:
Position:
Other Information:
Name:
Nick:
Position:
Other Information:














Thursday, April 12, 2007

Muffin Day - Date and orange muffin

.
Dua minggu lepas pada waktu pagi aku ajak wife aku buat muffin. Dulu kalau aku masak aku suka dok sorang sorang kat dapur. Tapi sekarang kalau masak aku nak wife aku teman kat dapur. Bukan apa, cuma nak dia tolong sediakan barang untuk aku sementara aku nak mixkan semua bahan bahan. Al maklumlah sekali sekala aku masak dan masuk dapur.
.
Now, the kitchen is not belong to me anymore. She controls the kitchen and better for her to find the thing that I want. And she knows better where are those utensils and ingredients. But when I was outstation I will do all the cooking at site . memang dah jarang masak kat rumah tapi sekali sekala nak masak I akan suruh dia rehat tapi nak dia teman kat kitchen ...hehehehe.
.
So after browsing my recipe book from Australian Women Weekly aku pon decided to cook date and orange muffin. Kat rumah sekarang semua alat untuk buat cake dan sebagainya dah ada. Last year aku suruh kakak aku beli grill, chef mixer and chef food processor kat UK. Harga nya taklah mahal kalau di bandingkan dengan di sini walau pun exchange rate dah tinggi. Lagi satu kadang barang tu susah nak cari di sini.
.
Masak muffin ni senang aje sebab mix semua lepas tu putar. Dalam masa 10 minit dah siap untuk di bakar. About 45 minit dah pon siap untuk di makan. Anak anak aku memang lah teruja untuk makan. Terutamanya Nurikhlas and Syahadah. Tapi depa dua ni suka makan kat atas saja sebab dia rangup. Jadi nampak gaya bulan ni bulan muffin and cake lah untuk family aku.
.
Tu dia gambar muffin kita orang yg sebelum dan selepas siap. Apa macam menarik tak.....kalau nak resepi boleh no hal.....hehehe

Tuesday, April 10, 2007



The Pursuit of Happyness

Last Sunday while i was driving to the mosque with my sons for isyak prayer, i asked them, 'Shall we enjoy a movie?'. Ubai said its ok but Safwan just kept quiet. I know Safwan was not in a good mood today and he never enjoy watching DVD very much. He would prefer to follow his instinct rather than obeying or following somebody's instruction. He is little bit naughty. Then I said to Ubai,'Ok. How about we watch The Pursuit of Happyness'. Ubai agreed but Safwan just kept quiet. So i told Ubai to change the cable and by 9.30 we should be watching it.




The story is about ........Chris Gardner is a bright and talented, but marginally employed salesman. Struggling to make ends meet, Gardner finds himself and his five-year-old son evicted from their San Francisco apartment with nowhere to go. When Gardner lands an internship at a prestigious stock brokerage firm, he and his son endure many hardships, including living in shelters, in pursuit of his dream of a better life for the..( I copied the synopsis)
.
I did not want to comment about the movie or acting of the actors but i like the spirit shown by Mr Gardner to strive for success and the moral of the story. I almost broke down to tears in certain sceenes and life can be cruel and need to be protected at all time. I like the way Mr Gardner explained to his son the difference of 'Possibly and Probably'.
.
Sometimes, I discuss about life with my children. Life is not merely money but some factions of love, honesty, tolerance, family and mankind. If we are to ask hundred people what is the meaning of life, for sure we will receive hundred different answers. But for me life is a matter of hard working and sacrifies to gain success. Hard working close related to success and sacrifies close related to sweetness. But what is life if the happiness and tranquality do not exist. Empty!!!