Sunday, November 28, 2010

Troy




Alhamdulillah, akhirnya niat di hati nak ke Troy di makbul juga. AKu pun sebenarnya tak berapa tahu sejarah Troy sebelum aku datang melawat. Cerita Troy yang di lakonkan oleh Brad Pit pun aku tak nengok lagi. At least klau dah nengok movie tu tahu lah skit pasal sejarah dia. Sebelum aku bertolak dari hotel,and sedang menunggu bas, aku tanya receptionist tu best ke Troy ni? Dis kata tempt tu best and dia brief aku sedikit sejarah pasal tempat tu. Lastly aku tanya,'Dah ke sana ke?' Rupanya dia orang local pun tak pernah ke sana. Memang kelakar. Sama lah dengan aku. Dah tinggal KL dah 20 tahun muzium pun tak pernah pegi. Yang aku ingat melawat muzium masa aku darjah 4, aruah ayah aku bawa kami sekeluarga ke Kuala Lumpur. Masa tu tahun 1975. Lama kan... Anyway mujurlah ada minah Fillipina yang cun tu tolong ambil gambar aku. Troy ni bukan yang original punya. Troy ni di bina oleh seorang local architect pada tahun 70an based on the historical info and imaginasi dia yang tersendiri. Tak ori pun tak kisah la....janji dah datang.
Hari Raya Haji


Rasa nak ketawa pun ada juga. Mulanya nak celebrate kat Istanbul. Dah berangan nak sembahyang raya di Blue Mosque. Rasa dah malas nak beraya di sini lagi and dah nak lupa kisah raya di sini sejak dua tahun lalu. Rupanya Turki celebrate raya Haji pada 16th Nov. Pas tu cuti sampai 4 hari. Di sini pulak raya pada 17th November. Jadi conclusion nye melepas hari raya tahun ni. Aku raya neither here nor there....Hhehehehe. Barulah jadi Lebai Malang...

Saturday, November 27, 2010

Street Vendor
.
Kalau korang darang ke sini, korang akan nampak banyak street vendor. Mereka menjual dengan tenang tanpa berasa perasaan takut dari majlis bandaran untuk menyita barangan mereka. Mungkin mereka sudah di beri lesen untuk menjual. Apa yang menarik perhatiaan aku adalah kereta sorong mereka adalah sama and menarik. Ada yang jual chestnut, jagung, berbagai2 pastri and bread. Bukan itu sahaja, ada juga mereka yang menjual baju, beg, topi dan berbagai bagai lagi di kaki kaki lime, di celah celah bangunan dan di merata tempat yang sesuai untuk mereka melakukan aktiviti begini. Malah mereka mereka ini kadang kadang menjadi tumpuan pembeli samaada pelancung atau orang tempatan. Secara tak langsung dapat membantu peniaga peniaga kecil untuk mencari rezeki. Sebenarnya ini adalah sebahagian dari budaya mereka and well blended dalam industri perlancungan. Aku rasa kita memang tak kreatif untuk majukan industri perlancungan. Bila aku banyak mengembara aku jumpa banyak benda benda yang inivative tapi aku rasa industri perlancungan kita memang stagnant. Kita perlu pak menteri yang lebih kreatif and muda dan berwawasan untuk memangkinkan industri perlancungan di Malaysia. Yang dah macam ayam pencen tak productive dok umah aje jaga cucu. Hehehehehe....adalah nanti nak kena di ISA kan..

Aku suka nengok bunga bunga yang berbagai warna and jenis. Bisnes cam ni pun dapat menyara keluarga.

Aku tak tahu apa nama roti ni. Tapi ia bersalut dengan bijan dan berbentuk gelang. Pernah makan sekali. Rasa macam roti tawar sahaja. Untuk sesiapa yang sibuk dan nak cepat elok makan roti ni.

Sebenarnya aku teringin nak beli gambar wanita yang berpurdah itu. Nampak pada bebola matanya yang jernih berkaca tu memang syahdu. Sebab susah nak bawa takut terkerepot gambar tı aku terus batalkan niat. Mungkin aku semula ke tempat ini dan beli satu. Entahlah aku terpesona dengan gambar tersebut.

Harga setongkol jagung ni cuma 1 Lira sahaje. Tapi ni jagung pulut dan tak seperti jagung kita. Di sini kebanyakkan makanan tawar sebab kalau nak masin adjust sendiri. Eloklah bagi orang yang ada health conscious. Jagung rebus ada, jagung bakar pun ada. Aku makan simple aje...aku eli half roasted chicken and beli setongkol jagung, bawa makan kat hotel. Oklah tu....leh kolesterol and sihat pun badan.

Friday, November 26, 2010

Nak Beli Leather Jacket??


Seperkara lagi yang boleh memabukkan kalian ketika bershopping di Isanbul adalah koleksi koleksi leather jaket. Berbagai bagai fesyen yang menarik. Harga kena pandai tawar and lebh kurang USD100 t0 USD150. Itu bergantung kepada jenis kulit dan design. Aku kalau ke sini mesti gatal tangan nak beli. Kadang memang aku terpaksa pijak nafsu ranap ranap semoga cabaran nak shopping akan terus terbantut. Macam aku katakan pada tulisan yang lepas, nak tawar menawar memang menyakitkan dan memerah tenaga. Aku kalau nak pujuk depa kasi harga murah aku terus sapu pipi penjual tu dan dia terus cair. Finally dapat juga harga yang aku minta. Tapi kalau depa tu berlakon saja aku tak tahulah. Tapi itulah reality sebenar shopping kat sini. Lainlah kalau shopping di the mall yang telah ada fix price.
Macam Nak Beli Je

Masa aku lalu di Spice Bazar ada kedai jual peralatan garden and benih pokok. Aku nengok bebawang pokok tulip, defodil and sebagainya banyak sekali. Terasa macam nak bel je bawa balik Mesia dan tanam. Resultnya tahu sajalah. Sama ada terus kojol atau tak keluar bunga langsung. Pokok pokok ni sesuai di tanam sekarang sebab bebawang atau bud tu nak hibernate buat seketika. Tulips and all those buds akan keluar berbunya selalunya selama sebulan bermula dari awal April sehingga awal May. Lepas tu dah tak ada lagi dah. So sesiapa teringin nak menatap bunga bunga ni eloklah ke Europe pada bulan bulan tersebut.
.
Eh apa dah jadi dekat rumah salji di Bukit Cahaya, Shah Alam. Aku pernah ke situ dah lama dulu masa tu anak aku Kizz baru umur 4 tahun. Kira lebih 10 tahun yang lalu. Masa aku masuk tu ada banyak sangat bunga bunga ni....

Thursday, November 25, 2010

Jalan Jalan Cari Makan


Aku kalau travel, bila tiba bab makan memang aku simple. Tapi kalau bab nak masak memang aku complicated skit. Aku boleh makan apa saja asalkan halal. Kalau tak jumpa nasi seminggu pun aku tak loghat sangat macam setengah orang. Bagi aku janji perut kenyang and boleh telan dah kira cukup baik. Tapi kalau anda datang ke sini, Istanbul, makanan memang mahal kalau nak di bandingkan di Malaysia. Itu sebab kita convert. Tapi sebenarnya lebih kurang aje. Cuma satu aje perlu berhati hati. Nanti aku ceritakan pada bahagian akhir coretan aku ni.

Ini dia daging kebab. Ayam ada dan lembu pun ada. Ikut suka hati mana nak pilih. Aku memang suka makan kebab ni. Kalau makan dengan salad dan di hidang di dalam pinggan comfirm harga dia 10 Lira. Tapi kalau makan doner kebab atau dorum kebab cuma 2 hingga 3 Lira sahaja. Itu pun kalau take away. Tapi kalau makan di restoran sebab ambil masa tempat duduk harga boleh naik. Macam kami minum kopi secawan 5 Lira. Pada hal 2 atau 3 Lira sahaja. Harga mahal sebab mungkin kami lepak lama kat situ terus dia belasah aje.

Ini dia dorum kebab. Kami minum sekali dengan coke mahu kena bayar 7 Lira. Kalau nak convert adalah dalam RM16. 1 Lira sama dengan RM2.2. Itu pun dagingnya ala kadar sahaja di campur dengan potato chips and salad. Boleh lah kenyang selama 2 jam. Lepas tu lapar balik. Kalau aku mesti mau makan dua biji sebab lama kita nak meronda dan lepak.

Ini dia turkish baklava. Nampak memang sedap dengan kehijauan warna pistachio dan di gulung rapi dengan pastry yang rangup seperti bihun. Tapi manisnya hanya tuhan yang tahu. Memang tak sesuai untuk orang yang berpenyakit. Tapi kalau dah sedap apa nak buat kan. Pantang pun lari tunggang langgang.

Ini semacam berger. Ada yang di letak daging and ada yang cuma di letak salami sahaja. Harga dalam 2 Lira. Kalau nak makan nanti dia press dengan heater terus jadi leper and rangup untuk di makan. Memang banyak di sediakan pada waktu pagi untuk mereka mereka yang nak ke pejabat dan cepat. Aku pun beli juga nak rasa. Di sini barang makan kadang tak ada harga tag. Kalau nak makan eloklah tanya dahulu harga takut bila bil datang boleh terkejut rimau. Sekali tu aku makan nasi dengan stew ayam sebelah paha and coffee dah sampai 16.5 Lira. Makanan sini selain dari kebab aku rasa sama aje. Sebab base resepi adalah tomato. Kira macam stew lah. Kalau nak rasa yang spicy memang susah nak jumpa atau yang pedas. Mungkin ada tapi aku yang tak angkat pot. Sekali tu member aku makan makanan yang sama tapi di tempat atau restoran yang lain harganya mencecah sampai 27 Lira. Harga makan kadang tak sama. Depa nampak foreigners ramai sangat kot sebab tu main aci belasah sesuka hati aje. Walau apa apa pun Istanbul memang unik and mempersonakan. Kalau nengok anak dara dia memang cun. Macam member aku kata la......'kalau tunjuk kat mak kompom nak buat menantu...walau untuk isteri ke dua...' Hehehehehehe.......

Wednesday, November 24, 2010


Siapakah Si Dia İtu???


Gambar tu adalah makwe baru aku dari Jepun. Aku berkenalan semasa dalam perjalanan ke Troy. Nama dia mayumi Itsuwa. Percaya ke??? Ni yang kelakar aku nak cerita skit. Masa aku decided nak ke Troy seorang diri sebab dua member aku tak nak ikut, aku dok fikir fikir macam mana aku nak bergambar. Tak kan nak ambil gambar sendiri kot. Kita pun nak kasi posing yang cun cun jugak kan. Mau tak mau aku kena suruh orang tolong ambil gambar aku. Kalau depa snap tak cantik pun sabar ajelah.
.
Masa aku naik feri, aku tercari cari sapa yang nak aku suruh ambil gambar aku. Masalah bahasa memang dah biasa. Akibatnya kita cakap lain depa understand lain. Inilah apa yang berlaku pada aku. Sebenarnya aku nak ambil scenery kat belakang tu sebab ada marina. Aku ternampk ada tiga minah Jepun ni and aku terus minta mereka tolong ambilkan gambar aku. Oleh kerana depa tak faham english aku pun bagi hand gestures aku sekali. Aku nampak mereka macam hairan semacam. Lepas tu Mayumi ni terus dok tepi aku untuk bergambar bersama sama. Aku pun hairan jugak apsal dia nak bergambar dengan aku. Tak apalah...jadi kami berdua pun posaing. Lepas aje selesai aku ucapkan terima kasih. Rupa rupanya understanding depa lain. Please follow this short conversation:

One of Mayumi's Friends asked me,' Do you like her?'

Aku answer,'Noo....no...no...' ( Rupanya maksud mereka dah lain)

Lepas tu mereka terperanjat lalu bertanya,'You dont like her?' Sebab mereka hairan apsal aku bergambar dgn Mayumi lepas tu aku jawap 'No'.

Aku pun ermalu sekejap dan terus menjawap,'That was not what I meant....anyway she is pretty.'

After that aku cuapkan terima kasih dan terus berlalu. Hhhmmm....inilah akibatnya kalau maksud lain dan di stilahkan lain....

Sebenarnya maksik tu bukan nama Mayumi Itsuwa. Saje aje aku letak sebab aku suka sangat dengar lagu lagu Mayumi İtsuwa.

Hadiah Untuk Anak Anak Teruna Aku


Bila datang ke Istanbul ni, perkara yang paling best adalah shopping until until you dropped, selain dari melawat tempat tempat dia yang ternyata menarik. kalau nak melawat tempat tempat di sini kena beri masa. Dan perkara yang paling best nak shopping adalah leather goods. Tapi kena tawar macam nak keluar anak tekak sebab barang kat sini tak ada price tag. kalau ada pun tah apa apa harga dia. Memang mengarut. So kena pandai and experience untuk tawar menawar.
.
Aku beli barang di atas untuk anak teruna aku. Nanti depa pilihlah mana satu yang mereka nak. Selain tu aku ada beli juga jeans levis yang ciplak. nak masuk gambar tak sempat tapi memang menarik and murah. Cuma RM40 sahaja. Dompet di atas cuma RM25 to 50 setiap satu and leather belt cuma RM50 setiap satu. Itu pun kena cari tempat yang murah. Kalau mahal pun berbaloi sebab susah nak cari kat Mesia. Satu pesanan...kalau nak shopping di sini beli lah barang yang murah dari Mesia atau barang yang unik dan tak ada di Mesia. Belanja tak boleh kemut sebab bukan senang nak datang oooo...

Monday, November 22, 2010

Lady Handbag - Which Model To Select
.
Kalau datang ke Istanbul, kalau tidak melawat Grand Bazar seolah olah tidak datang ke Istanbul. Grand Bazar kira kiranya synonym dengan Istanbul. Masa aku kesana, Grand Bazar tutup selama 4 hari. Hari Sabtu baru buka. Aku cuma ada setengah hari sahaja untuk meronda ronda di dalam sana. Kalau nak shopping bag mesti berjam jam nak kena belek dan pılıh. Kadang pening kepala nak pilih. Bagi aku semuanya menarik. Tapi bukan ori cuma di tiru sebijik semacam branded handbag. Lagi satu qualitynya memang bagus and real leather dan bukannya plastic atau PVC. Aku bila datang ke sini sudah 3 buah handbag aku beli untuk wife aku. Tapi kali ni nak beli juga satu. Tapi aku keliru sikit sebab yang mana satu nak pilih sebab wife aku kecil saja. Kalau beli bag beso nanti nampak macam dia usung baggage akademi fantasia pulak. Aku letakkan gambar yang aku ambil baru ni and korang cuma pilih yang mana yang paling cantik and sesuai untuk wife aku.












For those who is visiting my blog please tell me which bag is the best design and you would choose. Even if you feel dont like it or not interested please tell me. I hope that I can make the best choice for my wife. And my dearest wife can choose the one that you preferred.
Jackets For My Beloved Daughters


Sebenarnya ada cerita yang lain yang nak aku dahulukan. Oleh kerana anak anak dara aku tak sabo nak nengok jaket yang aku belikan untuk mereka, so aku dahulukan topic ini dulu. So depa tak kempunan nak mengadap fesyen jaket ni. Puas aku cari jaket yang sesuai dan padan untuk mereka last last dapat yang ini. Muat ke tak entahlah. Balik nanti korang cuba lah. Tapi pada pandangan aku dah ok kot. Jaket ni adalah 2 in 3. Sebab wife aku pun boleh pakai jugak sebab depa semua sama saiz. Tapi kalau wife aku pakai mesti nampak rock. Tapi tak adalah rock kapak pula.... Just ok kot. Gambar ni nampak tak cantik sangat, lagi pun keredut banyak sebab aku lipan and masuk dalam beg aku yang sempit. Rasanya hantar kat dry cleaning nanti oklah tu kan.... Cam ne Kizz and Mim....ok ke......????
How Did I Start My Excursion

First of all, I was so excited to have a long holiday. Never to be in the camp anymore and get rid of my pure boredom. I thought that my journey would be as smooth as Thai silk but I was totally wrong. I managed to get a ticket Asg - Istan appropriately and I would expect to receive flight tickets from Turkmenbashi to Asg to be similar. But I was mistaken by the fact that the returned tickets were not issued as what I wished. I felt so desperado. First of all, to fly in the morning instead of night was not acceptable because there are few things that I need to settle in the office. I got no other choices but to find a car to drive us to Ashgabat. That whole day (wednesday, 16th Nov) I was in disheveled just to find the right driver. I found one but suddenly he refused to go. Then I needed to get another driver. But the price was increase to 250 Manat instead of 200Manat. So mau tak mau terpaksa juga belasah. Aiyoooo....tension dah bermula. We started our journey at 8 pm and just lucky to arrive at Ashgabat airport by 4.30 am and our flight was at 6.30 am. Lega rasa. Rupanya bukan aku and the gang sahaja yang boring pergi bercuti tapi ada juga group lain yang pergi bercuti ke Rome and Athens sempena cuti Raya Haji selama 5 hari. After we took off semua masalah and tension rasa luruh ke bumi satu persatu...
.
Aku malas nak cerita panjang di sini sebab aku akan adakan satu ruang khas yang aku akan cerita pasal nak beli tiket di sini. Tunggu.... tension ada, kelakar pun ada......tai kelakar dalam tension la...hehehehehe....

Tuesday, November 16, 2010

Happy Birthday Sweet 17


Aku juga nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selmat hari jadi untuk anak aku Safwan, yang ke 17. Semoga Safwan dapat layari hidup ini dengan tabah dan ikhlas. Hadiah??...... nengoklah apa yang dapat Ba cari semasa di ıstanbul nanti. Apa apa pun jagalah kesihatan dengan baik and jangan berlapar semasa belajar. Ba doakan semoga Wan akan dapat tumpu perhatian dengan sebaiknya pada SPM yang akan menjelma minggu depan. Hadapilah kertas peperiksaan itu dengan tenang.
Istanbul And Selamat Hari Raya Kurban


Hari ini aku akan bertolak ke Istanbul, insyaallah. Orang kata pergi cuti cuti, enjoy enjoy, makan makan dan lepas tension. İngatkan aku dapat sembahyang raya di Blue Mosque. Malangnya mereka menyambut hari raya Haji today. Tak kisahlah. And I will be away until Sunday. Kira tak dapat update nampaknya blog aku ni. Untuk follower blog aku, tunggu ajalah dengan hidangan hidangan baru dari Istanbul. Banyak benda nak buat sebenarnya. Nanti aku akan listkan apa nak buat dlm iphone aku takut terlupa apa benda yang aku dah plan kat sana.
.
Satu lagi, aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban untuk korang semua and seluruh umat Islam. Last year sambut raya Haji di sini and sekarang tak sambut kat mana mana sebab di sini raya Haji pada esok hari. Apa apa pun penuhi lah hari raya itu dengan amalan amalan yang di redhai. OKlah...cau dulu sehingga berjumpa lagi.

Monday, November 15, 2010

Kenduri Laksa/ Lan Laksa
.
Hidup di sini kalau nak happy happy atu ceria kena kreatif and rajin. Kalau tidak hidup ini akan boring and tak keruan jadinya. Dan satu lagi kena ada aktiviti yang manafaat. Di sini ada ramai peminat laksa. Ada yang minat mengalahkan orang Utara. Aku pun minat juga laksa tapi kalau tak ada otak udang aku makan gitu gitu aje. Setiap kali kalau aku balik ke Mesia wife aku dah siapkan laksa di rumah. Satu lagi aku suka sangat kalau salad tu ada daun pudina.

Kalau korang nak tau sapa tu chef laksa kita orang, itulah dia Mazlan Sidek. Dia adalah pakar laksa. Asal dari Langkawi. Kalau ke Langkawi tanya saja anak cikgu Sidek mesti satu Langkawi kenai sebab depa adalah orang kaya di sana. Tapi kalau sekali imbas memang orang ingat Mat Bangla Keje kat MacD. Bahan bahan tu jangan tanyalah mana kami dapat. Kalau dah kempunan tu pandailah kita orang mencarinya. Supplier banyak. Oleh kerana nak cari ikan tamban atau ikan kembong atau ikan yang sealiran dengannya susah nak dapat, kami godak pakai sadin aje.

Ni Rizal salah satu peminat laksa. Dia bukan orang Utara, tapi orang Ganu. Depa ni kalau makan laksa memang macam makan nasi. Serera aku nengok depa makan. Seorang lagi kaki laksa tahap ekstrem gaban tak ada kat sini sebab dia balik bercuti. Kalau dia rembat laksa aku nengok pun terkejut. Tapi kalau aku ada dia macam malu malu kucing siam. Tapi sekarang dia dah tak segan sebab terlampau fanatik telah mengatasi segala galanya. Nanti bila dia balik semula ke sini aku akan kenalkan pada korang ok.....

Tu dia salad laksa. Ala kadar sahaja sebab nak cari ulam yang lain kena keluar bandar. Ada timun, bawang and cili pun kira oklah. Tapi kalau makan laksa yang kasi ummppp tu adalah bawang. Kalau x ada bawang rasa laksa macam cacat semacam.

Tu dia kuah laksa. Siap masak pakai rice cooker. Korang rasa terliur and berbau tak??? Mestikan..... Sebenarnya adegan memakan laksa ni boleh kata setiap minggu. Tapi kalau member fanatik kita tu kalau boleh hari hari dia mau. Lepas tu boleh take away lagi. Kadang tu siap simpan untuk breakfast. Aku???? Aku makan ala kadar aje sebab control makan.....ciwah....


Selalunya korum kita dalam 4 orang sahaja dan muka muka yang sama juga. Yelah....perkakas pun kecil. Kalau ramai orang di jemput parah jugalah. Jadi kalau ke bandar mesti kena beli stok sadin banyak banyak. Sebenarnya aku pun tak tahu laksa ni asalnya makanan masyarakat mana. Tapi aku dah pesan pada member aku tu bila balik ke sini jangan lupa beli otak udang. Aku rasa kalau next time masak mesti orang tercari cari siapakah yang sedang memasak laksa yang lazat tu.
.
Tapi mulai sekarang kalau tak dapat kerja bila balik dan kalau ke Langkawi jangan lupa mencari gerai Lan Laksa. memang famous...

Sunday, November 14, 2010

Happy Birthday Hadi


Tadi call wife aku. Dia ingatkan aku today adalah hari lahir anak aku Muhammad Nur Hadi. Ooooo..aku hampir hampir terlupa. OKlah sekrang Hadi dah genap 14 tahun. Cuba renung dan fikir apakah perkara perkara yang belum tercapai dan terlaksana. Seperti yang Ba selalu ingatkan, hidup ini tiada tempat untuk orang yang malas. Rugi kalau tak manafaat masa dengan se arifnya. Kita kena ingat selalu tanggungjawap kita kepada tuhan dan manusia. Anyway all best untuk Hadi and take care..
Cuti Sekolah Sudah Bermula


Minggu depan cuti sekolah akan bermula. Anak aku semua sudah ada di rumah tapi Safwan seorang sahaja masih di sekolah sebab nak periksa SPM. Raya haji pun dia tak balik. Selepas raya haji nanti terpaksalah wife aku bergegas ke Alor Gajah untuk sambut Hari Raya dengan Safwan. Kebetulan pada 16th November ni dia genap 17 tahun. Wife aku siap nak celebrate birthday dia sekali kat sana.
.
Bila tiba cuti sekolah yang panjang ni selalu kena ingatkan anak anak supaya buat kerja kerja yang manafaat. Kalau tidak mereka akan habiskan masa mengadap TV satu hari. TV tu boleh nengok tapi kena kurangkan. Aku selalu remind anak anak aku cuti sekolah ni adalah masa untuk membantu meringankan tugas Umi di rumah. Lepas subuh tak perlu tidur lagi. Cuba tolong Umi sidai pakaian dan kerja kerja di dapur. Masa ni lah sangat sesuai untuk belajar memasak. Tak kiralah yang lelaki atau perempuan. Satu lagi tugas adalah menolong parents lipat kain yang sentiasa menggunung. Anak anak pun kena belajar berhemah dalam berpakaian. Jangan asyik menyalin baju sesuka hati.
.
Satu lagi program untuk anak anak dara aku adalah nak mengajar mereka buat patchwork quilt. Mesin jahit aku rasa nak kena beli baru juga sebab yang lama dah tak ok. Harap harap anak anak aku bersemangat nak belajar. Lagi satu nak buat baju smocking Hana lagi. Jarum aku dah order dari Australia. Memang aku akan sentiasa sibuk dengan keluarga aku.

Saturday, November 13, 2010

Hidupkan Perasaan Sayang Anda


Cuba lihat gambar seorang wanita/ibu pada gambar diatas. Apakah perasaan anda? Terharu?? Sedih?? Apatah lagi kalau wanita/ibu tersebut adalah ibu kita sendiri. Mesti kita akan berasa terharu dan sedih. Sekiranya manusia ini mempunyai iman yang betul dan taqwa pada diri nescaya benda sebegini tak akan berlaku. Sebab semua manusia mempunyai perasan sayang, belas dan ehsan pada sesama sendiri.
.
Aku pernah melihat situasi begini sepanjang perjalanan atau kembara aku. Memang sedih, kaku dan terkelu seketika tapi apa yang saya boleh buat? Aku tak nak salahkan sesiapa yang bertanggung jawap tetapi inilah akibatnya biala manusia sudah hilang perasaan sayang dan taqwa dan kebesaran dunia sudah menebal di dalam jiwa.
.
Aku pun hairan apasal hari ni aku teremosi pulak.....
Jom Cari Kerja


Bila dah lama kerja kat obesea ni, and nak mula kerja di Malaysia balik memang malas bangat. Last trip masa balik cuti aku berpeluang memandu kereta ke KL. Suasana jalan mak ai..... rasa tak sanggup lagi nak pandu kereta. Itu waktu off peak. Apa lagi kalau waktu peak hours. Kira satu perlima hidup akan di habiskan di dalam kereta. Dan satu perlima masa juga berkurangan untuk hidup. Why I said lıke that? Sebab stress memandu.
.
Ok lah berbalik kepada topic di atas. Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu sampai bila aku harus berkerja. Kalau melihat anak anak yang berderet deret tu rasanya sampai mati aku perlu berkerja. Tapi bab bab rezeki ni hanya Allah saja yang tahu. Nak cari kerja pun satu lagi...kerja tu mesti bersesuaian dengan pengalaman and jiwa. Lagi satu environment kerja tu mesti best walaupun kerja berlambak lambak. Kalau setakat nak makan gaji orang kata tak boleh memilih... yelah tuh...
.
Tapi yang aku tak berapa berkenan tu..... kalau dalam ıklan tu, company letak skop kerja memang banyak. Umpamanya nak seorang pekerja yang perfect. A to Z dia senaraikan skop kerja. Tapi bila pergi interview tu gaji nak compromise kasi ciput aje.... Aku kalau company macam ni bye...bye ajelah. Lepas tu kalau nak kerja aku tak memilih pangkat. Bagi aku menjadi macai adalah memadai asalkan gaji yang di beri tu adalah sama dengan gaji seorang director..... Hhehehehehehe....pelikkan.. Ada juga company tu masa interview gariskan specific task untuk kita lakukan. Tapi bila dah join segala benda kita nak kena buat. Yang ni aku dah terbiasa sangat. Lepas tu gaji setakat tu aje and tak naik naik samap 3 hingga 4 tahun.
.
Aku cuma ada satu pandangan sahaja. Pada semua majikan tu....adillah pada anak anak buah. Jangan memerah keringat pekerja sehingga mereka tak redha apa yang di suruh. Bayarlah dengan setimpal. Jangan anak anak buah asyik dok mengutuk majikan siang malam.....berkat pun tak datang lagi dan masalah sentiasa datang seperti air mengalir. Dan untuk para pekerja pula buatlah sesuatu tugas dengan jujur dan taqwa.
Tahniah Untuk Shamim


Hari Khamis lepas tetiba talipon aku berdering. Aku dah agak mesi anak aku Shamim talipon. Aku lihat pada jam di sebelah. Tepat pukul 4 pagi. Shamim kata,'Ba, saya nak kesekolah tau. Ba jangan lupa sembahyang hajat and berdoa untuk saya tau..' Aku pun menjawab,'Ok...' Lepas tu aku cuba tidur kembali tapi tak boleh nyenyak sebab tidur sudah diganggu. Sekarang subuh masuk pada pukul 6.35 pagi. Akhirnya pukul 5.50 pagi aku pun bangun untuk tunaikan permintaan anak aku. Kalau anak aku tak ingatkan pun aku tahu apa yang nak aku buat pagi tu.
.
Aku kata pada wife aku semalam, kalau bunyi talipon awal tu mesti resuit ok kan.... Lepas aku siap, terus ke ofis. kalau sini pukul 8 pasti di sana sudah pukul 11.00 pagi and result mesti dah dapat. Aku tak adalah gementar dan panik sebab aku dah dapat rasakan yang Shamim akan mendapat result yang cemerlang. Lagi pun bila dah anak ramai tu dah biasa dengan keputusan mereka. So far ramalan keputusan anak anak aku semua tepat belaka. Anak anak aku pun hairan macam mana aku boleh memberi ramalan yang tepat. Ayat biasa aku adalah....' Ba dah bela korang sejak tapak kaki korang sebesar dua jari Ba aje..... Lagi pun nengok korang study dah boleh agak apa yang you all semua akan dapat.'
.
Alhamdullah anak aku dapat 5A and aku dah janji hadiah netbook untuk dia. Semalam keputusan sekolah ugama dia dapat Jaid Jaidan aje...oklah tuh. Anak aku ni memang aku tak angkat pot langsung bila dia belajar sebab sepanjang dia sekolah dari darjah 1 aku tak ada di Malaysia. Tapi dia adalah seorang yang berdisiplin and organise sebab itu aku yakin akan kejayaan dia. Sekarang dok fikir nak belajar di sekolah mana pula. Aku memang harap sangat dia dapat asrama penuh sebab mudah dia nak belajar tanpa gangguan dengan kerenah adik adik yang ramai.

Sunday, November 07, 2010

Kueh Keria aka Cucuq Keria


Korang mesti tau kan apa itu kueh keria. Kalau orang utara panggil dia cucuq keria. Hari ini aku buat cucuq keria and ajak member makan kat bilik. Dah lama member aku si Yus tu kasi ubi keledek yang dia bawa khas dari Malaya kat aku. Aku dah janji kat dia nanti aku buat cucuq keria. Dah dekat sebulan ubi keledek ni ada kat simpanan aku cuma hari ini baru aku dapat laksanakan. Selalunya orang buat lobang kat tengah tu, tapi aku buat bebola aja lepas tu goreng and sira dengan gula.
.
Bila siap Lan pun mai kat bilik aku dan aku pun tapaw kat dia 5 biji. Kira kalau makan kenyang jugak lah. Kadang kalau buat benda benda macam ni kena sorok sorok skit sebab kalau satu kem tau nak buat taik gigi pun tak bley. Lepas tu aku buat pula sambal daging untuk makan dengan nasi lemak serai special (resepi rahsia sendiri tau) esok malam. Macam biasa la jemput orang orang tertentu sahaja. Selalunya sapa yang ambil daging atau ayam, sah dia akan di undang sebab aku sekarang dah malas nak masuk kitchen untuk mengemis lauk. Sejak instal CCTV ni aku dah naik menyampah. Tapi kalau minta chef tetap kasi kat aku.

Saturday, November 06, 2010

True Blue - David Baldacci


Aku baru habis baca buku ni a week ago. Cerita biasa biasalah pasal polis investigation and murder murder ni. Kadang rasa macam sama aje cerita. Next time kena ubah baca buku benda benda lain plak. Now aku baca buku lain pulak. bila nak habis entahlah memandangkan buku yang tersangat ebal dan tulisan halus macam semut. At least aku appreciate bagaimana nak guna masa aku kat sini dengan sebaik baiknya.
My Second Projects Just Completed

Inilah perojek kedua aku yang baru siap semalam. Agak dua minggu aku bertungkus lumus untuk siapkan projek ke dua ni. Amacam...ok ke?? Hari ini aku dah mula ua projek number 3. Hopefully dalam masa dua minggu ada sebelum raya ianya akan siap. Aku dah beritahu pada wife aku tentang projek projek ni. Dia tak ada kmen apa apa sebab dia tahu dia memang tak mampu buat. Aku sendiri pun tak kasi dia buat...hehehehhe. Any way ku lega rasa sebab projek projek aku ni dapat aku siapkan dengan cepa sekali. Yelah kadang tu sampai aku korban kan siesta aku lepas lunch sebab nak mengejar masa.

Thursday, November 04, 2010

Netbook For Me, Kkkkk....

Hari ini aku sempat berborak dengan anak aku NurSyamim. Dia kata result UPSR kemungkinan besar sebelum raya Haji. Keputusan sekolah ugama pula awal seminggu. Aku kata kalau dapat 5A aku akan hadiahkan Netbook. Nampaknya dia suka sangat. Aku pun masih turut berdoa semoga dia akan mendapat keputusan yang cemerlang. Dulu masa zaman kakak dia nak exam UPSR aku yang sibuk bertungkus lumus ajar sampai dapat 5A. Tapi untuk Syamim ni banyak yang dia terpaksa usaha dan belajar sendiri dengan bantuan guru guru di sekolah. Yelah mana aku sempat. Wife aku pulak sibuk dengan Sarah dan Yusuff. Tapi sekali sekala jengah juga lah. Sama sama lah tunggu apa keputusannya bila di umumkan nanti dan terus berdoa.
Bila Nak ke London, Egypt and Sweden???


Kadang kadang sekali sekala aku ada juga berangan nak kembali ke London. Jumpa classmate lama and sewa bilik sebulan and ronda ronda ke Boot Sale waktu week end. Kumpul barang apa yang patut especially buku buku yang murah and buka kedai rent a book. Dulu aku ada member seorang İndia Muslim yang buka kedai Rent A Book di PJ State. Kalau tak silap aku satu hari dia dapat lebih RM1000. Sesiapa nak pijam dia charge harga buku dan bila di pulang semula dia akan potong RM3.dan beri kembali harga buku tersebut setelah di tolak. Macam macam buku ada. Sekali tu dia terpaksa tutup kedai sebab owner nak balik, dia simpan buku tu penuh bilik rumah aku dari lantai ke siling. Cerita selanjutnya aku tak perlu ceritalah sebab dia turn to be another tragedy...hahahahah. Tapi conclusionnya memang untung dan berbalaoi. Kalau you all ada masa lapang cuba visit one book shop di Central Market, KL yang memberi concept yang sama. Yang aku pelik tu biz cam ni semua di control oleh mamak.
.
Bicara tentang buku, kalau ke Boot Sale harga buku buku especially novel novel yang aku suka baca tu macam nak kasi free aje. Ada adik member aku belajar sana and buat biz beli baju kanak kanak di ca boot sale and bawa balik Mesia buat jualan bundle and laku macam goreng pisang. Kadang bila kita banyak merayau baru nampak biz yang boleh meletup.
.
Sebenarnya banyak tempat aku nak melawat sebelum aku balik Mesia for good. Salah satu tempat lagi adalah Egypt. Aku nak pegi adventurous journey and snap gambar banyak banyak. Enjoy crusing sungai nile and banyak lagi. Mungkin aku terpaksa pergi lone ranger. And lastly nak ke sweden rumah member swedish aku especially waktu summer. Boleh pegi hunting redindeer, fishing and camping. Dia dah lama ajak aku tapi masa belum merestui. Tapi duit di poket pun kena banyak jugak kan..... Enahlah...bila ercapainya angan angan aku tu.
Nak Beli Camera DSLR Untuk Hadi


Masa balik home leave yang lepas, ku beli camera DSLR Canon 550D. Entah mengapa aku gatal tangan sangat nak beli. My previous 350D aku beri pada Ubai. Rupanya dalam diam diam anak aku Hadi dah pandai main camera DSLR. kira terer dari aku. Aku pun masih terkial kial sebab tak banyak beri masa untuk explore kecanggihan camera tuh. Dia pulak yang ajar aku gitu gini, gini gitu. Aku macam tak confident aje until my friend Che Mat memuji skill dan gambar yang anak aku ambil dan letak pada facebook dia. So aku slow talk dengan dia anak after discuss aku buat conditional offer untuk beli untuk dia. Tapi bukan 550D la. Dia kata dia agree dengan condition aku tu. Aku tak payah lah cakap aa benda kat sini. Sebagai paents mesti korang tahu apa akujanji yang aku buat dengan dia.
.
Tadi aku call and sembang sengan ia kejap sambil dia beritahu result exam dia. Bagi aku oklah result tu tapi markah masih tak mencukupi. So aku kata gaji next month aku beli untuk dia tapi Canon 500D sahaja. Dia pun setuju. Sekaang dia dah pandai fikir nak cari duit partime photographer. Dia dah book dengan cousin dia pada kenduri kahwin pada 19th December ni. Aku kata you have to learn to make a deal. Biarlah dia belajar berdikari dari awal.