Monday, September 19, 2011

My weekend

I just came back from bazar. The weather is scoching hot. Rasa mcm nak beli peti ais saja utk sejukkan minuman. Berbaloi ke sebab ada lagi 4 bulan nak dok di sini. Alah nak berkira apa kan! Janji happi. Kalau beli boleh bawa balik. Makan kat canteen skg cam x best je. Rasa nak msk nasi briani je. Daging aku dah defrost kan. Semua bhn dah ada termasuk daun ketumbat. Skg dah musim anggor. Best nye. Aku beli tadi sekilo black current. Mlm ni mesti habis

Saturday, September 17, 2011

Reunion After 30 Over Years

.

Dulu aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Gurun (Pusat). Sebenarnya kami semua tak tahu apsal ada pusat. Aku di titu sehingga darjah dua. Masa tu tahun 1973. Pada 1974 aku bertukar sekolah. Bila aku kembali bersekolah di SMG aku bertemu kembali dengan rakan rakan aku kembali. Tak semua aku bertemu sebab setengah tu dah bertukr sekolaj.

.

Setiap kali aku balik rasa aku pastikan untuk beraya atau bersama Shamsul atau Radzi. Yang lain tu entah mengapa susah sangat nak bertemu. Seorang lagi Zubair yang aku masih contact. Tapi dlm gambar ni dia tak ada sebab sibuk dgn majlis prtunangan ipar dia.

.

Program untuk bertemu atau berkumpul kembali member member lam dah lama di rancang. Tapi tak pernah menjadi. Mungkin sebab tak serius kot. Sebelum ramadhan baru ni aku telah bentang kan idea ni pada member yang masih dpt contact dalam facebook (TQ fo FB kerana menjadi talian kasih). Rupanya mendapat sokongan yang baik and semua pakat contact sume rakan rakan lama. Aku menjadi focal person and Syamhsul yang organizekan tempat dan makan.

.

Finally pada hari raya k3 3 kami dapat berkumpul seramai 30 orang di Harvard Golf and Resort, Gurun. Memang best and berbagai cerita keluar. Tahu saja lah bila dah lebih 30 tahun x jumpa mesti menjadi fun. Ada yang dah nak dapat cucu. Ada yang badan dah kena yis. Ada yang masih ayu dan cun. Tapi semua dah mempunyai anak anak yang sudah besar. Yang pastinya semua sudah menigkat umur. Ramai yang tak berapa kenal dengan aku tapi aku masih lagi cam mereka yang lain. Sebab diri aku memang ada perbezaan.

.

Tapi bila nengok Hanisah terasa macam bercakap dengan dain...dia ada kelas dia la...hehehehe


Inilah classmate gilrs yang hadir. Tapi sekarang semua dah mendapat status isteri dan ibu tapi nampak masih lagi bergaya anggun and class gitu.



Ni kelas masa darjah lima kot. masa ni aku dah tukar ke sekolah lain. Yang duduk depan tu cikgu zainol Rashid, suami chef Liza yang popular tu.

Ini pulak all the boys. Tapi sekarang dh menjadi suami dan bape. Tapi tak lupa ada yang mempunyai dua atau lebih rumah...hehehehe. Sapakah dia itu?? Teka lah sendiri. Tapi yang aku tak dapat lupa adalah si Yus. Misai tetap hitam walau rambut dah putih peris datuk K.


Eh ni nak advertise beg tangan ke??? Amboi depa tak tau aku pun tokey beg tangan. Saja tak nak habaq. Kalau da beg beso mesti isinya pub hebat kan. Aku rasa next year boleh buat lagi tapi dengan concept yag berlainan. Sama sama kita pikiaq cam ne nak buat agar lebih meriah and ceria. Walau pun berkumpul selama 3 jam tai rasanya masa berlalu dengan pantas. Tak sempat nak borak borak dengan semua orang. Akhir kata selalu maju jaya untuk semua dan berbahagia hidup untuk selamanya. Biar hidup free dari tension, stress and keluh kesah. So that jumpa lagi tahun depan nampak wajah semakin muda dan sihat.

Good Bye Iran

.

Seperti biasa selepasbertandang ke tempat orang akhirnya nak kena balik juga kan. Rasa masa berlalu terlalu cepat la... In general the people is very nice and welcoming. Memang ada hati untuk datang lagi. On our way back dahberitahu taxi diver untuk bawa ke restoran yang best untuk kenyangkan perut. Sebab rasa tak puas sangat maka kt sana.


Bila sampai kat restoran macam biasa cakap macam ayam dan itik. Finally dia bawa kami masuk kitchen tunju apa ada dalam periuk. Bila nampak sup kambing apa lagi selera pundatang la. Kami ambil dua kaki kambil untuk belasah cukup cukup. Aku dah tahu cam ne nak masak sup kaki kambing ni.



Ni taxi driver kami. Ajak dia makan sekali.

Wadun sedapnye.....sampai kembang kempis hidung aku dok makan.


Di restoran ini ada ground water yangsangat sejuk dan jernih. Masyaallah.......terasa nak terjun and jakuzi je dlam kolam ni.


Nikmatnya nengok air yang mengalir ni. Kalau lepak lepak tepi tu pun best jugak kan...


Ini lah dia wakaf wakaf yang di buat untuk dijadikan tempat makan. kalau duduk bersimpuh atau bersila memang best!


Restoran ni terletak di jalan ke Marhad. Korang baca lah sendiri nama restoran tuh.


Nyaman dan shahdunya duduk di bawah rmbunan pepohon ni.


Ni Abe belom makan lagi dah terlentang. Bila sudah makan korang tahulah apa yang terjadi kan. Sampai di sini dulu cerita hikayat perjalanan ke Iran. Hajat hati nak datang lagi tapi dengar cerita dah kena visa pulak. Ehtahlah...kalau semangat kuat aku pegi lagi..kalau tidak semuanya jadikan kenangan manis.

Friday, September 16, 2011

Shopping baju Di Esfahan





Rupa rupanya di sini fesyen pun tak kurang hebatnya. Sebenarnya aku nak mencari jubah untuk wife aku. Tapi jubah hitam seperti aku beli di Dubai tak ada. Yang ada cadur. Iaitu tudung bersama jubah. Kalau aku beli pun kompom wife aku tak pakai. Finally kami jumpa kedai ni yang ok juga fesyennya untuk muslimah. Aku beli dua basang blouses untuk anak dara aku.
Jom Makan



Tu dia style ala arabia gitu.


Best!! Very traditional kan....


Tombol pintu ni memang unik!



Awat terkejut ke? Boleh ke nak habiskan? lain kali kena ode sikit sikit. Saiz kita makan tak macam depa la....



Tengok tu Abe dah sedia nak order tu



Bila dah penat berjalan mestilah lapokan. Di sini restaurant tak banyak macam kat Malaysia. Bila nak makan kena tanya local di mana restorant yang berdekatan. Rupanya terbentang di depan mata aje. Apa lagi kami terus meluru masuk untuk isi perut yang kosong ni. Masuk aje kat dalam rupanya sesak dengan orang. Kami pilih ruang makan di luar sebab na dapat fresh air sebab angin pun bertiup dengan nyaman. Order punya order rupanya banyak sangat nak makan sampai kena bawa balik makan kat hotel.
Esfahan - Seindah Nama

.

Esfahan....sedap di dengar seperti ramahnya orang orang di sini. bandar yang bersih dan menghijau dengan pohon pohon di keliling. Kami datang ke Imam Khomeini Square salah satu world heritage yang di biayaan oleh UNICEF. Suasana memang menarik dan indah apatah lagi kalau tuan puan datang pada musim bungan.













Cuba lihat pada mozaic kubah masjid yang cantik. Design seperti ini yang banyak di adaptasikan pada kapet kapet tenunan tangan yang sangan halus. Rasa Espahan seperti melambai lambai menjemput aku untuk menjengok mereka kembali. Tapi bila ye.....
Cincin Oh Cincin


Kalau korang datang kesini korang akan terperanjat sebab terdapat banyak sangat kedai yang menjual cincin. Kebanyakkannya adalah batu aked and precious stone yang lain. Aku tak berapa kenal sangat bab batu cincin ni. Kalau palsu ke ori ke bagi aku sama aje. Tapi Abe aku ni memang pakar bab batu. memang teliti kalu nak beli cincin sebab dia boleh di kategorikan seorang yang fanatik cincin. Sama lah dengan member aku che mat. Depa ni aku ase dah ada berpuluh koleksi cincin. Harga dan design cincin cincin di sini memang cantik dan murah. Aku yang tak berapa berkenan cincin pun terpengaruh juga dengan hobi depa ni.



Cuba nengok Abe yang memberi posing yang istimewa tu. Yelah dia selesai beli cincin dan rantai untuk wife dia, happy la tu.....



Aku pernah beli cincin beberapa bulan yang lalu kat LCCT yang mempunyai batu lebih kurang cam ni. Tapi harga nya mahal nak mampus dengan harga cincin di Iran. No wonder kalau you all reling and jeling pada jari jemari orang lelaki Iran' mostly mereka memakai cincin.

Cuba nengok design pada ikatan batu tu. memang cantik. menyesal aku tak beli.


Kalau beli lebih and jual memang laku.

World of Carpets


Sebut saja Iran semua orang akan imagine the famous carpets. masa aku dok belek belek karpet Iran di KL, nak tanya pun seriau sebab dah tau harganya teramat mahal. Yelah buatan kemas dan cantik. Aku rasakan aku memang tak akan memiliki nya. Tapi bila dah sampai iran lain jadinya sebab rasa terpegun dan kagum bila membelek satu persatu. Finally aku kalah dengan godaannya. mahu tak mahu aku beli juga untuk kenangan walau pun mahal tapi tak semahal di malaysia.



Seronoknya aku bergambar dengan karpet yang cantik cantik ni. Rasa nak duduk lama aje kat sini. Tapi Abe pulak kalau boleh dia nak guling guling kat karpet ni. hehehehe



Ini lah carpet yang aku beli dan di hantar direct to my door step. Tapi aku dah jual carpet ni pada sahabat aku. Aku ingatkan dapat kembali ke Iran semula sebab tu aku jual. Rupanya nak ke sana perlukan Visa semula. Nampak macam tak jadi ke sana lagi. So aku jadi lebai malang.

Ini kapet yang Abe belikan. Dia kata dah hias masa raya baru ni dan siap guling guling di atas kapet ni. Hehehehe.....Inilah penangan carpet Iran yang mahal harganya.


Karpet ni lagi mahal. nak tersedak bila dengaq harga dia.


Aku mamang berkenan kapet ni tapi apakan daya nak beli rasa mahal sangat. Takut nanti dok tergulung bawah katil saja sebab tak sampai hati nak pakai.


Aku suka design kapet ni. Tapi aku meluat pada penjualnya. macam memaksa kami untuk beli and lastly boleh marah marah kita. Bangang punya orang. Menyumpah aku kat dia. Lastly aku biar aje Abe layan dia sebab Abe ni penyabar. Aku rasa macam nak sepak aje......mujur masih ada kesabaran...


Karpet kalau back groundnya hitam memang cantik. Tepersona aku di buatnya.

What You Can Get in Iran
















Kalau you all nak beli cenderahati di Iran, Eloklah pergi ke Esfahan. Cenderahati yang unik, cantik and antik. Kami tiba di Esfahan pada hari Jumaat and banyak kedai yang tutup. Jadi tak sempat nak merayap rayap sangat. Jadi kami windor shopping aje. kalau ikut hati memang nak beli oil lamp yang nampak antik sangat. Massalah nya bagaimana nak bawa pulang. Yang aku minat sekali adalah metal craft. Aku tak beli apa apa pun and cuma berjamu mata. Yang pelik sekali aku cuba mencari Tshirt Iran seperti yang biasa terdapat di Malaysia. Malangnya satu helai pun tak kelihatan. Rasa macam nak buat bisnez jual Tshirt aje kat sini.

















Wednesday, September 14, 2011

Hair Cut In Esfahan





Entah tetiba aje terasa nak gunting rambut. Bukan apa teringat untuk sambut Ramadahan dengan rambut baru. Satu kepla cuma RM15 saje. Yelah masih awal tu. Kedai lain pun belum buka. Best...best...best.....
From Mashad to Esfahan




Sudah lama niat hati nak visit Esfahan iaitu bandar architecture and seni di Iran. Akhirnya tercapai jua. Setelah beli tiket untuk bertolak ke Esfahan besok petang kami relek sikit. Malam tu cuma ronda ronda di sekitar Mashad. Perjalanan ke Esfahan memakan masa selama 15 jam. Bila travel malam kira duit hotel boleh save. Agak pukul 9 pagi baru sampai ke Terminal Bas Esfahan. Sempat juga kami breakfast yang ala kadar sebab breakfast kat sini bukan macam di Malaysia.

.

Mujur ada hotel di bas terminal. Tanpa melengah masa kami terus tanya kekosongan and check in kat situ juga. Yang pelik tu ramai orang perhatikan kami sebab di I ran bukan ramai turis. Ada yang ingat kami from china, korea and japan. Ada yang ingat dari pakistan. Tapi kalau you all belek wajah Abe mmg dia sebiji macam orang Cina.

.

Siap aje mandi manda and berpakaian lengkap kami pun terus ke Imam Khemeini Square yang menjadi salah satu daripada World Heritage. Macam biasa bahasa menjadi masalah utama. Kadang lain yang di maksudkan lain yang dia faham. Fening...fening.... Apa yang aku perhatikan di sini, masyarakat Iran adalah masyarakat yang friendly and peramah. lagi satu, aku suka sangat concept terminal basnya yang kemas dan teratur. Persekitaran memang menakjubkan. Dulu aku ingat orang Iran ni simple aje tapi mereka pun fasionable seperti kebanyakan rakyat negara lain.