Thursday, July 30, 2009

Anak Anak Lia

Anak anak Lia seramai 5 ekor. Selepas di belek dan telek ada dua betina dan tiga ekor jantan. Sekarang umur mereka sudah dua hari. Semuanya nampak sihat. Lia nampak masih kurang sihat. Biasalah baru beranak. Sama saja dengan manusia baru beranak. Kadang bila aku dukung Lİa masih merenget. Aku rasa dia masih sakit lagi pada internal abdomen dia atau tempat peranakan. Mana lah ada epidural ke apeke masa bersalin. Dia sakit manalah kita tau. Dia nak cakap pun tak reti. Mana tau ada bruise ke apa ke. Yang pasti Lia kena banyak rehat. Kadang aku dengar dia mengerang bawah katil. Mungkin anak anak dia panjat atas perut dia yang masih luka atau sakit bila anak anak dia hisap susu. Anyway aku dah compom dan beri nama siap siap pada depa semua. Dan setiap nama tu ada maksudnya cuma aku tak ada peluang untuk timbang semua anak anak nya sebab tak ada timbang. Kalau nak main aci agak agak pun susah gak. Apa pun jom kita berkenalan dengan anak anak Lia.

Ini anak Lia yang sulung.
Nama: Zara
Tarikh lahir : 28th July 2009
Waktu lahir : 10 malam
Jantina: betina
Warna: tricolour; white, orange and black
Ini anak Li yang nombor 2
Nama: Rina
Tarikh Lahir: 28th July 2009
Waktu Lahir: 10.15 malam
Jantina: Betina
Warna: Gray and white
ingatkan jantan, kasi nama Zico. Rupanya betina. Kenalah tukar semula.

Ini anak Lia yang ke tiga
Nama: Megat
Tarikh Lahir: 28th July 2009
Waktu Lahir: 10.45 malam
Jantina: Jantan
Warna: Pure white

Ini anak Lia yang ke empat.
Nama: Omar
Tarikh Lahir: 28th July 2009
Waktu Lahir: 11.45 malam
Jantina: Jantan
Warna: Pure black

İni anak Lia yang bongsu atau paksu
Nama: Ginger
Tarikh Lahir: 29th July 2009
Waktu Lahir: 12.15
Jantina: Jantan
Warna: Orange

Yang mana satu ikut Lia atau Romario kurang pasti. Yang pasti Omar memang ikut macam Lia. Kalau ikut Lia mestilah hensem, hidung penyet and bulu panjang. Tapi kalau ikut daddy hidung mancung and pendek bulu. Masa kecil ni susah nak agak. Tapi kalu para pembaca memang pakar, bolehlah teka dalam komen nanti ok...
Farewell Untuk Ojai dan Jahan
.
Ojai dah dapat pangkat baru dan akan kembali ke Kuala Lumpur. Jadi dia akan meninggalkan projek dan kami. Aku kenal Ojai dah dua tahun lebih. Iaitu sejak hujung tahun 2006 semasa di engineering office Kuala Lumpur. Aku datang ke Turkmenistan pun hampir sama masa tapi aku datang awal sikit. Walau apa apa pun aku doakan dia murah rezeki dan hidup di berkati Allah selalu.
.
Jahan pula akan berhenti dan akan berkerja dengan American Embassy di Ashgabat. Good for her. Mungkin atas alasan itu dia meninggalkan kami. Kerja bagus dan rajin. Sabar melayan kerenah kami terutamanya untuk balik bercuti ke Malaysia, Visa dan LOI tan masalah kenderaan. Kalau aku jadi dia memang tak sabar and silap haribulan boleh naik angin. AKu puji dia kerja. Apa apa pun aku doakan kesejahteraan dan keberkatan semoga Allah terus melindungi dia. Jomlah kit nengok apa yang ada di sana.....

Sempat juga aku bergambar dengan abang Omar nih..... Amboi apasal malu malu tuh..... hehehehe. Kalau dengan aweks segar bugar jadinya.

Ni bergambar beramai ramai selepas menjamu selera. Sebenarnya ini adalah hotel yang baharu di buka di tepi pantai Caspean Sea.

Tu dia Sazri. Dia ada keluarga di sini tapi dah nak hantar family balik hujung bulan ni. Bukan apa, aku rasa dia pun tak tahan nengok orang family mengaku bujang harungi hidup di sini. Maklumlah tak ada mata mata yang memandang. Tak caya tanya lah Abe Omar tuh.....hehehe...Oopppsss.....Tuan Haji Omar lah....

Makan-makan jangan tak makan. Salad saja sampai 5 pinggan. Jenuh nak makan...Aik bukn makan lagi tapi kedarah..hehehe

Amboi Haji, tawadduk dan control ayu aje sebelah Lara. Macam alim kucing aje. Lepas ni mari kita lihat adegan seterusnya...heheheh.... Tak apalah dia...dia macam anak mung je...

Hehehe....tersipu sipu Ojai di sebelah Ella...... Pakkal dah kawin kan...kalau tidakkkkkk....

Tu dia Jahan dan Azizah. All the best untuk you dan keep in touch dengan kita orang semua ye... Cam ne nak contact, tak kasi hp number pong.....

Hahahahah...gempak gempak.... Ewah macam pinang di belah dua..tadi nampak alim kucing.... Sekarang malu malu kucing siam...hehehe

Inilah wajah wajah anak dara kita kat opis. Depa ni clerk kit orang. Kalau sapa berkenan habaq mai. Boleh cek pegi meminang...

Ella dan Lena

Aku pun ambil kesempatan untuk bergambar kenang kenangan dengan Ojai. Jangan lupa raya nanti datang rumah.

Abe Omar ni memang pandai bergaya. Cuma aku tak dapat snap gambar dia denagn aweks... Lagi mengancam......

Tu dia Roza...... CSR untuk MCRA....nampak aje kecil tapi brutal tuh.....
.
Dalam banyak banyak gambar yang di ambil rupanya Noorasmadi, Pak Said, Zainuren, Yusaini dan Mohd Noor tak ade. Pak said mesti melepas nak bergambar dengan anak anak dar. Alah Pak Said nanti kita buat lain, Pak Said boleh bergambar dengan aweks aweks tu lagi. Saya sanggup jadi camera man. Mujurlah Yusain tak ada....kalau tiak berlinanglah minyak senyonyong dia tuh.... Aduh bisanya...hehehehe. Tapi kalau Madi dan Zainuren bergambar dengan aweks aweks ni mesti dok kat pangkal ketiak aje. Jangan ambil hati no...melawak aje. Tapi kalau nak komen, komenlah di ruang komen tuh.

Wednesday, July 29, 2009

Lia Selamat Melahirkan Anak





Semalam 28hb July 2009, Lia sudah selamat melahirkan anak. Syukur alhamdulillah hari yang di nanti nanti dah tiba. Aku pun tak perlu risau lagi. Sekarang Lia dah bertambah sihat. Cuma belum di mandikan lagi untuk memulihkan keadaan fizikal dia supaya semangat dan segar seperti sedia kala. Pantang kucing aku tak tahu lah. Tapi kalau pantang manusia ni mcam macam nak kena buat. Kadang tak terpikir dek akal. Itulah adat resam orang orang tua dulu dulu. Aku mudah aje....kalau wife sanggup pantang buat lah tapi aku akan pesan makan makanan yang seimbang dan berzat supaya susu badan sentiasa segar dan bertambah.
.
Anak aku seramai lapan orang tu waktu di lahirkan aku berada di sisi isteri aku. Kira dah lebih pada biasa. Bolehlah kalau aku kat labour room tu di ibaratkan sebagai pembantu doktor. Sakit nak bersalin memang teramat. Kalau nak pindahkan sakit tu pada suami untuk ringankan sakit nak bersalin yang di hadapi oleh isteri, aku pun tak sanggup. Depa sakit kita pun rasa sakit semacam walau realitynya tak sakit pun.....
.
Oleh kerana semalam aku dah experience jadi Pak bidan sekejap semasa Lia melahirkan anak, aku rasa eloklah aku berkongsi pengalaman tu. Masa aku dok asyik menonton cerita Bourne Supremancy lepas maghrib sambil mengirup kopi kaw dan mengopek koci, aku nampak macam Lia penat saja. Tetiba dia mengerang semacam dan nampak pernafasan dia laju. Aku dah agak dah mungkin dia dah rasa contraction. Nampak kat bawah pun masih tak ada tanda tanda. So aku pun continue enjoy movie aku tu.
.
After few minutes aku pandang lagi pada Lia tapi kali ni nampak dia dah lain macam. Letih dan pucat. Aku pun dukung dia dan nengok pepet dia. Sekarang sudah ada tanda nak bersalin. Water bag dah pecah tapi baru sedikit. Aku terus letak dia di dalam bilik mandi dan besan yang aku lapik dengan baju2 lama pun dah tersedia. Aku tutup pintu bilik air dan tunggu saja dia nak bersalin. Aku keluar bilik sekejap untuk cari pokku untuk bantu aku. Pokku ni boleh tahan gak dgn kepakaran kucing. Bila aku kembali kebilik aku dah mula nampak darah. Tetiba Lia menjerit sekuat hati. Aku rasa cam panik gak tapi still manten macho kan. Rupanya binatang pun rasa sakit bila nak beranak. Aku cuba usap muka dan leher dia dengan tangan aku dan dia diam sekejap. Aku continue lagi nengok movie aku tu. Lebas beberapa minit bila aku ke bilik air rupanya Lia dah bersalin seekor.
.
Tekaan aku cuma tiga ekor aje. Bila no 1 keluar berwarna tricolor, aku dah tahu ini pasti betina. Kalau kucing 3 warna mesti betina dan tak akan jantan. So aku kata kak long dah keluar. Selang 15 minit, keluar lagi satu ekor warna putih tompok kelabu. Sama warna macam daddy, Romario.
Bila yang ketiga nak keluar Lia menjerit lagi...aku terpaksa kata kat dia ...'Sabar Lia...sabar Lia.... mengucap mengucap.. ' Bila nampak dia dah bersedia aku pun kata,' Push now...now.' Sebijik macam mana Dr Zaleha, Dr Siti dan Dr Habibah mengarah wife aku. Teringat aku ucap kata kata tu masa isteri aku nak bersalin. Kali ni anak dia keluar bewarna putih. Jadi aku rasa semuanya dah selamat.
.
Aku ambil gunting dan potong tali pusat anak kucing tu dan urinya aku flush saja dalam tandas. Lepas tu keluar lagi anak yang bewarna hitam. Aku memang teruja kali ni sebab susah sangat nak dapat anak kucing yang pure black. Aku masa tu dah pukul 11.45 malam. AKu rasa dia ni memang special dan cute. Aku harap semuanya dah selesai dan aku biarkan Lia bersihkan badannya and to give her little bit of privacy. Aku tutup pintu bilik air takut dia berlari keluar atas katil aku. Mampuslah aku nanti nak cuci bilik. Aku tak penat tapi cleaner aku yang penat.
.
Pada pukul 12.30 malam aku kembali ke bilik air dan terperanjat aku bila lihat anak Lia yang kelima berwarna garfield sudah ada dan merangkak mencari susu. Tapi kali ni tak dengar pulak Lia menjerit. Anyway aku rasa lega sebab semua sudah selamat. Lunch tadi bila aku balik kebilik aku lihat bekas dalam bilik air dah tak ada anak anak Lia. Rupa rupanya semua dia telah sorok di bawah katil. Yelah takut di ganggu .... . Nanti aku cerita dengan detail anak anak Lia pulak dari Kak Long sampai lah yang bongsu ok.... Sekarang tidur pun dengar suara anak anak kucing. Alahai berjaga malam lah nanti..... hehehehe. Mujur tak kena tukar lampin....hehehe. Kalau wife aku baca mesti dia akan ketawa. hehehehe...........

Saturday, July 25, 2009

Can I Be One Of Them??

Sometimes I use to think what I'm going to do when I am completely retire from my profession. No more figures to justify the problems, no more dispute of contract to mess my mind, no more argument to win the case and the most importantly no more being away from home and the family that I adore. Time passes by like a supersonic jet crossing the blue sky. You can glimpse at it for a while but it definitely will leave you.
.
I like to read and reading is one of the therapy similar to my passion of cross stitching, writing/blogging, gardening and photography. It makes me venture into different kind of circumstances and bring me to the new fantasy that I could imagine. So what should I do to fulfill my ample time during that period. Yes, of course that will be the best time for us to submit our full obligation to God. That will be the time for us to repent the penance that we may have committed willingly or accidentally.
.
But I have a serious thought to be a writer. I would be enjoying sitting in front of the computer and started to write and making plots for my writing. What I am going to do, perhaps, after completing my project is to register for a creative writing course in one of the institutions. That would help me to improve my writing tremendously. I enjoy reading novels narrated and written by John Grisham and Stephen King. Can I be one of them? Becoming one of the famous and well known writer all over the world? Hahahaha.... Abuikhlas... you must be kidding... What are the stories that you desire to write? You must be day dreaming. Yeah...yes I am...

Is It Necessary to Circumcise A Girl

Yesterday while I was doing my routine work I was buzzed by my friend from YM. He said that it was interesting to read about the circumcision and how I was handling that thing. Then he questioned me further, how about my three daughters. I said that the secret lies within me and to expose about my three little girls is quite sensitive. Heeheheheheh.....
.
Before I explain and elaborate with respect to the above topic , let me share my experience that happened when I was a student in UK. If I can remember, it flashed back someway in 1987. I used to visit my friend brother Qasim in Upton Lane in South West London. Now brother Qasim is already a Datuk conferred by the Royal Highness, The Sultan of Pahang and also a Professor. He just like my own brother. I met him at the mosque after Asar prayer. He was waiting for us to have a dinner at his home. After we complete our asar prayer, we have a cordial chit chat before prepare to his home. He said he was invited for the feast. Somebody local invited him. For sure the host either Pakistani or Gujerati. So brother Qasim ask the host the purpose of the feast. He (the host) mentioned that he just finished circumcising his child. Then brother Qasim asked, she or he. Then the host perplexed with his question and said of course a boy. He then puzzled with the question and told brother Qasim that they never circumcise a girl. After that day then we noticed that they are majority of muslim people did not circumcise their daughter.
.
The practice of circumcision mainly practised by the people of Asia and the African countries. Whether they did it because of the religious duty or out of cultural believe we wouldn't know. When I was small I asked my mother what did they do to the girl during circumcision. My mum will show her big round eyes to me. Then I kept quiet never to ask again. But the question still lingering in my mind until İ grown up. Finally I got the answer that the 'Bidan' just pinned or scratched to the dot..dot...dot...dot.... I also asked my mum what is wrong if we don't do it. My mum said that this is part of to control her extreme sex desire when reaching puberty..........or so to say ' merenyam atau galak'..... hahahaha
.
The question now is whether the practice is compulsory and obligatory to the parents to execute??? It depends....... and up to you to have it or not. I was told that, once the Prophet was asked by the people whether the circumcision is obligatory for a girl? There was no definite answer from him. It means that it is up to the parents. As for me, I would prefer not to practise it. As for my girls, I left for my wife to decide and I could not be bothered to ask her...... and she will never give me precised answers.

Wednesday, July 22, 2009

The Story Of Edgar Sawtelle - David Wroblewski

'Born mute, speaking only in sign. Edgar Sawtelle leads an idyllic life on his family's farm, helping raise and train a unique breed of dog. When tragedy strikes, Edgar flees into the vast wilderness of the Chequamegon forest with three yearling dogs as his only companions. Yet his need to confront the events he2s left behind - and his dedication to the Sawtelle dogs -turn Edgar ever homeward.'
.
I just finished reading it 20 minutes ago. The whole story telling about dogs! How Edgar and the family i.e the mother and father worked together to take care of the dogs. Then came a cousin of his father staying with them after ended his army service in Korea. By the way the breeding of dogs pedigree of unique Swatelle inherited by Edgar's grandfather. But there are few scenes that left me obscured of what had happened to the death of his father? Was his father poisoned by his own brother Claude, and because what reasons? Was it because of the fight? And why Edgar hated Dr Pappadue and killing him to the extreme. Was it because he got the share in the breeding program as a veteriner? This is still unclear for me and the writer should peel off the doubts properly. And during the last part, Edgar insisted his mother to meet him at the barn, as if something important Edgar wanted to tell but it just off like that without proper conclusion.
.
If anybody have read the book please enlighten me the scenes that make me really blurred.......

Monday, July 20, 2009

Bila Kita Patut Sunat Anak-Anak


Sebelum aku nak elaborate panjang lebar tentang topik di atas, aku nak beritahu yang gambar yang tertera tu aku ambil dari www.danheller.com. Tu anak sapa aku pun tak tahulah tapi aku suka nengok gambar baby tu yang tenang aje menghadapi saat sat bersunat. Dont worry budak tu telah di anestatik kan.
.
Member aku baru ni dapat anak lelaki. Dia pun balik bercuti ke Malaysia selama sebulan untuk meraikan kelahiran anak pertama. So aku syorkan dia teruskan sunat untuk anak dia sebab sunat anak kecil kecil senang dan cepat sangat sembuh. Tambahan pula gunakan kaedah 'Ring' method. Clean and neat. Tadi aku SMS dia and tanya dah sunat atau belum. Dia kata tak lagi sebab nenek dia kata tunggu sampai besar.
.
Adat orang Melayu memang sunat anak lelaki apabila besar. Paling besar sampai tingkatan satu pun ada. Mungkin itu dulu. Tapi sekarang budak budak dah sunat sebelum masuk sekolah menengah. Tapi lain dengan aku. Lagi pun aku mempunyai jiwa yang suka melawan arus. Atau aku suka segala benda baru yang dapat memberi manafaat pada diri aku.
.
Masa anak pertama aku di lahirkan di UK, iaitu Ubaidullah. aku contemplating untuk sunat kan dia. Yelah kita orang Melayu mana biasa dengan benda benda pelik macm ni. Aku talipon mak aku minta pandangan dan juga mertua aku. Tapi mereka tak beri sebarang jawapan, cuma ikut kata hati aku lah. Masa tu ada seorng lecturer dari UTM datang untuk tamatkan master dia kat Bradford. Orangnya ramah dan selalu lepak dengan aku kat library. Masa tu aku pun buat master juga. Tapi bukannya niat nak belajar sangat tapi nak take a break setelah 3 tahun bekerja dan kebetulan aku baru kawin. Apabila dia syorkan pada aku untuk sunatkan anak dan cerita tentang pengalaman nya, aku rasa teruja. Setelah diskus dengan wife aku, aku terus buat appoinment dengan Dr. Quraishi. Masa tu aku baru selesai exam dan masa banyak terluang untuk aku uruskan my new born. Hari tu aku pergi jumpa DR. Quraishi dan sekejap saja tht circumcision dah siap. Harga murah masa tu. Aku cum bayar 40 Pound saja. Setelah lebih kurang tiga hari semuanya sudah sembuh dan pulih. Nak jaga pun memang senang sebab baby tak rasa sakit dan demam dan pakai pampers pun seperti biasa.
.
Aku ada 5 orang anak elaki. Semuanya aku telah sunatkan setelah berusia tujuh hari infact anak aku Yusuff dan İkhlas aku sunatkan sebelum usia seminggu. Semua anak anak lelki aku di sunatkan di Pusat Rawatan Islam kecuali Ubaidullah. Pernah sekali tu aku bawa anak aku Hadi yang masih kecil untuk bersunat. Masa tu aku di wad kanak kanak. Sementar menunggu gilirn aku pun duduk di atas kerusi sambil memangku Hadi di riba, seorang wanita bertanya aku apakah penyakit anak aku ini. Aku kata anak aku sihat sahaja cuma menunggu giliran untuk di sunatkan. Wanit itu terus terperanjat. Yelah mana ada orang Melayu bersunat di usia bayi.
.
Setiap kali member aku menimang cahaya mata lelaki aku akan rekomenkan mereka sunat kan anak mereka secepat mungkin. Tapi tak semuanya mampu untuk melakukannya. Aku pun tak tahu apa sebabnya. Adakah mereka belum berwang atau sukar untuk memecah tradisi yang di warisi dari nenek dan ibu bapa mereka. Dulu murah tapi sekarang dah dekat RM500. Macam aku senang, tak perlulagi untuk memujuk dan meryu anak anak aku untuk bersunat atau berfikir untuk buat kenduri berkhatan di cuti sekolah. Bagi aku selagi tk melanggar syariah apa salahnya kita menongkah arus kan.....

Sunday, July 19, 2009

My Favourite Munchy


Kau orang tau tak apa dlam gambar tuh?? Inilah kuaci matahari from Turkey. Bagi aku inilah kuaci yang paling sedap. Lemak, masin semua ada. Kat bilik aku memang sentiasa ada stok kuaci ni. Masa yang paling sesuai nak makan adalah masa nengok movie. Sedar sedar dah habis sebungkus. Nak kata murah tak juga. Yang ni berat 400g dlm RM12. Kalau member ke Ashgabat atau town aku sentiasa pesan sebagai bekalan wajip. Bila makan tu bilik pun boleh bersepah bertburan kulit sana sini. Walau dah kutip dan masuk dlm bakul sampah tapi tercicir jugak dia. Esok cleaner datang mesti complen. Tak pe keje dia kan. Kalau kita bersih bilik sendiri nanti dia tak ada keje plak. Next trip bil balik Mesia aku nak beli banyak banyak untuk anak anak aku sebab depa pun hantu koci macam aku. Tai aku tak boleh lawan dengan member ku yng sorang tu.......... Cuba teka siapakah dia....
Summer - Musim Buah-Buahan

Bila korang nengok gambar buah kat atas tu mesti korang terliurkan..... Saja aje aku ambil gambar tu. Hari jumaat selepas selesai solat jumaat aku singgah ke bazar untuk beli buah buahan. Aku beli anggur black current tu dalam RM5 sekilo dan buah tembikai susu tu dalam RM8. Buah angur tu sekali mengadap aje habis. Buah tembikai tu ada skit lagi nak makan. Hari ni malas makan nasi so aku dok kedarah tembikai susu ni ajelah. Tu pun ada lagi. Summer yang best tu bila banyak buah buahan dapat di beli. Peach, apricot, plum, cerry dan banyak lagi. Kadang hairan gak, dengan kawasan yang kontang cam ni pun banyak buah. Itulah kebesarn Allah taala.

Saturday, July 18, 2009

Aku Dapat SMS


Tengahari tdi sedang aku lepak dalam bilik untuk siapkan projek aku, tetiba hand phone aku berbunyi. Oooo...ada SMS masuk. Aku masih leka dengan jahitan aku dan baru aku tahu yang SMS baru di terima. Aku terus buka SMS tersebut yang berbunyi, 'Saya di Jakarta attend istimak. Jumpa dgn Hassan Brunei. Dia minta e-mail tuan. Mohon SMS cepat mungkin.' Rupa rupanya itu SMS dari Zul, member rapat aku. Aku terus menjawap dan mengirimkan e-mail aku secepat mungkin. Kemudian aku dapat lagi SMS dari Zul memberi e-mail address Hassan dan talipon no Indotel. Aku comfuse dengan number berkenaan sebab terlampau simple. Aku SMS kembali untuk pastikan number tapi tiada jawpan. Never mind, aku SMS ke number tersebut tapi dapat reply,'The number that you sent cannot be reached.' Tak apalah nanti aku akan e-mailkan kepada Hassan secepat mungkin.
.
Sejak dua tiga minggu kebelakangan ni, aku asyik teringatkan Hassan yang terlost contact. Aku rasa sudah lebih 4 tahun aku tak contact dia. Bukan malas, tetapi terputus hubungan selepas aku berjumpa kali terakhir di Paris. Aku masih ingat lagi aku dan dia bersama berjumpa dan bersalam dengan Datuk Sheikh (Malaysian Singer) selepas sembahyang Jumaat di Indonesian Embassy. Sempat bergambar lagi ( ada dlm my previous blog). Aku masih ingat lagi pada satu malam tu aku dan Hassan strolling bandaraya Paris sampai lewat malam hampir pukul dua pagi. Kami berdua asyik makan minum dan turut bercerita kisah kisah lama semasa sama sama di London. His hospitality masa aku bercuti di Paris akan aku terus hargai dan aku akan kenang hingga akhir hayat.
.
Semasa aku ke Brunei aku ambil kesempatan untuk menziarahi dia di Bandar Seri Bagawan dan sempat berjamu selera lagi di rumah banglow dia yang tersergam indah. Selepas itu untuk kali kedua aku singgah di rumah ibunya di Kuala Belait untuk makan tengahari. Aku masih ingat dia hidangkan aku Tomyam panas bersama sama lauk pauk yang lain. Masa belajar dulu biasalah kami lepak melepak di rumah masing masing dan ada ketikanya di hostel. Kalau nak tidur pasti dia akan suruh aku dan geng lain tidur dahulu dan dia orang yang terakhir akan tidur.
.
Hopefully bila aku dah dapat email ni, kami akan dapat berhubung lagi. Anyway sudah berapa anak engkau Hassan? Masih dua atau sudah bertambah. Apa apa pun seronok dapat berhubung kembali. Masih di Brunei atau masih merantau?? Semoga Hassan sentiasa di dalam keredhaan Allah selalu.

Friday, July 10, 2009

Teaching Maths And Science In English - Part II

Aku suka kata kata Engku Aziz iaitu Maths and Science are the learning about figures and formula and cannot generate of improve the command of english explicitly. English memang penting tapi kalau cara yang di ajar di Malaysia yang sudah guna silibus yang sama dah berpuluh puluh tahun tak berkesan, kita perlu tukar sistem pembelajaran English yang lebih effective. Kita perlu creativiti and critical thinking supaya anak anak yang belajar english akan enjoy. Kalau mereka enjoy belajar English, parents yang tak tahu habuk pun English akan di ajar oleh anak anak mereka walau pun anak sebesar murid darjah satu. Kita perlu ada makmal languange yang lebih efective . Masa ni lah gomen kena banyak melabur dengan penuh kejujuran dan ikhlas tanpa ada matlamat politik atau dunia. Seeloknya tambahkan lagi waktu pembelajaran english dan jadikan subjek sampingan seperti pendidikan jasmani, civik, dan moral sebagai perantaraan bahasa english. English kalau nak arif kena banyak membaca. Bukan bermain dengan figures. Bila banyak membaca barulah dapat improve grammer dan vocab.
.
Masa aku berada di Copenhagen, Denmark, boleh di katakan majoriti rakyat nya dapat bertutur english dengan fasih. Tapi mereka masih utamakan bahasa Danes sebagai pertuturan harian, kerja, dan juga sekolah. Sebab apa??? Sebab mereka mempunyai satu system pembelajaran bahasa english yang baik. Kalau mereka berjaya dengan cara tersebut, susahke nak adopt cara mereka gunakan atau salahkan kita belajar dari negara yang dah berjaya dalam tahap pencapaian bahasa english. English tak tentukan hala tuju negara sama ada mundur atau maju. hala tuju sebuah negara bergantung pada sifat atau nilai yang baik, tekun untuk berusaha. Kita kata budaya. Contohnya seperti France, Jepun, Korea.......... English kantoi jugak tapi mereka tetap maju.
.
Setengah mereka tu tak suka revert ke Bahasa Malaysia sebab dalam naluri dah tak suka bahasa Melayu. Walau indah mana pun bahasa Melayu mereka tetap engkar untuk menguasai atau belajr bahasa Melayu. Aku bukanlah pejuang bahasa Melayu tapi berpeganglah kepada kata kata orang tua tua kita dulu dulu, Bahasa Jiwa Bangsa. Rakyat marhain macam kita manalah ada kuasa atau suara untuk menyumbang idea bagi improve english. Pak pak menteri tu creative lah untuk cari penyelesaian yang sudah ada di depan mata. Kami perlukan orang yang creatif dan segar untuk membawa hala tuju bahasa English sebagai bahasa pengantar ke dua. Kami tak perlu lagi paper paper work ni kami hanya perlu people to work.
Teaching Maths and Science In English - Part I





Aku dah lama nak tulis pasal benda alah ni tapi tak berkesempatan. Few days back the government declared to revert the teaching of science and mathematics in Bahasa Malaysia and I will be the first person to give my full support. I hope this uninvited nightmare will mizzle forever and no need to reconsider or potiticise it again merely for the benefit of our children. There are many parents will disagree to the decision but inevitably I would like to give my generous and humble opinion eventhough many will reject my thoughts.
.
Aku professional. Kalau nak tulis dan cakap orang putih no hal walaupun aku di besarkan di kampung. Dari awal english aku tak seberapa tapi aku make a point that I will learn and improve my english till the end. People might wonder why I dont learn Arabic. Hhhmmmm, I got the intention but I am not that keen to learn any other languanges anymore coz I dont have that type of quality to possess and admire many languanges. Dok sini nak belajar cakap Russian pun merangkak rangkak macam siput. Bila aku nikah wife aku tak pandai English tapi berkat usaha belajar dari aku dan membaca buku resepi english aku tu dia sudah ok lah walau tak pandai nak communicate tapi setakat nak ajar anak anak aku yang darjah satu dan dua oklah. Di rumah memang tak cakap omputih pun sebab kami cakap Utara. Tapi anak anak aku bila dah besar dari pandai cakap utara terus cakap pelat KL/Selangor sebab mereka lebih banyak lapang masa di sekolah dari di rumah.
.
Untuk belajar apa apa bahasa sekali pun kita perlu ada suasana atau environment. Kadang tak perlu kesekolah pun. Macam mat Bangla bijak cakap melayu dengan pantas. Sebab bahasa itu menjadi survival dan suasana mengizinkan maka dengan pantas Mat Bangla, Mat Nepal, Mat Vietnam, Mat Burma dan segala macam Mat dapat menguasai Bahasa Malaysia dengan baik. Begitu juga kita kalau duduk Bangladesh for survival and suasana condusive pasti kita pun pandai cakap bangla. Jangan hairan kalau kat Opis tu tea lady pandai cakap omputih sebab ada suasana. Cuba campak anak kita belajar di UK terkapai kapai seorang diri nescaya English dia lebih slang dari omputih tu sendiri.
.
Anak anak kalau nak pandai cakap omputih mesti bermula di rumah. Kalau parents cakap omputih insyaallah anak pun bijak cakap omputih. Tapi kat sekolah mana ada suasana cam tu. Cikgu pun terkial kial cakap omputih. Apa yang kita nak expect sangat? Cikgu nak ajar science and maths pun dah rasa pressure apatah lagi anak anak kita. Semalam aku baca The Star yang kata parents kecewa dengan sikap kerajaan revert ke Bahasa Malaysia. Few parents tu nak tukar anak anak sekolah ke Singapore lah... ke international school lah. Hello reporter......awat hang pi interview parents yang bertaraf professional and orang berada??? Mereka oklah ada segala peluang and money untuk beri pelajaran pada anak anak mereka. Awat tak pergi interview pakcik dan makcik felda Sungai Buaya atau kampung nelayan kat Kuala Muda Kedah tu???? Dia boleh habaq bersyukurnya depa dengan tindakan kerajaan tu...... Ingat pada golongan bawahan sama. Jangan penting diri seperti aur dalam belukar. Pernah tak kita terfikir bagaimana masyarakat desa terutamanya orang melayu nak membimbing anak mereka kalau satu habuk english pun depa tak tau.
.
Jom kita fikir apakah masalah masyarakat di kawasan pendalaman. Kalau kita nak berjaya dalam bidang apa sekali pun, kita mesti suka atau seronok melakukan nya. Omputih kata enjoy. Kalau sesuatu kerja atau perkara yang kita buat tak rasa enjoy, tak akan kemana. Pi mai pi mai tang tu jugak. Dok dang aih nak wat gapo pung. Dah la anak anak rasa pressure dan tak faham belajar bahasa english lepas tu belajar pulak sains dan maths dlm english memang tak faham dan akan menjadi satu tekanan pada mereka. Akhirnya mereka kurang berminat untuk belajar sebab tak faham satu habuk pun. Bila cikgu nengok murid murid pun dah tak minat nak belajar S&M dlm english, cikgu pun boleh hilang mood.

Thursday, July 09, 2009

Tak Habis Habis Demam


Aku call wife aku beberapa hari lepas and my wife told me that Balqis kena demam campak. Cikgu suruh dia pulang ke rumah selepas dapat MC. Demam campak ni kalau nak kena biarlah waktu kecil sebab mudah parut parut hilang. Kalau dah besar baru kena agak teruk sikitlah. Tambahan pula campak mula merebak ke atas kepala dan muka. Untuk anak lelaki tk lah sensitif sangat tapi kalau anak perempuan memang sensitif terutama bila naik kat muka. Yelah...tak cun lagi lah. Alhamdulillah Kiz dah sihat and campak tak merebak sampai ke muka. Next sunday bolehlah balik ke asrama semula.
.
Hari Selasa lepas pulak Ubai demam lagi. Lepas balik sekolah terus dia tidur. Aku memang risu pasai dia ni. Dh la dekat periksa beberapa bulan lagi, lepas tu kerap sangat demam. Dalam masa dua bulan ni dekat 3 kali dia demam. Aku kata kat wife aku mungkin dia sensitif dengan cuaca panas sangat ko. Yelah born in UK katakan. Masa aku balik Malaysia dekat seminggu dia demam and tak dapat ke sekolah. Batuk, sakit tekak, demam panas dan entah apa lagi. Aku cuba jugk fikir fikir ada apa apa nazar ke apa ke yang aku belum tunaikan. Aku selalu nasihat dia jaga kesihatan sebab periksa dah dekat. Kalau demam nanti nak belajar pun susah. Dah pening kepala macam mana nak masuk.
.
Next Yusuff demam lagi sebab empat batang gigi taring nak tumbuh serentak. Kalau dia demam wife aku memang tk boleh buat apa pun. Dia merap dan asyik nak bertenggek kat wife aku je. Sekarang dia dah ok and dah nampak gigi gigi tu dah keluar. Masa aku blik hari tu dia demam seminggu sebab gig geraham nak tumbuh.
.
Sejak aku balik ke sini anak anak aku demam satu persatu. Bukan baru baru ni saja terjadi tapi sejak tiga bulan yang lalu. Masa aku talipon wife aku semalam dia pun demam. Tapi nak buat macam mana sebab bila anak anak dah ramai kena layan jugaklah walaupun demam.
The Deception - Barry Reed


A promising tennis player with overly demanding father, Donna DiTullio is hospitalized with Suicidal manic-depression. Within weeks of her admittance to St. Anne's she feels better than ever, thanks to an experimental new drug called Capricet. Then, during a break from group therapy, Donna plunges from the hospital's balcony, landing herself at death's door, comatose and paralysed.
Enter Dan Sheridan a sharp_edged Boston ottorney called in to sue the hospital. As Dan goes up against Boston's two most powerful institutions - the medical establishment and the Church - he finds himself embroiled in a case that will challenge his belief in the law, his personal code of ethics... and may even cost him his life.
.
Dah seminggu lebih aku selesai baca buku ni. Sebab sibuk aku tak sempat nak conclude. Jalan cerit memang best as usual. Buku ni aku beli kat ruang legar kat section 14 PJ. Mula tu masa aku pegi nak cari buku ingatkan buku buku baru yang discounted. Rupanya buku lama-lama yang second or third hands kalau tk silap. Nengk rupa buku pun dah agak lusuh. Tapi beli juga lah kalau tidak buat rugi minyak kete je. Nak habis buku ni rasa macam tak de mood and malas aje. Aku kendong untuk habiskan on the way back to Malaysia baru ni, tapi nak buka buku and baca pun tak ada mood. Sampai di rumah gagah juga baca tapi tak ada mood juga sampailah aku tiba kembali dalam bilik aku ni.
.
So aku continue selepas baca beberpa halaman. So aku continue the reading. As I read and feel the narration of the writer aku mula rasa interesting how Dan Sheridan makes full effort to sue the hospital for negligence. The hospital offer to settle for only 200K and raised to 1Million. But Dan insisted to have the maximum liability from the insurance company. Finally the hospital was found guilty and Donna got her 20 million to support for her medical for the rest of her life.
.
Apa yang tak seronok tu Dan finally refused to receive any legal fee to the amount of 5 million. Hhmmmm ..... keje penat penat tak nak duit??? So aku rasa conclusion dia tak dak Urrmmp la. Baik macam mana pun kena gak charge client reasonable fee.

Sunday, July 05, 2009

Lia Pregnant
.
Aku tak tahu samaada berita ini akan membuat aku gembira atau tidak. Aku expect the due date will be three quater of this month. Pening juga aku pikirkan benda ni. So aku terpaksa sediakan bekas dia nak beranak dan bersedia untuk menimang anak anak dia. Betoi ke nii...... Mula mula tu aku tak nak bagi dia beranak. Tapi romario asyik datang bilik aku dan mendayu dayu dia memanggil Lia. So Lia dah heat, dia pun asyik tenung kat tingkap. Kadang aku kesian tapi kadang aku rasa satu masalah pulak. Ada satu ketika dia dah macam ketagih semacam sampai meronta ronta dalam bilik. Bila aku lihat keadaan dia teringat aku cerita Penarik Beca apabila Azizah tak dapat lagi menanggung rindu dendam yang teramat membara kepada si penarik beca tu. Kira sukar nak pisahkan. Begitulah penangan gelora nafsu yang terjadi pada Lia. Aku pun rasa tak sampai hati
.
Aku call wife aku beritahu tentang keadaan Lia. Wife aku kata dia binatang pun bernafsu and memang Allah dah jadi kan mereka macam tu. Finally aku agree untuk satu kan dia dengan Romario. Bila aku buka pintu bilik terus saya Romario terkam Lia. Aku pun bagilah depa privacy and lepak kat bilik Pokku. AKu ingat sekejap aje tapi rupa rupanya Romario mau tiap tiap hari. Aiyooo...berapa kali ko nak?? Kesian aku nengok Lia tu kena belasah. Finally aku terpaksa prevent Romario masuk ke bilik hingga ke saat ini.
.
Last week end aku mandi kan Lia sebab dah lama tak bersihkan diri. Biar dia kelihatan segar dan bersemangat untuk menimang cahaya mata. Sekarang pada waktu malam dia akan sentiasa bertenggek pada aku di atas katil untuk di belai. Perut pun dah semakin besar dan menanti masa saja untuk meletup.....
Cerita Pasal Gigi
.
Aku bukan nak cerita pasal gigi seperti seorang dentis. Tapi aku nak cerita pasal kisah aku dan gigi anak anak aku. Aku memang sentiasa ambil berat pasal gigi anak anak aku. Sejk mereka baru lahir sampai meningkat dewasa. Kalau nak kata gigi aku cantik tak ada lah. Masa kecil dulu hidup tak mewah dan perihatin pasal gigi sendiri mau jaga. Parents cuma pesan gitu gitu saje. Dulu berus gigi daht terkankang pun masih di gunakan. maklumlah tak ada duit sangat. İngat lagi sebelum aku ke oversea sambung belajar. Masa teman member aku chek gigi dia dengan Dr Ismail kat Daya Bumi, Lepas tu dia terus panggil aku untuk cek gigi. Aku malu-malu masa tu and try to refuse tapi dia kata jgn malu sebab nanti kalau sakit gigi susah nak belajar. Bila dia cek rupanya banyak yang kena tampal walau pun kecil. Sudah selesai dia beri aku bisness kad dia dan minta aku hantar poskad bila sampai di London. Aku ucapkan terima kasih sebab free...hehehehe and sampai saja di London aku terus hantar kad ucapkan jutaan terima kasih. Sampai sekarang gigi aku yang di tambah masih ok.

Bila aku dah mempunyai anak anak yang ramai, sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur aku akan pastikan mereka berus gigi. Kadang aku paksa mereka buka mulut untuk pastikan gigi mereka bersih sentiasa. Aku rasa kadang anak anak aku pun boring dengan perintah gosok gigi aku yang di ulang tayang selalu. Ada juga anak aku yang kelentong. Tapi kalau aku chek gigi mereka masih tak bergosok dan aku akan bawa mereka ke bilik air dan aku sendiri yang akan gosokkan. Masa tu baru depa tau azabnya aku gosok gigi depa. Lepas tu tak berani kelentong dah. Bukan garang tapi nak disiplin kan anak anak. hhehehehe.....


Anak anak aku kalau longgar gigi mereka takut cakap kat aku sebab nanti aku cabut. Mereka rela pegi jumpa dentis daripada jumpa aku dentis yang tak bertauliah. Ada sekali tu gigi anak aku, Safwan sudah longgar tapi dia main main dengan aku sambil acah2 menunjukkan gigi dia yang hampir tercabut. Apa lagi bila dia tidur aje aku sentap skit terus tercabut tanpa di sedari. Sama lah dengan anak anak aku yang lain. Aku pura pura nak nengok dan pegang tapi lepas tu aku kais sikit aje terus terpelanting. Apa ladi depa mengamuk lh kat aku. Seperti yang berlaku baru baru ni pada Ikhlas. Hehehehe.......

Anak aku dua orang pakai braces. Pertama Ubai sebab gigi depan dia jongang. Aku selalu kata kat dia, muka nampak hensome tapi bila gelak dan senyum nampak gigi jongang...tak cun la. Masa dia tingkatan satu aku bawa jumpa Dr Aidil untuk bracekn gigi dia. Alhamdulillah gigi dia dah cantik dan tersusun rapi and kopak jugak duit aku RM2000. Keduanya anak dara aku Kiz. Dah dekat setahun dia pakai braces sebab tetiba gigi nampak jarang aje. So aku bawa jumpa Dr Ahmad untuk bracekan and kena kapur RM2000 jugak. Sekarang dah nampak cantik tapi kena tunggu sampai dua tahun baru boleh buka.
.
Baru ni aku suruh wife aku bawa Shamimi jumpa Dr Ahmad sebab gigi susu dia tak luruh lagi di bahagian depan. Bila jumpa Dr Ahmad dia kata gigi tu gigi kekal. Terus Dr Ahmad kata kat wife aku yang aku ni mimpi ke? Wife aku jawap balik, yang aku ni memang tahu sejarah gigi anak anak aku. Memang betul monitor gigi anak anak aku. Pernah Kiz pergi jumpa dentis and lepas x-ray dentis kata gigi susu tu dah bertukar menjadi gigi kekal. Rupanya susu gigi Shamim dah menjadi gigi kekal.
.
Kalau aku buka sejarah gigi bercerita dengan anak anak aku ramai yang tak percaya bagaimana aku patahkan gigi mereka semasa tidur. Yelah dari kasi pada dentis sampai RM30 untuk stu gigi susu, baik kasi Dr ni untuk cabut gigi.