Thursday, May 29, 2008

Hutan Rimba Komenwel
.
Cuti ni tak kemana mana cuma dekat dekat sekitar Rawang sahaja. Nak buat macam mana keadaan tak mengizinkan sebab keluarga tak sihat. So aku pun ajaklah anak anak aku yang empat ni ke Hutan Rimba Komenwel. Sebenarnya aku dah tinggal di Rawang dah lebih 8 tahun dan inilah pertama kali aku menjejak kaki ke hutan rimba ni. Niat dah lama nak datang tapi tak tergerak hati. Yang membuatkan aku teruja nak kesini
sebab aku ada membaca majalah LIBUR yang menunjukkan taman rekreasi yang ada kuda kuda untuk di tunggangi. jadi aku pun ajak lah anak anak aku untuk naik kuda. Di mana silap aku pun tak tahu rupa rupanya seekor kuda pun tak ada. Memang hampeh........ Rupa rupanya terdapat chalet di sini dan kawasan di sebalik bukit adalah sebuah taman yang siap untuk orang berkemah. Ok lah juga. masa kami ke sana adalah beberapa budak2 sekolah datang untuk berkemah bersama sama dgn guru guru mereka. Bagi aku tempat ini kurang publisiti dan perlu di majukan lagi. Suasana nyaman dan damai cuma need somebody yang creative untuk hidup kan suasana yang damai dan harmoni ini. Kalaulah aku menjadi Menjadi Menteri kebudayaan dan Perlancungan, tahulah apa aku nak buat. Sayangnya kita ada so many morons yang membimbing kita....hhhhmmmmmm. Aku harap anak anak aku tak lah terkilan kerna tak dapat menunggang kuda. Aku pun terasa terkilan gak. Sure depa ingat aku tipu depa ni.







Buying More Books

Pagi tadi aku ke KL sebab ada beberapa benda yang aku nak cari. Pertama sekali aku nak cari aku nak ke LowYat untuk beli external hard disk and web cam. External hard disk ni sebab senang untuk aku storekan semua gambar gambar yang aku ambil. Webcam pulak supaya senang aku nak chat dengan anak anak aku seta isteri. Bila lihat wajah mereka secara live seronoklah sikit. Cuma tak ada physical touch aje. Keduanya aku nak ke MPH nak cari dictionary russian english for easy communication. So selepas aku ke Lowyat aku ajak Ubai ke Starhill pulak sebab nak cari kedai buku. Jalan punya jalan terserempak kedai buku Bourders. Apalagi terus masuk lah. Masalah aku ni ialah pantang nengok buku. Kadang tak baca pun tapi jadi hobi untuk kumpul buku...hehehhe...orang kata biar ada senang bebila nak baca.


Jadi aku beli buku ini untuk my general knowledge and memang ada hati nak bela pun burung burung ni. Tapi not now. Lagi pun saja aje beli mana tau abang aku teringin buku ni. Boleh lah dia pinjam buat tambah ilmu sama untuk bisness burung dia tu.


This my easy russian dictionary. Orang kata at least kena lah tau beberapa ayat supaya tak sesat di negara orang. Tak kan hanya tau perkataan 'nyet' and 'spaciva' aje. Aku memang berazam ni untuk belajar simple languange. Doa kan supaya tak jadi pekasam. At least sebelum tido tu dapatlah hafal dua tiga ayat kan. Member aku yang lain dah terer dah russian ni. Cakap tak adalah macam ayo tapi bolehlah kalu nak tawar mentawar masa membeli belah. Taklah macam aku satu habuk pun tak tau.

Dan lastly aku beli buku novel ni. Bukan apa cuma nak cari idea skit skit untuk aku nak jadi novelist...hehehehehe...cita cita yang tak tercapai lagi. Entah bila terjadi tak tahulah. Tapi azam tetap ada. Sebenarnya aku tak pernah baca karangan makcik ni. Tapi nampak macam interesting aje. Jadi aku belilah sebab beli 2 dapat free 1. Aku lebih tertarik untuk membaca novel author lelaki sebab senang di faham. Simpale vocab and precise. Compared to author perempuan yang banyak menggunakan vocab yang hebat hebat serta bahasa yang comlicated, bagi aku yang tak berapa pandai baca omputih ni. Anyway orang kata lets try kan. belum cuba belum tahu...jadi nanti aku mula. So my next trip aku dah bawa six novels for me to finish for my next assignment. Wow macam macam plan ni.....

Whydah Finch and Javanese Sparrow


Baru ni Abang aku datang rumah untuk cari burung finch and javanese sparrow. Memandangkan aku dan abang aku satu kepala suka bela burung jadi aku pun bawalah dia ke kedai burung di Jalan Ipoh. Sebenarnya dia nak beli Goldion Finch, tapi tokey tu kata betina tak ada. Tapi aku rasa memang ada betina tu. Mungkin tokey tu buta sex kot. Bila aku belek belek di internet rupanya ada jantan dan betina. Jadi aku pun tak jadilah nak beli. Finally aku hadiahkan Whydah finch and javanese sparrow untuk abang aku.
.
Dulu masa kecil kecil aku selalu ikut dia pergi memikat burung. Aku tukang ikut aje tapi dia lebih bijak. Pernah satu ketika kami bela banyak jenis burung merpati. Dari fantail ka jacobine dan sebagainya. Kalau tak silap aku ada lebih kurang 15 jenis merpati semuanya. Pada masa tu aku masih lagi bersekolah menengah. Balik dari sekolah dan waktu cuti, tempat aku pada lau burung ini lah. Boleh duduk berjam jam melihat ragam burung merpati. Tapi apabila aku dah ke luarnegara untuk sambung belajar, semua burung burung tersebut telah di curi dan mati.
.
Sekarang abang aku dah nak commercialisekan menternak burung. Dia minat sangat oklah lagi pun rumah mertuanya memang luar. Bukan macam rumah aku yang sekangkang kera. Semua nak taruk. Last last semak samun. nampak gaya burung love birds, zebra finch and budgies dah menampakkan hasil. Oklah tu.... Aku pun terinin juga nak bela tapi buat masa sekarang harus di lupakan sahaja niat tuh. masa di Turkmenistan nayris nyaris aku nak beli burung untuk di jadikan pet dlam bilik aku. Sekarang dah ada dua ekor kucing maka niat tu terpaksa di batalkan nanti jadi mangsa kucing pula.
Dugaan Yang Menuntut Kesabaran


Hhhhmmm.....aku balik cuti untuk pertama kali tidak kemana cuma duduk di rumah dengan anak anak dan isteri. Sebenarnya sudah lama hendak aku coret di sini tapi keadaan tak mengizinkan. Tak apalah. janji aku masih ada kekuatan untuk menulis kisah hidup aku di lembaran ini.
.
Tiba saja di KLIA isteri aku telah setia menunggu kepulangan aku. Rupanya Yusuff pun turut sama menanti. Dah bear pun Yusuff. Sudah lima bulan. Ingatkan dia tak kenal tapi masih mampu memberi senyuman untuk menyambut ciuman aku. Aku nampak dia selsema sahaja. Demam sudah berangsur pulih.
.
Tiba di rumah anak anak aku yang lain sihat sihat sahaja tetapi Hadi masih demam. Umi beritahu cuma demam biasa sahaja. Walau pun di hitung cuti lama lah juga tapi apabila di lalui cuti ini berlalu seperti air terjun. Begitu deras tak terasa masa berlalu. Aku ajak wife balik kampung pada weekend berikutnya untuk menziarahi ibu aku dan membaharui paspot antara bangsa. kalau buat di Sungai Petani senang dan tak ramai orang.
.
Kami terus ke Penang dahulu untuk beli barang keperluan sebelum tiba di rumah emak aku. Aku cuba ada dua tiga hari sahaja untuk di kampung sebab anak anak aku yang lain ada di rumah sebab minggu berikutnya mereka ada peperiksaan. Jadi kami tujuh beranak sahaja yang pulang iaitu Hadi, Shamim, Adah, Ikhlas, Yusuf, Umi dan Aku. So cukuplah dua malam bermalam di Gurun dan semalam bermalam di Sungai Limau rumah wife aku.
.
Memang kami terpaksa bergegas untuk kesana kemari dan masa begitu pack. Lepas makan kenduri Kak Jah, jiran mak aku, kami terus bertolak. Agak pukul 1.30 aku singgah ke rumah kakak aku di Parit Buntar untuk hantar barang yang mak aku kirimkan. Kami tak lama di sini, lebih kurang satu jam sahaja.
.
Agak petang baru sampai ke rumah aku. Barang banyak dalam kereta. Aku panggil anak anak aku yang besar untuk angkat barang. Badan letih tak tahu nak cakap. Esoknya wife aku mengadu pening kepala. Hadi pun demam dan pening. Wife aku kata mungkin demam biasa. Tapi besoknya demam masih tak kebah dan suhu makin meningkat. Begitu juga Hadi. Aku jadi risau. Aku suruh wife aku ke klinik bersama Hadi. Tapi demam masih tak kebah. Kepala masih pening dan suhu masih panas. Aku suruh wife aku ke klinik untuk ambil darah mana tau kalau demam denggi. Sebab sekarang ini virus denggi dan nyamuk edes sedang mengamuk di negeri Selangor.
.
Dua hari lepas tu nampak ada bintik merah timbul dan dr dah sahkan wife aku kena denggi. Aku kesian nengok wife aku dan aku kesian nengok Yusuf. Wife aku demam, Yusuf pun tak lalu nak menyusu. Dia menangis sepanjang malam. Then aku ke kedai beli susu tepung dan ajar dia susu botol. Pada mulanya memang dia rejek. Semua susu tumpah ke tilam dan bantal. Wife aku demam masih teruk dan Dr nasihat ke hospital. Aku bawa wife aku ke hospital dan terus admitted selama empat hari tiga malam dari 18hb sampai 22hb May. Mujurlah mertua aku datang untuk menjaga anak aku yang lain dan Yusuf terpaksalah di pisahkan dari wife aku selama beberapa hari. Wife aku sedih dan macam macam yang di fikirkan. Aku macam biasalah masih maintain macho. Hehehe...
.
Lepas wife aku bernasur pulih anak aku Safwan pula demam yang serupa. Aku bawa ke klinik dan di ambil darah. Rupanya dia pun denggi dan blood count makin turun. Boleh kata akulah pelanggan setia ke klinik Ng and Singh tu. Aku risau takut Safwan kena masuk hospital. Orang petua bagi makan sup ketam, buah tembikai, bendi masak belacan dan minum 100 plus. semua aku buat. Dah berkilo ketam aku beli. Bukan murah dekat RM19 sekilo. Beli jugalah sebab nak baik cepat. Alhamdulillah selepas tiga hari darah dia makin naik dan tak perlu ke hospital lagi. Cuma monitor dari rumah sahaja. Waktu aku bertolak kembali ke Turkmenistan dah hampir. Aku rasa sukar untuk balik sebab anak aku masih demam dan wife aku masih lemah. Aku call boss mintak sambung cuti seminggu. Alhamdulillah Boss kasi.
.
Aku ingat satu bab dah selesai. Hari Jumaat tu aku pergi ambil Kis dari asrama. Cuti sekolah dah bermula. Malam tu badan dia dan Ubai pula panas membara. Aku cuba rasa di leher mereka. Ya rabbi memang membara. Aku naik risau. Denggi lagi ke? Alah hai...lepas satu satu aku mengeluh. Aku ke pasar lagi mencari ketam, beli 100 plus, bendi untuk precaution. Kita usaha saje lah lain tu berserah dan doa pada Allah. After 3 days badan Kis and Ubai masih panas. Mula ambil darah Ubai Dr kata masih normal. Kis dah nampak ok, rupanya dia demam sebab nak datang haid. Sekarang dia dah sihat dan enjoy sakat kat umah sebab rehat serehatnya.
.
Aku masih ke klinik untuk monitor darah Ubai. Rupanya darah dia semakin menurun dan Dr kata tiada ubat untuk demam denggi ni cuma minum air banyak dan ambil vitamin. Petang tu anku nampak bintik merah dah mula muncul. Pada muka pun kelihatan. Mulanya aku ingatkan jerawat tapi itu adalah tanda denggi. Aku kembali kehospital untuk rawatan seteruanya. Dr ambil lagi darah untuk di periksa sehingga darah kembali normal. Harap dan doa agar ubai tak lah perlu kehospital. yang penting perlu minum air dan 100 plus dengan banyak.
.
Petang ni Syamim pula demam. Mungkin dia demam sebab tolong aku bersihkan garden pada petang semalam sewaktu hujan renyai renayai. Kalau esok badan masih panas sehingga pening aku terpaksa bawa ke klinik lagi untuk ambil darah. Nampaknya silih berganti family aku kena demam denggi macam passing baton. Inilah yang di katakan dugaan. Orang alim suka kalau mereka sakit sebab petanda Allah ampun dosa. Bagi aku inilah dugaan untuk aku. Aku perlu imbas kembali apalah kesalahan aku dan aku perlu bersedekah. Insyaallah besok aku akan pergi ke madrasah untuk tunaikan tanggungjawap ini.
.
Ahad ni aku akan berangkat kembali dengan harapan agar di pelihara keluarga aku sebaiknya oleh Allah taala.

Tuesday, May 06, 2008

What A Wonderful Tulips















These artificial tulips that I snapped near Taksim Square and Blue Mosque. Tulips only bloom in the month of April and remain hibernating through out the year. No more fresh tulips that spread their varieties of colours anymore. These gigantic tulips are pretty enough to attract the people around but not for the bees or butterflies.
Listen to Me!!!
Kelakar pun ada kesian pun ada. Masa aku tengah bersiar siar di Taksim ( kawasan walking shopping street) aku terpandang budak kembar yang comel ini di leteri oleh ibu mereka. Apa yang ibu mereka leterkan aku kurang pasti. Tapi bila di lihat budak dua ni nampak taat aje mendengari nasihat dan leteran ibu mereka. Teringat akan aku masa dok meleter pada anak anak aku. Tapi aku ni dadddy yang baik. Aku kurang leter pada anak anak aku. Cuma motivasi dan diplomasi....kononnye...hehehehe. Kalau wife aku leter pada anak anak aku selalu aku tegur dan tanya wife aku. Cuba awak bayangkan jadi diri mereka yang di leteri. Suka tau tidak.... Kalau tak suka maka samalah perasaan bubudak tu. Aku lebih suka bermotivasi dari berleteri. Tapi orang perempuan memang macam tu. Kadang tu nampak aje leter pada anak anak tapi sebenarnye nak leter pada si suami tu...hehehehhe...ingat kita tak tau no....

Anak Gadis Turki

Masa aku dan Azam tengah dinner tetiba aje budak ni datang jual gasing. Aku pun suruh dia aksikan gasing tu dan aku ambil gambar dia. Dia kata satu 5 lira esok 6 lira. Biasalah ayat tu. Tapi kami tak beli pun. Kalau nak beli pun, nak beli budak tu untuk anak teruna aku. Insyaallah 12 tahun lagi aku akan datang di tempat yang sama untuk meminang hang jadi menantu aku. Kalau jodoh dan di makbul Allah tak kemana hendaknya. Eh..macam boleh buat cerita novel aje ni.

Blue Mosque and Its Interior
I must be very regreted for not bringing my DSLR camera with me. I brought the toy and compact one. The focus was not so sharp and blur. But for my next excursion for sure I will carry along with me. Anyway my toy camera really helps me a lot at least I should thank her.
After I finished my meeting with Mr Zehnin, I politely asked him about the blue mosque. I have no knowledge about its architechture and construction. It worth to buy a book narrating about the mosque specifically about the master mind behind this wonderful place of worship. So I asked him when was this buiding was built? He cannot give me a precise date but he told me that the building was built about 400 hundred years ago. Wow...itds amazing. He told me that he got a book about the Blue Mosque of Sultan Ahmed Mosque but was written in Turkish. But he promised me that for my next assigment he will give me the english version.
Firstly I was unsure whether to be in Istanbul again and secondly whether I manage to get this book from him. Is he going to give it free for me??......Even he borrow it to me I dont mind and infact I better buy one. Since I already in Kuala Lumpur, why not I take this oppurtunity going to Kunikuniya at KLCC to find this book. Must be very interesting to possess this valueble experience plus the history behind it.
I took this picture taken during the sunset. If Im not mistaken, if you take pictures from E, W,N and South at 90 degree or perpendicular, the image interestingly symmetrical. Can somebody correct me if I'm wrong.
All the floral and geometrical designs were painted by hand. I wonder how they did it and they are so beautiful. The mosaics were placed next to each other to perform a perfect symmetrical floral.

The columns are very big made of huge marble blocks

I was resting at the back after I finished my prayer. The outside was drizzling. I waited for Azam to finish his prayer. Then I saw these few ladies were busy taking photos. Hhehehehe......then I took their photo as well...

Friday Prayer At The Blue MosqueThis was the second time I perform my friday prayer in the Blue Mosque. My first prayer was last January and this was my second time. We were late. By the time we reached the mosque the Azan was already finished. I thought I could perform my prayer inside the main hall but we managed our row at he back corridor. Hhhmmm...it was still ok at least our intention to perform our prayer was still fulfilled. I was located near the main enterance of the Mosque and people still coming to join the lecture from the imam. I thought mostly they were muslim to perform the prayer too but surprisingly the tourist largely from different religions stayed focus and listened attentively to the sermon. Wow such a magnificient environment. The ladies were covering their head and remained quiet and calm.
Unfortunately I was out of focus for a while and start taking this oppurtunity to snap few shots. Eventhough the sermon was delivered in Turkish but nobody moved from their positions except for the new comers who were searching for the right space to sit or taking nice shots.
Blue Mosque as its well known of of Sultan Ahmed Mosque was built more than 400 years ago. The beauty and its environment are uncomparable. Just splendid and marvelous!!

Hotel Booking - Hotel Artefes

Entahlah kali ni nak booking hotel di Istanbul area Sultan Ahmad or Taksim memang susah. Aku pun hairan. Penat aku dan Azam search di internet untuk book hotel. Dari hotel murah, single room, double room, 3 stars, 4 stars dan sebagainya masih gagal untuk mendapatkan. Azam dia fikir senang aje...jom kita walk in aje. Aku pulak jenis nak settle semua dulu baru tak pening. If not buang masa aje asyik masuk hotel keluar hotel tanya ada kosong tak. kalau jalan lenggang kangkong tak apala. Tapi ni dengan beg beso dok menarik macam akedemi fantasia mahu penat satu badan.

So aku terus mencari hotel dan dapat lah the only double room available di hotel artefes. Harganya pun boleh tahan saja. Terbeliak juga biji mata bila melihat harga tersebut. Lihat pada laman web memang nampak cantik design ala american home gitu. So dalam hati kami mesti bilik tu cosy and sarat dengan antik furniture.

Sampai saja di hotel, receptionist kata after 12 boleh check in. So kami ronda dulu dan suruh dia org masuk terus beg ke bilik kalau kami lewat tiba. So after penat berjalan lebih kurang 2 hours after that kami pun baliklah untuk membelai diri, mandi dan siap nak pegi makan. Bila dapat aje kunci memang excited habis. Bila buka pintu aje terus perasaan syok tu jadi suram. Orang kata anti climax gitu......rupanya indah khabar dari rupa dan bilik nampak stuffy sangat. Memang unsangkarable.......Aku pandang Azam dan Azam pandang aku kami dua dua ketawa....Bilik nya pulak kecil aje.

Sebelom tu aku ada kata kat Azam kalau tak dapat hotel jugak elok kita iktikaf aje di anjung Blue Mosque. Kita pasang niat iktikaf........

Goodbye Romario and BoBoHai Roma and Bobo.... Harap harap both of you sihat walafiat. Bila menumpang dengan orang tu jaga lah diri baik baik. Jangan nakal nakal dan dengar cakap bila orang suruh apa apa. Sedar diri skit bahawa kita menumpang kasih pada orang lain. Jadi sepeninggalan tu both of you duduklah dengan Pokku elok elok. Anggaplah dia seperti daddy korang juga. Bila nak berak atau kencing pergi ke toilet. Jangan nak pee atau berak di atas katil Pokku pulak. Mengamok bapa angkat korang nanti. Kalau apa yang Pokku beri makan, makan ajelah. Tapi biskut dah di beri pada Pokku untuk korang makan. Bila Pokku tidok jangan bising bising. Kalau nak melawak tu ada waktunya. Kalau orang tengah tidor korang tidor lah sama. Sejuk hati Pokku kalau korang pandai jaga diri. Anyway nanti bila I balik I will bring for you something. Mesti korang pun dah beso and silap hari bulan I pun korang dah tak kenal. Kalau both of you rindu kat I mintaklah Pokku chat kan dgn I nanti. OKlah akhir kata semoga bahagia dan jumpa lagi di lain masa.