Monday, August 30, 2010

Koleksi Pinggan


Ini dia pinggan yang aku beli kat Bazar. Nak tau sebab aku beli pinggan ni? Pertama sekali aku memang tak ada pinggan. Pinggan yang aku guna ambil dari kantin. Sampai suatu ketika cleaner subotaj balik. Lepas tu aku kena sabotaj semula. Begitulah jadinya. Finally aku decided beli pinggan sendiri kat pave boot sale. Dua biji harga 6Manat. Lebih kurang RM6. Nampak menarik dan antik. Memang sampai mati aku tak akan jumpa lagi pinggan macam ni. Kira koleksi antiq aku la ni. Keduanya aku beli sebab nak bantu ekonomi orang local. Kalau aku tak beli sapa nak beli kan. Kira kena jadi pemurah hati kejap. Dan ketiganya pinggan ni nampak macam serba guna. Boleh isi kuah dan sebagainya.

Sunday, August 29, 2010

Alat Pengukur Berat


Dah lama aku nak beli benda alah ni. Hari ni baru tercapai maksud. Dulu main agak agak aje berat. Bila lebih pening kepala bila kena paw dengan orang yang tak ada iman tuh. Kali ni aku nak kena measure betul betul supaya tak exceed berat. Kadang tak lebih pun tapi hand luggage dia nak timbang sekali tu yang jadi masalah. Rasa macam aku nak cekik cekik orang dekat kaunter tu. Lusa aku dah nak siap berkemas. Banyak barang yang ada aku nak bawa balik. Yelah projek rasa macam nak habis tapi tak juga habis habis......
Silver Spoon


Ini dia koleksi silver spoon yang aku baru beli. Aku rasa di sini aku seorang aje yang kumpul silver spoon ni. Kalau di gilap balik baru berkilat dan berseri. Kadang tu geram juga sebab sudu dalam bilik semua kena ambil balik oleh cleaner. Hehehehe...kita pinjam aje bukan ambil terus kan...kan...
Jom Ke Bazar
.
Hari ni kami ramai ramai ke Bazar. Tak ramai mana pun cuma 6 orang sahaja. Bukan apa sebab Jumaat ni dah nak balik ke Malaya. Cuba cari barang apa yang patut nak bawa balik ke Malaya. Cuaca hari ini terang benderang sebab Pak Said turut ke Bazar. Aku rasa makcik makcik kat bazar pun boleh terkejut lihat Pak Said hari ini. Yelah seperti orang baru tiba aje. Kalau tidak tak mahu keluar langsung dan asyik pesan kat kita aje untuk beli barang. kalau tersilap komplen pulak...aduhhhhh. Hari ni dia kata dia nak cari kacang yang special untuk Hari Raya. Raya nanti jom kita ramai ramai serang rumah Pak Said.

Inilah wajah Pak Said yang hensem sambil ketawa gembira. Yelah dah nak balik dan tiket belom kompom lagi. Yang best tu dia masih ceria sentiasa. Kalau nak suruh dia cerita tanya aje pasal cucu dia. Dia boleh cerita non stop sedar sedar waktu pun dah lunch.

Ni member aku Lan. Dia malu sebab tu tak pandang camera. Dia dah lama tak balik Malaya. Kira kira dah 5 bulan. Isnin ni baru dia balik. Kita dah dekat biol baru leh balik kesian dia kan. Mak Andeh mesti dok tunggu kat tiang seri menanti kepulangan che abang yang tercinta.
Borat From Kazarkstan Atau Mahmud From Ganu??


Cuba nengok betul betul wajah tersebut. Adakah wajah Mahmud dari Ganu atau Borat dari Kazarkstan?? Sebenarnya itu adalah Abe, pure atau ori orang Ganu. Hari ni sebenarnya aku ke bazar dgn dia and aku nak beli kopiah untuk anak aruah kawan aku. Sedang aku dok belek belek rupanya Abe pun teringin nak beli topi Turkmen yang special sikit tu. Lepas di cuba cuba aku pun ambil gambar. Aku kata nak letak dalam blog aku. Yelah berapa lama lagi nak duduk di sini kan. Silap silap balik ni balik terus da tak datang lagi.
.
Aku pun teringin juga nak beli kopiah tu tapi nanti dululah sebab aku rasa banyak masa lagi aku boleh beli. Kalau nak tau wajah Kazark, ini adalah satu contoh dan yang paling ketara wajah mereka seakan akan Altantuya. Nak sebut nama dia pun aku seriau sebab dengar kata hantu dia masih berkeliaran di Malaysia untuk mencari mangsa yang sebenar. Betul ke????

Sunday, August 22, 2010

Apa Aku Buat Hari Ini


Semalam aku tidur lewat sebab berborak sakan dengan member member. Macam macam kami borak. Kalau di rekod dan di karang boleh jadi novel. Gossip?? Mana ada...bulan puasa ni kena control gossip. Tapi adalah juga terselit sikit sikit...hehehehe. Lepas subuh aku terus ke kitchen nak ambil bahan masak. Nengok chef tak ada kat dapur. Lastly aku minta kat helper. Aku nengok ada apa lauk special yang ada. Rupa rupanya ada ikan bawal. Wah memang best kalau aku masak kari makan dengan nasi serai special aku. Member member aku kalau makan selalu kata nasi dagang. Ada mirip tapi tak serupa. Tapi rasanya memang best...
.
Oleh kerana aku tidur lewat, aku bangun dah dekat pukul 12. Letrik pula tak ada. Lepas tu Lan call. Aku malas nak jawap sebab tak ada mood. Lepas tu dia sms and aku terus balas. Dia dah disturb tido aku jadi nak sambung dah tak boleh. Dekat pukul satu baru ada letrik. Aku terus bingkas ke bilik mandi untuk masak kari bawal and selesai masak terus aku mandi dan zohor. Kejap lagi janji nak gunting rambut Abe tapi dia masih lagi tido. Kari aku pun dah siap seperti di gambar. Rasa baru puas makan di bulan puasa ni.
.
Cerita pasal bulan puasa ni, dalam bilik aku putarkan lagu lagu raya. Baru best, tapi tak adalah sampai nak berjurai air mata keluar. Bukan apa, nak zahirkan mood raya....heehehe. Kalau korang datang bilik aku siap ada lampu lip-lap lagi. Memang kelas. Lain dari bilik bilik orang orang lain. Bab makan aku tak cerewet sangat. Kalau tak masak aku akan ambil tapau kat kantin untuk makan sendirian dengan tenang di bilik. Semalam masak nasi briani dengan kari ayam. Enjoy aku nengok member aku makan. Aku macam biasa makan sikit aje sebab on diet and shape my body...hehehehehehe.
.
Insyaallah Quran ada lagi 5 Juz untuk habis. Niat insyaallah tercapai untuk habiskan satu Quran di bulan yang mulia ni. Ada lagi 10 hari aku nak balik ke Malaysia. Dah tak sabar rasanya untuk bertemu keluarga terutamanya Hana dan Yusuff. Rasa banyak sangat program yang nak bikin cuti ni dan aku doakan semuanya akan tercapai.

Friday, August 20, 2010

Pandanglah Tepat Ke Matanya


Pandanglah tepat ke matanya dan apakah perasaan kamu? Apakah dosa yang terpalit pada bayi ini? Sesungguhnya bayi itu di lahirkan seperti sehelai kain putih dan ibubapa yang mencorakkan nya. Sebenarnya aku turut berasa sedih di atas kisah kisah pembuangan bayi yang semakin melampau di Malaysia. Salah siapa? Salah saya, tuan tuan dan puan puan yang beragama Islam sebab gagal menyampaikan kebesaran Allah kepada seluruh manusia. Kita tak payah nak menuding jari ke arah orang lain. Tudinglah jari pada diri sendiri. Sebenarnya kita sibuk menceritakan kebesaran dunia kepada semua manusia. Dari bangun tidur sehinggalah ke tidur semula.
.
Masyarakat kita cuma bijak menghukum atas kesilapan mereka dan bukannya membimbing ke jalan yang terang dan benar. Aku puji seorang kenalan rapat aku sebab dia telah mengambil inisiatif untuk membela mereka mereka yang telah terlanjur untuk menghuni di rumah kebajikan yang di dirikan oleh beliau bersama dengan isterinya. Dia akan membimbing mereka sehingga mereka melahirkan anak dan akan di beri didikan agama yang secukupnya semoga selepas mereka bersalin mereka berupaya menjadi sebagai seorang muslimah yang sejati. Aku sendiri pun tak mampu nak lakukan.
.
Semoga usaha murni member aku ni mendapat ganjaran yang tak ternilai dari Allah. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi dan jasa member aku ini.
Apa Dah Jadi??


Aku turut persimpati apabila malapetaka banjir terjadi di Pakistan. Nak salahkan siapa?? Salah diri sendiri sebab telah meninggalkan amanah Allah. Dan amanah Allah yang teramat besar adalah mengajak manusia kepada kebesaran Allah. Mengajak manusia taat dan takut akan Allah. Mengyakinkan manusia bahawa Allah yang amat berkuasa. Kita sebagai umat Islam patut renung kembali apakah amalan yang silap yang menyebabkan kemurkaan Allah. Aku pun menjadi takut. Marilah kita sama sama doakan semoga semua umat Islam dapat menunaikan dan mendirikan solat. Bila solat kita sempurna insyaallah amalan lain akan turut di berkhati.
The Past Six Years


Ini adalah gambar anak anak aku pada 6 tahun yang lalu. Sekarang mereka sudah besar dan bertambah menjadi sembilan orang. Aku pun tak sangka anak anak aku menjadi seramai ini. Dulu aku pernah tanya member aku, nak anak berapa. Dia kata entahlah sebab alam roh hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Betullah kata kata dia itu. Siapa yang dapat menjangkakan masa depan masing masing. Semuanya tersorak dan tersirat. Qada dan Qadar ni adalah seperti networking. Yang mana kamu trigger yang itulah yang akan terjadi. Memang pastinya ketetapan Allah Taala tetapi kadang kala menjadi pilihan kita sendiri.
.
Balik raya nanti aku akan cuba mengambil gambar kesemuanya di tempat yang sama. Kebetulan Ayah mertua aku baru sahaja habis menuai padi.

Wednesday, August 18, 2010

Along Came A Spider - James Patterson


The whole nation was in uproar when two celebrity rich kids were kidnapped - and then one of them was found dead. For such a high-profile case, only the top people would do: Alex Cross, a detective with a PhD in psychology, and Jezzie Flanagan, a fast-rising young Secret Service agent. Yet even they were no match for the killer. He could switch from blood - crazed madness to clear-eyed sanity in an instant. But was he the helpless victim of a multiple-personality disorder - or a brilliant, cold - hearted manipulator.

Baru aje habis baca buku ni semalam. Nak kata best sangat tak juga sebab dah banyak sangat baca cerita pasal serial killer. Kurang rasa suspen and teka teki. Setakat nak lapangkan masa boleh la.

Tuesday, August 17, 2010

Kenangan Lalu

Sempat lagi aku ambil gambar dengan seorang pemain Korea Selatan. Tingginya dia...


Gambar ini adalah kenangan berharga semasa aku membawa anak anak aku dan sahabat sahabat mereka menonton perlawanan akhir Hoki Piala Sultan Azlan. Tapi peristiwa ni dah lama. Aku rasa lebih 6 tahun yang lepas. Anak anak aku pun masih kecil dan Ubai pun masih lagi kecil molek. Setiap kali ada perlawanan hoki di Stadium Bukit Jalil aku akan cuba lapangkan masa untuk bawa mereka ke sana. Lagi pun aku memang minat sangat dengan sukan hoki ni. Sekarang dah tak ada lagi. Anak anak aku dah besar dan diri aku semakin sibuk dengan komitmen kerja dan keluarga. Entah bila lagi aku dapat miliki waktu sebegini...entahlah. Sebenarnya kita yang manage time kita sendiri. Kalau nak kata sibuk...sampai mati pun tk akan free... Ye dak....

Sunday, August 15, 2010

Khas Untuk Tatapan Siput




Cuba kau tengok yang ni. Gambar yang dah frame tak ada kat aku. Tapi frame dah cun. Apa macam?
Esok Hana Genap 2 Bulan

Wajah Saffiya Nursyahadah selepas di lahirkan. Anak aku yang ke tujuh.

Gambar Hafiz Nuryusuff selepas di lahirkan. Anak aku yang ke lapan

Wajah Hana Nursarah selepas di lahirkan. Anak aku yang ke sembilan.
.
Esok genap umur Hana 2 bulan. Aku memang teruja untuk melihat perubahan wajah Hana. Aku tanya wife aku, wajah Hana mirip siapa? Wife aku tak dapat beri keputusan yang tepat. Aku dah jadi kemaruk nak tahu sangat wajah gadis bongsu aku. Dua hari lepas aku dah suruh Ubai ambil gambar dan email pada aku. Dia kata tak sempat. Satu alasan yang aku tak boleh terima. Berbagai bagai andaian gambaran yang aku cuba bayangkan di dalam benak aku ni. Pastinya mirip wajah aku. Itu kata wife aku...hehehe. Aku ada tiga minggu lagi untuk menatap wajah Hana. Dah tak sabar untuk aku renung sepuas puasnya.
My Sambal Ikan Bilis

Semalam lepas subuh aku jumpa Chef kat dapur. Aku minta ikan untuk masak kari kepala ikan dan sambal nasi lemak. Lepas balik dari ofis lebih kurang pukul 5.30 petang aku pun luangkan masa untuk masak sambal ikan bilis. Jadi bolehlah aku makan dengan nasi atau bubur lambuk di bulan Ramadhan ni. Oleh kerana aku ni bangsa yang creative sangat...hehehehe...puji diri skit.... Sambal tu aku masak hampir kering then terus aku masukkan bilis goreng and kacang. Memang sedap dan menjilat jari. Yang lain tu adjust skit skit. Jadi tak payah nak susahkan wife masak sambal bilis setiap kali nak balik ke sini. So my friends selamat menjamu selera.
Aku Dah Dapat Kumpul Semula

Last home leave, entah macam mana aku hilang semua important contact numbers of my friends etc. Memang pening aku nak dapatkan semula. Yang tertinggal dalam sim card aku cuma ada 39 numbers aje. Silapnya masa hantar PDA Acer aku untuk di baiki aku lupa nak copy. Bila PDA tu di reformat semua benda hilang. Finally aku manage to get back to 139 numbers. Tapi masih ada number yang belum aku dapat. Tapi aku masih cuba usahakan terutamanya number number my closest friends.
Welcome Ramadhan


Ramadhan datang lagi dengan seribu rahmat. Beruntunglah bagi mereka mereka yang memanafaatkan diri pada setiap masa di dalam bulan yang mulia ini. Semoga amalan kebaikan yang kita laksanakan di bulan Ramadhan seperti tadarus Quran, sembahyang jemaah dan amalan amalan kebaikan yang lain dapat di teruskan selepas Ramadhan.
.
Aku nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa pada pengunjung pengunjung blog aku semoga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan Ramadhan yang lalu. Aku harap ucapan aku tidak terlambat.

Thursday, August 12, 2010

My Room, My World


My room is my world. Inilah lebih kurang suasana hidup di sini. We have to manage ourselves kalau nak berasa ceria dan terhibur. Kalau tidak boleh jadi tak tentu arah dan kalau nasib tak baik terpalit dengan gossip gossip liar. Sebab itu elok duduk dalam bilik and buat kerja sendiri yang lebih bermanafaat.
.
Bila tinggal sendirian begini sebenarnya banyak benda yang boleh di lakukan. Kalau rajin nak jadi HAFIZ QURAN pun boleh. Itu terpulang pada diri sendiri samada mahu atau tidak. Sebaiknya buatlah program sendiri semoga masa yang banyak terluang dapat di manafaatkan dengan sebaik baiknya.
.
Aku? Oooo...aku memang banyak aktiviti dalam bilik sehingga nak keluar pun tak sempat. kalau sesiapa nak cari aku selepas office hours, ketuk aje bilik aku. Insyaallah ada kat dalam. Nak tau apa aku buat? Let me senaraikan aktiviti aku tu...

1. Masak
2. Baca buku
3. Blogging
4. Nengok movie
5. Nengok BBC
6. Hafal vocab and improve grammar

Enam perkara di atas pun dah tak cukup masa nak buat. Oooppppsss ada satu lagi. Workout untuk shape the figure...hehehehe. For the next trip since Hana dah muncul dalam kehidupan aku, aku kena tambah satu lagi activiti aku iaitu buat smocking dress. Bila balik Malaysia aku cuma cantum sahaja. Kalau ikutkan hati banyak lagi aku nak buat kalau masa mengizinkan. Pastinya niat aku nak tulis buku masih lagi tak tercapai. Bilakah kekuatan ini akan menjelma aku pun kurang pasti.
.
Aku rasa kalau ada di rumah di Malaysia belum pasti aku dapat laksanakan segala aktiviti aktiviti tersebut.

Wednesday, August 11, 2010

The Exotic nuts







Sekali sekala terasa nak exercise mulut aku beli juga kacang. Munching memang kegemaran aku. Muruku dalam simpanan dah lama habis. Kalau aku beli selalu nya aku campur almond, hazelnut and cashew nuts. Tahanlah dua minggu yang berharga RM20. Ramai kata kacang exotic ni kat sini murah. Aku kurang percayalah. Rasa sama aje macam kat Mesia. Ramai juga yang beli berkilo kilo bawa balik ke Mesia. Aku memang tak sanggup nak bawa balik berkilo kilo sebab aku rasa di Malaysia lebih murah dan bermutu. Ada juga member member beli bawa balik dan kena bayo for excess luggage sebab berat kacang. Tapi pistacho nuts memang kegemaran aku. Apatah lagi kalau aku masak aromatic rice. Kalau makan memang terangkat. Di bulan puasa ni memang sedap kalau makan. Rasanya hujung minggu ni bolehlah aku masak dan makan dengan kari kambing.. baru terlentok....
Beli Curtain Untuk Rumah Baru
.
One day aku kata kat Abe, tak nak ke beli curtain untuk rumah baru. Curtain di sini cantik cantik made in Turki. Abe kalau cakap bab bab gini memang diam aje. Entah dia gheti ke idak tak tahu pulak aku. Aku pulak memang pakar pasai benda benda ni sebab house hold aku memang aku yang lengkapkan sendiri. Wife aku kat umah macam permaisuri. kerja dia jaga anak anak dan minum makan kami. Yang lain dia tak perlu risau sebab aku yang bereskan.
.
Balik pada cite curtain ni...aku persuade Abe lagi. Aku kata curtain sini cantik cantik and penuh dengan embroidery. kalau kat Mesia memang susah nak dapat. Aku pernah nengok yang lebih kurang sama kat Metro Jaya. Untuk sliding door day light curtain dah mencecah RM1200. Kalau beli di sini kalau mahal pun cuma RM4o untuk semeter. So last weekend kami pun ke Bazar untuk cari curtain. Nampak banyak pilihan tetapi harga dah melambung tinggi. Aku pun terperanjat. Dulu aku beli murah aje. Finally kami tak jadi beli dan insyaallah cuba cari kat Ashgabat bila nak balik raya nanti.

Curtain ni semeter harga RM70. memang mahal pun. Cuba nengon roses knot and the embroidery. Patutlah mahal. Aku pun sebenarnya rasa teruja juga nak beli. nantilah aku nengok di Ashgabat bila nak balik nanti. Mungkin di sana murah skit.

Tu dia Duta Curtain Turkmenistan, Abe kita....heheheheh. kalau Naomi Campbell. Alah Abe apa nak pikir pikir tu...beli aje.. Mesti Mak Andeh seronok nengok nanti. Bukan selalu nak boleh beli. Kalau kira 10 tahun lagi pun belum tentu boleh datang semula untuk beli. Pejam mata aje beli curtain tu....nanti kempunan pulak kan...
Jom Makan Asam Pedas Ikan Jenahak


Hari tu Pokku balik ke sini dari Malaysia, aku pesan suruh bawa daun kesum. Bukan daun Ketom ye.... Pokku ni sporting. Kalau aku suruh bawa apa aje mesti dia bawa. Lepas tu aku masak and ajak dia makan. Jadi baru ni aku masak asam pedas ikan jenahak. Masuk daun kesum sekali. Memang kau dan best. Sehingga menjilat jari. Sorry yang tu aku exaggerate skit. Yelah sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri. Aku ajak Rizal sekali and sebelum tu aku suruh dia pergi ambil ikan kat chef.
.
Rizal pesan kata aku Chef nak semangkuk. Ingat nak simpan. Tapi pasai sedap sangat habis satu periuk. Daun kesum ni pula tak tahan lama nak simpan dan dia cepat kering. Aku cuba semai dalam air kat toilet. Entahlah dapat hidup subur atau tidak. Tapi pastinya sapa makan asam pedas aku memang boleh kalahkan orang Johor...hehehehehehehe... Asam pedas bukanya masakan asasi orang Kedah kalu korang sume nak tahu....
Rough Justice - Jack Higgins


Whilst checking up on the volatile situation in Kosovo the US President's right-hand man Blake Johnson meets Major Harry Miller' a member of the British Cabinet. Miller is there doing his own checks for the British Prime Minister.
.
When both men get involved with a group of Russian soldiers about to commit an atrocity, Miller puts and end to the scuffle with a bullet in the forehead of the ring-leader.
.
But this action har sire consequences not only for Miller and Johnson but their associates too, including Britain's Sean Dillon, and all the way to the top of the British, Russian and United States governments.
.
Death begets death, and revenge leads only to revenge, and before the chain reaction of events is over, many will be dead.
.
Aku baru habis baca few days ago. Cerita tak best sangat sebab author fails to describe in detail the way a person been murdered. It was so simple the a man been murdered. The author should elaborate more details about the action and the and how though to kill somebody. Anyway layan je lah.....

Tuesday, August 03, 2010

How To Eliminate Stresses

Nak eliminate stresses ni mudah aje. Pergi ambil air sembahyang, sembahyang hajat dan baca Quran. Dekatkan diri dengan Allah insyaallah jiwa akan tenang dan damai. Ini lah jalan yang terbaik sebab Allah yang boleh membolak balikan hati manusia. Kita orang Islam bukan seperti orang bukan Islam yang mengambil cara dan jalan yang sesat untuk menghilangkan stress.
.
Stress ni kadang datang tanpa di undang. Kadang kadang stress tu adalah buatan sendiri.Tak pasal pasal aje sress menjelma dalam diri. Tu yang membuat kita tension sangat. Kalau aku nak listkan bilangan stress yang tanpa di undang di sini memang banyak. Kalau nak elaborate satu kertas A4 pun tak muat. Sebenarnya puncanya semudah ABC untuk di selesaikan. Di sebabkan setengah manusia ni IQ dia cetek dari kambing gurun tak pasal pasal stress tu hinggap kat kita. Kalau manusia tu organise, disiplin and creatif, banyak masalah dapat di selesaikan dari peringkat awal.
.
Apo nak dikato ye dak...... hidup di dunia ni adalah tempat menghadapi masalah dan stress. Cuma di syurga aje tempat yang damai, tenang dan bahagia yang kekal abadi.
Baju Raya....Bila Nak Beli?


Aku tak kisah sangat baju baju raya ni. Sebab tiap tiap tahun memang aku tak pernah beli pun. jauh sekali pakai baju Melayu baru di pagi raya. Aku biasa pakai baju lama aja. bila anak anak dan wife aku nengok, selalu depa complen. Aku akan jawap macam ni, "Biarlah Ba pakai baju lama asalkan isteri dan anak anak Ba gembira pakai baju baru." Depa memang boring bila aku acap kali keluar kata kata macam ni. Hehehehe...... Bukan apa..... aku beli baju baru tak kira masa sebab tu aku tak kisah nak beli baju baru pada hari raya. Tapi untuk family, pasti kena beli baju baru. Rasa tak meriah pula raya kalau tak beli baju baru.
.
Baju kurung untuk wife dan anak dara aku dah aku uruskan. Jadi kepala aku dah stabil sikit sebab nak fikir untuk anak anak lelaki aku aje. Dulu senang sebab wife aku yang uruskan untuk anak anak aku yang kecil. Tapi bila Hana dah menjelma maka aktiviti wife ak pun berkurang. Nampaknya balik nanti aku kena uruskan semua tu. Kalau nak beli baju untuk anak lelaki banyak pilihan. Tapi kalau baju anak perempuan memang susah. kalau masuk Parkson atau Mall mana mana pun semua baju budak perempuan warna pink. Sampai aku rasa naik pening nengok warna pink. Macam dah tak ada warna lain. Sebab tu aku suka beli baju untuk anak perempuan di Reject Shop. Rasa lebih trendy and colorful.
.
Untuk baju Melayu anak teruna aku, nanti aku beli yang siap di Bazar Ramadhan Jln Tunku Abdul Rahman. Banyak choice and cantik cantik. Ramadhan pun belum lagi tiba aku dah sibuk nak raya kan... Tak pe nanti aku pasang lagu raya pulak..... Biar kita raya awal di sini...hehehehe.

Monday, August 02, 2010

Hana Genap 47 Hari


Hari ini genap umur Hana 47 hari. Aku dah tak boleh imagine bagaimana wajah dia sekarang. Wife aku bagi tahu, Hana sekarang sudah montel. Rompers yang aku beli dulu tu dah tak muat. Pipi makin tembab. Selalu nak menyusu. Aku memang teruja untuk melihat wajah terkini dia. Terasa tersangat rindu. Aku selalu tanya wajah dia macam siapa. Wife aku kata sebiji macam aku. Hhehehehehe...yelah sebab aku Ba dia. Maksud aku kalau di bandingkan dengan semua anak anak aku tu, dia mirip siapa? Tadi aku kasi tahu kat wife aku MMS aje gambar dia kat aku. Tapi sampai sekarang tak dapat dapat. Kalau ada Ubai senang. Boleh suruh ambil gambar dan email kan kat email aku. Week end ni Wan balik aku boleh suruh dia ambil gambar dan email kat aku.
.
Ambil gambar pun satu hal. kadang depa mai aci tangkap muat aje. Aku dah pesan kalau nak ambil gambar tolong bagi ada style skit. baru ada klas...tak ke gitu. Ni main bantai aje.....