Posts

Showing posts from October, 2007
Image
Kampung Ku ............. Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah . Sebenarnya ini adalah kampung isteri aku. Seronok bila balik kampung. Suasana hijau di sekeliling dan nyaman sekali sepanjang hari. Rumah mertua aku terletak di hujung jaan kecil dan di kelilingi oleh sawah padi. Aku tak pandai lah nak buat bendang. Tapi yang pasti apabila balik kampung saja mesti mertua aku bekalkan beras separuh guni. Adalah dalam 20 kilo. Bukan itu saja tapi barang lain pun banyak di kirimkan seperti kelapa, pisang, mangga dan sebagainya. Sekarang aku terpaksa hadkan barang barang sebab anak aku semakin ramai dan membesar. Kalau tidak sempit lah kereta aku ni. Mungkin terpaksa beli bas mini. . Rumah mak aku di Gurun. Tak jauh sangat dari rumah mertua, agaknya setengah jam memandu. Tapi rumah aku cuma rumah teres sahaja jadi taklah terasa macam rumah kampung. Tapi rumah aku dekat dengan kaki Gunung Jerai. Kalau waktu pagi memang sejuk dan kalau nak mandi pagi memang bercinta. Dek kerana masalah pemanasan dunia
Image
BERHARI RAYA DI RUMAH DARUK K DAN SITI DI PERMATANG PASIR . Bila baca paper, Siti dah buat annauncement kata akan berhari raya di permatang pasir pada hari raya ketiga. So aku pun dah plan siap siap dengan anak2 aku dan anak2 sedara aku. Maklumlah antara pak sedara paling spoting aku lah. Ceh.....masuk bakul sendiri jap. So aku pun sms abang aku pada hari ray kedua, bila nak ke rumah Datuk K. Last year kita dapat ambil gambar ekslusif dengan Siti dan Datuk K jadi harap harap tahun ini pun sama lah. Tapi naluri aku asyik negatif aje . Camera DSKR yang aku baru beli pun ada problem plak tu yang fikir negatif skit tuh. So aku sms abang aku bila boleh datang? Dia kata kita pegi ramai ramai pada pukul 11 pagi sebab tak ramai orang. Macam mana ni sebab aku nak ziarah kawan aku dulu kat kampung sebab dah lama tak jumpa. So aku balas balik sms kata kami semua akan sampai sebelum pukul 12 tengahari. Isteri abang aku sebenarnya tiga pupu dengan Datuk K. Tapi tak adalah rapat sangat dengan Datuk
Image
EXPEDISI MENCARI KEPAH PADA HARI RAYA KE DUA . Sebenarnya dah lama aku tak mencari kepah. Rasanya pengalaman terakhir adalah semasa aku masih di sekolah rendah. Selalunya pada waktu cuti sekolah aku akan tinggal di rumah nenek aku di Kuala Muda untuk biasakan diri dengan kehidupan laut dan kampung nelayan. Bila petang sebelum maghrib aku dan abang dan kakak aku akan ke pantai untuk mencari kepah. Itu kisah dua puluh tahun lalu. Tapi pada masa itu senang nak cari. Kais saja pasir di gigi air kat pandai tu dapat lah. Besar besar pulak tuh. Bila bawa balik umah nenek aku dia selalunya rebus. Kadang bila masak dengan kicap, campur ubi kentang dan lada memang sedap. Terliur rasanya. Aku rasa pengalaman ini amat beharga. Jadi aku rasa adalah baik untuk anak anak aku pun turut merasai pengalaman yang aku rasai di masa lampau. . Mula mula tu aku dah tanya abang ipar aku ada tak kepah untuk di cari. Maklumlah abang ipar aku selalu ke laut di sana. Dia kata ada. Eloklah pergi pagi pagi sebelum
Image
Harijadi Nur Ikhlas Umar Abdul Aziz . Pada 27hb September baru ni genap usia Ikhlas 5 tahun. Jatuh dalam bulan puasa. Jadi buat ala kadar sahaja masa berbuka. Sejak beberapa hari sebelum harijadi dia dah teruja sangat. Mula mula dia pesan pada umi untuk beli care Ultraman. Jenuh wife aku mencari tapi tak ada. Last sekali beli jugalah cake spiderman. Lebih kurang samalah tu. Selepas sahaja berbuka dan menunaikan solat maghrib aku panggil semua anak2 anak aku untuk sama sama makan cake. Ikhlas tak lupa suruh aku letakkan lilin untuk di tiup. So budak budak aku ikut sajalah. Sebenarnya harijadi dia sama bulan dengan Shamim dalam bulan September. Tapi Syamim minta untuk di buatkan majlis hari jadi dia dan doa selamat di sekolah agama. "Satu, dua, tiga...... tiupkan lilin tu sampai padam. Mesti Ikhlas seronok kan dan dah besar pun" " Sabar...tunggu sekejap ...biar abang dan kakak habis solat baru boleh tiup lilin" Ini gambar semasa di KLCC garden sementara menunggu taya