Sunday, August 30, 2009

Hari Merdeka

Esok 31st Ogos adalah Hari Merdeka. Alhamdulillah kami di sini pun dapat cuti. Tapi tak adalah apa apa program yang nak di sambut. Aku macam biasa lepak bilik and buatlah kerja yang patut yang tak pernah habis habis lagi. Cuma adakah kita merceka seperti yang di takrifkan. Melihat kepada keadaan ekonmi dan politik Malaysia aku rasa sangat hampa. Kalau aku nak curahkan segala isi hati aku kat sini silap silap bolg aku kena ban pulak and pengunjung setia blog aku tak dapat lagi nikmati nukilan dan tulisan aku yang merapu kat sini. Aku akan terus sokong para pejuang yang berjuang dengan ikhlas tanpa ada niat yang tersirat di hati. Bukan untuk mendapat kuasa atu pangkat darjat. Tidak juga untuk merompak kekayaan negara untuk mengisi tembolok sendiri. Kepada pejuang2 yang ikhlas ini semoga beroleh kemenangan dan dapat melepaskan diri rakyat Malaysia dari belenggu maksiat, tipu, rasuah dan perkara perkara yang buruk dan dapat memberi rakyat Malaysia erti kemerdekaan yang sebenar.
Nostalgia 23 Tahun Yang Lalu



Bila di imbas kembali gambar lama aku ni macam tak percaya peristiwa aku berposing tu dah berusia 23 tahun. Rasanya kenangan tu baru berlalu tetapi hakikatnya sudah lama berlalu. Pertama sekali aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada member aku Mohamad kerana sanggup masuk gambar ni dalam alumni Greenwich University, dan aku nak minta maaf sebab copy siap siap gambar aku tu kat that blog. Apa macam, hengseng tak aku masa tuh. Rambut pun masih lebat. Hehehehe....... masa tu kira teruna idaman setiap dara lah kononnya. Macam biasa aku jenis lone ranger tak banyak cakap sangat and buat hal aku aje.
.
Masa tu mana ada digital camera and selalu dok pinjam camera che Mat lah kalau nak berposing and kadang aku yang jadi juru camera untuk ambil gambar Che Mat. Aku rasa masih ada dalam simpanan gambar gambar di atas itu pun kalau anak anak aku tak usik. Tak boleh jadi nih....balik raya nanti nak kena cari la.....

Saturday, August 29, 2009

Gula Oh Gula

Aku rasa pelik sungguh macam mana bekalan gula di Malaysia tak mencukupi. İni bukn kali pertama tapi sudah beberapa kali. Masalahnya sama sahaja. Bila ada berita tentang masalah gula terus bekalan tk mencukupi. Hello, orang di atas sana, tak bukan kerja ke atau dok relek goyang kaki. Aku dah naik muak dengan apa yang terjadi kat sana.
.
Wife aku kata sekarang kalau nak beli gula, kedai hanya menjual sekilo sahaja untuk seorang. Pada bulan puasa mcam ni mana lah cukup dengan satu kilo. Kalau macam tu kena beli gula tiap tiap hari tapi ada masa kah nak kerabat ke kedai tiap tiap hari semata mata nak beli gula. So aku kata kat wife aku, kalau nak ke kedai beli gula bawa semua anak anak sekali. Kalau bawa lima orang dapatlah 5 kilo. Kalau kedai yang allow 2 kilo seorang dapatlah 10 kilo. Jadi kenalah beli tiap tiap hari.
.
Pada bulan puasa memang banyak gula yang di pakai untuk masa. Apatah lagi menjelang hari raya. Keperluan gula semakin bertambah untuk menyediakan biskut, kek dan sebagainya. Kalau bekalan gula semakin teruk nampak gaya harga kueh, biskut dan kek akan naik secara mendadak sebab bekalan gula berkurangan. Paling kesian adalah kepada manusia yang punca pendapatan bergantung cuma pada hasil jualan kueh mueh dan seangkatan dengan nya.
.
Tadi aku call wife aku. Wife aku kata dia terpaksa bawa lima orang anak ana aku untuk membeli gula. Seorang demi seorang ke kaunter untuk membeli gula. Mula mula wife aku ke Maidin. kemudian ke bintang dan seterusnya ke Giant. Finally dapatlah dalam 14 kilo. So terpaksa program lagi bila nak ke kedai untuk tambah lagi bekalan gula. Macam nilah selalu bila tiba musim perayaan. Seperti tahun lepas rakyat berperang dengan harga ayam yang melambung tinggi. Sebab tu aku pelik hairan dan keliru apsal negara aku ni menjadi semakin pelik....... hairan bin ajaib.

Thursday, August 27, 2009

Kad Ucapan Hari Raya

Aku rasa dah lama aku tak hantar kad raya pada member member. Dulu selalu jugak company kasi kad untuk di hantar kepada client dan pelbagai. Masa tu semua kad aku terima termasuk untuk chrismas, tahun baru cina and infact kad depavali pun ada. Kadang oleh kerana terlampau rajin nak tulis aku distribute saja pada anak anak buah aku di opis. Sekarang rasa dah lama tak berutus kad ucapan terutama untuk hari raya. Bila di rumah pula ada lah dua tiga kad aku terima dan kadang tu sapa pun aku tak kenal and ada satu tu sampai sekarang hantar kad kat aku iaitu kedai cermin mata.
.
Aku kalau nak hantar ucapan hari raya SMS aje. Bukan kah senang. Pada semua member member aku hantar. Lepas tu dapat balasan macam macam sampai tak terhenti bunyi bib handphone aku. Ada pantun, ada hadith dan macam macam lagi. Yang best tu ada yang di forward2 dan lastly dua tiga message yang sama aku dapt. Pengirim yang ori sapa dia pun aku tak tau. Ini zaman sekarang. Tak seperti zaman dulu dulu.
.
Tapi aku rasa zaman dulu dulu dengan menghantar kad ucapan sebagai pengganti diri lebih romantik, touching dan nostalgia. Kad ucapan pengganti diri tersimpul seribu satu makna dan terselit satu kerinduan yang teramat sebagai ingatan abadi. Aku pun kadang terasa mis juga waktu waktu itu. Masa kecil aku sanggup simpan duit untuk menghantar kad kepada rakan yang erat. Apatah lagi semsa diri tinggl jauh di perantauan. Zaman tidak berinternet pada masa itu merasakan walau berjauhan tetapi ingatan tetap di hati dan menjadikan hubungan yang lebih erat dan bermakna. kadang menunggu kunjungan kad atau surat ucaoan seperti pungguk rindukan bulan.

Sunday, August 23, 2009

Nostalgia Di Bulan Ramadhan


Aku nak cerita sikit waktu menyambut Ramadhan di zaman student dulu. Pada tahun 1985 until 1988 aku raikan bulan puasa pada musim summer. Masa tu puasa punyalah lama. Aku puasa sampai 18 jam. Pukul 9.30 malam tau dekat pukul 10.00 baru berbuka. Memang terasa teramat lama tetapi oleh kerana suasana nyaman so tak adalah letih sangat. Masa tu masak sendiri. Mana ada bazar ramadhan macam Malaysia. Mujurlah aku ni dalam kategori pandai masak so tak adalah masalah sangat. Masa first year dulu selalu berbuka di masjid saja jadi selama sebulan aku gantung periuk. Dekat pukul 12.00 malam baru nak isyak dan tarawih. Kalau nak selesai tarawikh sebanyak 20 rakaat dan menunggu iman habis satu juzuk setiap malam, maka selesai tarawih dekat pukul 1.30 pagi. Bila balik saja kat rumah terus sahur walu perut masih kenyang sebab fajar msuk pukul 2.30 pagi. Masa tu rasanya memang hectik sangt..
.
Ad sekli aku dan member aku, Mohmad ajak Yahaya berbuka puasa dan bermalam di rumah kami. Yahya ni adalah mat salleh yang beru memeluk İslam. Dia di kenalkan kepada kami oleh member aku Saadon. Kami menjemput dia dari tempat yang di janjikan dan terus bawa ke rumah aku di Woolwich, London. Masa tu aku tinggal dengan Mohamad di no 1A, Anglesea road, Woolwich, London. Aku rasa sekarang pun aku masih ingat lagi kalau nak ke sana. Senang aje...ambil train dari Caring Cross ke Woolwich. Keluar station, belok kiri dan jalan terus selama 250m maka sampailah ke rumah kedai tersebut.
.
Yahaya ni nama dia dulu adalah John. Dan nama John kalau di translatekan akan jadi Yahaya. nak cerita bagaimana dia memeluk Islam memang panjang. Bila dia tiba ke rumah kami sap dia bekalkan kami dengan bekalan makanan. Masa tu aku dah siap masak di rumah. Tapi apa yang aku masak aku tak pasti sebab dah lupa. Tapi for sure memng best punya sebab kalau aku jemput tetamu memang aku akan buat masakan yang special. Bila masuk waktu isyak aku, Mohamad dan Yahaya terus ke masjid. Aku sejak azali lagi memang selalu buat 8 rakaat sahaja Kadang kadang tu kalau rasa jaws skit baru buat 20 rakaat. Tapi pada waktu tu bulan exam, jadi buat amalan lah kadar aje. Lagi pun masa suntuk sangat untuk bersahur dan subuh. Tetapi Yahaya ni terus sahaja sembahyang tarawikh sampai 20 rakaat. Aku dengan Mohamad terkedu nengok kekuatan yang ada pada Yahaya. Kami sama sama ketawa sebab malu sangat dengan Yahaya yang baru sahaja memeluk Islam. Yahaya berithu pada kami, kami boleh balik dahulu dan dia akan susur kemudian.
.
Selepas peristiwa itu aku jarang jarang jumpa Yahaya kecuali di masjid Algate East setiap malam Jumaat. Selepas pulang ke tanah air, aku ada beberapa kali ke UK lagi sebab sambung belajar dan atas urusan kerja. Tetapi pabila aku ke Algate East Masjid aku tak lihat lagi brother Yahaya. Aku doakan agar dia akan di tetapkan iman dan menjadi seorang insan yang solleh dan di sayangi Allah selalu.

Saturday, August 22, 2009

Bazar Ramadhan




Kalau tak silap aku lah sambutan Ramadhan dan Hari Raya paling meriah sekali di Malaysia. Mana tak nye.....sebab cuma di Malaysia sahaja ada Bazar Ramadhan. Raya pula di rai selagi bulan Syawal belum berakhir. Di tempat aku kerja ni Ramadhan dia sambut alah kadar sahaja oleh orang orang yang masih ada iman. Ramai orang yang tak berpuasa dan makan di kalayak adalah perkara biasa sebab bilangan orang yang berpuasa boleh di bilang dengan jari. No wonder Hari Raya memang tak ada public holiday. Tapi kalau Raya Korban cuti punya lama sampai empat hari dan sana sini nampak orang di sini berkorban yang mereka juga kata 'sedekah'.
.
Aku tak lah mis sangat Bazar Rmadhan tu sebab aku sendiri jarang membeli lauk pauk dan kueh mueh di bazar tersebut. Setiap bulan Ramadhan normally wife aku yang masak kesemuanya dan aku hanya membantu mana perlu. Kalau air soya biasanya satu periok besar sebab anak anak aku menggemarinya. Dulu mesin soya cuma kecil sahaja tetapi baru baru ni aku beli mesin yang lebih besar lagi yang boleh memproses sehingga 30 kg. Hhehehehehe....macam nak berniaga pulak. Since keluarga aku ramai maka adalah lebih baik buat sahaja daripada membeli. Contoh kalau buat karipap mesti dekat 100 biji. Begitu juga dengan kueh mueh yang lain. Alhamdullillah my wife still manage to handle everthing.
.
Kadang tu memang teringin nak ke Bazar Ramadhan untuk membeli lauk pauk dan kueh mueh. Tapi kita kena berwaspada dengan peniaga yang tak ikhlas yang cuma fikir keuntungan tanpa ada niat untuk memberi kemudahan untuk orang berbuka. Aku pernah beli kueh yang berinti kelapa malangnya intinya adalah hampas kelapa yang sudah tiada rasa lagi. Ada juga lauk lauk terutama ikan cincaru sumbat kelapa yang di masuk cuma hampas kelapa. Kepada perniaga yang tak ikhlas tu ubah lah niat supaya keberkatan bulan Ramadhan dapat di manafaat sebaiknya. Kalau nak beli maknan yang menggunakan kelapa parut eloklah berhati hati.
.
Sekali aku lewat di pasar malam dan mencari sesuatu untuk di bawa pulang. Aku terkejut apabila melihat peniaga yang menjual air minuman menuang beberapa balang air ke dalam parit setelah dia tamat berniaga. Dalam fikiran ku adalah baiknya jikalau dia dapat sedekah kan lebihan air tersebut kepada orang ramai yang lalu lalang di situ. Berniaga adalah suatu sunnah dan punca pendapatan adalah 90% Tapi harus diingat juga bahawa dalam berniaga amalan agama perlu di bawa bersama. Contohnya apabila tiba waktu sembahyang perlu di rehatkan perniagaan untuk menyambut seruan Ilahi. Aku pernah bertanya pada seorang peniaga sewaktu waktu maghrib, adakah dia dapat menjaga solatnya dengan sempurna. Sambil tersipu dia gagal menjawp soalan aku. Aku bukan niat untuk mengaibkan dia tapi sebagai peringatan sebab amalan agama dan iman sahaja yang akan di bawa ke kubur dan bukan wang ringgit dan hanta benda dunia.
.
Orang alim beritahu bahawa, didalam kita melaku kan pekerjaan atau mencari rezeki, tetapi gagal melaksanakan perintah Allah yang wajib maka di kuatiri setiap apa yang kita dapat menjadi haram bagi kita. Mari lah kita sama sama memikirkannya. Semoga Ramadhan kali ini akan lebih baik dari Ramadhan yang lalu dan dapat kita kekalkan amalan di bulan Ramadhan ini pada kehidupan seharian kita sehingga ke nafas yang terakhir.

Monday, August 17, 2009

Cheesecake - Yummie.....yummie.....


Salah satu sifat aku yang tak dapat di kawal adalah dalam mengumpul dan membaca buku. Kadang beli je buku tapi tak baca pun. Cuma enjoy nengok gambar aje. Nak baca buku kena ada mood baru jadi dan kita kena hadirkan diri untuk zahirkan mood. Susah nak faham kan..... Anyway aku baru aje order buku resepi bagaimana nak buat cheesecake dari Amazon.com. Insyaallah dua minggu lagi sampailah kat umah aku tu. Aku dah biasa buat cheesecake ni samaada baking atau chilled. Kalau nak buat yang chilled tu kena ada gelatin. Luckily aku dah tahu satu kedai kat Rawang tu yang membekal gelatin halal yang di import dari Pakistan. Wife aku pun dah pandai buat cheesecake juga. So aku hadiahkan buku resepi ni untuk dia semoga dia dapat buat variaty2 yang baru. Hehehehe...... Sure nanti dia kata aku dok pressure dia buat cheesecake ni. Sure dia kata lagi dah berlambak buku resepi kat library tu....sure aku nak sindir dia lagi..... Bukan macam tu...aku kan minat kumpul buku buku... Bukan apa saja nak lawan dengan member aku sorang tu, siapa pengumpul buku yang paling banyak.


Raya sebulan lebih lagi. Sesiapa kalau nak datang rumah aku bolehlah kasi tahu awal awal and dapatlah makan cheesecake terkini. Insyaallah aku yang buat sendiri. Nak buat cheesecake ni tak susah pun. Kalau yang chilled type tu putar aje pas tu masuk peti sejuk and siap di hidang. Yang baking type pulak kena bakar tapi kalau cara tak betul boleh crack kat atas tu. Sekarang bila aku nak masuk dapur kalau boleh semua orang aku nak bawa masuk dapur bersama sama. Bukan apa nak tanam minat kat isteri dan anak anak aku. Rasa enjoy and excited bila depa dapat menolong and sambil tu gossip gossip dengan anak anak aku.
.
Dulu rajin juga masuk kedapur. Tapi bila dah terlampau jarang masuk dapur dan rasakan dapur bukan milik kita rasa dah malas. Sebab tu mood masak pun kena di jelmakan pada diri. Yelah dulu mana saja barang kita tahu simpan dimana tapi sekarang semua nak kena tanya wife aku. Last last boleh tension sebab cari barang tak jumpa. Sebab tu sekarang kalau aku nak masuk dapur, wife aku yang check apa barang yang dah ada dan apa barang yang nak kena beli. Jadi senang aku nak buat kerja.
Dulu masa mula mula nak buat cheesecake tu nak cari springform pan bukan main susah. Puas aku mencari. One day kalau tak silap pada tahun 1998 aku ke UK atas urusan kerja, aku ambil peluang untuk mencari springform pan ni. Waktu nak balik ke Malaysia aku pun masukkan ke dalam luggage and bila sampai ke Malaysia saja habis terpeleot. Jenuh aku nak reshape to original. Sekarang nak cari kat Malaysia dah senang. Pergi lah ke mana mana kedai cake mesti ada atau ke İKEA. Aku ingat lepas balik bercuti aku nak beli satu springform pan untuk di bawa kesini dan juga gelatin halal. So kalau boring boring bolehlah buat cheesecake and ajak member member makan. Kira ini adalah tambahan projek baru aku kat sini sebagai amal jariah...hehehehe....

Friday, August 14, 2009

Bali


Entah lah tetiba aje teringat pula Pulau Bali. Aku pernah ke sana sebanyk dua kali. Kali pertama aku pergi pada tahun 2004 dengan member aku Mohamad. Senang kalau jalan dengan member aku ni sebab kami satu kepala, hobi dan banyak lagi. kalau nak plan apa apa pun, kalau ajak saja member aku ni, insyaallah oleh jadi. Tapi dengan member member aku yang lain belum tentu sebab susah nak kasi komitment. Pernah kami plan nak ke Jakarta pada awal Ramadhan 2004 kalau tak silap, yang lucunya aku tertinggal kat airport and dia terpaksa pergi seorang. kalau nak cerita kat sini memang lucu. Masa tu aku memang lebai malang yang jatuh di timpa tangga. Pertama kali ke Bali kami ambil package yang exclusive. Biasalah nak manja dan belai diri. Makan, accommodation ad everything langsai dalam package. Dok Hotel Paradesso memang best.


Kal kedua aku ke Bali seminggu selepas tsunami di Sumatra. Oleh kerana aku dah book awal lagi, mahu tak mahu kena pegi gak sebab semua dah arrrange. Aku bawa bonda bersama sama dengan aku. Masa tu dah ada digitl camera jadi best skt nak bergambar. Tapi kalau aku nak suruh dia ambilkan gambar aku yang canggih dok posing memang susah sebab dia selalu kata tak gheti. Jenuh aku nak pujuk. Biasalah orang tua tua memang macam ni. Pada masa ni aku book yang free and essy. Cuma hotel dan flight je yang di arrange oleh agent. Mak aku cuma nak shopping aje jadi banyak masa di habiskan dengan shoppng and ajak dia nengok Barong Dance dia tak mahu. So aku ikut ajelah apa yang dia suka. Nak vst seluruh Bali tak susah sebab di depan hotel ada je mobil yang setia menanti untuk di sewa.

Ramai orang kata nak makan di Bali menjadi satu masalah untuk mendapat makanan halal. Agak betul sebab majoriti masyarakat di sini adalah agama hindu walau berwajah mirip orng Islam Melayu. So kalau nak selamat cari sahaja keda makan masakan Padang insyaallah ok. Sebab kebanykkan makanan Padang adalah di jual oleh orang Padang daripada Sumatra dan mereka ini adalah orang Islam. Jadi tak menjadi masalah.

Kalau orang tanya aku pasal Bali, aku terus terang katakan aku memang sukakan nya. Pertama pulaunya yang indah. Kedua masyarakat mereka yang sarat dengan budaya. Ketiga landscapae dan arkitecture yang ndah indah dan akhir sekali craft tngan yang unik dan special. macam macam ada cuma bawa duit yang cukup untuk shopping until you drop. Masa aku pergi mula mula tu, internet memang mahal gile. Mungkin sekarang dah murah.

Sebenarnya ku bukan nak cerita pasal Bali khususnya tetap pasal peristiwa yang tak dapat aku lupakan. Masa tu was my first trip with member aku tu. Kalau tuan datang ke Bali pasti tak ketinggalan untuk melawat Ubud, perkampungan kraf tangan yang berderetan sepanjang jalan sengga ke puncak gunung. Orang Kedah kata segala tok nenek boleh di terokai dan murah murah. Kalau MAS tu atok aku punya dan duit berkepuk kepuk mesti aku angkut habis semua barang kraf tu.

Sedang aku dok belek belek kedai kraft dengan member aku tu, kami terpaku di sebuah kedai yang terletak di hujung tu. Malangnya semua gambar gambar tu aku tak ada sebab masa tu tak ada digitl camera. So aku dan member aku pun masuk dan alangkah terperanjatnya apabila melihat benda benda yang di ukir itu. So berbagai bagai saiz dan bentuk. Ada juga yang di buat seperti pembuka botol dan tempat simpan habuk rokok. Masa tu dalam keadaan malu dan kelakr, aku pun belek belek satu persatu. Tetiba wanita penjual yang sedang mengendong anak berkata, ' Pak ambil lah satu, nanti nyesal'. Aku denagn member aku pun ketawa berdekah dekah. Finally aku beli satu untuk di hadiahkan pda member ku kat ops. Aku beli astray sebab member aku kuat hisap rokok.
.
Bila aku pulang ke Ops aku terus berikan pada member aku tu. Aku kata ini adalah ubat untuk berhenti rokok. Apa kau perlu buat adalah hidu tiap pagi dan selawat insyaallah baiklah nanti dan tk ada rokok rokok lagi. Masa tu ada 4 orang dalam opis. Aku kata bukalah kalau nak buka sekarang. Dia pun dengan gembira buka bungkusan hadiah tu dan terperanjat apa bla melihat benda tu adalah ****. Apa lagi gamat satu opis masa tu. Alhmdulillah selepas tu dia dah tak hisap rokok sampai sekarang. Aku tak tahulah sama ada dia pakai petua aku tu atau tidak.
.
Di pendekkan cerita, after 5 years ( peristiwa ni terjadi last year) member aku di company lama pun cerita rentetan peristiwa tersebut. Pada suatu hari ofis lama aku buat spring cleaninglah untuk kemas balik semua barang barang dan dalam dok dok kemas tetiba benda alah tu muncul lagi di dalam laci meja. Aku rasa salah satu dari dua orang member aku yang aku kasi hadiah tu terlupa untuk bawa balik. Mungkin tak tahu nak sembunyi kat mana kot bila bawa balik kat rumah. So tetiba ada orang jumpa dan apa lagi gamatlah opis tu semula. Pastu member aku YM aku tanya benda ni sapa punya. Aku pun dah terlupa dah apa yang terjadi....

Monday, August 10, 2009

A Prisoner of Birth - Jeffrey Archer



'If Danny Cartwright had proposed to Beth Wilson the day before, or the day after, he would not have been arrested and charged with the murder of his best friend. And when the for prosecution witnesses are a barrister, a popular actor, an aristocrat and the youngest partner in an established firm's history, who is going to believe his side of the story?
.
Danny is sentenced to twenty-two years and is sent to Belmash prison, the highest security jail in the land, from where no inmate has ever escaped. But everyone has underestimated Danny's determination to seek revenge and Beth's relentless quest to win justice......'

It was awesome and marvelous that I can describe after finished my reading. I took merely a week to complete the series as the writer keep on forcing me to complete his novel immediately. I felt that my eyes were glued to each word and narrations of the writer and waiting for the next events impatiently. I never read any novel by Jeffrey Archer and with my first trial I would give him a thump up for his excellent attempt. No doubt that the Sunday Times award him the encomium as British John Grisham.
.
At first I really thought that Danny was already dead and Nick acquired a split character of Danny and himself when he says, 'Think like Danny and act like Nick'. I admired how the plots were arranged especially during the court proceeding before the juror and the judge. Towards the end then only one's realized that Nick was the one that was murdered in the prison by Leach by mistake and not Danny, and how Danny took advantage of the granted parole to Nick and to act like Nick to escape from the prison, to seek revenge over four prosecution witness.

Sunday, August 09, 2009

Omar The Blackie




Omar sudah berusia 10 hari. Dua hari lepas mata sudah mencelik untuk melihat dunia. Mungkin ramai orang tertanya tanya pada aku mengapa memberi nama Omar. Hehehehe.........susah aku nak jawap sebab bagi aku nama Omar adalah special dan banyak significant nya dan banyak sejarah bagi diri aku tentang nama Omar. Kalau nak tulis dalam blog aku ni pasti panjang berjela. Walau bagaimana pun aku rasa nama Omar tetap sesuai untuk blackie ni. Lagi satu nak dapat kitten yang pure and 100% black memang susah. Dah lama aku mencari. Zaman kuno Mesir dahulu associatekan kucing hitam sebagai omen atau devil. Malah sehingga sekarang masih ada ramai orang yang suspicious dengan the black cat. Bagi aku semua itu adalah dongeng dan metos yang tak ada nilai langsung.
.
Satu hari masa aku keluar dari bilik selepas rehat, aku di tegur oleh cleaner aku. Berkali kali dia ingatkan aku pasal kitten2 tu. Dia nak satu. Aku kata no problem aku boleh bagi. Ye lah kena deal dengan dia sebab kalau aku tak ada dia lah yang akan jaga semua kucing kucing tu. Tapi dia tetap cintakan Omar dan merayu kepada aku untuk dapatkan Omar. Aku kata Omar adalah milik aku dan aku akan beri yang lain ( ada dua lagi sebab dua lagi dah ada member aku booking). Tapi dia masih merayu rayu untuk dapatkan Omar jugak. Aku tetap kat 'nyet'. Mana boleh......
.
Aku nak balik raya bulan depan. Pastinya apabila aku balik semula kesini, kitten2 tu dah boleh berdikari. Yang aku risau adalah takut di kidnap oleh cleaner aku....hhhmmmm...... nampak gaya kenalah aku suruh abang Omar aku jaga.....hehehehe

Saturday, August 08, 2009

Selamat Datang Ramadhan

Dua minggu lagi Ramadhan akan menjelma. Ramadhan bulan yang mulia dan bulan yang penuh keberkatan. Seperti tahun lepas, aku akan menyambut Ramadhan di sini. Tanpa keluarga tersayang. Tahun lepas kami berpuasa lewat satu hari dari Malaysia dan aku rasa negeri ini adalah negeri yang paling lewat menetapkan tarikh berpuasa. Untuk tahun ini entahlah bagaimana pula. Setiap kali Ramadahn tiba ada sahaja azam yang di buat seperti, nak tadarus satu Quran. Nak banyakkan sembahyang sunat tarawikh. Nak banyakkan sembahyang malam dan banyak lagi. Bila di amati rasanya banyak benda yang tak tercapai.
.
Bila Ramadahn bermula, aku usahakan untuk membaca satu juzuk Quran satu hari. Dengan semangat yang kuat dapat aku capai. Cuma apabila aku ada di sini tapi kekuatan itu hilang apabila aku pulang ke Malaysia. Susah benar untuk istiqamah. Pada kali ini aku akan cuba laksanakan. Tahun ini baru sekali katam quran, itu pun beberapa hari yang lalu. Sepatutnya tuntutan membaca alQuran paling kurang perlu katam dua kali dalam setahun. Azam tetap azam. Semoga Allah akan beri aku kekuatan untuk laksanakan apa yang aku idamkan.

Friday, August 07, 2009

Jom Improve Our Vocab

İnilah salah satu kerja yang aku buat dalam bilik iaitu menghafal dan memahami vocab. Ada saja vocab baru yang aku hafal setiap hari. Aku ada satu buku khas untuk vocab. Perkataan memang canggih canggih. Bila hafal kadang melekat kat kepala tapi kadang kadang hilang macam tu aje. Pastu kena belek lagi dan lagi vocab book aku tu. So nak memudahkan aku ingat semaksimum mungkin segala perkataan aku terpaksa tulis pada yellow stiker dan tampal pada dinding dan meja pada ofis dan bilik aku. Kadang stuggle gak nak hafal semua tu serta function perkataan2 tersebut. Kalau lemah semangat dah lama buang dalam dust bin. Tapi semangat aku masih kental untuk aku teruskan dan gunakan sebaik mungkin perkataan perkataan baru dalam surat menyurat aku. Sebenarnya aku enjoy sangat menghafal benda ni. Tak adalah aku nak buang masa langsung seadanya aku di sini. Kalau member member buka web www.dictionary.com , boleh kata semua perkataan di sediakan. Kadang sampai bengong sangat sebab thesaurus dia banyak sangat. Jadi hafal yang mana dan je.....
Kini Baru Ku Lihat Dunia



Orang kata dunia ini indah. Aku pun kurang arif untuk tafsirkan dunia ini. Tapi kadang kadang aku rasakan dunia ini penuh muslihat. Dunia ini di kelilingi oleh tipu daya dan kepalsuan. Dunia tak perlu di letak di hati. Hati bukan tempat duduknya dunia. Hati hanya untuk di huni oleh kebesaran Allah. Hidup kita di dunia penuh sendiwara. Pelbagai watak yang kita zahirkan samaada di sukai atau di murkai Allah. Kita tidak sedar atau sudah mangli bahawa diri kita di perhati. Diri kita di catit pada setiap detik selagi detik detik nadi berlari. Sampai satu ketika dunia ini akan menjadi sepi. Pastinya kita akan tinggalkan dunia samada sudah sedia atau belum.
.
Rina dan Megat sudah mencelikkan mata mereka setelah sepuluh hari berhijrah ke dunia dari perut Lia yang gelap gelita. Kak Long yang pertama membuka mata untuk belajar mengenali dunia. Adik adik yang lain ikut turut mengalami peristiwa yang sama kecuali Ginger masih menunggu masa untuk melihat dunia. Kalaulah mereka dapat berbicara kepada aku bagaimanakan pandangan dan pendapat mereka tentang gambaran dunia, pasti nya aku akan dapat gambaran dan pandangan yang berbeza. Dunia ini penuh cabaran untuk mempertahankan iman dan amalan soleh. Sebenarnya cabaran kamu dan aku di dunia ini adalah sama tapi nasib kamu lebih bahagia kerana tiada hisab yang menanti yang perlu kamu risaukan.....

Wednesday, August 05, 2009

When Will There Be Good News - Kate Atkinson


'In a quiet of rural Devon, a six year old girl witnesses an appalling crime. Thirty years later the man convicted of the crime is released from prison.
.
In Edinburgh, sixteen year old Reggie, wise beyond her years, works as a nanny for a G:P. But her employer has disappeared withe her baby, and Reggie seems to be the only person who is worried. Across town, Detective Chief Inspector Louise Monroe is also looking for a missing person, unaware that hurtling towards her is a former acquaintance - Jackson Brodie - himself on a journey that is about to be totally interrupted'
.
I completed my reading yesterday. I took two weeks to complete the whole novel and what I can conclude and summarize was that the plot was quite interesting but the arrangement was not that splendid! There were so many short cuts and lack of suspense and trill that make the novel feel almost blunt. The writer can actually elaborate in detail how Dr Joanna Hunter was kidnapped and how her husband dealt with it with his resentment to resolve the tribulation rather than being silent through out that episode.

Sunday, August 02, 2009

Pumpkin Patch Pillow


Akhirnya siap juga projek aku ni. Lega rasa. Tapi ada satu lagi color yang dah habis. Jadi aku kena touch up skit bila balik rumah nanti. Sekarang aku contemplating nak start embroidery work untuk my pillow case atau terus lagi buat xstitch ni. Let me think about it dua hari lagi. Tapi kalau nak buat my embroidery with bullion or caterpillar stitches tu kena buat design dulu. Nak buat design ni yang ambil masa sebab nak cari idea then transfer atas kertas and the fabric. Nak buat tak lah teruk sangat seperti xstitch ni perlu nengok design betoi betoi. Walau apa pun aku harap dapat habiskan baca my novel tu then baru start with this new project. Aku tanya wife aku, nak buat sarung kusyen ke frame kan. Dia kata elok frame kan sahaja lebih cantik sebab frame gambar kat umah dah lama tak tukar and elok tukar dengan design desiign yang baru. Bagi aku kalau nak frame and gantung ni dah macam totally make over interior rumah aku. Sempat ke nak buat sebelum raya???
Spec Mata Aku Rosak


Few days ago aku dapat panggilan dari seseorang. Ada dua miss called messages with the same number. Aku abaikan dulu. Then lepas balik dari main tennis aku pun call that number. Rupanya caller tu adalah orang dari kedai cermin mata yang aku tempah dulu. So dia tanya any problem tnetang spec yang aku beli dulu. Yelah beli spec mahal mesti lah servis bagus. Kalau beli yang biasa aje no way depa akan call untuk dapat feed back. So aku kata everything is ok and kalau ada komen aku akan ke kedai dia.
.
Semalam lepas nonton movie aku nak ke bilik air. Tetiba spec aku jatuh ke lantai. Aku biar dulu and kemudian baru nak ambil. Bila aku kembali ke meja aku terus terpijak dah rosak. Tak perasan masa pijak tu rupa rupanya cermin mata sendiri dan baru padan dengan muka aku. Mujur aku ada lagi dua sepcs yang aku standby. Tapi cermin mata nilah yang aku pakai untuk main game sebab best skit. Tiap kali ada niat je nak tukar spec atau nak buat baru ada je yang nak jadi kat specs yg sedia ada......

Saturday, August 01, 2009

Music???


Aku bukan nak cerita pasal bagaimana nak belajar alat alat music. Aku cuma nak cerita perihal pelajaran music yang termaktub dalam dasar pelajaran negara. Aku nak komen skit sebab aku rasa patut komen. Aku pun suka pada music, tapi kena pasti tak di lalai kan. Music adalah kreativiti. Bagi aku orang yang kreatif sahaja yang akhirnya bijak bermain alat music. Dan orang yang creatif adalah orang orang yang suka berfikir dan rajin. Susah nak jumpa orang orang creatif yang kurang berfikir. Orang yang kurang berfikir ni adalah orang orang yang malas.
.
Aku rasa pelajaran music telah lama di masukkan dalam korikulum negara dan dah berpuluh tahun. Tapi di manakah tahap pencapaiannya. Apa matlamat sebenar murid murid di paksa atau di ajak belajar music? Kalau tanya soalan tu pada aku, aku rasa matlamat memang tak tercapai langsung. Perlaksanaannya pula seperti melepas batuk di tangga. Kerja seperti seorang yang malas.
.
Anak anak aku yang bersekolah ada 7 orang. Empat di sekolah menengah, dua di sekolah rendah dan seorang tadika. Aku memang mengikuti perjalanan hidup dan education semua anak anak aku. Bila bercerita bab music aku pun jadi kabur apa yang di ajar di sekolah. Pertama sekali, bila buka sekolah saja anak anak aku minta belikan dekoder untuk belajar music. Aku beli. Tapi aku perhatikan sepanjang setahun seperti tak pakai pun dekoder tu. Finally benda alah ni tersorok di bawah katil. Adakah untuk mula belajar music kena pakai dekoder?? Tak ada alat music yang lain ke? Aku pernah semak buku music anak anak aku dan apa yang tercatit cuma lagu lagu sahaja. Tak belajar ke kod kod music? Apa yang aku dapati sepanjang 6 tahun anak anak aku bersekolah tak seorang pun pandai main alat music. So matlamat tak tercapai. Bila matlamat tak tercapai, bukan kah itu nama buang masa!!
.
Kita perlu orang yang creatif untuk mengajar muzic. Kalau di sekolah mesti lah guru. Adakah guru di bekalkan latihan dan kursus music secukupnya? Adakah guru yang mengajar music memang pandai bermain music. Pada pendapat aku kalau masih nak mengajar music sebagai satu subjek di sekolah, buatlah dengan serious. Belajar dari basic dari awal sehingga ke detail. Murid pun akan enjoy bila ada kesungguhan. Jadikan pelajaran music itu sebagai kegiatan kokorikulum jugak. Hire seorang musician untuk beri latihan yang kursus untuk murid murid yang berminat. Sekolah perlu di jadikan tempat atau data base untuk parents yang bersungguh untuk melatih anak mereka bermain music. Kalau tak serious eloklah scrap saja subjek tu. Dah jadi buang masa.
.
Anak sulung aku minat bermain gitar. Aku belikan dia gitar. Dia cuma belajar bermain gitar bersama kawan kawan di bawah pokok. Tiada kursus yang formal. Cuma belajar dari buku kod music yang di beli. Tapi aku beritahu anak aku, kalau dah minat masuk kelas saja. Biar proper. Sekarang anak aku dok bertungkus lumus untuk SPM. Jadi lepas SPM kalau dia masih berminat eloklah pergi kelas music ambil formally masa cuti 3 bulan.
Langkah Pertama Penentu Segala


Sejak dua tiga hari lepas aku dok browse Amazon.com untuk mencari buku buku tentang creative writing. Bila di fikirkan balik memang agak kesuntukan masa untuk aku masuk special course. Apa aku buat sekarang ialah mencari dan mentelaah buku tentang creative writing. Mula mula agak berkira sedikit sebab bila aku buat order nampak macam 150USD. Bukan buku yang mahal tapi harga Pos sampai USD100. Mahal dari buku. Kemudian aku check kembali dan ambil pos biasa sahaja maka harga tak sampai pun USD40. Apa lagi, aku terus order buku dan check out. Insyaallah buku buku tu akan tiba di rumah dalam second week of September. By that time aku pun dah ada di Malaysia balik bercuti. Nak tau ke buku apa yang aku order??? Semua nya lima buah buku dan setiap buku harga lebih kurang USD12 sahaja selepas dapat diskaun.

1. 'Write Great Fiction - Dialogue', by Gloria Kempton

2. 'Plot and Structure: ( Techniques And Exercises For Crafting A Plot That Grips Readers From Start To Finish) (Write Great Fiction)' , by James Scott Bell


3. ‘Characters, Emotion and Viewpoint: Techniques and Exercises for Crafting Dynamic Characters and Effective Viewpoints (Write Great Fiction)’, by Nancy Kress


4. ‘Description and Setting : Techniques and Exercises for Crafting a Believable World of People, Places and Events (Write Great Fiction)’, by Ron Rozelle


5. ‘Revision And Self-Editing (Write Great Fiction)’, by James Scott Bell


Kalau nengok buku buku tu Nampak gempak dan bersemangat sangat. Harap harap tak lah ‘warm warm chicken’s drops’…..hehehehehe. Apa apa pun aku kena mempunyai semangat yang kental tanpa mengaku kalah. So korang semua doakanlah niat suci murni aku ni ok….