Thursday, July 24, 2014

Ubai Admitted..

Itulah orang selalu kata malang tak berbau. Inilah apa yang terjadi pada Ubai. Dan apa yang terjadi pada dia menyebabkan aku runcing. Nak buat macamana, Allah dah nak uji. Reda adalah pilihan terbaik.

Bila kaki Ubai terpeleot, ingatkan biasa je. Jumpa dua doktor dah tapi tak ada serious concern. Tapi sakit masih tak surut surut. Finally aku ambil keputusan untuk jumpa pakar di hospital KPJ, Rawang. After MRI baru tahu yg meniscus dah terkoyak and acl hampir putus. I have to make a decision for immediate surgery. Estimate memang mahal. Tak apa duit boleh cari lagi dari di biarkan dan would impact his future. Finally decided for surgery on monday, 21st July.

Aku pun terpaksa ambil emergency leave untuk teman kan Ubai for the whole duration. Itulah...siapa tak sayang anak..