Sunday, May 30, 2010

Apa Aku Buat Hari Ini

Sambal tumis ikan bilis bersama potatoes

Masak Kicap Berempah


Hari ini niat mula mula nak ke Bazar saja nak lepak lepak. Ingat tu...bukan nak cuci mata ye.... Entah macam mana rasa malas pulak sebab 5 hari lagi aku nak balik. Lepas solat subuh aku balik ke bilik. Sekarang kita sembahyang jemaah pukul 4.45 pagi walau subuh masuk waktu lebih awal. Mata aku memang mengantuk. Aku rasa elok aku lelap sebentar sehingga pukul 5.45 untuk breakfast. Awal kan breakfast.....
.
Hari Ahad macam biasalah nasi lemak. Aku makan tak banyak. Sekadar alas perut sebab later nak tidur balik. Selepas makan aku ambil semangkuk sambal dan terus ke dapur minta aam beberapa ketul dari chef. Since banyak benda dah aku malas nak fikir, rasanya kalau masak pun enjoy juga di bilik. Aku bab bab modify makanan dan mencipta masakan baru memang berbakat. Hahahahaha............ bukan susah pun...main campak campak aje.
.
Pagi aku layan dulu cerita Butch Cassidy and Sundance Kid. Cerita lama dan dah lupa jalan cerita. Selesai menonton movie aku terus ke dapur aku yang sekangkang kera tu dan terus masak. Dapur cuma ada satu jadi kena banyak bersabar. Pertama aku kupas potatoes and potong kecil kecil dan aku repus bersama dengan ikan bilis. Bila dah masak dan sebati aku campur aje sambal nasi lemak. Waduh...sedapnye..... Ayam pula aku goreng bersama dengan corriander powder and cumin powder lepas tu aku buat masak kicap berempah. Waduh...sedapnye..... Sapa lagi nak puji kalau bukan diri aku kan. Aku ambil semangkuk sambal ikan bilis aku kasi pada Lan Bangla. Dia kata sedap bila makan dengan ikan masin jeruk.
.
Untuk minggu ni aku stop dulu masak sebab malas nak kemas dapur lagi kecuali benda yang simple simple dan barang yang aku nak habiskan stok.

Saturday, May 29, 2010

Sahabat Sejati


Aku dah lama nak tulis tajuk ni tapi tak kesampaian. Setelah membaca apa yang member aku Hisyam tulis dalam blog dia yang aku link tu aku rasa teruja untuk teruskan menulis tentang sahabat setia atau apakah yang di maksudkan sahabat yang sebenar. Setiap orang dapat mentafsirkan apakah maksud sahabat setia yang sebenar. Tapi aku rasa sesiapa kawan kita dapat mempunyai sifat seperti yang di listkan seperti di bawah aku rasa memang layak untuk di putuskan sebagai sahabat yang sejati. Ulama beritahu sahabat yang baik dunia dan akhirat adalah seperti berikut.

1. Apabila kamu bertemu dengannya terus kamu teringat akan Allah.
2. Apabila kamu bercakap dengannya nescaya iman kamu akan meningkat.
3. Apabila kamu berkawan dengan dia nescaya taqwa kamu bertambah.
4. Apabila kamu lihat kehidupan dia nescaya kamu rasakan dunia ini sementara.
5. Apabila kamu bersaing dengannya nescaya amalan kamu akan bertambah baik.

Aku rasa kalau dapat salah satu kategori di atas pun jadilah. Tapi aku.........kalau korang agaklah...adakah terdapat kategori di atas? Rasanya nampak kebesaran dunia adalah. Walau bagaimana pun kita memang perlukan sahabat yang dapat berkongsi susah dan senang walaupun di mana jua.
.
Ada juga member aku yang rapat...tapi bila aku pandang aje dia terus aku terbayang party yang aku tak suka tuh. Habis cam mana ekk....

Friday, May 28, 2010

Sayonara......


Insyaallah next week aku akan balik kampung...ye..ye... Bestnye bukan kepalang. Nak tau aku balik dengan apa...hehehehe...mestilah dengan jet persendirian aku seperti di atas. Mengapa? Tak percaya ke? Seperti biasa memang plan nak jumpa ramai orang. Tapi lastly tak seorang pun aku jumpa seperti yang aku jelaskan dalam blog aku yang lalu. Aku nak listkan apa yang aku nak buat dan doa doa semoga segala hajat aku akan tertunai.

1. 6th June - Pergi Lowyat untuk beli laptop untuk anak teruna aku and repair PDA acer aku yang dah kantoi internal speaker. Sapa nak beli PDA jangan beli ACER. menyesal aku rasa. Dah la speaker tu tak kuat. QAsyik aku dapat miss call aje sebab tak dengar. Kebetulan hari ni Bday anak dara aku Nisa Balqis. Apa hadiah aku nak kasi ekkk..... Mungkin aku beli hadiah pada dia kat BB.

2. 7th June - Nak bawa anak dara aku Nisa jumpa dentist untuk buang braces dia. Aku selalu usik dia, kali ni kalau senyum mesti dah nampak cantik dan manis.

3. Nak setelkan income tax. Tapi date belum di tetapkan. Semuanya bergantung kepada tarikh the Big Day.

4. Menanti the Big Day. Bila dah pasti the Big Day aku rasa lega skit sebab nak kemana dah tak ada worry worry lagi.

5. Nak jumpa member aku Hafiz and Maheran untuk discuss something yang very interesting. kalau semua dah sepakat kenalah bergerak ke utara pulak.

6. Pastinya nak menziarahi Bonda tercinta. Macam biasa aku tak boleh lama di kampung sebab banyak perkara perlu aku bereskan di rumah.

7. 14th June aku kena hantar anak teruna aku Safwan balik ke MRSM Alor Gajah. Dia cuma cuti seminggu sahaja.

8. 15th june is my bday pulak. hehehehe.....tak celebrate pun. Cuma mengingatkan diri bahawa diri ini semakin tua dan amalan kena improve.

9. 20th June bday anak teruna aku Ubai.

10. 24th june nak ke Trengganu. On the way to Kuala Trengganu nak singgah ke Kemaman untuk ziarah Pak Ungku. Sambil makan makan. Harap harap dia tak cabut lari bila aku datang. Aku tak datang satu gerabak Pak Ungku. kami berempat aje.

11. 26th June bawa anak teruna aku register di UITM Dungun. Hopefully boleh siap secepat mungkin then bergegas ke Kuala Lumpur. Sebelum tu nak ziarah anak arwah member aku kat Kuala Trengganu and zakat masih ada untuk aku berikan kepada mereka.

9. 21st June nak hantar anak dara aku balik ke asrama pulak.

10. Nak setelkan urusan bank dan transfer.

11. Nak beli buku buku kegemaran aku.

12. Pergi IKEA dan Sg BUluh dah menjadi kemestiaan. Rasa macam nak revamp and rejuvenate aje garden aku yang sekankang kera tuh. Nak kena cari juga kemboja yang warna vermilion tu. Dah tanam banyak kaji aje ada hal.

Sebenarnya banya lagi perkara dalam kepala otak aku ni yang tak tertulis. Cukup sampai di sini dulu rasanya.
Income Tax


Salah satu acara wajib bila aku balik nanti adalah nak setelkan income tax. Walaupun gaji aku di sini tax free, tapi aku kena declare juga untuk pasti kan pada depa yang aku ni telah di bayar tax di sini oleh employer aku. Semua document dah ada. Tapi yang sakit jiwa tu file aku ni selalu terbang ke sana sini. kejap kat jalan duta. Pastu berpindah ke Pkan Atap. Bila check lagi bernomad kat Kelana Jaya. Lepas tu check lagi merempat kat Damansara Utama. And lastly balik ke Jalan Duta seperti belut pulang ke lumpur. Walau bagaimanapun aku kena double check lagi mana tau berpindah randah lagi. Balik nanti kena semak dulu file file incometax untuk pastikan semuanya tip top. Yang membengangkan walau salah depa tetap kita di salahkan. Tension memang tension.......

Thursday, May 27, 2010

Demam Bola World Cup 2010

Nampaknya demam bola akan kembali menyerang dalam masa dua minggu lagi. Kira sebulan jugalah demam ini akan menyerang. Serangan ni sangat hebat dan lebih hebat dari H1N1 dan tak mengenal usia dan jantina. Silap hari bulan dapur pun tak berasap sebab dok mengadap depan TV je. Aku rasa serangan itu pun akan menghinggap diri aku sendiri. Yang best sangat pada opening ceremony aku berada di Malaysia, Insyaallah. Dapatlah aku mengadap dengan anak teruna aku sambil minum kopi panas dan keropok atau pop corn. Anak dara aku memang tak angkat pot.
.
Pada world cup yang lepas aku berada di Sudan. Masa semi final aku sempat menonton di Dubai Airport. Masa tu ramai yang melentang di depan screen sebab kusyuk dan syik dengan perlawanan tersebit. Aku ada ambil gambar dan cerita pada blog aku yang lepas. Waktu final aku berada di Greece and tak dapat nengok langsung. Bila Italy menang aku boring sangat sebab aku tak suka team Italy. Brazil memang favourite team tapi aku lebih suka team underdog yang menang baru ada kejutan.
.
Kali inni waktu final insyaallah aku dah di sini. Aku harap sangat dua channel sukan yang dok ada tu akan siarkan live pada the remaining matches. yang best tu demam bola ni orang akan berbual di mana mana saja. Tak kiralah di pejabat ke, kedai kopi ke, rumah ke...... Yang pasti semua peminat bola sedang menghitung hari pada hari yang di tunggu tunggu.
Hydrogen Sulphide


Hari ini aku ada course pasal H2S atau chemical name dia Hydrogen Sulphide. Sekali sekala bila dapat attend course pun bagus juga. Boleh masuk dalam lapuran BEM aku. So kalau BEM kali ahli ni tak aktif dan participate untuk advance course tak betul la juga. Untuk tahun ni aku banyak attend course HSE je. Ok lah tu..... H2S ni very poisonous. Kalau siapa berkerja dalam oil and gas industry mesti tahu dan sensitive dgn H2S ni. Especialy for those yang involve dgn operation and paintenance of the life plant. No wonder kadang kerja kerja ni dapat gaji yang banyak sebab risk tu sangat tinggi. Orang kata boleh hilang nyawa kalau tak berhati hati. Tapi jangan terkejut ada juga company yang kedekut tahi hidung masin bayar ciput aje. Janji untung berlipan kali ganda dengan memerah keringat manusia marhain ni.

Saturday, May 22, 2010

I Received Another Grandson

Aku call mak aku tadi and diberitahu yang anak saudara aku telah selamat melahirkan anak yang ke dua pada 14th May. Rupa rupanya aku ni dah berpangkat Datuk. Terasa diri ini semakin tua pulak. Hhehehehehe........ Mak aku beritahu cucu aku tu baby boy and bernama Muhammad Alif Daniel. Mak aku cite lagi bahawa Aliff tu kak ipar aku yang kasi and abang aku nak sangat nama Daniel. So cantumkan sekali jadilah nama tu. Orang zaman sekarang pandai kasi nama yang sedap sedap. Kadang nak sebut pun payah. Macam mak akulah....nak sebut nama cucu cucu pun boleh tersasul. Hehehehe..... Lainlah macam nama orang dulu dulu simple aje. Salah satu contohnya adalah nama aku sendiri......hehehehe. Nama aruah nenek aku lagi simple iaitu Bah binti Ismail. Begitu juga dengan nama my beloved mummy. Aku pun dok mencari nama yang sesuai untuk somebody special.....tapi rasa dah ada lah....
Am I Sincere

Pernah tak kita terfikir dalam banyak banyak amalan harian kita yang dah menjangkau puluhan tahun tu ikhlas ke tidak. Kalaulah tak ikhlas rasanya kita akan bawa pahala macam bawa tin kosong saja bila nak berdepan dengan Allah Taala. Suspen kan.... Sebenarnya kita sendiri pun tak tahu samaada amalan kita itu ikhlas atau tidak. Contohnya, kalau seseorang tu kasi sesuatu atau buat sesuatu kepada kita, then dia kata dia ikhlas lillah taala..... hehehehe....ini sudah silap konsep. Orang alim beri bandingan ikhlas ni seperti memberi dari tangan kanan, dan tangan kiri tak tahu..... senang ke nak perasan macam tu...
.
Pernah Nabi Musa tanya Malaikat apa kah itu ikhlas? Malaikat menjawap, sesungguhnya Ikhlas itu adalah rahsia Allah Taala. Untuk mendapat sifat ikhlas ni kita kena lakukan sesuatu amalan tu dengan istiqomah. Maksudnya walau apa terjadi pun aku tetap akan lakukan amalan tersebut tanpa segan dan silu, takpa takbur dan riak. Nak tahu apakah amalan kita yang paling ikhlas? Kalau orang halang pun kita tetap lakukan. Kalau di mana jua kita berada kita tetap istiqomah melakukannya. Ok these are the lists.
1. Tidur
2. Qada hajat
3. Makan

Tapi yang mestinye anak aku memang sentiasa ikhlas. Sebab nama dia Nur Ikhlas.....hehehehe
Baklava

You all pernah dengar atau makan tak Baklava? Kalau tak pernah tahu, let me brief you for a while but if you never experience munching it, I have no other choices but to provide you real Baklava. Hehehehe...... Baklava ni adalah manisan like biscuits or pastries soaking in sugary liquid. There are many types of Baklava and they are randomly mixed with nuts such as pistachio, almond, hazelnut and cashewnut. For those who are free of diabetes, you are encouraged to try because your sugar level is not sensitive like a yoyo. It is so...so...sweet and delicious. Now the suppliers have packed Baklava in a colourful and gorgeous container. If I'm not mistaken' Baklava originated from Turkey and Mediterranean countries. I thought of buying them for my next home leaves, and everybody is invited to experience the splendid taste of it.

Friday, May 21, 2010

Nak Beli Kasut??






Kalau you all berpeluang ke istanbul, perkara yang paling best sekali adalah shopping. Terutamanya barangan kulit. Tak kiralah samaada beg tangan, jaket, talipinggang, kasut dan sebagainya. Orang Turkey ni (aku kadang meluat juga dengan perangai penipu depa ni) memang creatif dan patriotik. Sebab apa aku kata begitu? Orang Turkey ni Patriotik sebab kalau nak order atau beli barang mereka tak akan tahu tempat lain kecuali Turkey. Sebab apa aku kata kreatif sebab barangan mereka memang design best best. Kalau you all pergi ke sana susah betul untuk melihat immigrants seperti mat Bangla di Malaysia berkerja di sana. Boleh kata 100% orang tempatan yang memenuhi pasaran kerja.Aku bukan nak promosi Turkey pun....tapi itulah hakikat.
.
Semalam masa dok berjalan kat Yimpas ( ni kira shopping mall milik orang Turkey yg paling canggih di sini....kira cam ampang park aje) sebab nak buang masa aku jalan jalan nengok kasut kasut yang tersadai kat situ. Aku ambil gambar...saja saja. Aku nengok harga paling mahal pun USD100. Design boleh tahan. Kalau korang nak shopping kasut kat mesia memang tak ada banyak choice. Pi mai pi mai Bonia. Itu aje dan tak ada design yang exclusive skit. Mungkin korang tak sependapat dengan aku. Untuk pengethuan korang gmbar gambar kasut tu semua made in Turkey. Aku bukan nak beli pun. Anak anak aku pun dah komen sebab dah banyak kasut kasut aku yang tak terpakai. Hhmhmhmhmhmhm............
Rumah Ni Besar dan Cantik Tapi......

Ini lah rumah kita orang tinggal kalau ke Ashgabat. Kira macam transit house. kalau nengok pada rumah ni memang mewah. Tapi kalau ikutkan hati aku rasa macam nak cekek aje tuan rumah ni. Nak tau pasai apa...... Aku dah beberapa kali mandi tetiba air stop. Errggghhhh..... Dua hari lepas lepas buang air (aku tak nak lah cakap air apa....) bila nak istinjak aje air berhenti. Agin satu badan. Aku terus meluru pada jaga tu dan complen....... baru padan muka aku dan dia. Utensil plak very the basic. Kalau cawan tu aku rasa dua kali teguk air boleh habis. Punyalah kecil. Kalau nak bekas besar skit kena pakai gelas yang nipis. Silap hari bulan boleh pecah.
.
Towel pula kecil bukan main. Kalau orang besar cam anak Tuan Baba pakai mau jadi tarzan. Nak cantum dari hujung ke hujung pun tak leh. Aku belum pernah pakai washing machine lagi. Tapi aku di beritahu oleh kengkawan kalau sapa sapa nak pakai kena bayo....aduh.....dah la sewa umah tu mahal...tapi kemut pula tuh. Tak apa...tak apa......selagi boleh bersabo. Kadang nak melayan orang local di sini memang tension bangat. Aku rasa cukuplah sehingga akhir tahun ini. Dah puas rasanya. Lepas tu nak aku merantau ke kampung halaman aku semasa student dulu untuk beberapa minggu sebelum kembali ke Malaya. Ada sesapa nak ikut jommmm........
Jom Makan


Dua hari dapur aku tak berasap. Hehehehe........ Aku tiada di sini selama tiga malam dua hari. Aku ke Ashgabat sebab ada urusan kerja. Pegi sana kira ok tapi yang boring tu kena cari makanan sendiri. Maksudnya makanan tak di sediakan seperti duduk di camp. Di Ashgabat dah macam tak ada tempat lain nak makan kecuali ke Yimpas. Makanan kat sini kira oklah.... Mungkin orang lain yang lebih kaki ronda ada banyak pilihan. Hari Rabu tu depa ajak aku makan nasi briani gam di satu local restauran...the venice. Sedap lah juga.
.
Kalau makan aku lebih selesa dengan order yang pantas sebab tak buang banyak masa aku. So aku kat gerai ni yang macam buffet tu. Aku ambil lentil soup, dengan dua ketul ayam panggang and nasi. Semua sekali dalam RM30. makanan di sini averagenya mahal dari Malaysia sebab almost semua barang adalah imported terutamanya from Russia and Turkey. nak kata sedap tak jugak. janji boleh tahan perut dari kelaparan...

Monday, May 17, 2010

Abandonned And Forgotten

Bukan senang untuk hidup dalam suasana perang. Perasaan takut, panik dan segala perasaan tak selamat menyelubungi diri. Bila berlaku sesuatu peperangan tak ada siapa yang untung. Oleh kerana untuk memenuhi nafsu untuk terus berkuasa atau bertahta rakyat menjadi mangsa. Anak akan kehilangan ibu bapa. Anak akan menjadi yatim piatu. Kanak kanak dan wanita akan lebih terdedah kepada keganasan manusia. kejadiaan rogol akan berlaku di sana sini bukan sahaja keatas wanita tetapi terjadi juga pada kanak kanak.
.
Cuba kita bayangkan kehidupan kita yang cukup sempurna. memiliki keluarga yang harmoni. Memiliki rumah yang mewah dan ladang ternak serta tanaman ladang yang berhasil. Tetapi di sebabkan peperangan semuanya hancur berderai. Harta kita bukan lagi milik kita. Harta kita telah berpindah hak milik. Yang paling sayu apabila tiada lagi tempat untuk mengadu dan hidup merempat memohon belas ehsan dari golongan manusia yang terlalu berbeza.
.
Kalau korang ada masa cuba lah baca buku diatas. Memang sayu apabila impian yang kita bina berkecai dengan sekelip mata. Bagaimana peritnya melayari hidup sebatang kara yang belum tentu dapat celik mata kembali pada keesokan harinya. Bagi aku, perang ni adalah terangnya kedurjanaan manusia sendiri. Hari ini jiran di sebelah boleh menjadi kawan. Tetapi belum tentu dia dapat menjadi seorang sahabat yang setia pada esok hati. Rambut manusia sama warna. Boleh di pandang dan di rasai. Tapi hati manusia lain lain. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Apple Cider Vinegar

Dah lama sangat aku mencari cuka. nak minta pada chef segan sebab barang murah tak kan nak minta jugak. Baru ni bila aku ke bazar, aku terus mencari. Apabila aku masuk ke kedai yang satu tu aku terus belek ke semua rak. Lalu aku terpandang sebiji botol yang menarik pakaging nya. Aku terus capai dan lihat tertera 'Apple cider vinegar'. Apa lagi aku terus ambil dan bayar di kaunter. nak tau berapa harga nya??? RM6 sebotol. Sebenarnya aku nak buat salad saja. Tapi kalau pakai cuka ni best sikit sebab ada rasa apple. Di Malaysia aku tak pernah nampak lagi. Tapi kalau cari betul betul pasti ada. Sekali sekala campur dalam masakan sedap jug kan. Boleh masak ayam goreng cuka atau ikan goreng cuka. Tak kan nak belasah kasi dan sambal aje hari hari kan.......

Sunday, May 16, 2010

Jom Ke Trengganu


Balik ni mahu tak mahu aku kena juga pergi ke Trengganu untuk hantar anak aku register ke UITM. Mulanya aku terpaksa balik awal tapi aku rasa sangat bersalah kalau aku balik awal. Mulanya nak suruh pak mertua aku saja yang menghantar. Sekarang aku dah extend stay aku and aku sendiri akan hantar anak aku ke sana.
.
Sekarang aku ada plan baru untuk ke sana. Aku akan bertolak awal sebelum hari registration untuk cuti cuti Malaysia. Aku akan book hotel di Kuala Trengganu selama dua hari. Aku akan bertolak dari rumah pada hari Khamis pagi. Bila sampai Kemaman aku akan ziarah my friend dulu. Lepas tu terus ke Kuala Trengganu. Hotel nanti minta tolong Abe book kan. Aku akan ambil kesempatan untuk menziarahi anak aruah kawan aku yang dah yatim piatu. Kalau ada masa lagi mungkin nak bersantai ke pulau. Chiwah.......
.
Sebenarnya aku dah lama tak ke Kuala Trengganu. Rasa first time ke sana lima belas tahun yang lalu. Member member aku selalu perli aku. Depa kata tempat jauh keliling dunia aku boleh pergi. Tapi tempat dekan mata pun tak sampai sampai. Hehehehe..... Mak aku pun selalu perli aku macam ni..." Hang tu raja palembang hang boleh beli, tapi jam dinding pun hang tak mampu nak beli".... Heheheh....mak aku selalu complain sebab bila dok kat diner hall aku tak ada jam...

Friday, May 14, 2010

Susah Juga Nak Buat Pilihan

Gambar di atas menyimpan berbagai kenangan buat diri aku. Di sinilah tempat aku belajar dan di sini juga aku mula belajar hidup berkeluarga. Aku bukan nak cerita pasal universiti ini but nak cerita pasai atur langkah anak teruna aku.
.
Semalam aku talipon wife aku. Kemudian anak teruna aku bercakap dengan aku. Dia kata, hatinya bergerak deras untuk melanjutkan Dip in Electrical and Electronic engineering di UITM. Sebelum tu aku dah buat pilihan lain. Kemudian dia explain apa yang terbuku di hati dia. Aku tetap mendengar. Kemudian aku menjawap bahawa masih banyak masa untuk membuat pilihan. Matlamat aku sebenarnya untuk hantar dia ke UK kalau ada rezeki untuk sambung degree nanti. Perjalanan masih jauh tapi perancangan perlu bermula dari sekarang.
.
Kemudian aku call somebody yang buat arrangement untuk sambung ke UK selama setahun untuk memiliki degree. Setelah bertutur panjang, aku di nasihatkan untuk hantar anak teruna aku tu ke UITM. Then aku pun terus buat decision. Semalam aku chat dengan anak teruna aku dan memberi dua syarat selain dari belajar bersungguh sungguh. Pertama sekali, no couple couple ( Aku sendiri pun x ada makwe masa belajar..hehehehe). Keduanya internet kena limit sebab menghayalkan dan akan mengganggu pelajaran (aku guna internet pun untuk update blog and baca berita. Since internet kat sini lebih slow dari siput babi mengesot...berita pun dah tak leh baca).
.
Sekarang aku dok fikir macam mana nak balik ke sini kembali sebab uruskan registration dia sebab hari Sabtu tu lah aku terpaksa balik. Pastinya balik ke Malaysia tigs minggu lagi akan membuatkan diri aku sibuk bangat.

Sunday, May 09, 2010

My Collection Of Vocabulary


Sehingga hari ini aku dah collect 357 vocab. Aku kutip dari novel dan buku buku yang aku baca. Nak tau dari jumlah semua tu berapa yang aku dapat ingat atau hafal??? Adalah 50% kot. Yang lain tu ingat ingat lupa. Hehehehehe....... Pening kepala aku nak ingatkan. Kadang hari ini ingat tapi esok lupa pulak. Memang cabaran di buatnya. Tapi semangat aku untuk hafal setiap hari tak pernah luntur and aku rasa dah improving banyak. Sometimes aku saja aje forward kat member suruh depa buat ayat and aku semak ayat ayat depa. Aku dah nekad akan terus cari vocab baru dan hafal maksud dan bagaimana nak guna sampai ke tua...... kira selagi berfikiran waras....heheheh.
.
Cuba korang nengok buku vocab aku tuh.....dah macam belacan dah. Aku dok hafal dan belek belk selalu. Aku pernah tunjuk pada anak anak aku macam mana aku collect words sume tu tapi depa buat dekkk aje...Entahlah. Mungkin depa belum dapat semangat seperti aku.
Bila Spring Mencelah

Spring memang satu musim yang indah dan berwarna warni. Bunga bertaburan di sana sini dan buah buahan mula memutik. Di sini spring tak seindah kalau nak di bandingkan seperti di London, Paris atau kota Eropah yang lain. Sebabnya spring agak terhad di sini sebab georaphy yang amat berbeza. Walau pun mempunyai empat musin tetapi kawasan di sini agak kersang dari kesuburan.
.
Yang paling aku enjoy di sini bila spring adalah buah buahnya. Hari ini aku nampak bertaburan strawberi di jual di bazar. Aku beli satu bekas yang berharga 3Manat sahaja untuk aku lepaskan rasa kempunan. Tetapi anggur masih lagi belum kelihatan. Insyaallah bulan depan ada lah tu. Hari ini pula suhu panas juga tak seperti hari hari yang lepas masih lagi sejuk. Rasanya sudahlah dengan suhu shu yang dingin.
.
Kalau aku ada kitchen yang lengkap pastinya aku akan beli fresh yogurt, aku ambil strawberi dan campur bersama . Lepas tu aku akan blend sehingga hancur dan masukkan ke dapam peti sejuk atau masukkan ketul ais. Pastinya lazat sekali.

Friday, May 07, 2010

Excurtion to Egypt

Semasa aku ada assignment kat Sudan, aku memang bercita cita untuk menziarahi Egypt, kota yang penuh dengan sejarah dan tamaddun. Banyak juga cerita tentang ketuhanan dan dakwah para Nabi dan Anbia. Malangnya hajat murni aku tak kesampaian. Aku rasa ralat sangat. Memang pada masa tu rezeki tak ada. Tapi aku cuma tiba di airport Cairo sahaja selama beberapa jam. Di situ juga aku di 'paw' oleh immigration officer. Aku pun hairan apasal orang Melayu ni mudah sangat di kenali untuk di 'paw'.
.
Insyaallah assignment aku di sini pula akan tamat pada bulan December. Aku telah atur rancangan aku sebelum balik ke tanah air. Aku ada dua rancangan tapi aku tak putus mana satu akan menjadi pilihan yang tepat. Pertamanya aku nak menziarahi kota London semula. Aku nak jumpa university mate aku yang dah lama terpisah. I would like to have a dinner and visit his family in London. Kalau anak saudara aku berkerja di sana most likely aku boleh lepak di rumah dia. Saving skit. Aku ada plan lain juga untuk cari buku2 secondhand yang banyak di jual di car boot sale. Mungkin aku terpaksa tinggal agak lama. Lepas tu aku nak ke Sweden untuk jumpa penpal aku masa Chrismas. Dah lama dia jemput aku kesana. Bila mengenangkan rancangan aku ni jatuh pada musim winter, aku agak risau sebab cuaca yang dingin dan waktu solat yang rapat rapat. Perjalanan di waktu winter memang agak torture. Aku cuba ajak member member yang nak serta. If not aku lone ranger seorang diri pun tak kisah. Cuma bila nak bergambar tu leceh skit.
.
Then I thought of having another option. Iaitu why dont I go for Umrah from Abu Dhabi and after that straight to Egypt for few days. Then only I catch my flight for good to Malaysia. Kat Egypt pun ada anak buah aku yang masih belajar. Boleh suruh dia arrange kan accomodation and tour untuk aku. Aku memang teruja sangat untuk visit Pyramid. And at the same time how about having a dine on the boat cruising the Nile river. Must be very interesting idea and enjoying the scenic panorama during the sunset (hehehe...kira solat atas boat la....solat mana leh tinggal kan..dalam apa jua keadaan). Aku rasa inilah last opportunity untuk aku pilih option 1 atau option 2. Since my close friend Mat akan berhijrah ke Jeddah next month for another assignment, aku rasa worth to give him a visit and ask him to perform umrah together. Elok jugalah pergi ziarah kembali Masjidil Haram dan Masjid Nabi.
.
Sekarang aku buat countdown for all the days left. Rasa macam nak forward saja baki baki waktu sehingga December 2010. Aku pun tak pasti apa yang ingin aku lakukan selepas itu. Perhaps aku rehat and recuperate balik masa masa lepas untuk growing old together with my wife and children. Payback for the missing moment.
St Luke Hospital, Bradford, United Kingdom

Hari ini aku cuba cari gambar hospital St Luke. Tapi inilah satu satunya gambar yang aku dapat. Di sinilah anak sulung aku Ubaidullah dilahirkan pada 20th June 1992. Masa tu usia perkahwinan aku baru 9 bulan. Orang kata wife aku bunting pelamin. Masa tu kehidupan tidak lah senang. Kewangan hanya bergantung kepada biasiswa sahaja. Mujurlah aku dapat child benefit sebanyak 45Pound sebulan. Jadi cukuplah belanja untuk beli rejected pampers.
.
Nak bersalin di sini mudah sangat. Semuanya free. Itu waktu 18 tahun yang lalu. Sekarang entahlah. Doktor pula kita boleh request untuk dapatkan doktor perempuan. Walaupun dapat consultant lelaki, tapi yang menjalankan tugas adalah midwife dan doktor perempuan. Kadang aku rasa mereka lebih islamic dari kita yang memang orang Islam.
.
Aku ingat lagi, apabila aku balik dari kuliah, aku akan berjalan jalan bersama sama dengan wife aku untuk ke klinik. Perjalanan ke klinik agak 20 minit. Bila dah cukup 6 bulan pregnancy kami di transfer ke hospital St Luke. Kami berdua tetap berjalan. Untuk jimatkan masa dan wang, kami mengambil jalan pintas untuk sampai ke hospital dengan berjalan kaki. Nak naik teksi tak berbaloi sebab bukan jauh sangat. Lagi pun mana ada duit sangat. Mujurlah pada masa tu waktu summer yang mana cuacanya sangat nyaman dan berangin. Service yang di beri oleh midwife dan doktor memang bagus.
.
Sekali sekala aku beli buku Practical Parenting (majalah ni masih aku simpan di rumah sampai sekarang) untuk mendapat ilmu, supaya tak kekok apabila menimang cahaya mata nanti. Bila wife aku dah melahirkan anak sulung aku, aku terpaksa arrange masa aku semula supaya tidak menggangu kuliah aku di University. Pagi lagi aku dah bangun untuk masak. Selesai masak aku bawa semua lauk dan nasi ke tingkat atas supaya mudah untuk wife aku makan. Lepas tu aku akan turun untuk sidai baju di luar. Mujurlah waktu summer cuaca panas memudahkan aku untuk keringkan pakaian. Washing mesin tak ada jadi waktu malam aku terpaksa sental dengan tangan. Masa untuk aku belajar selepas selesai lunch dan selepas waktu isyak. Itulah rutin aku setiap hari. Walau pun penat tapi aku happy. Oooppss...lupa pulak nak beritahu.....banyak baju bayi dan rompers aku beki di car boot sale saja atau di transfer dari kawan kawan. Aku masih simpan pakaian tersebut sehingga anak aku yang kelapan.
.
Bila anak aku sudah cukup sebulan aku pun terus arrangekan untuk berkatan dengan Dr Quraishi. Beginilah tugas aku apabila tiba masa wife aku nak bersalin. Kira mak aku dan mertua aku tak akan risau lagi tentang aku, wife dan anak anak sebab aku dah boleh handle sendiri. Sebenarnya masa itu adalah hak kita dan kita yang kemudikan. Maka pandai pandailah manage masa.
UK Election 2010


Hari ini tamat sudah hari mengundi. Bla lihat kepada keputusan, parti Conservative mendahului parti parti lain so tak dapat 2/3 majoriti. Nampaknya Tory kena buat kerajaan campuran untuk memerintah and probably parti Liberal Democrat Party. Sebenarnya aku tak adalah nak angkat pot sangat sebab parti mana menang atau kalah sekali pun, polisi luar negara adalah serupa sahaja. Samalah dengan Amerika. Mereka ni dah kira dua beradik lah. Tapi aku nak juga baca apa new polisi pasal immigrant.
.
Tapi kalau election di Malaysia, kalau parti menang, belum tentu akan menang sepenuhnya sebab aa adegan melompat parti. Adegan melompat parti ni akan terjadi sehingga tempoh mengundi lima tahun lagi. Jadi aku tak nak lah bagi tahu sapa uang suka sangat melompat parti. Mungkin sebab candidate taksub sangat dengan lagu Lompat Si Katak Lompat agaknya. Nak lompat parti bukan senang kalau tiada pemangkin nya ..ye dak.
.
Aku pernah berada di UK semasa waktu mengundi. Semasa tu aku di London dan Bradford. Kira dua kali aku ada pada waktu general election. Tapi aku tak mengundi pun. Yang best tu bakam MP akan hantar poster biography dari rumah ke rumah dan tiada semak semak dengan tampal poster seperti di Malaysia. Kira kurang pembaziran lah untuk upah budak tampal poster dan kutip poster. Pernah sekali tu MP datang masjid beri ceramah and siap ada makan. Aku pun pegi lah janji dapat makan kari Pakistan yang sedap tu. Macam biasalah aku ni tak suka sangat dgn politik politik ni sebab banyak yang janji tinggal janji. Pernah aku tanya kawan aku orang Sweden pasal election kat sana...dia kata depa tak worry langsung sebab depa trust politician depa. Kita pula bagaimana????? Sendiri mau jawap la....

Monday, May 03, 2010

HSE Day
.
Hari ini HSE Day sempena sambutan 10 million saved manhours. Banyak aturcara yang di sediakan. kami pun dapat juga tuala freeee...... Hahahahaha. Tapi aku dah sedekahkan pada orang yang lebih memerlukannya. Lagi pun aku dah ada banyak sangat tuala. Kira sambutan meriah jugalah walau dalam suasana kedinginan. Chef siap sediakan 4000 sandwiches untuk di beri pada semua hadirin. Ok jom kita nengok gambar gambar yg tak seberapa aku ambil.

Ini semuanya kita orang punya clerk. Mereka ambil bahagian dalam catwalk untuk safety attire. Kira ok lah kan.....Aku tak sempat nengok depa ber catwalk...

Wah...hensem che Rozaiman kita. Macam Crest pengacara American Idiol. Dia lah orang yang paling sibuk untuk mengendalikan acara ini. Oklah Man..good job tau..

Inilah sebahagian hadirin yang hadir. Makcik ada..pakcik ada...muda ada...tua ada..anak dara pun ada.... mereka ni semuanya pekerja dalam projek kita yang contribute pada 10 millions saved manhours tu.

Tak ketinggalan kami di hiburkan oleh Natalia, penyanyi yang sangat terkenal from Russia. Yang best tu dia start dengan lagu Im Survive. Rancak lagu ni. Aku pun hampir goyang kan badan dan pinggul. Mujur aku dapat control macho. Not bad la...Tak adalah suara sampai ke laut Caspean.

Jeng jeng jeng.....aku pun tak ketinggalan bergambar dengan Natalia. Aku ajak dia bergambar dan dia tanpa soal banyak mahu bergambar dengan aku. Sebenarnya sejuk kat luar tu. Sebab tu nampak aku berbungkus. Tapi si Natalia tu relek aje dengan sekeping pakaian.

menyanyi lagu It Must Have Been Love by Roxette. Wah orang Russia pun pandai menyanyi lagu omputih. Tu kira belum lagi aku nyanyi lagu Russian. Kalau aku nyanyi mesti dapat tepukan gemuruh punya....
Rose Chicken


Setiap pagi Ahad kami di hidangkan nasi lemak untuk breakfast. Waktu sekarang subuh masuk awal dan selalunya selepas subuh di surau aku terus breakfast lebih kurang pukul 5.30 pagi. Awal sangat kan... Bila aku nengok banyak ayam goreng aku pun ambil beberapa ketul untuk masa Ayam Ros ( Ayam masak merah atau tomato la.....nak glamor panggil ayam ros..hehehe). Tomato paste dah ada. Serbuk cil dah ada. Cuma nak sedap skit aku kena beli kacang peas. So aku ke bandar untuk beli kacang peas dalam tin.
. Senang aje aku masak. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai wangi, lepas tu aku masukkan cili serbuk, tomato paste dan serai. Masak sampai pecah minyak lepas tu masuk kan gula dan garam secukup rasa. Then bila agak kuah dah masak dan pekat, aku terjunkan ayam goreng dan kacau sampai sebati. 5minits after that aku masukkan kacang peas dan bawang besar yang di potong bulat kedalam periok. Lepas tu siap di hidang dengan nasi briani. Rasanya???? Wow boleh tahan juga sedapnya sampai menjilat jari. Jadilah nak makan dengan bahan bahan yang serba kekurangan tu....
Jom Bergambar Ramai Ramai
.
Cuaca sekarang walau pun dah masuk spring tapi masih tak menentu. kadang kala panas dan kadang kala masih lagi sejuk bagai winter. Kira kalau nak jalan jalan tu memang kena bawa jeket selalu. Bila weather panas nak jalan pun best. pakai sekeping dah cukup. Semantara kami menunggu driver makan elok kami nergambar dengan makcik makcik ni. Yang geram tu masa kita dah siap cantik cantik baru driver ni nak pegi makan. Tadi tidor aje dalam kete. Sabo aje lah......

Malu dan tersipu budak ni bila ajak bergambar. Bila dia tersenyum simpul terserlah gigi emas dia yang berderetan. Amboi hery kusyuk hang berposing dengan mak we tu no...

Makcik makcik ni pulak dok sibuk cuci buah epal. Aku pun suruh Haji Malik pergi duduk dekat depa untuk bergambar. Suka depa ni tau bila nak bergambar. Tambahan pula dengan orang orang Malaysia. maklumlah expat katakan.

Walaupun mereka ni suka bergambar tapi bukan senang nak ajak mereka bergambar dengan kita. Lepas tu kalau kita bergambar pun kena hati hati juga. Kalau bini kat rumah nengok alamat berpuasa sepanjang zaman....hehehehe.... Alah sporting la kan. Tak kan nak jeles tak tentu hala pulak kan....
.
Sebenarnya bergambar ni cuma kenang kenangan sahaja. Nak duduk sini pun dah tak lama dah. Cukup masa jom balik ramai ramai. kadang tu sedar sedar anak anak dah beso belaka....

Sunday, May 02, 2010

Beli Blazer Baru


Bila aku beli blazer baru ramai orang berkenan and envy. Maklumlah, pertama sekali kena nengoklah sapa yang pakai kan. kalau dah smart pakai apa pun nampak anggun dan ranggi. Heheheh....... Since Hery dah nak balik for good, dia ajak aku teman kan dia beli blazer. Masuk kedai aku pilih kain coldroy. Baru nampak smart skit. Yelah...bila nak balik kena lah pakai smart skit dan bukannya selekeh kan. Nanti di Malaysia pakai atau tidak itu belakang kira. Janji bergaya betul tak. Bila mak tunggu kat airport sejuk je hati mak nengok anak bujang dia . Tapi aku suruh cari isteri terus bawa balik nampaknya belum termakbul. Bahazin apa macam...tak teruja ke...duit banyak pun mati tinggal semua...ye dok...
Koleksi Terkini




Hari ini aku dapat lagi koleksi baru. kalau aku ke bazar benda inilah yang aku cari. Iaitu kristal, selain dari barang makan yang lain. Sekarang koleksi kristal aku dah banyak dah. Dulu dok gila collect silver tea spoon. Sekarang dah tak ada dah. Mungkin semua aku dah angkut kot. Aku beli benda ni $ manat sahaja. Makcik makcik tu kalau nampak muka aku dah faham beno apa yang aku cari. Apa aku nak buat dengan koleksi aku ni??? Alah kalau korang datang umah aku aku gunalah untuk isi ice lemon tea. kalau tidak aku ias aje kat dapur aku tuh.

Saturday, May 01, 2010

Cutting For Stone
.
Marion and Shiva Stone, born in a mission hospital in Ethiopia in the 1950s, are twin sons of an illicit union between an Indian nun and British doctor. Bound by birth but with widely different temperaments they grow up together, in a country of a brink of revolution, until a betrayal splits them apart. But fate has not finished with them-they will be brought together once more, in the sterile surroundings of a hospital theatre.
.
From the 1940s to the present, from a convent in India to a cargo ship bound for the Yemen, from a tiny operating theatre in Ethiopia to a hospital in the Bronx, this is both a richly visceral epic and a riveting family history.
.
Kadang bila aku nak beli buku novel, selalu looking for established author. Bila baca cerita lingering tentang benda yang sama. Cuma scene dan plot cerita di garap secara berlainan. Masa aku beli buku ni di The Bourders di The Curve, Damansara, aku belek belek buku ni. Bila baca sinopsis cerita macam best saja. Aku terus capai dan bayar di kaunter. Padahal writer ni tak aku kenal langsung. He is Indian.
.
Alhamdulillah hari ni aku dah habis baca setelah dua minggu bertungkus lumus. Memang best cerita ni and lain dari yang lain. Sesiapa yang belum baca cubalah baca buku ni. Tapi jangan kurus semangat sebab buku ni tebal sampai 550 muka surat dan tulisan pula kecil. Walau bagaimana pun aku dapat banyak vocab kat sini especially medical vocab yang memeningkan kepada aku nak menghafal. Rasa macam nak jadi doktor pulak...hehehehe.
The Blind Side

Dua malam lepas, selepas sembahyang maghrib dan isyak and after penat baca buku cerita Cutting For Stone, aku penuhi masa aku dengan menonton cerita The Blind Site. Cerita ni anak aku Ubai tolong down loadkan. Biasanya aku akan cari cerita cerita yang aku suka dan suruh anak teruna aku ni downloadkan. Bila aku balik copy aje sebab semua dah ready.
.
Cerita about abandoned child Micheal who was homeless and got no where to go for shelter. He got not enough clothes to comfort himself from the chilling night and has to go to the gym to seek shelter. While he was walking, he met Sandra Bullock ( Cannot remember her name) and she offered Micheal for a ride and accommodation. The passion and tie started to bind between the family and Michael. Finally Michael was taken as a legal adopted son to the white family. From there on Micheal started to learn the true way of life and how to build up his confidence from having an introvert character.
.
Cerita ni memang slow sikit. Susah nak cari orang yang dapat terima orang lain yang asing untuk hidup bersama. That white family really shows the true passion as being a responsible and caring people regardless of colours and races. Dalam dunia ni boleh bilang dengan jari orang yang boleh menerima orang lain dengan seadanya. Buat diri aku???? Hmmm...belum tentu aku boleh mempunyai sifat begitu. Tapi aku biasa berbudi pada orang lain tapi lastly aku kena kantoi...hehehehe. Jadi kena berhati hati. Kalaulah manusia mempunyai sifat sedemikian nescaya dunia ini akan aman damai. Bagaikan kehidupan di syurga lagaknya, atau bayangan kehidupan di sana. Kadang kita tak tahu amalan kita yang mana satu yang di sukai oleh Allah Taala yang membenarkan kita masuk ke syurga.